<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d7854254935194819848\x26blogName\x3dInilah+s.h.a.i\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttps://shaizharkltower.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3den_US\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://shaizharkltower.blogspot.com/\x26vt\x3d5882558668597419839', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>
Tuesday, July 31, 2007
Bicara Shai - Versi 17 " Kisah di Bulan Julai"


Penghujung Bicara shai di bulan Julai ceritanya lebih banyak tentang diri shai.Fakta & Angka adalah antara resolusi yang shai cuba coretkan untuk memberi kesedaran kepada diri sendiri betapa ianya begitu penting.Secara jujurnya banyak yang shai cuba ubah dalam hidup shai kebelakangan ini.

Bicara mengenai Yang Boleh & Tidak menjelaskan apa yang shai cuba jauhkan dan apa yang shai sedang lakukan.Dan perasaan semakin jauh shai gambarkan untuk menyatakan betapa kerinduan dalam diri kepada mereka yang sentiasa diingatan.

shai mulai mengantung gambar di blog ini dalam bentuk slide.Kenangan 2004-2007 adalah antara gambar yang paling memberi kenangan terindah untuk shai dan rahsia disebalik nama shai membongkar kisah nama-nama shai sepanjang usia shai.

Versi 12"Kisah selepas 1 tahun berlalu" adalah cerita sekarang di tahun 2007 dan Versi 11 "Coretan setahun yang lalu" 2006 yang pahit untuk diingati.

Versi 9 "Kenangan" bersama Yonna bersama beberapa keping gambar ber2 dan Versi 8 "Terlalu Istimewa" untuk matju yang kini telah berada di Unisel Batang Berjuntai Selangor. Itulah pesanan dari seorang abang kepada adiknya.

17 Julai shai kembali selepas 10 hari berhenti dari mencoretkan sesuatu diatas blog ini.

7 Julai di awal minggu pertama bulan ini emosi & perasaan shai terganggung kerana insiden diluar jangkaan (Malas nak kenangan benda yang dah berlalu).

Awal bicara di bulan ini shai lebih banyak menceritakan tentang Janji,berkaitan masa & displin yang merupakan teras hidup dan pegangan shai.

Labels:


0 Kata-Kata Ditinggalkan

shaiMENULIS
@8:35 AM





Monday, July 30, 2007
Bicara Shai - Versi 16 " Fakta,Angka & Cerita"


11 Nov 1980,shai dilahirkan.Kini berteduh di rumah bernombor 11 bukan tingkat 11.Di tingkat 3 sahaja.Di jalan Ukay Perdana 3.Lebih 3 tahun tinggal di rumah sendiri.Sejak 29 Mac 2004.Cepat sungguh berlalu.Dengan RM 602 sebulan BCB merupakan pemberi pinjaman perumahan.Kini dikenali sebagai CIMB Bank @ cimbeng.

Sedar tak sedar dah nak masuk 10 tahun meninggalkan alam persekolahan dan terfikir juga nak memulakan fasa baru dalam kehidupan dengan menjadi pelajar.Masih berfikir-fikir dan belum membuat keputusan muktamad.Kena minta pendapat dan buah fikiran abang2 dan kakak2 dahulu.Takut nanti kalau kegawatan kewangan ditengah perjalanan boleh minta tolong mereka. Siapa lagi yang kita harapkan kalau bukan ahli keluarga sendiri.

Untuk tujuan murni dan mulia bagi mendalami ilmu,khamis lepas dengan sukarela telah singgah ke KWSP berhampiran pejabat untuk menyemak penyata akaun.Jumlahnya Akaun satu RM20k + dan Akaun dua RM belas2+.Syukur alhamdullilah selepas lebih 9 tahun 5 bulan 13 hari bergelar pekerja walaupun dengan tabungan ASB yang semakin susut masih ada lagi tabungan hari tua.uhuk3.Lebih kurang 28 tahun beberapa bulan untuk sampai ke usia 55 tahun dan nampaknya dah hampir 1/2 perjalanan hidup.Semoga usia shai akan dipanjangkan A-Min.

Lagi 3 bulan 12 hari akan menjangkau usia 27 tahun.Begitu laju masa berlalu.Kekadang rasa ketinggalan dan tercicir dari berbagai cerita dan perkara.Rasanya tahun ini rumah terpaksa ditutup sepanjang syawal dan pada tarikh 11112007.Kalau ada "durian runtuh" insya-alalh mungkin rumah terbuka akan berlaku lagi.

Dalam usia hampir ke 27 tahun shai telah mempunyai 11 anak buah.8 Lelaki dan 3 perempuan.

Anak sendiri? uhuk..uhuk..sensitip2.Insya Allah 11112011.Tengah kumpul hantaran 11,111.11 siapalah yang bertuah itu?Kalau ada jodoh tak kemana.Cepat @ lambat je.Mungkin shai spesis mcm my sister yang berkahwin pada usia 28 tahun sedangkan abang2 yang lain berkawin pada usia 21 & 22 tahun.Mungkin juga alaf baru ni dah tak sama macam tahun 1990-an.

Labels:


3 Kata-Kata Ditinggalkan

shaiMENULIS
@8:38 AM





Friday, July 27, 2007
Bicara Shai - Versi 15 "Yang Boleh & Tidak"


Dulu shai pengemar chicken chop yang setia.Kekadang tiap - tiap minggu baham (mcm harimau pulak).Tapi kini shai menjadi peminat setia CKT (char kotiew) betul ke eja? lantaklah...setiap minggu paling kurang 2 kali @ 1 kali.

Kini shai terpaksa ikat perut dan belanja lebih sederhana kerana kegawatan ekonomi dan masalah kris kewangan peribadi yang semakin meruncing.Bekalan kerja lebih masa sudah lebih 7 bulan tak masuk dalam akaun gaji.Oleh yang demikian dana ASB semakin susat dan berada di tahap kritikal di tambah dengan kebisingan orang tuan inginkan RM.Tapi masih belum mampu ditunaikan. I'm soory dad (speaking landon jap).

Family kita ingat (terutama ayah shai) kerja di KL gaji beribu (x sampai pun RM1500) difikirnya hidup mewah, banyak duit dan mampu tunaikan apa sahaja yang diinginkan .Huh! malas nak memikirkannya lantaklah yang penting shai berpijak dibumi yang nyata.Impian nak berkereta sendiri pun x muncul2 tiba.Tapi syukurlah ada rumah sendiri tempat berteduh siang dan malam dari hujan juga panas.

shai juga tidak lagi menjadi penonton setia panggung wayang & pembeli VCD "haram" RM5. Rasanya kebelakangan ini tiada filem yang shai sukai & minati ditayangkan.Mungkin juga pelakon pujaan hati shai belum lagi keluar ngan filem baru.Siapa? hehehe..biarlah rahsia.Apa pun x sabar nak tengok Mualaf.Kenapa? shai rasa filem itu ada kelainan terutamanya bila Pelakon wanita utama "membotakkan" kepala.

