<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d7854254935194819848\x26blogName\x3dInilah+s.h.a.i\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttps://shaizharkltower.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3den_US\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://shaizharkltower.blogspot.com/\x26vt\x3d5882558668597419839', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>
Tuesday, August 21, 2007
Bulan Bermadah : Revolusi 6 - " Akhirnya Bersatu & Cerita Aku Kembali Kesakitan"


19 Ogos,Ahad

Setelah sekian lama meninggalkan rumah (5 hari je) pagi ini shai mengemas rumah, sapu sampah, mengemop lantai, cuci baju/pakaian sehinggalah membersihkan bilik air.

Sekitar 12pm meninggalkan rumah menuju ke satu majlis perkahwinan.Terima Kasih atas jemputan itu.Singgah sebentar ke Kedai Cenderamata.Sessi belek membelek bermula.2 Hadiah yang agak "murah" dibeli dan disatukan dengan 2 tiket Menara KL yang telah dijanjikan.

Memilih pembalut yang sesuai.shai suka dengan cara balutannya (di balut oleh pekerja kedai) Kira memenuhi citarasa shai lah.Cadangannya nak ke Jusco membeli hadiah namun akhirnya disebabkan langit mulai gelap terpaksa membatalkan rancangan asal dan hanya membeli hadiah itu di sekitar Taman Melawati.Sekitar 12.30pm shai meninggalkan Taman Melawati dan menuju ke destinasinya iaitu Rawang atau dengan lebih tepat Bandar Tasik Puteri.

Melalui jalan lama menuju ke Rawang begitu memudahkan shai kerana kebetulan pada malam shai emergency balik kampung Abang shai memilih jalan ini untuk menuju ke Tol Plus. Agak jauh juga dan melalui kawasan berbukit.Namun sepanjang perjalanan shai sedaya upaya merempit dengan bersopan santun.Jalan baru diturap dan ada juga jalan yang masih dalam pembinaan.

Tiba di pekan Rawang, pertunjuk arah ke rumah pengantin dilekat/digantung di kebanyakkan lampu isyarat dan tempat strategik.Perjalanan menjadi semakin mudah.Namun setibanya di pintu masuk utama Bandar Tasik Puteri kejauhan yang amat mulai terasa dan meter minyak dan tangki Modenas semakin berkurangan dan kerisauan dalam diri mula melanda.Agak2 dalam hutan2 nie ada tak gamaknya stesen minyak? Memang jauh rasanya 3 kali jauhnya, nak masuk Ukay Perdana jika dibandingkan dengan nak masuk Bandar Tasik Puteri.

Dari jauh kelihatan masjid.(Ingatkan masjid yang dah siap dibina) terpaksa membuat pusingan sehingga tersesat untuk seketika waktu.(malas nak mengaku tersesat sebenarnya). Jam hampir menunjukan 1.30pm setibanya di hadapan apartment itu.Dengan berbaju biru (mengikut tema) beberapa minit kemudian barulah shai melangkah kaki menaiki anak tangga menuju ke tingkat 3.Hajat dihati nak bertemu pengantin untuk seketika (khabarnya bersanding pukul 2pm) tapi lain yang terjadi.Pasangan pengantin sedondon biru telah duduk dipelaminan di luar rumah pengantin perempuan.Wah! bestnya pelamin kat luar koridor rumah siap hantaran2 depan pelamin.Pengantin berposing sakan mengikut arahan jurukamera profesional (sebab nampak kameranya paling canggih) Hampir 5 minit juga berdiri di tepi dinding agak terlindung melihat aksi demi aksi di pelaminan itu (nasib baik bukan pelamin anganku musnah) uhuk..uhuk.. Rombongan pengantin lelaki yang datang jauh nun dari pantai timur turut juga bergambar dengan pengantin.shai bergambar juga ke? hahahah..malas dan memang tak berminat nak bergambar2 ini melainkan terpaksa/dipaksa.Kamera pun memang tak bawa.Akhirnya bila aksi posing memosing hampir sampai ke penghujungnya.Soalan pertama shai pada pengantin perempuan."Kenal tak siapa nie" si pengantin seperti blur...muahahaha.. nasib baik dia kenal. shai menghulurkan hadiah kepadanya dan bersalam dengan suaminya.Tahniah!! tahniah!!

