<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d7854254935194819848\x26blogName\x3dInilah+s.h.a.i\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttps://shaizharkltower.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3den_US\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://shaizharkltower.blogspot.com/\x26vt\x3d5882558668597419839', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>
Saturday, June 30, 2007
Aku & Perasaan Episod Akhir "Sepurnama penuh suka duka"


Akhirnya bulan Aku & perasaan sudah sampai ke penghujungnya.Cukuplah aku tinggalkan bulan ini dengan penuh pahit & manis.Kemanisan yang terindah.Saat - saat bahagia untuk dikenang.

Kedukaan & kepahitan yang sukar ditelan.Diluah juga tiada kesudahan.Akhirnya berdiam diri seketika dari terus mencetuskan kisah - kisah yang tragis di hari - hari mendatang.

Penghujung kisah....

Jiwa aku dikacau,hidup aku menjadi kacau bilau.Pesanan aku,usah ditanya mengapa? kenapa? siapa?apa? cuma inginkan masa untuk membetulkan keadaan dan bukannya memburukkannya.

Sebelum penghujung episod berakhir....

Aku kembara ke utara tanahair untuk kembali disisi insan bernama mak yang terlantar sakit di Hospital Pulau Pinang.Hampir 4 minggu mak disana.Doa dan harapan aku, mak akan cepat keluar hospital dan kembali kerumah.

Ada yang bertanya,seronok ke bercuti di Penang? Perlu ke aku menerangkan dari A - Z tujuan asal aku ke sana.Ternyata rakan - rakan pejabat aku tidak semuanya yang tahu mengenai situasi keluarga aku.Hanya yang rapat dan aku percayai sahaja aku khabarkan tentang kisah itu.

Terima Kasih kepada mereka yang mengambil berat tentang aku dan mak.Doa - doa dan salam - salam dari kalian amatlah berharga.

Impian menuju puncak Bukit Bendera bersama 2 insan itu akan menjadi kenangan terindah dalam hidup aku.

Pertengahan episod aku & perasaan....

Mencari harta karun dan satu hari yang mengembirakan bila mana geng Msjbox berjaya!!

Walaupun dalam hujan masih ada senyuman pada setiap kami.Namun niat untuk berada di Eye on Malaysia masih tak kesampaian.

Awal episod cerita ini...

4 June mak aku dimasukkan ke Hospital.Aku mulai resah dengan perasaan aku menjadi bercelaru.Aku tetiba menjadi moody diawal episod itu.Aku agak tertekan sehingga membuat keputusan diluar jangkaan.

Aku juga akui terasa hati dengan seseorang.Namun selepas sekian lama selepas itu aku menyatakan perasaan yang aku simpan walaupun tidak menyatakan keseluruhan kebenarannya.

Ternyata emosiku dijerat oleh perasaan kecil hati bila mengetahui sesuatu dan aku begitu terasa dengan situasi itu.Kenapa?Mengapa? dan sebagainya membuatkan aku cuba menjauhkan diri.

Akhirnya aku redha dan harus menerima kenyataan.Inilah hakikat kehidupan.

Di penghujung bicara episod Aku & Perasaan untuk edisi June 2007, aku mengharapkan sinar july yang datang akan membuatkan bicara aku lebih bersemangat selepas mendapat kekuataan baru selepas 3 hari berada disisi mak.Ternyata mak adalah kekuatan buat diri aku.

Berakhirnya episod Aku & Perasaan...

Labels:


1 Kata-Kata Ditinggalkan

shaiMENULIS
@3:16 PM





Friday, June 29, 2007
Aku & Perasaan Episod 22 "Akhirnya & Kisah Sepi Seorang Teman"


Akhirnya..hanya selepas sekeping nota bertulis tangan ditampal di pintu bilik ke 4. Kesudahannya penyewa yang "malas + liat" nak membayar telah menjelaskan hutangnya sebanyak RM360 pada jam hampir 7.00 malam 28/6/07 (dah dapat gaji lah tue).

Apa perasaan kau orang kalau ianya berlaku pada diri engkau orang? Manusia oh! manusia. hutang adalah hutang sila jelaskan sekiranya anda rasa berhutang dengan sesiapa.Hutang budi macam mana pulak? Adakah hutang budi dibawa mati?Kalau dah mati hutang budi apa nilainya?