Choclate kegemaran juga semakin shai lupakan.Rindu pada makanan yang selalu menjadi teman dikala shai stress.I miss u..i miss u..disebut berulang - ulang kali.Namun kini selepas lebih 3 bulan hidup tanpa nasi shai dah biasa.Sebab tue dalam tempoh tersebut berjaya turunkan 6kg dari berat *tut* x leh sebut (syukur alhamdulillah) ada juga kawan yang kata shai perlu ambik nasi dalam kuantiti yang sedikit.shai tetap dengan pendapat shai sendiri sebaliknya shai gantikannya dengan roti sebagai pembekal tenaga.Minta maaflah kekawan kalau shai ini degil dan jenis tak dengar kata dan nasihat kau orang semua.Ntah lah shai memang spesis "keras kepala" dan shai akan lakukan apa yang shai fikirkan betul pada pandangan shai.Dah lama juga tak makan nasi ayam, nasi beriyani dan nasi kerabu serta nasi dagang.huhuhu.... inilah yang dinamakan pengorbanan."berkorban apa sahaja..harta atau pun nyawa".

Belanja harian juga sekarang tidak semewah dulu.Strategi menabung syiling semakin menjadi rutin dan baki duit saku setiap hari juga dimasukkan dalam tabung yang berasing.Sehari seringgit kalau seratus hari dah seratus ringgit.Tapi risau gak kalau dalam keadaan terdesak duit yang berada didalam tabung itu terpaksa dipecahkan.

Dulu setiap petang sabtu shai akan menjadi pelanggan setia achik Cafe di Taman Melawati, RM2 saja sejam.Tapi kini tidak lagi.Rindu saat - saat berchatting dengan sepuasnya pada waktu bukan takkala bekerja.Rindu..rindu..rindu.. (baru seminggu dah rindu).

Shopping,membeli belah dan keluar makan - makan terutama di KFC & MCD akan mulai shai kurangkan atau lupakan untuk satu jangka masa yang belum pasti.Tiiiiiidak makanan segera merupakan pilihan shai kalau dah tak ada pilihan lain yang perlu dibuat.

Sekarang boleh makan waktu berbuka sahaja.Syukur alhamdullilah 11 hari Rejab shai lalui dengan berpuasa sunat.Targetnya sampai Rejab ke 15 dan akan bersambung pada hari ke 17 di bulan Rejab.

Labels:


1 Kata-Kata Ditinggalkan

shaiMENULIS
@8:59 AM





Thursday, July 26, 2007
Bicara Shai - Versi 14 "Semakin Jauh"


Semakin jauh.. itu yang shai rasa.Apa yang orang lain rasa shai tak tahu pulak.Kenapa shai berperasaan demikian?Dengan siapa?Mengapa?Sebab apa?

shai rasa semakin jauh dengan adik beradik shai.Jarang jumpa dan kali terakhir berkumpul bersama pada cuti tahun baru china yang lalu.Abang ke2,datang rumah bulan lepas.Niat dihati dengan ke rumahnya di sijangkang masih tak kesampaian kerana masalah RM.Hidup ini pusing kanan RM pusing kiri RM pusing depan dan belakang pun sama. shai masih belum membuat keputusan tentang kerja sambilan yang bermain di fikiran.

shai rasa semakin jauh dengan beberapa rakan blog (kau orang rasa tak?) sama ada shai yang menjauhkan diri atau shai yang mereka cuba jauhkan diri.Tak kisahlah apa pun, yang penting mereka tetap diingatan shai.Untuk revolusi baru shai dah nekad tak nak fikir-fikir yang bukan dan berhenti berharap dari terlalu berharap serta menjangkakan sesuatu yang tak pasti.
"hanya yang mengerti akan memahami".

shai semakin jauh dengan seorang rakan cyber.Ya cyber friend yang dikenali lebih 1 tahun lalu dan kini menjadi sms friend.Tapi sekarang dah jarang - jarang bersms. shai buat keputusan untuk jauhkan diri darinya untuk kebaikan bersama (poyo je ayat).Tak kisahlah shai tak nak jadi pendesak lagi.Cukuplah shai menimbulkan berbagai masalah & tragedi di masa - masa yang lalu dalam perhubungan kami.

shai semakin jauh dengan rakan @15 bernama cik cr.erm..kekadang masing - masing sibuk dengan kerja sampaikan nak kirim khabar dan berita pun x sempat (x ada kredit sebenarnya).

shai menerima sms dari cik cr beberapa hari lalu "helo..sombongnya" itulah bunyi smsnya.Nak tak nak terpaksa sms pakai 013.hehehehe.sekarang nie nama shai**** dah tak muncul kat @15 astro.Tapi best kawan ngan cik cr walaupun tak penah jumpa.

kejauhan sering kali membuatkan shai rasa kerinduan.Rindu pada kenangan - kenangan bersama insan - insan yang shai ingati.Mungkin juga kesepian shai dan penarikan diri shai dari memikirkan tentang Msjbox membuatkan shai rindu untuk berkumpul dengan kawan - kawan blog (pengguna Msjbox) tapi apa nak buat itulah keputusan shai.Kemungkinan berjauhan lebih baik.shai akan kembali sekiranya rasa sudah bersedia tapi bukan sekarang.

Semakin jauh juga impian shai untuk ke JB & Langkawi.Harapan untuk labuan juga semakin samar - samar.Fuh! hidup ini penuh dengan dugaan dan cabaran.Kerinduaan untuk bercuti panjang masih belum tertunai.Mungkin percutian di Sijangkang yang akan dirancang akan menjadi kenyataan biarpun tanpa kedudukan kewangan yang kukuh ketika ini.

Labels:


2 Kata-Kata Ditinggalkan

shaiMENULIS
@11:32 AM





Wednesday, July 25, 2007
Bicara Shai - Versi 13 " Kenangan Terindah 2004-2007"




Labels:


5 Kata-Kata Ditinggalkan

shaiMENULIS
@8:24 AM





Tuesday, July 24, 2007
Bicara Shai - Versi 12 " Kisah Selepas 1 Tahun Berlalu"


shai tidak berperang dengan perasaan lagi selepas kisah 1 tahun telah berlalu dalam hidup shai .

shai tidak lagi merasai tekanan dalam kerja sejak kebelakangan ini. shai rasa happy dengan kerja sekarang dan shai rasa ianya sesuai dengan jiwa dan perasaan shai dan sudah mulai sebati. Sedar tak sedar sudah lebih 7 bulan masa berlalu begitu pantas sekali.Satu jangka masa yang agak sederhana dalam penghijrahan baru untuk satu kerjaya baru.Masih banyak yang perlu shai belajar dan tahu.

Hr & Admin @HCA (Human Capital & Admin nama jabatan shai sekarang) itulah jabatan baru shai sejak 7 bulan yang lalu. shai diberi peluang dan kesempatan untuk dipindahkan ke jabatan HCA kembali menemui Mr MH yang telah hampir 1 tahun berpindah ke HCA terlebih dahulu dari shai .(mcm mengikut lak.. mungkin dah ditakdirkan).Mr MH ialah Pengurus Admin dan shai dibawah selian Isteri ke2 iaitu Puan W.Yup! 14 April lalu Mr MH telah selamat berkahwin untuk kali ke2.Mereka ber2 dipisahkan oleh shai di Pejabat.Khabar berita mengatakan Mr MH akan dipindah ke satu unit baru masih samar - samar biarpun selepas 3 bulan berkahwin dengan staff satu jabatan (erm...jodoh ditangan tuhan..semoga mereka2 berbahagia A-Min).