Akhirnya dengan Izin Allah s.w.t dan ketentuan dari Nya shai bertemu dengan seorang blogger yang selama ini hanya menjadi kawan di alam cyber/maya.Dia seorang pendengar yang baik. Sering memberi nasihat, pandangan dan berkongsi cerita suka duka tentang kehidupan, keluarga dan sebagainya.Di sebabkan itulah shai berbesar hati dengan jemputannya dan merancang untuk menghadiri majlis perkahwinannya biarpun beribu batu terpaksa dilalui.

shay itulah pengantinnya.Pasangan itu kelihatan sangat "biiiiru".Bunga Telur Love kaler biru turut diberikan shay kepada shai.Suka... & tersangat suka.Harap hadiah tak seberapa dia hari perkahwinannya akan menjadi kenang - kenangan buat selama - lamanya (apa lagi ajaklah suamimu makan angin di KL Tower).

shai melangkah turun dari apartment itu dan berada dibawah khemah untuk menikmati makan tengahari.Hanya makan ala kadar (nasi di taruk banyak sangat) Namun kesedapan air warna purple, kaler kegemaran shay memang membuatkan shai bertambah sehingga 3 kali (mungkin juga sebab cuaca yang panas) Dalam duduk makan ini terpandang seorang lelaki berbaju biru bersama isteri dan anaknya.Sekali pandang macam penah tengok tapi tak tahu di mana.Takut juga nak tegur mana tahu pelanduk 2 serupa,risau juga kalau salah orang.Rasanya macam orang "sekampung" atau mungkin seseorang yang mukanya seperti pernah shai lihat tapi tak tahu dimana.Dalam duduk sibuk makan/minum sempat berSMS dengan matju di sebabkan dia berada di Kajang shai berat hati nak mengajaknya sekali (mana tahu kot! ada urusan keluarga ke) tak pelah tak de rezeki dia nak makan nasi minyak kakak shay nya.Hanya salam sahaja dikirimkan buat pengantin. (ish3.. tak patut memang tak patut)

Kelihatan pengantin kehulu kehilir (hairan juga pengantin ini tiada pengapit) atau pengapit mereka telah lari??? kemana destinasi pengantin itu.Beberapa minit selepas sudah makan shai duduk menunggu pasangan pengantin.Akhirnya shay telah kelihatan dan shai berbual2 seketika dengannya."Pengantin lario" itu yang shai sebutkan.kahkahkah.Tak sempat juga nak berbual2 dengan suaminya.Cuma bersalam untuk kali ke2 sebelum meninggalkan majlis perkahwinan shay & ajis.

Meninggalkan Bandar Tasik Puteri dan menuju ke Shell.Kriss itu yang telah kekeringan memerlukan tenaga untuk kembali bergerak di jalan raya.Alang-alang sudah masuk waktu zuhur shai menunaikan solat disitu.Suraunya agak bersih dan air paipnya agak panas.

Perjalanan diteruskan dan persinggahan seterusnya ialah dia NZ Trade City.Di situ dijual macam - macam barang (seperti pasaraya/supermarket dan untuk pemborong le) membeli beberapa jenis barang termasuk 100 plus sebanyak 2 tin pada harga RM 1.15 sen.Sepanjang perjalanan pulang tercari2 ditepi jalan kalau ada yang menjual cendul tetapi hampa.hu3 banyak orang jual buahan-buahan je.Selamat tiba di rumah sekitar jam 4.00pm

20 Ogos,Isnin

Hari pertama masuk ofis selepas 4 hari emergency Leave dicampur pulak dengan sabtu & ahad. Di atas meja bertimbun claim,medical,mc dan cuti staff.Paling benggang bila nampak kotak2 A4 yang diorder minggu lepas berada diluar store.Hu3.tension2.. sekitar 8am telah memunggah lebih 20 kotak A4 yang begitu berat ke dalam store dan diletakkan di tempat yang sepatutnya.
Inilah kisahnya kalau dah bercuti yang lain - lain tak boleh harap (hanya mampu bersuara dalam hati)

Mengasingkan document dalam file2 yang berasingan untuk memudahkan kerja.Mc perlu di key in dan update seterusnya difiling pada File yang sepatutnya dan begitu juga dengan yang lain - lain.Pagi ini tugas besar yang terbengkalai perlu disiapkan dan disemak ialah Overtime staff. Sessi menyemak bermula dan didapati 99% tiada kesalahan.Kerja berjalan lancar dan document diemail ke AM untuk urusan gaji yang dijadualkan pada 24 Ogos 2007 iaitu jumaat ini.

Sepanjang hari internet dan server mengalami masalah yang sukar dijangka.Begitu slow kelajuannya dan kekadang hidup dan ada masanya mati.Sessi update blog beberapa kali terbengkalai.

Menjelang petang, kepala shai berdenyut2 seluruh urat saraf berpusing - pusing dan menjadi kepeningan.oh tidak... migrain datang balik.Hanya panadol menjadi penawar ketika itu setelah didapati uphamol telah kehabisan dalam petii pertolongan cemas "Fist Aid Kit".