Sekeping notis pada 21/06/2007 bertulis

" Assalamualaikum .. Minta jasa baik utk bayar sewa bilik yang TERTUNGGAK selama 3 bulan berjumlah RM360 sebelum @ pada hujung bulan June ini.

Sekiranya tidak dijelaskan sila kosongkan bilik ini.

Kerjasama amat dihargai".

Nampaknya celik juga hati penyewa ini.Aku memang spesis malas nak cakap banyak.Aku lebih suka dengan kehidupan "privacy" dalam dunia aku sendiri.Aku tak suka mencari pasal dengan orang dan tak suka buat pasal.

Syukur alhamdullilah dengan wang itu aku terpaksa jelaskan bermacam jenis hutang tertunggak. Adakah bekerja ini untuk bayar hutang atau berhutang dahulu baru bayar. Kekadang ada sebab kenapa kita harus berhutang.Aku juga penah menulis wasiat pada tahun 2005 ketika kursus perkasa diri.Satu kursus islamic yang menyedarkan aku tentang banyak benda.Berbalik kepada cerita asal segalanya dah kembali sedia kala.Rumah aku juga tak lagi tunggang langgang seperti minggu lepas.Kalau ada kamera memang akan aku ambik gambar dan tunjukkan kat kau orang buktinya.Namun ternyata hanya kata - kata dan luahan bicara mampu aku coretkan di ruang - ruang ini.

Cerita Tambahan :-

"Kisah Sepi Seorang Teman".........

Mungkin dia belum kenal siapa sebenarnya shai dan tahu segalanya tentang shai.(perlukah aku menyatakan berulang kali siapa shai).

Dia kata,shai dulu dah dan shai sekarang dah tak sama.Yup! aku adalah shai yang baru.Hakikat yang benarnya shai yang lalu dah hilang.Shai yang lalu dah mulai jauh dalam hidup dia.

Siapa pulak dia ni?Dia ialah seorang yang aku kenali lebih 3 bulan lalu.Wow! dalam 3 bulan terlalu banyak yang telah dilalui dan berlaku.

Aku tak nak mengungkit jauh sekali membangkitkan apa yang telah aku lakukan pada dia juga tak nak ceritakan segala keburukan yang aku nilai tentang dia.Aku juga sudah lupakan kisah-kisah pahit bersama dia.Aku juga akan padamkan segala perasaan yang penah muncul dalam diri aku kerana dia.Aku telah dan sedang meninggalkan segala - gala memori yang tidak perlu dikenang lagi dan aku juga tak mungkin melupakan saat - saat dimana dia cuba memutuskan perhubungan persahabatan dengan aku.

Siapa shai? di ulang sekali lagi.Dengan seringkasnya.Aku dikatakan agak "keterlaluan dalam bicara di msjbox @ di mesej2 diblog rakan - rakan.Kalau itulah yang kau orang nak.Inilah shai baru yang akan wujud.Aku akan cuba hapuskan segala penilaian engkau orang tentang kebenaran siapa shai.

Ya! shai seorang yang merancang perjalanan hidupnya sebaik mungkin.Seorang yang pendiam bila berjumpa (terutama pada kali pertama)Anak yang pendiam tak banyak cakap.Adik yang pendiam dan suka mengasingkan diri.Seorang insan yang tidak suka menyusahkan hidup orang lain.Cuba berdikari diatas kaki sendiri.Tak suka pada manusia ego dan cakap besar serta lebih sudu dari kuah.Begitu tidak gemar kepada "penantian".Maksudnya manusia yang tak menepati masa dan sering membuat orang lain menanti adalah manusia yang cuba menyusahkan hidup aku.Shai juga adalah seorang yang tidak suka membuang masa dengan sesuatu yang tiada berfaedah pada pemikirannya.

Shai juga manusia biasa yang tak mampu dari melakukan kesilapan.Andai ada yang berkecil hati dengan shai yang anda kenali sebelum ini.Hanya MAAF yang mampu dipinta.Semoga kehadiran shai yang baru akan memberi lebih kepuasaan pada anda semua.