Akhirnya pagi ini Mr MH telah menerima surat cinta dari Ketua Jabatan HCA dan beliau akan dipindahkan satu unit baru mulai 1 Ogos 2007 dan terus report kepada CEO.

Setahun yang lalu berbagai macam peluang kerja shai cuba.Hantar resume sana dan sini.Ada beberapa syarikat memanggil untuk sessi temuduga tetapi memang berat rasa hati untuk pergi dan berbagai halangan dan dugaan telah diharungi.Antaranya Interview di Muzium Kesenian Islam (masa tue out station di PD) interview di 7 Eleven kemudian jawatan sebagai kerani disebuah syarikat pengeluar pakaian terkenal.Memamg susah untuk mendapat tawaran kerja di Jabatan Kerajaan (kalau ada "orang dalam" mesti senang".Ternyata ada hikmah disebalik semua itu.Penantian shai tidak sia - sia dan akhirnya pada 18 Disember 2006 shai dipindah ke jabatan HCA kerana kerani sedia ada ketika itu Cik A akan ditukarkan bekerja di Menara Alor Star.Alhamdullilah akhirnya doa shai dimakbulkan A-Min.Kesyukuran yang tak terhingga dipanjatkan atas rahmat dan kurnian dari illahi.

Lebih 9 tahun shai di Menara KL.Insya-Allah 17 Feb 2008 adalah ulangtahun ke 10 di sini. Semoga shai akan berpeluang melalui hari tersebut dan bermakna satu dekad akan ditempuhi dan diharungi selepas melalui 1001 macam suka & duka.

shai kini memberi peluang kepada rakan - rakan yang mencari pekerjaan.Kalau ada kerja kosong shai akan maklumkan dari masa ke semasa manalah tahu kalau rezeki mereka di Menara KL.Kekadang peluang yang shai berikan tak sesuai dengan kerja yang dicari.shai minta maaf,hanya itu yang mampu shai tolong.Insya-Allah dimana ada kemahuan disitu ada jalan.

Usaha tangga kejayaan.Untuk berjaya kita mestilah berani mengambil risiko dalam membuat keputusan.Walaupun sukar untuk dilaksanakan kekuatan

Beza kerja dulu dan sekarang ialah kalau dulu shai kerap outstation dan overtime tapi kini sebaliknya.Hampir 98% di pejabat lagi 2% sekiranya ada tranning,meeting atau urusan luar pejabat yang jarang - jarang sekali.Overtime pun tak ada.Memang susah nak dapat duit tambahan melainkan kalau ada overtime yang datangnya dari jabatan lain.Apa pun yang terjadi pasti ada rahmat disebalik semua itu.Aku tetap bersyukur dan redha dengan ketentuan dari illahi.

Labels:


0 Kata-Kata Ditinggalkan

shaiMENULIS
@8:29 AM





Monday, July 23, 2007
Bicara Shai - Versi 11 " Coretan Setahun Yang Lalu"


Shai berperang dengan perasaan lagi.

Dengarlah bisikan oh! hatiku.. Dengarlah rintihan ku yang sayu..cry

Shai merasai tekanan yang amat sejak kebelakangan ini.Sebelum ini Shai penah luahkan perasaan disini.Shai ingin "berhijrah" tapi bersediakah Shai melaluinya? Kuatkah Shai menghadapinya? Sukar untuk Shai ucapkan dengan kata - kata. Sukar lagi untuk meluahkan dengan nyata.Apa pendirian Shai yang sebenarnya.

Melangkah pergi dari sini.. atau terus setia disini.Walaupun tekanan dan bebanannya tak mampu Shai pikul lagi.Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul.Semua ini terjadi 4 bulan lalu.Shai "ditinggalkan" keseorangan sedangkan pengurus Shai Mr MH dan 3 lagi rakan sekerja dalam satu unit telah dipindahkan ke jabatan lain.Shai terkapai-kapai.Shai hilang arah dan Shai seperti "dibuang".Mungkin itu perasaan Shai .Benar juga Shai seorang yang berkerja mengikut arahan.Bila Shai menerima pengurus baru dengan cara kerja, sikap dan tingkah lakunya yang berbeza dari sebelum ini,Shai rasa tak selesa dan Shai rasa "tension/stress/tertekan".Mungkin Shai tak dapat pikul beban kerja yang diberikan pada Shai Kenapa ianya terjadi?? Shai rasa jiwa Shai bukan lagi disini.

Apa harus Shai lakukan?? Sebagai permulaan Shai akan cuba mencari peluang kerja lain.Walaupun berat rasa hati untuk melangkah pergi Shai harus nekad.Pilihan terakhir yang Shai ada ialah pulang kembali ke desa tercinta. Walaupun sukar tapi itu sahaja yang Shai ada.Mungkin Kuala Lumpur bukan lagi dunia Shai sekiranya inilah pilihan yang Shai buat.

Masa tercari-cari jawapan yang pasti.Namun untuk ketika ini Shai akan terus berada disini selagi Shai termampu.Shai rasa setiap yang bermula pasti akan berakhir. Kesudahan cerita perjalanan Shai selama lebih 8 tahun disini perlu juga ada penamatnya.Sama ada penamat yang baik atau sebaliknya.

Shai mengharapkan bantuan dari rakan-rakan,sekiranya ada kerja yang sesuai untuk Shai.Inilah cabaran dalam kehidupan.Membuat keputusan demi merubah masa depan.Shai harus kuat dan cekal dalam menghadapi semua ini.Shai bermohon pada yang Masa Esa,semoga Shai diberi pertunjuk yang terbaik dalam memilih yang terbaik bagi perjalanan kehidupan seorang bernama Shai selepas ini.

Kebelakangan ini juga Shai tidak lagi berkesempatan berada di pejabat.Tak mampu online YM.Melayari internet seperti selalu.Apatah lagi berkunjung dari satu blog ke satu blog seperti kelazimannya.Maaf Shai ungkapkan buat semua rakan-rakan dan pembaca blog ini.Shai menerima tugasan baru dalam kerja Shai yang memerlukan Shai tidak berada dipejabat sepanjang hari.Inilah juga antara bebanan yang perlu Shai pikul.Ntahlah..kenapa Shai rasa perjalanan hidup kebelakangan ini terlalu perit.Shai cuba menghiburkan hati.Shai cuba untuk menenangkan diri.Tapi ternyata Shai sering berperang dengan perasaan.Tidur malam Shai tidak lagi indah.Makin di fikir makin jiwa ini memberontak.Shai apa pilihan kau?? Shai apa keputusan kau??

Perjalanan hidup seorang insan bernama...Shai akan diteruskan walaupun sukar dan payah.Kepadamu Tuhan aku bermohon.. berilah pertunjuk kepadaku.

Kisah selepas 1 tahun dalam entry Bicara Shai Versi 12 "Kisah Selepas 1 tahun berlalu"

Labels:


2 Kata-Kata Ditinggalkan

shaiMENULIS
@8:23 AM





Friday, July 20, 2007
Bicara Shai - Versi 10 "Rahsia Di Sebalik Nama"




Kisah disebalik nama shai bermula .. dan inilah nama shai sejak hampir 27 tahun akan dibongkarkan dalam satu bicara yang ekslusif. Ye ke?