Malam itu, 1 Panadol dan 1 Uphamol menjadi ubat merawati kesakitan yang shai tanggung. Masih ada selsema dan hidung teramat tidak selesa dengan hingusan demi hingusan yang mengalir.

Labels:


5 Kata-Kata Ditinggalkan

shaiMENULIS
@1:33 PM





Monday, August 20, 2007
Bulan Bermadah : Revolusi 5 - " 5 Hari 4 Malam, Kisah Di Kampung"


13 Ogos,Isnin

Petang itu, Abang shai di Sijangkang SMS tanya nak ikut dia tak balik kampung hujung minggu ini (cuti sekolah bermula pada 18/08).shai katakan "tidak".

Sekitar 9.30 malam,Ayah telefon dari Kampung.Katanya Mak sakit yang serius selepas keluar dari Hospital petang tadi."Mak hang teruk nie, orang kg dah datang baca yasin" balik la...

Beberapa minit kemudian..Abg shai di Sijangkang call bagi tahu dia nak balik kampung malam ini sebab Ayah juga turut telefon dia.shai katakan kena bagi tahu 'bos' iaitu superior dulu my AM ,Assistant Manager.Mula - mula minta cuti emergency selama 2 hari.Lepas tue call balik abg shai minta dia ambik kat rumah.Ayah call lagi pesan kat shai supaya kasi tahu kat Abg shai agar tak memandu laju/tergesa2.Sessi kemas mengemas kain baju/pakaian bermula.Hampir nak pukul 12am baru dia sampai.Bertolak menuju ke kg.Melalui jalan lama menuju ke Rawang dan masuk ke Tol Rawang terus ke destinasinya iaitu di utara tanahair.

Berhampiran susur keluar Tol Tapah, Kereta yang dipandu Abg shai telah ditahan bapa polisi yang membuat sekatan jalan raya kerana memandu melebihi had laju lebuhraya 124 KM/Sejam. Erm... selepas menyatakan tujuan perjalanan dan berbual seperti mesra dan dengan ramah tamah.Bapa polisi yang baik hati telah melepaskan "kami" dari disaman.Bapa polisi sempat bergurau senda dan berpesan kepada Abg shai agar memandu pada kadar yang telah ditetapkan dan mematuhi peraturan jalan raya.Melalui "Pusara Lebuh Raya" yg mengorbankan lebih 20 nyawa di Bukit Gantang akibat kemalangan bas ekpress amat "menakutkan".

14 Ogos, Selasa
Sekitar 4am kami tiba di Penang.Singgah sebentar di rumah Mak mertua Abang shai di permatang pauh.Merehatkan diri untuk sejam dan kemudian meneruskan perjalanan ke Alor Star dan selamat tiba di rumah "Chu"/ Mak Usu pada sekitar 6am.Mak shai tak balik duduk rumah kami sendiri sebab jauh dari saudara mara dan "susah".Mak shai terlantar sakit di bilik depan ruang tamu rumah "Chu".Pertama kali bersua kembali selepas pertemuan terakhir hampir 2 bulan lalu di Hospital Penang.Ternyata banyak perubahan ketara pada fizikal Mak shai bukan sahaja susuk tubuhnya yang semakin mengecil tetapi juga.... (tidak dapat meneruskan dengan kata - kata).

Air mata mengalir melihat sekujur tubuh terbaring di subuh nan hening.Tiada apa yang dapat dikatakan melainkan menjadi pendengar yang setia dan jari jemari mula mengurut anggota badan Mak.Satu demi satu "wasiat" dikatakan.Sungguh "ngeri" tapi itulah hakikatnya.Bila orang yang sedang sakit..apa yang dikatakannya bukan sekadar igauan.Dari satu keluhan kepada satu luahan perasaan yang terpendam.Namun shai lebih dahulu mengetahuinya sejak beberapa minggu yang lalu.Kali ini Abang shai mendengar sendiri dari mulut Mak.Kisahnya perkaitan dengan Kakak shai.Usah ditulis dan diceritakan dengan panjang lebar.Apa yang boleh dikatakan Mak shai "makan hati" dengan sikap Kakak shai.

Sepanjang hari shai cuba sedaya upaya berada disisi Mak.Kesukaran Mak bernafas memerlukan ada seseorang disisinya untuk mengurut hampir seluruh anggota badannya.Seksanya buang air kecil memang jelas kelihatan.Apa bila mendegar Mak "mengerang" kesakitan menahan kepedihan dan kesengsaraan.Inilah kesan Chemo.Penyakit Kansel Pangkal Rahim sejak lebih 10 tahun lalu membuatkan Mak shai keluar masuk Hospital dan yang terbaru Hospital Sultanah Bahiyah (Hospital Baru di Alor Star) menjadi "rumah" baru Mak.Kesan dari Chemo itulah yang menyebabkan Mak shai menjadi sebegini.