Dan akhirnya.."Berdiam lebih baik dari" namun kalau ada yang berpendapat berdiam itu boleh menyakitkan.Terpulang la.Aku berdiam untuk tidak mencetuskan peperangan.Aku berdiam agar tidak timbul perbalahan dan aku berdiam untuk kebaikan.Usah disimbah api yang sudah mulai padam.Jangan ditambah bara pada api yang tidak lagi merebak.Jadilah air dan biarlah segala sengketa berakhir dan bila ianya sudah mula reda ,biarkan sahaja.Usah berulang untuk kali ke dua.

"Hanya Yang Mengerti akan memahami"

Labels:


4 Kata-Kata Ditinggalkan

shaiMENULIS
@7:49 AM





Thursday, June 28, 2007
Aku & Perasaan Episod 21 "Majlis Perpisahan & Kisah Sebelumnya"


Cerita Lepas majlis (selepas tengahari & awal petang)

Pertamanya,aku makan dengan agak bersederhana.Tak terlalu banyak & tak kurang.
Makan bihun goreng yang sendiri buat,sandwich paling bravo oleh kak aishah.Tak dapat menikmati kesedapan nasi tomato hanya dapat merasi kelazatan ayam masak merah.

Oh! kerepek ubi pedas yang aku beli pada setiap hari rabu di pasar malam menjadi rebutan. Habis dimakan sehingga tinggal balang.(Boleh bisnes kerepek lah lepas nie..hehehehe).

Makan bersama ikan kering (Fu yoo dah lama x makan).Roti yang sepatutnya dijala telah bertukar menjadi kek (apa dah jadi) apam yang sepatutnya mengebukan mulut telah hilang kerana tukang masaknya tidak sehat.

Mee bandung Sumolah dari kak liza yang cute muit tue memang sedap.Walaupun mee nya dicampur dengan kuah dan menyebabkan ianya menjadi sedikit kembang namun kesedapan perencahnya masih terasa.

Hanya sempat merasai sesudu kuah tomyam.Huhuhu.. lain - lain cerita.

Aku macam biasa berada didapur dan menyediakan minuman sejuk berwarna unggu (kordial) Akhirnya akulah pembikin air untuk rakan - rakanku (dah biasa dah)

Apa pun terjaga objektif majlis ini kesampaian dan orang yang diraikan pun gembira.

Sekarang masa untuk tapua!!! hehehe...


Hari ini punya cerita (sebelah pagi)

5.30am aku sudah bangun (ish....malasnya..gantuknya..siot je kena bangun awal hari ini)

1/2 jam pertama.Sessi potong memotong.Hiris bawang besar (aku tak suka pakai bawang kecik) hiris bawang putih.Potong memotong Fish Cake & juga Kobis dicincang halus.

1/2 jam berikutnya.Waktu memasak bermula.6.00am aku sudah memanaskan minyak didapur.
Memula tumis menumis lah kemudiannya baru masukkan Fish Cake.Kasi gaul sampai mesra lepas tue dimasukkan bihun (sebungkus je).Beberapa minit kemudian dimasukkan Kobis yang telah dicincangan dan dikacau2 sehingga masak & bersatu menjadi satu.

Akhirnya 6.30am Bihun Goreng Dara Suci Dalam Debu pun siap.Macam biasa tukang masak kena merasa hasil karya masakannya.Erm.. okie lah. Resepi mudah,budak sekolah rendah pun reti buat.

Kenapa pepagi hari dah turun dapur memasak? Erm..ini semua gara - gara majlis makan - makan sempena hari - hari terakhir seorang PA bernama Linda yang akan meninggalkan syarikat ini hujung bulan ini setelah mendapat peluang pekerjaan yang lebih baik.