Abang Chik/Bang Chik

Nick nama dalam keluarga.Yang panggil macam ini ialah abang2,Kakak2,saudara mara terdekat, sepupu sepapat dan mereka -mereka yang selesa memanggil shai dengan panggilan ini.Rasanya sejak kecik lagi memang shai dah biasa kalau ada orang menyebut nama ini.Tetapi kalau 2 atau lebih Abang Chik/Bang Chik berkumpul boleh mendatangkan kekeliruan.

Cheq Art
Yek!! seperti menjijikkan...khof!! khof!! Nama yang dipanggil dikampung oleh kawan - kawan sepermainan sewaktu kecil dan takkala dialam bangku sekolah rendah.Bila dikenang balik macam mana dia orang boleh panggil macam tue dan kenapa nama tue boleh tercipta.Nama kampung sangat.hahahaha.Sebutannya lebih pekat kalau dikeluarkan dengan loghat utara (kedah) yang phekat.Tapi nama tue dah jadi sejarah la.shai sekarang dah jarang orang panggil sedemikian rupa melainkan kalau shai balik kampung dan berkumpul untuk majlis2 keramaian, perkahwinan,hari raya @ kematian.huhuhu..sejujurnya tak suka orang panggil nama itu.

Izhar
Seriusly inilah nama shai yang sebenar.Shaizhar Abu Bakar & Izhar ialah nama shai dan "sha" ialah seperti nama "keluarga" 2 generasi dah mengunakan "sha" sebagai nama mereka. Semoga generasi "sha" akan berpanjangan.Lahirnya Shahida 40 tahun lalu, Shafendi 37 tahun lalu , Shafirol 34 tahun yang telah berlalu dan Shaizhar hampir 27 tahun di tahun 1980.

Bermula 1993, Shahuzzaimie Azizi,Shazatul Azira,Shahuzzairie Azim, Shazaril Naiem, Shazarif Afwan, Shazanis Najwa dan Shazafifi Aniem lahir dalam keluarga Tuan Hj Abu Bakar & Hjh Saadah Ismail selain 4 lagi cucu lelaki yang namanya bermula dengan "Khairil" erm..

Izhar.. hanya Mak shai , Ayah shai dan arwah nenek yang memanggil sedemikian rupa. Kalau orang lain memanggilnya macam janggal je.Tak percaya.Cuba try.mesti shai tak akan memandang punya.

Pak Chik Izhar

Hanya nama panggilan oleh 11 anak buah kesayangku.

Shah
Nama tercipta di zaman sekolah menengah.Sebut nama shah mesti orang kenal walaupun masa tue ada macam - macam shah. Shahril lah, sharul lah.. popularnya nama shah.

Sehingga kini nama shah terus melekat dalam diri shai.Semua rakan - rakan sepejabat kenal, walaupun tak popular mana.ahaks.Di zaman pekerjaan pun banyak juga nama shah.Tapi dia orang tak pulak dipanggil dengan nama shah melainkan seorang itu yang bernama syah.hu3.

Shai
Nama shai bermula pada pertengah 2004, sewaktu di YM Group chatting le.Ramai sangat nama shah.So terpaksa pilih nama nama nie mula2 pakai nama sebenar lepas tue macam tak mencabar je tukar nick name tue kepada shaid**** hehe.. lepas tue shai_eucalypatus <- budak kuantan kasi nie.Menarik sangat dan terakhir ialah c****shai hehehe.. tuelah antara nama cyber + shai1111 juga kemudian bila dah berblog pakai nama mrshai dan kini kekal dengan nama shai di alam maya itu.Sedar tak sedar dah lebih 2 tahun berblog pantas sungguh masa berlalu.
(nak masuk tahun ke 3 berblog disember ini) .

Sejarah berblog bermula dengan mrshai1111.blogdrive dan sehinggalah ke shaizharkltower.blogspot (blog sekarang yg baru - baru ini melalui satu revolusi yang besar).

Ke 2 blog itu mempunyai kenangan,cerita,sejarah dan memorinya yang tersendiri. Sayang kalau nak didelete atau berpindah ke blog baru.

Di sebalik semua nama itu shai tetap terima apa saja apa pun orang nak anggap tentang shai. Usia mendewasakan pemikiran.Harap shai esok lebih baik dari shai semalam.

Labels:


3 Kata-Kata Ditinggalkan

shaiMENULIS
@8:18 AM





Thursday, July 19, 2007
Bicara Shai - Versi 9 "Kenangan Bersama"





Kenangan terindah walaupun seketika kali ini teristimewa untuk Yonna
Biarkan gambar berbicara menyatakan kegembiraan dihati pada ketika itu.

Bila kenal Yonna ? Tak ada tarikh yang pasti.Namun mungkin inilah dinamakan takdir dari illahi. Yonna datang begitu pantas dalam kehidupan aku.Sebagai seorang adik & abang aku rasa Yonna memiliki keistimewaannya yang tersendiri.Apa yang aku tahu tentang Yonna ? tak banyak info tapi yang pasti dari pemerhatian aku Yonna seorang remaja yang tidak boleh berenggang dari Telefon Bimbit.Rasanya kalau dia kehilangan H/Phone mesti seperti hilang separuh dari kehidupannya (pendapat aku je le).

Yonna juga adalah antara yang berdaftar di teratakianz mungkin dari situ bermulanya perhubungan kami di alam maya sehinggalah berlakunya pertemuan pertama atas satu ketentuan dari illahi pada june yang lalu.

Pandangan pertama tentang Yonna ? seorang yang cute..comei sangat mcm nak cubit2 pipi Yonna ooops....

Apa yang aku suka tentang Yonna ?Antaranya di seorang yang menepati janji (ye ke!) dia jenis yang boleh menerima aku seadanya (poyo je..) Yonna seorang "adik" yang boleh menjadi pendengar yang baik &amp;amp; mempunyai kejujuran yang tinggi.Yonna juga berjaya tunaikan permintaan dan hasrat aku dengan sempurna.Terima Kasih Yonna minta maaflah kerana sesuatu perkara itu Yonna terpaksa korbannya untuk menjaga hati insan - insan tertentu pada kala dan saat itu.

Yonna juga pernah hadir menemani hari - hari aku di YM/Meeboo.Semalam dia berikan aku satu lagi ilmu baru.Selama ini aku tak perasaan mengenainya atau mungkin aku tidak mengambil tahu tentang perkara tersebut.Akhirnya aku berjaya mendapat ilmu dari Yonna.

Yonna akan kembali ke Kolej untuk meneruskan pelajarannya.Bagi aku Yonna harus menjadi insan yang kuat & cekal dalam mengharungi kehidupannya.Kegembiraannya bersama rakan - rakan buat aku cemburu.Yonna seorang adik yang suka bergambar dan "berlibur". Semoga Yonna happy dalam hari - hari takkala menjalani kehidupan penuh berliku.

Yonna ingatlah "manusia rambut sama hitam tapi hati lain - lain".Pelajaran amat penting dalam mencorakkan kehidupan yang lebih baik di masa mendatang dan ingatlah Solat tiang agama.

Sedarlah wahai Yonna walaupun siapa pun kita, bagaimana rupa dan bentuk kita serta apa juga kelemahan kita.Jangan jadikan ianya sebagai batu penghalang untuk mencapai kejayaan dan apa sahaja yang kita inginkan dalam kehidupan.Kejarlah ia semoga ianya menjadi milik kita.