Saudara Mara , Jiran tertangga tidak putus - putus menziarah dari pagi ke petang hingga ke malam.shai pulak menggalami migrain/ sakit kepala yang melampau dan sakit - sakit badan serta bau2 demam sudah mula menyerang.Malam itu shai tidur kepenatan dan ayah setia berada disisi Mak pada malam hari (Ayah shai kerja siang minggu ini).

15 Ogos,Rabu
Seawal 6am sudah menjadi rutin harian shai untuk hari ke2 berada disisi Mak.Selepas ayah selesai solat subuh,dia akan bersiap pulang ke rumah untuk pergi kerja.Lebih 1 jam berada disisi Mak dan untuk seketika waktu Mak akan terlelap walaupun untuk beberapa minit.Selera makan Mak sudah mulai baik untuk hari ini.Beberapa suap makanan telah masuk kedalam perut Mak.Berbanding hari - hari sebelumnya Mak sudah boleh makan dan mempunyai sedikita selera.Namun setiap yang masuk dalam badan akan kembali keluar dari mulut Mak.

Sekitar 11am shai meninggalkan Mak seketika ke Bandar.Tiada siapa pun yang tahu tujuan sebenarnya.Apa yang shai katakan hanyalah ke Klinik.Lebih 2 jam shai bukan sekadar ke Klinik tapi juga ke Stesen Bas membeli Tiket untuk pulang ke KL.shai juga singgah menikmati satu makan yang menjadi kegemaran shai.

Tetamu berkunjung tidak putus - putus sehingga ke lewat malam.Waktu itulah baru shai dapat "berehat" seketika.Membersihkan "air kencing" Mak dan membawa ke Tandas untuk "buang air besar" sudah menjadi rutin buat shai. Nampaknya Mak shai dah mulai boleh banggun dan tidak hanya terlantar di tilam itu sahaja.

16 Ogos,Khamis
Seperti biasa shai dan Abang shai dan sesiapa sahaja anggota keluarga kami sedaya upaya nak Mak makan agar dia ada tenaga dan kekuatan untuk mengharungi kesakitan yang dialami.
Dari Rambutan kuning ke Meehon Sup hingga ke Cendol dan Tau Fu Fa hanya sedikit sahaja yang dijamah Mak.Namun ianya sudah cukup untuk mengembirakan kami.

Hari ini shai ke Pekan Khamis di Simpang Empat Kangkung/Tokai.Membeli ayam,udang, sayur serta lain - lain barang bersama Abang & Kakak Ipar shai. Memang dunia ini kecil, shai bertemu dengan seorang yang dikenali disitu.Isa namanya.Dia pulang bercuti di kampung dan datang bersama Maknya.Menikmati Meehon Sup panas - panas memang sedap sehingga ke anak tekak terasa kenikmatannya.shai akan makan ubat sebanyak 3 kali sehari.Kesannya kepala shai dah tak berpusing - pusing.Batuk - batuk pun dah kurang begitu juga dengan tekak dah mulai baik.
Namun masih ada selsema.

17 Ogos,Jumaat
Menunaikan solat Jumaat di Masjid berhampiran kawasan rumah.Lewat petang itu Abang shai yang bekerja sebagai Navy di Lumut pulang ke Kg bersama isteri dan anak-anaknya.Sessi tangisan dalam kerinduaan kembali namun ternyata Abang ke2 shai begitu kuat dan menahan diri dari mengalirkan air mata didepan Mak.

Malam itu shai berada disisi Mak sehingga lewat tengah malam.Kesian melihat ayah yang saban malam berada disi Mak membuatkan shai membuat keputusan untuk menemani Mak untuk malam ini.Namun shai tewas akhirnya selepas kurang 2 jam mengosok seluruh anggota Mak.

shai teringatkan arwah nenek,yang telah pergi 9 tahun yang lalu.Mak saling tak tumpah macam arwah nenek.Perlukan seseorang berada disisinya untuk mengurut badannya (x boleh bernafas) dan tak semua orang tahu teknik mengurut dengan baik.Ada sahaja yang tak kena.shai juga kekadang tak boleh lari darinya.Kekadang tertekan kuatlah.Ada masanya terlalu perlahan lah. Apa yang mampu shai buat hanya lah mampu bersabar dengan kerenah orang "sakit"

Malam itu juga shai bagi tahu Mak yang shai balik KL esok (tak nyatakan waktunya dengan tepat)

18 Ogos, Sabtu
Riuh rendah rumah Chu dengan suara 11 anak buah berkumpul bermain, bergelak ketawa dan kekadang suara tangisan bergema.Saat bersama mereka amat shai nantikan terutama dengan si kecil Anis Najwa dan Shazafifi. Sepanjang pagi ini shai membawa anak - anak buah ronda - ronda di Kampung dan "belanja" mereka jajan di Kedai.Walaupun duit melayang "sikit" namun bila tengok anak2 buah happy shai pun akan merasai keseronokkannya juga.

