<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar/7854254935194819848?origin\x3dhttp://shaizharkltower.blogspot.com', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>
Monday, October 1, 2007
Dairi Ramadhan 7: Program Sepanjang Minggu


shai tidak berbuka puasa di rumah sepanjang minggu ini.Antara aktiviti yang shai telah lalui dan akan lalui ialah seperti cerita berikut :-

2 Oktober 2007,
shai akan berbuka puasa dengan rakan sekerja di pejabat untuk kali pertamanya bagi ramadhan tahun ini.(Ada org buat majlis berbuka puasa dengan anak2 yatim tapi x "dijemput")

1 Oktober 2007,
shai bertugas di Kaunter Pendaftaran dari 6pm sehingga 7.30 untuk Majlis Berbuka Puasa Menara KL bersama anak2 yatim & rakan niaga juga sempena Sambutan Ulang Tahun ke 11 serta Perasmian Internet Cafe + Acara membuat bubur lambuk juga Perasmian Setem Menara KL (Ada 4 Koleksi).Bertugas pada waktu berbuka dah menjadi kebiasaan.Hanya sebotol air 100 Plus menjadi penghilang dahaga.

29 Sept & 30 Sept 2007,
shai berbuka puasa & bersahur di rumah abang shai di Sijangkang.Tak perlu nak fikir nak sahur apa? he3..Bijak2.Kali ini rezeki murah sikit (syukur alhamdulillah) belikan 2 helai baju kat si kecik Shazafifi Anim (nasib baiklah pak ciknya nie pandai membeli..ha3..takut juga x muat) Kemudian beli sehelai baju baru abangnya Shahuzzairie Azim.Disebabkan abahnya belum bergaji (my brotherle) dan anak sulungnya Shahuzzaimie Azizi x ada baju baru shai pun belilah sehelai T-shirt untuknya kat The Store Klang.(Hari ahad memang ramai umat manusia di Klang) Malas nak berlama - lama kat sana sebab pepaham jelah spesis kaum mana yang turun Bandar Klang pada hari tersebut.Ha3.Kemudiannya di sebelah petang kempunan tak dapat rasa masakan dari jiran yang khabarnya bertolak balik ke rumahnya dari Tanjung Karang (Tak pe kita jumpa tahun depan je yek!) Ha3 lagi sekali.Ptgnya keluar ke Teluk Panglima Garang membeli KFC untuk hidang berbuka puasa.Dia orang nie memang peminat KFC.

28 September 2007
Majlis berbuka puasa di Sogo Food Court teristimewa untuk
matju pasti dia pun tak menduga dan menjangka seramai 12 manusia keseluruhannya hadir pada petang itu.Seawal 5.30pm azkam suda tiba di Sogo (ish..awalnya kan dah pesan) dtg pukul 6pm.sodep hadir bebawa 2 kawannya dan salah seorang penah joint event Msjbox sebelum ini.mrazliejr turun dari kampung halamannya ke KL juga hadir bersama seorang kawannya.jun datang seorang? x dapat nak menaip dengan kata2 bagaimana rupa keletihan jun berpuasa ooops!! beberapa minit kemudian barulah carneyz muncul.Akhirnya selepas beberapa minit berbuka barulah nampak muka faizzah bersama kandanya.Apa pun terima kasih semua yang hadir.

Di tengah2 keramaian manusia di Food Court Sogo terjumpa X opismate yang sama2 susah senang suka duka sewaktu bekerja bersama - sama dulu (keciknya dunia) sebelum daripada tue juga 2 orang opismate duduk sibuk shopping (tahulah byk "masyhuk" bulan ni).Akhirnya 2 Dec ini sahabatku itu akan berkahwinan dengan jejaka pilihannya yang juga dulu merupakan rakan sekerja kita orang.Kalau rezeki lebih nak juga terbang ke Labuan rumah pengantin lelaki. Insya-Allah kalau ada rezeki tak kemana.

27 September 2007
Berbuka di Nandos Jusco Maluri.Dengan siapa? semestinya seorang kerana i'm alone dan suka sendiri kerana rasa lebih bebas untuk bergerak dan tidak terikat dengan keadaan dan sesiapa pun.Kisah lucu di sana, "ada juga yg gelojoh berbuka sampaikan tak tengok jam..padahal azan radio negeri mana ntah yg berkumandang" The Moral of story.. Tengok jam dulu beb! jgn was2.Tak kan pakai jam ikut cepat kot! Ternyata Nandos bukanlah seleraku.1st time & mungkin kali terakhir makan disana.(shopping baju kerja & seluar baru sebab dah lama x berganti)

26 September 2007
Menghabiskan sedikit RM untuk sehelai persalinan baju melayu yang akan dipakai pada 1 Oktober nanti (Baju utk pagi raya masih belum terfikir lagi..no idea)Rasa selesa sebelum berbuka membeli belah di The Store Pandan Indah ini.(Dulunya Fajar Supermarket)

Sendirian menikmati KFC kuah satay yg "kureng" di Pandan Indah (rindunya kenangan - kenangan lama disana..ada pahit & manis..suka & duka semuanya dah jadi memori)

Destinasi terakhir ialah UO di Taman Dagang,Ampang ada member's day.Beli 2 helai Kemeja Tangan Pendek yg baru (Alah murah je..RM12 ha3) borang punyalah sakan.Padahal Cashnya ada x sampai RM40 terpaksa cancel beli 2 helai baju itu.Tak pe..x pe..esok boleh beli.. ahaks.

25 September 2007
Majlis berbuka puasa & "Jasamu Dikenang" utk my bos Head HR Tuan Haji Mohd Yasim yang akan berpindah balik ke TM (Telekom) pada 1 Oktober.Majlis berjalan lancar walaupun dihadiri 80% dari jumlah yang dijangkakan iaitu 80 orang (memasing ada hal sendiri & nak berbuka bersama family) Kalau majlis nie untuk sessi keluarga mesti beratus yang datang.

Kata terakhir dari My bos sebelum meninggalkan pejabat pada 26 Okt ialah "Kerja elok2" Insya-allah shai akan ingat kata - kata itu.Sesungguhnya shai berterima kasih kepada beliau kerana membuka pintu untuk shai ke dept sekarang iaitu HR & Admin.

24 September 2007,
Sendirian berbuka di
kunang2 baca lanjut di sini Al Kisahnya

Note shai : Seperti biasa " Kalau nak baca entry ini dipersilakan... kalau x nak, tak ada unsur paksaan.Entry ini panjang lebar @ berjela x ada kena mengena dengan sesiapa.Usah ditanya kenapa & mengapa."Ini Blog aku suka hati aku lah".Sebarang mesej di YM tidak dilayan + SMS serta email.ha3...

Labels:


3 Kata-Kata Ditinggalkan

shaiMENULIS
@2:53 PM







Inilah S.H.A.I

"Izinkan aku sendiri & menyepi untuk terus mencari ketenangan hati..Aku Yg Kecewa (Shai..14/11)"


Kotak Masa



Kalendar Shai




Kira Jumlah Pengunjung

Free Web Counters

Kotak Mesej

online
Dengan rasminya blog ini di TUTUP (Shaizhar 3/12) Telah berpindah ke SINI,










Credit

DON'T TOUCH>:
Designer: Vanessa, th-emohug
BaseCode: BENDAN
Other[s] : X O X O X


<body>