Yonna akan terus kekal dihati aku sebagai "adik" semoga perhubungan ini berpanjangan selamanya. Insya-Allah.Harapan aku semoga akan ada pertemuan mendatang dengannya.

Labels:


8 Kata-Kata Ditinggalkan

shaiMENULIS
@8:06 AM





Wednesday, July 18, 2007
Bicara Shai - Versi 8 "Terlalu Istimewa"


Aku menulis istimewa untuk seorang adik yang aku kenali sejak (alamak lupa lah) rasanya dah hampir setahun.Sebelum dia ambik SPM lagi rasanya.matju itulah orangnya.

Terlalu istimewa?? ya.entry ini begitu bermakna kerana aku ingin memberikan satu pandangan dan nasihat dari seorang abang kepada seorang adik (sedih sebab tak ada adik sendiri).

Bicara dari kacamata seorang insan bernama shai... (walaupun aku tak berkaca mata) Kiranya apa yang aku coretkan dan katakan dibawah ini adalah sesuatu yang lahir dari hati aku yang ikhlas.

Mengenali matju dari zaman kami masih sama - sama menjadi bloger di blogdrive sehinggalah kini telah berpindah ke blogspot.Banyak revolusi dalam kehidupan yang dilalui oleh matju dari seorang pelajar kepada pekerja dan akhirnya menjadi penganggur.Sian dia,anggur yang ditanam tak mendatangkan hasil.

Kami juga sering online berchatting di YM (namun sejak 2007 aku hanya mampu mengunakan meeboo..YM kena sekat..sedih..sedih).Di sebalik semua itu tersimpan satu cerita misteri.ahaks!! misteri sangat - sangat.

April lalu aku pertama kali ke Kota Bharu (KB) masa itu aku belum memiliki no telmatju (masa itu dia "hilang" jadi lost contact seketika) Namun ketika aku berada di KB pada satu hari itu aku tergerak untuk ke CC dan disana segalanya bermula.Akhirnya kami bersua muka dan mata untuk pertama kalinya.Kenangan yang akan tetap dikenang.Terutama pertemuan di KB Mall dan ketika itu sama - sama berpakaian merah.

Akhirnya hajatnya untuk melanjutkan pelajaran tercapai.Tahniah!! walaupun bukan di politeknik yang diimpikan namun di UniSel mungkin lebih baik.

Sebagai seorang yang lebih makan "garam & gula" lebih awal darinya inilah kata - kata nasihat dan peringatan untuk matju dari beberapa aspek yang mungkin boleh dijadikan panduan (kalau ianya dirasakan berguna) dan menjadi pertunjuk untuk membina sebuah kehidupan sebagai seorang pelajar.Walaupun pada hakikatnya aku tidak penah belajar diasrama tidak sama sekali bergelar mahasiswa/siswi.Namun dari pandangan,pemerhatian,bacaan dan persekitaraan perkara berikut mungkin boleh diambil sebagai teladan dan pengetahuan.

Mental & Fizikal
Ketahanan mental dan fizikal perlu untuk menjadi seorang pelajar.Mungkin jika tidak mampu bertahan dengan asakan pelajaran boleh menyebabkan sakit mental berlaku (acah je..harap2 tak jadilah)Mental ialah pemikiran.matju haruslah berfikiran terbuka dan rasional dalam melakukan sesuatu tindakan.Dari segi fizikal pulak kudrat yang lebih akan diambil serta digunakan.Sebagai seorang yang kurang aktif bersukan mungkin inilah masanya mengunakan fizikal untuk aktiviti sukan.Untuk menjadi pelajar berjaya haruslah seimbang antara pelajaran dan aktiviti luar (poyo je aku kasi nasihat..sendiri pun kurang dlm bab2 sukan ni).

Solat Tiang Agama
Walau dimana kita berada dan apa yang kita lakukan ingatlah "Solat adalah tiang agama" jangan leka dan alpa dengan hasutan suara - suara syaitan yang cuba melemahkan kita.Dekatkan diri pada Allah dan berdoalah semoga perjalanan hidup kita dan muslimin muslimat dirahmati Allah A-min.

Displin
Jadilah pelajar yang berdisplin bukan sahaja dalam rutin harian diri sendiri juga dalam kehidupan sebagai pelajar.Belajar di Universiti tak sama seperti sekolah Menengah.(Betul tak?)Displin dari berbagai aspek.Contohnya : mematuhi arahan yang diberikan dan mengikuti undang - undang dan peraturan universiti.

Masa
'Masa itu Emas' tepatilah masa dan gunakan masa dengan sebaiknya.Jangan bazirkan masa terutama untuk aktiviti - aktiviti yang tidak berfaedah dan merugikan diri sendiri.Cubalah jadi insan yang menghargai masa dan merancang kehidupan seharian dan juga masa depan.Apa yang dinginkan dalam hidup.Wawasan dan juga impian mungkin?.

Kawan
"Berkasih biar satu berkawan biar beribu" pepandailah dalam memilih kawan.Dalam usia menjangkau 18tahun pastinya matju sudah cukup dewasa untuk menilai.Mana kawan mana lawan.Jangan sampai tersalah pilih kawan.Jangan terlalu mempercayai seseorang yang baru dikenali.Ambil masa untuk mengenali dengan lebih mendalam."Kenal hati budi" kata orang. Kawan yang baik adalah yang sama - sama berada dalam apa jua keadaan tak kira tak kala suka & duka.Segalanya dikongsi bersama.Jangan jadi kawan makan kawan dan kawan yang suka mengambil kesempatan diatas kawan sendiri.Jadilah kawan kepada semua orang.

RM
Dengar kata matju dapat pinjaman.Ingat-ingat matju usah rabun mata melihat duit yang banyak.Sebenarnya duit yang ada harus digunakan untuk pelajaran bukan keseronokan mengejar keinginan dalam kehidupan.Apa guna berhandphone canggih kalau tercicir dalam pelajaran.Apa makna berpakaian smart & bergaya kalau ilmu diberi ntah kemana (sekadar mengingatkan) belanja biar berpada.Simpan wang yang ada digunakan untuk waktu tertentu sahaja terutama tak kala kecemasan.Kejauhan dengan keluarga mungkin akan menyukarkan seseorang pelajar sekiranya mengalami masalah kewangan.Penah terjadi pada diri sendiri bila mana cousin yang belajar di UIA saban semester meminjam duit dari cousinnya yang baik hati ini.hehehe.tak akan aku ungkin RM yang aku berikan kerana bagi aku dialah cousin kesayanganku dunia akhirat (cewaaah..ada iklan jap) Apa guna harta berjuta kalau ilmu tiada?

Kejutan Budaya
Mungkin ianyanya juga penah terjadi pada diri aku sendiri dan tak mustahil akan terjadi pada matju budak kampung dari sebuah negeri pantai timur yang akan berhijrah ke negeri selangor. Nasiblah bukan Uitm Shah Alam.Kiranya Unisel lebih "pendalaman" dan jauh dari kesibukan kota.Harapan aku semoga matju tak akan terkena kejutan budaya."Masuk kandang harimau mengauuuum.. masuk kandang kambing..mengembek.." itulah perumpamaan yang sesuai diberikan sebagai contoh.