Pagi ini,sedikit masa yang ada cuba shai habiskannya dengan berada disisi Mak.Akhirnya shai terpaksa dengan relanya menyatakan waktu perjalanan shai bertolak kembali ke KL.Saat meninggalkan Mak dan seluruh anggota keluarga merupakan saat yang memilukan.Air mata shai mengalir bila mana kali terakhir (utk ketika itu) shai disisi Mak dan mengusap tubuh Mak. Berlinangan air mata shai kerana terpaksa meninggalkan Mak.Ternyata Mak memahaminya dan kata - kata darinya sepanjang 5 hari 4 malam akan terus shai ingati.Namun ungkapan "Kalau panjang umur,kita akan jumpa lagi".Walaupun Mak mengerang kesakitan sedaya upaya shai meminta Mak agar tak lupa menggintakan tuhan,mengucap 2 kalimah syahadah serta banyakkan bersabar.Sebak meninggalkan Mak, Adik beradik, Anak2 buah serta Chu sekeluarga. Pesan shai pada Chu agar tolong tengok2kan Mak membuatkan air mata shai mengalir sekali lagi.

Akhirnya bumi jelapang padi shai tinggalkan dengan berbagai macam cerita dan perasaan serta emosi juga kisah yang tidak dapat dicoretkan semuanya.

Labels:


2 Kata-Kata Ditinggalkan

shaiMENULIS
@4:40 PM





Wednesday, August 8, 2007
Bulan Bermadah : Revolusi 4 - " Biarkan Gambar Berbicara"


Labels:


8 Kata-Kata Ditinggalkan

shaiMENULIS
@8:06 AM





Tuesday, August 7, 2007
Bulan Bermadah : Revolusi 3 - "Cerita 3 Hari 2 Malam"


Hari ke 3 (06.08.07) pagi Isnin
Dari Terminal Putra Gombak ke KLCC RM2.10 bayarannya.Seawal 10.30am sudah berada di KL Conventation Centre.Percaya @ tidak inilah kali pertama menjejak kaki & masuk ke Aquaria.

Harga masuknya ialah RM 38 (adult) tetapi utk pemegang MyKad bayarannya hanyalah RM28 tapi shai dah beli tiket voucher masa promosi Aquaria di PWTC beberapa bulan lalu dengan harga RM24 dan ianya sah digunakan sehingga 31 Ogos ini sahaja.

Aquaria dibuka pada 11am,sebelum itu menikmati sarapan pagi di KL Conventation Center. Tepat 11am terpaksa beratur panjang bersama - sama pelancong2 (kebanyakkannya keluarga arab). Hampir 10 minit baru dapat masuk ke dalam Aquaria.Macam - macam spesis ikan ada.Paling best dapat sentuh & pegang tapak sulaiman.Ada juga pameran serangga2.Hidupan air tawar/masin, sungai di Malaysia.Paling teruja tengok penyu selain dapat masuk ke Terowong yang mana di kiri dan kanan serta atas kepala kita berbagai2 jenis ikan lalu lalang.Best!! best..!! inilah dinamakan menikmati keindahan dasar laut.Tepat 12pm pertunjukan penyelam memberi makan kepada hidupan bermula.Memang mengkagumkan...Seronok tengok aksi2 apatah lagi bila ikan pari besar di beri makan.Ada juga penyu agar,ikan kerapu yang besar serta lain - lain.Cuba teka apa lagi ada disana? Sermestinya "Sand Tiger Sharks".

Sebelum balik, beberapa puluh ringgit lagi dihabiskan membeli cenderamata.Semestinya Key Chain dan beberapa item's untuk "Insan tersayang"siapa?

shai berjalan - jalan di KLCC dah lama tak menjejakkan kaki ke sana.Hanya kedai terpilih sahaja menjadi pilihan & semestinya QuickSilver.Window2 shopping dulu sebab dah lama tak masuk sana.Akhirnya kaki melangkah meninggalkan KLCC menuju ke destinasi yang lain pulak. Ke mana? hehehe..ada la..

Hari ke 2 (05.08.07) pagi Ahad
Untuk pagi ke2nya menikmati Roti Canai.Kalau ini kasi banjir dan lokasinya di Pandan Jaya. Walaupun dah lama tak ke sana dan makan disitu rasanya dan kuahnya masih sama.Sedap!!!

RM 3.20 perjalanan pergi balik menaiki Star LRT dari Pandan Indah Ke Bukit Jalil.9am dah bertolak ke destinasinya.Percutian beli - belah di "Jom Heboh".Lebih selesa pergi awal2 pagi dari bersesak2 di tengah hari & petang.Takut juga kalau lewat2 nanti cuaca bertukar menjadi hujan.Kenapa naik kenderaan awam? shai rasa lebih mudah dan baik berbuat demikian sesekali apa salahnya kan.

Seawal pagi masih belum ramai manusia.Tetapi kebanyakannya khemah/both/gerai pameran dan jualan telah dibuka.Pusingan pertama, jalan - jalan.Kemudiannya singah di Hotlink.Cari2 nombor2 kalau ada yang cantik.Ingat nak beli no 012.Mahal lah pulak RM20.hu3.lepas tue x ada satu pun nombor yang berkenan di hati.Beli top up RM10 sebab nak dapatkan paper beg Hotlink yg cantik (memang suka kumpul paper beg juga).

Berjalan lagi untuk pusingan ke2 beli Berita Minggu RM2 malas nak beli 5 paper utk dapat tiket sunway lagoon (sebab tahun lepas dah pergi) kemudian beli product Maggi RM10 kemudian beratur pusing roda (dapat pengasah pencil,leh kasi kat anak buah).Kemudian jalan2 kat khemah women@tv3 ada "Zaza' alah Aby Abadi.Pandang2 jeling2 je..kemudian dari jauh nampak jiran aka pengacara ambooi..3 + Jangan tidur lagi...si azwan ali di tepi2 khemah dok depan kipas sebab berpeluh2.Sah2 make up dia dah cair.

Hari mulai panas nasib baik ada payung.Macam mana dapat payung? Beli Produk Power Root RM10.Paling best beg dia pun meletop's!! kaler kunen lagi..ada karikatur muka duta2 nya berserta t/tangan.I like..i like..

Akhir sekali membeli produk munchy's bernilai RM10.Ole2 untuk anak-anak buah juga.he3. Oh! lupa lak.. membeli juga minyak wangi jenama "alah.... fantasia tue..alang2 dah beli dan murah RM15 je..hahaha..murahkan..beli lah 2" agak2 berapa RM telah shai belanjakan untuk percutian habiskan duit di Jom Heboh kali ini? Tak lupa juga beli Key Chain jom heboh bernilai RM5..ish mahalnya.Plan asalnya nak jumpa kawan lama a.k.a budak tv3.Cari2 punya cari tak jumpa juga.So, kaki melangkah pergi bila jam menunjukkan 11am dan manusia mulai ramai di Bukit Jalil.

Hari pertama (04.08.07) Sabtu

shai telah tiba di Terminal Putra Gombak pada jam 8.30am.Sessi tunggu menunggu pun bermula.Sebabkan masih ada waktu shai telah membeli beberapa bekalan sarapan pagi termasuk ice cream..nyum3..dah lama tak makan.Kak Retna menjemput shai dengan "si putihnya" Plan menaiki Genting dengan menaiki bas bertukar menjadi sebaliknya.Ada baiknya juga tapi yang sedihnya kesian kat "si putih" yg semput dan tiada tenaga kerana tangkinya hampir kehabisan.Lagi cerita DI SINI

Di puncak Genting inilah antara permainan/games yang shai main bermula dengan Spinner alah kerusi terbang yang pusing2 dan membuatkan kepala shai pening2 rasa seperti loya dan nak muntah.Tapi tak pun sebenarnya.Seterusnya naik Cyclone berpusing2 juga le.Tapi tak berapa menakutkan pun.Di sebabkan Express Lane group kami dapat laluan istimewa.Berpandang2 orang2 yang dah beratur panjang.ha3..

Kemudiannya menaiki Pirate Ship.Walaupun tiada pusingan 36o darjah namun inilah masanya menjerit untuk menghilangkan segala tekanan & meluahkan segala perasaan yang tersimpan di lubuk jiwa.fuh! lega..tapi masih ada lagi perlu dikeluarkan.Sessi berjalan - jalan diteruskan cadangnya nak ke Dinosaurland tapi tutup le pulak hanya boleh beri makan kepada ikan je.Crazy Space Lab pun tutup (ntah apa2 ntah semuanya tutup) lepas tue corkscrew yang berpusing2 hanya beroperasi pada jam 1.3opm. Menaiki Matahari.Alah buaian pusing tue.Sesaja naik dah bayarkan so naik jelah walaupun tak mencabar (berada di dlm buaian & atasnya sambil makan - makan + tebaloi pun ada sekali..terima kasih penaja).