Minggu Orientasi
Selalunya inilah masa senior membuli junior.matju kena kuat dan bersemangat mengharunginya dengan penuh semangat waja. Jangan pandang belakang sebaliknya jadikan ianya sebagai titik permulaan dalam langkah untuk hari - hari mendatang disana.Usah patah semangat dan berputus asa atas apa jua perkara yang akan terjadi.Jadilah seorang yang "kuat".

Pengaruh
Jangan mudah terpengaruh dengan hasutan dan ajakan yang bukan - bukan.Fikir mana baik dan buruk sebelum membuat sesuatu tindakan.Terpengaruh dengan sesuatu perkara negatif pastinya akan memberi kesan yang tidak baik untuk matju 'terlajak perahu boleh diundur.. terlajak tindakan buruk padahnya".

Hormat/Respek
Sebagai individu yang lebih muda dari seseorang kita haruslah hormat dan respek kepada orang lain.Begitu juga dengan orang yang lebih muda dari kita.Hormat adalah satu tanda kita merendah diri dan bersikap sopan santun (ish..macam menjawab soalan periksa lak)

List barang/Peralatan & Keperluan
Beli yang penting dan menjadi keutamaan dan bawa yang mana perlu sahaja.Mungkin yang tidak penting boleh dibeli dikemudian hari.Listkan apa barang/peralatan tersebut agar tidak ada benda keperluan yang penting tercicir.Jangan pula bawa sampai satu lori.ahaks! Panduan dari mereka yang lebih berpengalaman/mempunyai pengalaman boleh diambil kira.

Akhir kata selamat melangkah dalam dunia baru buat matju dan selamat berjaya.. semoga mengharungi kehidupan sebagai pelajar jauh dari keluarga dengan penuh kekuatan dan ketabahan serta kecekalan. Go matju Go.. Wish u All The Best !!

Labels:


5 Kata-Kata Ditinggalkan

shaiMENULIS
@8:36 AM





Tuesday, July 17, 2007
Bicara Shai - Versi 7 "Kembali"


Syukur alhamdullilah.Dengan Izin Allah S.W.T dapat aku mencoretkan kembali sesuatu ke blog aku ini "blog aku suka hati aku apa aku nak tulis.Kalau tak suka jangan baca".

10 hari menyepi (sebenarnya 4 hari pertama je menyepi) terlalu sibuk kebelakangan ini dengan kerja - kerja terutama selepas ESS dilancarkan.Apa itu ESS? Employee Self Service.Itulah kisahnya.Mulai 01 Julai cuti harus diapply melalui ESS.Sessi latihan untuk staff diberikan oleh pihak yang berkenaan.Sebagai pemegang kuasa banyak tugas yang perlu aku lakukan. Kemaskini data ,checking data dan juga pastikan ESS semua staff dapat digunakan.Sehingga ke hari ini baru 70% siap.Aduh! memang tak ada dateline tapi parahlah.Semalam aku migrain sebab seharian mengadap pc melihat angka demi angka (tarikh) kemudiannya kena check satu file ke satu file serta update itu dan ini.Pening..pening..pening..

10 hari tanpa entry..10 hari tanpa cerita panas & sensasi.10 hari juga hotlink aku dibiarkan tanpa kredit.10 hari juga aku tak membalas mesej di my msjbox.Mulai hari ini 17072007 aku kembali dengan semangat dan kekuatan baru.

Terima Kasih yang meninggalkan pesanan & kata - kata semangat.Terima Kasih juga yang memberi nasihat serta menjadi pendengar yang baiK.Syukur tak terhingga masih mempunyai insan bernama sahabat,kawan & teman.Walaupun yang lebih memahami aku ketika itu ialah sahabat-sahabat cyber yang tak jemu-jemu memberikan aku kekuatan.

Atas kekuatan yang diberikan aku kembali dengan satu nafas baru dan insya-allah akan lebih sikap berhati - hati dalam menilai sesuatu,menyampaikan cerita agar tidak menguris hati sesiapa.Inilah shai..revolusi bermula untuk sekian kalinya.Dulu aku penah juga menyepi.Tapi sepi aku kali ini banyak mengajar aku erti sebenar sebuah kehidupan.Biarpun aku rasa "kehilangan" tapi aku bersyukur masih ramai yang mampu menerima kehadiran aku.Buruk pun aku.

Penah terlintas difikiran aku untuk menutup blog ini.Terdetik juga dihati aku untuk membuka blog baru.Melupakan kisah - kisah lalu dan membina kehidupan di dunia yang baru.Tapi ternyata blog pertama aku diblogspot ini banyak meninggalkan kenangan buat aku.

Selama hampir 4 bulan menulis di blogspot,banyak benda aku belajar.Terima Kasih untuk cikgu-cikgu yang memberi ilmu dan tunjuk ajar sehingga aku merasakan inilah blog sebenar yang aku inginkan.Inilah dia shai.Inilah citarasa shai.Inilah keinginan dan kehendak shai.

Akhirnya pokok yang rendang itu telah musnah bersama revolusi baru dalam kehidupan aku.

Pokok yang aku harap dapat membuahkan kasih sayang dan ikatan bernama persahabatan dan persaudaraan mula kering dimusim kemarau yang berpanjangan.

Namun bulan masih menjadi saksi sebuah kehadiran kehidupan yang perlu diteruskan.Semoga bulan akan terus menerangi malam -malam dalam hidup aku.Biarpun tanpa bintang yang bercahaya.

Hadir memerhati dari kejauhan adalah sesuatu atau "seekor" yang mewakili seorang.Mungkin juga boleh diibaratan sebagai singa yang hadir memerhati kehidupan seorang insan bernama shai.Siapa?Kenapa? Mengapa? "Hanya yang mengerti akan memahami".

Akhir bicara selepas 10 hari.. terima kasih atas segalanya..shai kembali dengan semangat dan kekuatan dari kamu..insan - insan bernama sahabat,kawan & teman yang boleh menerima diri shai seadanya.Syukran,syukria,Arigato gozaimas,syie syie nie,Dhang Ke Shun,Tochee...

Semoga selepas 10 hari shai yang dulu lebih baik di hari - hari mendatang.Insya-Allah.Aku menulis bukan kerana nama tapi aku mencoretkan sesuatu untuk mengambarkan isi hati aku

"Perjalanan Seorang Insan Bernama Shai dlm mengharungi suka duka dalam sebuah kehidupan".Inilah S.H.A.I".

Labels:


4 Kata-Kata Ditinggalkan

shaiMENULIS
@7:54 AM





Saturday, July 7, 2007
Bicara Shai - Versi 6 "Nota Buat Teman"



Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
" Indahnya DUNIA hanya sementara,
Indahnya CINTA hanya seketika,
Indahnya MIMPI kadang tak pasti,
Tetapi Indahnya PERSAHABATAN sukar dicari ganti"

Labels:


5 Kata-Kata Ditinggalkan

shaiMENULIS
@4:57 PM





Friday, July 6, 2007
Bicara Shai - Versi 5 "Izinku Pergi..Seketika"



ImageChef.com - Custom comment codes for MySpace, Hi5, Friendster and more

Semalam aku bermimpi.Mimpi dikatakan mainan tidur.Tapi mimpi aku kali ini agak bermaksud.

Aku bermimpi menaiki sebuah sampan mendayung dipersisir pantai.Menyusuri satu kawasan yang asing bagi aku.Destinasinya tiada berpenghujung.Aku terjaga dari tidur.Walaupun 017 aku di silentkan aku menerima sms dari seseorg pada jam 5.30am (lebih kurang).Aku mengerti janjinya masih belum ditepati.Janji tetap janji.Jangan biarkan aku hilang kepercayaan kerana janji yang diharapkan tak tertunai.

Aku terfikir,apakah destinasi aku dalam kehidupan ini?Apa arah tujuannya.Apa yang aku mahukan dan apa yang orang mahukan dari aku.Akhirnya aku telah putuskan untuk berdiam seketika.Berdiam lebih baik? Harap - harap aku betul.Mungkin berdiam lebih baik untuk ketika dan saat ini.

Aku tahu sepanjang hampir 27 tahun usia aku.Banyak orang berkecil hati dengan sikap aku. Terlalu ramai yang tak mengerti tentang aku.Tersangatlah kerap kali orang tersalah faham dengan aku.Kenapa?Mengapa? Adakah kerana sikap aku lebih banyak yang buruk dari baik.

Aku
sesungguhnya tidak pernah mencari musuh apa lagi untuk bermusuh.Aku juga tak ingin bersengketa jauh sekali memutuskan sesuatu ikatan persahabatan.

Bagi aku ikatan persahabatan umpama membina sebuah jambatan.Sekiranya jambatan yang dibina runtuh.Maka tiadalah lagi jalan untuk ke sana,berhubung dan terus berkongsi segalanya.

Jika bagi orang lain persahabatan begitu mudah untuk dirobohkan.Terpulang pada individu. Sesungguhnya nilai persahabatan lebih dari emas dan permata.Persahabatan juga tidak boleh dijual beli.Kalau ianya dijual beli ,agaknya berapa harganya.

Izinkan aku pergi seketika..mencari ketenangan diri.Berapa lama? Aku sendiri tak pasti.. mungkin sejam,barangkali 24 jam, 2 hari , 5 hari , 1 minggu , 3 minggu , sebulan atau mungkin setahun dan bertahun - tahun lamanya.Insya -Allah , dengan izin Allah S.W.T aku pasti akan kembali.Bukan merajuk hati,jauh sekali membenci.Aku lakukan untuk kebaikan.Bukan sahaja untuk diri sendiri tapi untuk semua orang.

Semangat aku telah hilang tiba - tiba.Kekuatan aku untuk meneruskan bicara terhenti tiba - tiba.Populariti bukanlah yang dicari.Glamour bukanlah yang aku pinta.Aku hanyalah seorang insan yang cuba menjadi diri aku sendiri.Aku tak ingin menjadi diri orang lain.Aku telah dilahirkan begini aku sedaya mungkin ingin menjadi lebih baik dari semalam dan berusaha memperbaiki diri.

'Adakah menangis dikatakan sebagai perempuan' masih lagi menjadi ingatan dikotak fikiran aku. Aku tertanya - tanya apa dosa aku menangis? salahkah lelaki menangis?Dimana letaknya harga air mata seorang lelaki?Kenapa aku terus seperti terasa bagaikan "dihina" sedar atau tidak manusia tidak boleh lari dari perasaan "terasa".Hakikatnya aku terasa hati bila mana diri aku diibaratkan seperti mana yang orang lain fikirkan.Aku tak minta lahir sebegini.Aku sudah melalui begitu banyak cemuhan,penghinaan,cacian di masa kecil dan remajaku hanya kerana aku dilahirkan "lelaki lembut" Ya Allah Ya Tuhanku apakah aku ini hina disisimu? Sesungguhnya aku bersyukur dapat melihat keindahan duniaMu, menikmati keagunganMu.Aku cuba menjadi manusia yang bersyukur.

Open minded? Berfikiran terbuka..semahu mungkin aku ingin jadi sebegitu.Tapi ternyata dalam sesetengah perkara sikap keterbukaan tak dapat aku tunjukan.Aku rasa orang lain juga sebegitu. Tak apalah,kalau itulah yang terjadi aku tidak dapat berkata apa - apa.Manusia tak semuanya berfikiran terbuka.

Salam faham sering terjadi dan ianya akan terus berlaku.Oleh itu aku putuskan untuk tidak terus buat orang salah faham dengan aku.Jadinya kalau tak terus timbul salah faham pastinya perkara - perkara yang aku hadapi tidak akan terjadi.Apa perkara itu? Sukar untuk aku bicarakan ketika ini.

Kemaafan?Aku sedaya mungkin juga memaafkan orang lain."sedangkan nabi ampunkan umat". Kita bukan nabi,kita hanyalah manusia yang tak boleh lari dari melakukan kesilapan.Sekiranya kita melakukan kesalahan atau kesilapan berusahalah untuk memohon kemaafan.Namun sekiranya kemaafan itu begitu berat bagi seseorang memaafkan berserahlah kepada tuhan semoga akan terbuka pintu hatinya untuk memaafkan dosa - dosa kita.

Kerana nila setitik rosak susu sebelanga? Wah! begitu berat untuk aku ulaskan ungkapan perumpamaan ini.Mungkin ada kebenarannya,kerana satu kesilapan seluruh kebaikan kita dianggap keburukkan dan semua kenangan bersama padam bagaikan musnahnya sebuah kota yang bercahaya kini malap menjadi destinasi gelap gelita.

Jiwang? aku jiwang? kata - kata aku jiwang? sedaya upaya aku cuba untuk menulis,membicara atau menyatakan sesuatu dengan ayat yang lembut mempunyai ciri - ciri kesopanan agar tidak menguris hati sesiapa.Inilah aku,seorang insan bernama shai.Aku tak ingin terus sakitkan hati sesiapa dan akhirnya diri sendiri yang terasa kesakitan.

Terimalah shai seadanya.Itulah yang sering aku katakan.Sekiranya tidak,anggap sahaja shai ini seperti bayang - bayang yang tak perlu hadir dalam kamus hidup mereka - mereka yang tidak sedia menerima diri aku seadanya.

"Hanya yang mengerti akan memahami" coretan Bicara Shai - Versi 5 'Izinku pergi..seketika" tidak menyebut nama sesiapa.Tidak ditujukan untuk menyakitkan hati sesiapa dan untuk merosakkan hubungan atau membuat orang terus terasa hati dengan bicara shai.Terimalah bicara ini sebagai mana anda menerima shai sebagai seorang insan atas nama Sahabat.

Akhir bicara "Izinkan ku membawa diri..bayu sampaikan salam perpisahan oh! dariku"
"Mengalah bukan bererti Kalah".

Labels:


4 Kata-Kata Ditinggalkan

shaiMENULIS
@7:26 AM





Thursday, July 5, 2007
Bicara Shai - Versi 4 "Menuju Puncak"












Terima Kasih Penaja.

Labels:


7 Kata-Kata Ditinggalkan

shaiMENULIS
@7:35 AM





Wednesday, July 4, 2007
Bicara Shai - Versi 3 "Masa & Displin"


Masa itu emas, kenapa ianya dikatakan demikian? Kena tak masa itu perak,gangsa atau tembaga? Mesti ada sebab disebalik setiap yang telah berlaku.