Menaiki Fyling Dragon pun menyeronokkan apatah lagi bila masuk dalam kawasan First World "kami" menjerit sekuat hati.Berpusing2 juga, terasa sekejap benar.Dalam masa 1 minit masanya.

Menuju ke First World Indoor Theme Park dan masuk ke Snow World bayaran dikenakan ialah RM 16 Dewasa.1St time masuk tempat sejuk (bersalji) memang best.Macam2 aksi telah berlaku paling best mengelusur dari atas ke bawah.(Sakit badan2 ku..2 kali tue) Pengalaman yang indah. Tetiba salji turun mula2 ingat nak tadah mulut besar.Tapi setelah diberitahu akak2 kesayanganku itu bahawa ianya adalah sabun.Hampeh!!! shai tertipu.tiiiidak.

Sessi makan2 Burger King bermula.Mahal bebenar (dah tau dah) RM16 untuk makan Tghari yang dah lewat (masuk petang dah sebenarnya) Best gak First World Plaza nie.Ada persembahan kebudayaan kat pentas utama.Sempat tengok sekejap.pst: ada rahsia..pantang lalu lalang depan toilet shai mesti nak terkuncil.Sejuk sangat.Lepas je keluar Snow World shai terpaksa pakai sweeter.Menggigil tahap gaban.

Seterusnya menaiki Flying Goaster.Beraksi seperti spiderman dan berpusing 360 darjah.Best!! best shai suka.2 kali naik tue.Bayaran dikenakan ialah RM10 je.Semua benda dalam poket kena dikeluarkan kalau tak sah2 akan jatuh ke bumi.Kali pertama memang menjerit2 sekuat hati. Untuk kali ke2 mendiamkan diri.

Selepas itu masuk "rumah tak berhantu" bernama Pirate Train.Memang tak menakutkan dan tak berhantu langsung.Keluar dari situ siap gelak2 sebab rasa kelakar yang amat.Ada yang menaiki boat dan bersiar2 di tasik genting (betul ke?) tapi shai hanya duduk menahan kesejukan.

Seterusnya bermain Rolling Thunder Mine Train.Orang yang beratur punyalah ramai.Kita orang Express Lane so..terus je ke depan sampaikan ada pak2 arab pandang2 dan bertanya. ha3. Best gak!! sebab dia masuk dalam gua dan kita orang jerit2 kononnya ketakutan.

Malam itu shai berpeluang lagi merasai pengalaman berada di puncak.Yup!Space Shot. Sungguh indah permandangan.Saat ianya turun dengan begitu pantas ke bumi memang jantung berdegup kencang.Namun keseronokannya jelas terasa.

Sambutan majlis En.Tuah dalam kepekatan malam.Cerita lanjut ada Di Sini + Terima Kasih atas Dinner Makan Seafoad untuk Kak Shida & Abg Tuah

Labels: ,


3 Kata-Kata Ditinggalkan

shaiMENULIS
@7:53 AM





Friday, August 3, 2007
Bulan Bermadah : Revolusi 2 - " Pertemuan Bersama 3 minit"


Syukur alhamdullilah selepas terbang berjam lamanya akhir shai dapat bertemu dengan "sahabat 3 minit" siapa? dimana? berapa lama? Dia ialah sahrulia bertemu di Secret Resepi,Sogo (betul ke shai eja nie..hentam je lah) dalam masa 23 minit (anggaran) borak2 kosong dan sessi tukar2 ole2. Ye..ye akhirnya hari ini shai dapat berbuka puasa dengan kek.Cuba teka kek apa? bukan..bukan.. salah memang salah.Kek nya bernama "durian - durian" sampai ke pagi ini nafas masih berbau durian walaupun hanyalah perisa pada kek.nyum..nyum.. 3 star utk kek itu.

Ini yang ole2 untuk shai dapat dari "sahabat 3 minit" Terima Kasih yek! :-




Labels:


5 Kata-Kata Ditinggalkan

shaiMENULIS
@8:22 AM





Wednesday, August 1, 2007
Bulan Bermadah : Revolusi 1 - "Imej & Kandungannya"


shai kembali mencoretkan sesuatu di bulan yang baru.Ogos 2007 sudah masuk harinya yang pertama.Pada 9 tahun yang lalu radio ERA bersiaran dan kini ianya menjadi stesen radio no 1 Malaysia.ERA tetap menjadi pilihan telinga shai setiap pagi dari 6 pagi - 7 pagi dan setiap malam menemani tidur shai.

Sedar tak sedar lagi 30 hari bersamaan sebulan @ sepurnama seluruh rakyat Malaysia akan menyambut ulangtahun Kemerdekaan negara yang ke 50 tahun.Tanya pada diri sendiri apa yang telah kita lakukan pada negara bukan bertanya apa yang telah negera berikan pada kita.