Bagi aku masa adalah amat berharga.Masa lebih bernilai dari emas dan permata.Masa adalah satu waktu yang penting dan tidak seharusnya disia - siakan dengan sesuatu yang tidak sepatutnya.

Sejak sekolah lagi ,aku memang suka datang sekolah awal.Kalau masa kelas jam 7.30am sebelum 7.00am aku dah sampai.Hingga ke alam pekerjaan pun aku masih sama.Masa amat berharga untuk aku,dari lewat lebih baik cepat.Masa bekerja shift dulu memang tak menentu kekadang dipanggil bekerja (on-call) kalau tak cukup kakitangan.Itulah masanya untuk buat duit.

Dulu kerja shift ada sessi taklimat oleh penyelia (Brieffing) time macam nielah apa - apa perkara berbangkit dan aktiviti-aktiviti semasa akan dimaklumkan.Bila teringat kembali masa - masa yang lalu,satu demi satu kawan - kawan terlintas di fikiran.Lebih 9 tahun masa berlalu banyak sekali telah berubah.

Waktu di alam pekerjaan, displin mengenai ketepatan waktu amat dipelukan.Terutama pekerjaan sebagai Pembantu Khidmat Pelanggan (Customer Service) yang perlu berhadapan dengan berbagai macam ragam manusia.Dari berbagai bentuk,saiz,warna dan negara.

Sekiranya dimaklumkan adanya satu mesyurat,perjumpaan atau sesuatu majlis aku sedaya mungkin cuba untuk menepati masa.Tetapi kena ramai manusia yang tak tahu menepatinya dan membazirkan masa orang lain.

Bagi aku penantian adalah satu penyeksaan.Menunggu boleh diibaratkan seperti menunggu buah yang tak gugur.Tak pasti bila ianya akan gugur (musim durian..buah gugur tak menentu).

Dan sekarang displin aku dan ketepatan masa harus dibuktikan (al maklumlah dah ditempatkan di HR Dept) tak kan kita sebagai role model menunjukkan contoh tidak baik kepada rakan - rakan sekerja.Sepatutnya sebagai satu jabatan yang melibatkan sumber manusia kita harus mendisplinkan diri sebelum mengharapkan orang lain melakukan perkara yang sama.

Kehadiran waktu kerja,aku lebih selesa kiranya datang 1 jam lebih awal atau sekurangnya 30 minit sebelumnya.Perkara yang sering membuat aku migrain "sakit kepala" ialah ketika menyemak punch2 card staff setiap awal bulan (Pening oooo.. macam2 kaler2 ada) Lepas tue ada yang tidak di punch (sengaja @ lupa) paling pantang tengok bila karangan bermacam2 cerita ditulis pada punch card.Pergi klinik lah, mesyurat kat situ la..kat sini lah,dan macam - macam lagi.

Kesimpulannya aku pantang @ anti dengan manusia atau insan - insan yang tak tahu menghargai masa.Kalau janji pukul 2pm.. kena lewat sampai 1/2 jam ..1 jam???

Aku ignore je spesis - spesis macam tue dan jangan harap aku akan memberi kepercayaan kepadanya untuk kali ke berikutnya.

Labels:


7 Kata-Kata Ditinggalkan

shaiMENULIS
@7:37 AM





Tuesday, July 3, 2007
Bicara Shai - Versi 2 "J.A.N.J.I"


"Oh dunia ini..Penuh kepalsuan
Oh mungkinkah tiada..Keikhlasan
Apakah ini..Suatu pembalasan
Ku sedar kebesaranMu Tuhan

Aku bagai seorang..Kembara jalanan
Terumbang ambing..Di lautan gelora
Mencari kebahagiaan..Dahan untuk menumpang kasih
Mungkinkah suratan..Hidup kau selalu keseorangan

Hati membeku mengingatkan...Kata janji manismu... oh... "

Janji? Mengapa berjanji kalau tak mampu menepati?Kena mungkiri janji setelah memberi kata - kata manis untuknya.

Berjanji yang tidak ditepati boleh menyakitkan hati.Jadi oleh itu jangalah berjanji jika tidak ditepati.

Janji harus ditepati.Mungkin juga janji boleh dibawa sampai ke mati.Jangan mati kerana janji.

Aku adalah pembenci kepada manusia yang memungkiri janji.Aku sedaya mungkin cuma mengatakan insya-allah untuk setiap tindakan."Dengan Izin Allah S.W.T" segalanya mungkin akan menjadi nyata.

Sebagai pembenci kepada manusia yang mungkiri janji.Aku lebih suka menutup teliga dari mendengar,melihat dan membaca janji - janji yang menjadi yang akhirnya menjadi palsu semata - mata.

Aku menilai seseorang dengan cara itu.Oleh yang demikian aku boleh agak siapa manusia yang cuba berjanji dan siapa manusia yang cuba memungkiri janji.

Bicara ini tidak ditujukan kepada sesiapa.Tiada isu untuk mengungkit atau membangkit.Sekadar menyatakan kebenaran bahawa aku manusia yang cintakan janji. Jadikan janji manismu sebagai kenyataan bukan kepura-puraan.

Maaf diatas bicara yang mungkin bisa menguriskan hati sesiapa.

Akan datang esok (Insya - Allah dengan izin Allah S.W.T) bicara tentang Masa & Displin.

Labels:


2 Kata-Kata Ditinggalkan

shaiMENULIS
@8:07 AM





Monday, July 2, 2007
Bicara Shai - Versi 1 "H.I.L.A.N.G"


Vokal: Diddy
Lagu/Lirik: Audi Mok/Bash
Tajuk : Hilang

Tiada pernah aku menduga
Kasih kau pergi tinggalku sendiri
Dusta cinta mengeruh jiwa
Pedihnya mencengkam di hatiku yang sepi

Sangkaku kasih selamanya
Janjimu setia di hatiku

Seribu penyesalan
Hilang harapan ku impikan
Bahagia ku idam bersamamu
Kasih yang ku serahkan
Hilang meredah luka dalam
Hatiku luluh parah keranamu

Malam dingin ku sendirian
Berteman rindu mimpi yang keliru
Sayang musnah tak kesampaian
Hanya derita rundung duka membelenggu

Sangkaku kasih selamanya
Janjimu setia di hatiku

Seribu penyesalan
Hilang harapan ku impikan
Bahagia ku idam bersamamu
Kasih yang ku serahkan
Hilang meredah luka dalam
Hatiku luluh parah keranamu

Akan ku ubati…
Kasih yang pergi dari sisi
Takkan ku biarkan ia
Terus terluka, musnah dan hilang


Labels:


3 Kata-Kata Ditinggalkan

shaiMENULIS
@12:12 PM







Inilah S.H.A.I

"Izinkan aku sendiri & menyepi untuk terus mencari ketenangan hati..Aku Yg Kecewa (Shai..14/11)"


Kotak Masa



Kalendar Shai




Kira Jumlah Pengunjung

Free Web Counters

Kotak Mesej

online
Dengan rasminya blog ini di TUTUP (Shaizhar 3/12) Telah berpindah ke SINI,










Credit

DON'T TOUCH>:
Designer: Vanessa, th-emohug
BaseCode: BENDAN
Other[s] : X O X O X


<body>