Berbalik pada tajuk asal. Revolusi bermakna perubahan dan shai cuba untuk tonjolkan bukan sahaja dalam blog tapi juga dalam kehidupan seharian shai.

Ada yang terus memberi nasihat kepada shai agar "makan nasi" shai faham dan mengerti dan sebenarnya shai adalah hantu nasi.Kalau lauk sedap dan menyelerakan tiga pinggan nasi pun shai mampu habiskan Apa lagi kalau dapat menikmati nasi lemak setiap hari.Nasi dagang, nasi kerabu & nasi minyak..nyum..nyum...

Kembali ke cerita di bulan bermadah, ianya dipilih kerana sesuai dengan bulan ogos sebagai bulan kemerdekaan.Rasanya bermadah bukan sahaja dari segi ayat & kata - kata tetapi sebaliknya dari diri kita sendiri.Meluahkan apa yang kita rasa dan menyatakan segala isi hati.

Bulan menjadi saksi sebuah persahabatan.Bulan yang terang mengambarkan betapa persahabatan adalah penting dalam kehidupan seorang insan bernama shai.

Awan memberi maksud dalam kehidupan tak selalunya cerah.Awan gelap memberi tanda bahawa berbagai macam dugaan dan cabaran terpaksa diharungi dalam menjalani hari - hari kehidupan seorang insan.Awan terang memberi gambaran ketenangan dan kebahagian dalam mengharungi hidup dan awan mendung/malap menyatakan bahawa

Imej & Kandungan blog INILAH shai pada bulan ogos mempunyai 3 kolum.Paling tengah ialah entry dan merupakan tajuk setiap cerita.Selalunya ianya berkaitan perjalanan hidup shai suka duka.Berkaitan cerita topik semasa ataupun luahan perasaan dan apa juga yang shai gemari dan sukai semua dicoretkan di entry kebanyakkannya dari hari isnin - jumaat.5 kali seminggu.

Kolum paling kanan menempatkan Masa & Kotak Mesej. Msjbox menjadi pilihan sejak lebih 2 tahun yang lalu.12.07.2005 itulah tarikh bermulanya kisah seorang insan di dalam dunia blog.

Selain itu tersenarai rakan blog yang shai dah jumpa sejak lebih 2 tahun berblog.Dah yang paling lama shai kenal dalam list itu ialah asri a.k.a sodep.shai listkan juga rakan - rakan blog msjbox serta rakan - rakan cyber yang belum jumpa serta lain - lain rakan - rakan di alam maya.Selain itu jumlah pengunjung juga dikira (sahaja suka - suka) kalau ikutkan dah lebih 30,000 kali blog shai dibuka sejak blog lama di blogdrive.

Kolum paling kiri pula digantung dengan berita - berita mengenai KL Tower (tempat kerja). Apa sahaja aktiviti yang berlaku diceritakan di Event @ KL Tower dan paling atas ditempatkan ruangan untuk si pencari kerja dilabelkan sebagai Job's @ KL Tower sekiranya ada kekosongan jawatan di KL Tower bolehlah lihat disini.

Selain itu Dairi shai akan menulis tentang aktiviti harian shai dan cuti - cuti Malaysia sebagai Kalendar untuk aktiviti shai dan sepanjang bulan ini begitu banyak sekali aktiviti sedang disusun dan dirancang.Selain cuti - cuti dalam negara, shai bercadang nak masukkan satu ruangan untuk menyenaraikan jemputan perkahwinan yang shai terima sepanjang bulan ogos ini.Adakah "musim mengawan sudah kembali..hehehe..yelah cuti sekolah di bulan ogos ini rupanya".

Di tampalkan juga video pilihan shai.Buat masa ini lagu Hilang dari Diddy begitu menyentuh kalbu.Ya! kehilangan yg cukup terasa.Kenapa?Mengapa?Usahlah ditanya.Turut disertakan bersama lirik lagunya.Nak tahu apa pilihan lirik & video.Kenalah baca dari masa ke semasa.

Labels:


0 Kata-Kata Ditinggalkan

shaiMENULIS
@8:10 AM







Inilah S.H.A.I

"Izinkan aku sendiri & menyepi untuk terus mencari ketenangan hati..Aku Yg Kecewa (Shai..14/11)"


Kotak Masa



Kalendar Shai




Kira Jumlah Pengunjung

Free Web Counters

Kotak Mesej

online
Dengan rasminya blog ini di TUTUP (Shaizhar 3/12) Telah berpindah ke SINI,










Credit

DON'T TOUCH>:
Designer: Vanessa, th-emohug
BaseCode: BENDAN
Other[s] : X O X O X


<body>