Antara menu merapu tengah hari ini :-

1. SAMBAL SARDIN SELAT MELAKA - FINA
2 . BERAS PADI MAHLINJA - NASI KU DUNIA MU - EIFA
3 . NASI TOMATO BAY OF BENGAL & AYAM LAUT MEDITERRANEAN MERAH - RAZAK @ AS & ZURA
4 . BEE HOON GORENG DARA SUCI DALAM DEBU - SHAIZHAR
5 . ROTI JALA LAUTAN DALAM - FIZA
6. SANDWICH BRAVO - AISHAH
7. SAMBAL TUMIS PETAI SEBERANG JOWO -RADO
8. MASAK LOMAK CILI API NENAS MANJA IKAN TALANG UTARA - NURA
9 . IKAN KERING SENGOL2AN - NURA
10 . PUDING/AGAR2 MADU SETAMAN - WANI
11 . TOMYAM NAK DARA MANIS - ANI
12 . MEE BANDUNG SUMODO - LIZA & ZAH BIDIN
13 . BUAH2AN CHIKITA - ITA
14 . APAM TEMBAM WALAH - AZHAR
15 . AIR PERAHAN MADU FATIMAH & ALI - semua ahli

Kisah Semalam (Hari Selasa) :-

faizzah awal pagi lagi dah sampai opis aku.Untuk apa?Kenapa? Mengapa? sebab?siapa? kenalah tanya faizzah sendiri. "bukalah pintu rahsia".Semalam cuti sehari buat apa faizzah ? Katanya nak balik rumah tidur..ooops!! tapi dekat - dekat nak senja nama & mesej dia kelihatan di beberapa blog. Uiks, hairan bin ajaib.

Lepas habis kerja,aku ke pasar malam.Membeli juadah makan malam + beli bahan memasak untuk esok.Ada apa esok? Akan berlangsung majlis makan - makan & masing - masing kena bawa makan - makan.Aku akhirnya memilih untuk menyediakan makanan kegemaran aku iaitu bihun goreng.Senang & mudah disediakan.

Labels:


0 Kata-Kata Ditinggalkan

shaiMENULIS
@7:58 AM





Wednesday, June 27, 2007
Aku & Perasaan Episod 20 "Kehilangan"


Kehilangan..satu episod duka & lara dalam kehidupan.Kehilangan..insan yang tersayang.

Kehilangan..seseorang yang begitu rapat dengan diriku.Kehilangan..sesuatu yang paling bermakna dalam kehidupan.

1992,
Aku kehilangan seekor kucing kesayangan.Hanya gambar dan kenangan menjadi memori terindah untuk aku dah kucing itu.

1995,
Aku kehilangan seorang Teman,Kawan & sahabat bernama Mohd Fitri.Aku masih ingat pada awal Mei 1995 disaat kami sedang membuat persiapan menghadapi PMR.Dia menjadi korban jalan raya.

28 Ogos,selepas selamat Ijab & Kabul Shahida sah menjadi isteri kepada Badrul Hisham.

Sejak dari itu hubungan aku dengan kakak aku menjadi renggang.Kenapa? Aku pun tak tahu apa jawapan untuk soalan itu.

1998,
Merasai antara kehilangan yang cukup besar dalam kehidupan.Nenek tempat bermanja dan berkasih sayang selama lebih 18 tahun menyambut seruan illahi.Hj Che Su Hj Ismail, satu - satunya nenek tempat aku mencurahkan segala-galanya tentang hidup.

Syukur alhamdullilah nenek sempat merasai duit gaji hasil titik peluh dari keringat seorang cucunya.Rindu sangat - sangat saat manis bersama nenek.Aku antara yang paling rapat dengannya.

2001,
Kehilangan seorang bernama Shaira.nak kena cerita ke? siapa? mengapa? bagaimana?kenapa? bagaimana?sebab apa? dan sebagainya

2004,
Seorang yang di anggap boleh setia tetapi hanyalah manusia materealistik yang mengambil kesempatan diatas kebaikan orang lain.Aku meninggalkannya dan demi kebaikan aku memaafkan setiap apa jua yang pernah kami lalui bersama.Kehilangan atas kerelaan.

2006,
Kehilangan seorang sahabat blogger (dia yang memutuskan persahabatan) Redha & terima kenyataan.

2007,
Nyaris kehilangan sahabat blogger untuk kali ke 2.Semoga "kisah lama tak berulang kembali".

Cerita Tambahan :-

Dalam hidup ini ada yang baru kehilangan seorang insan bernama ibu/mak/mama/umi atau apa jua perkataan yang seerti,membawa maksud yang sama.

Ada juga rakan - rakan yang sudah lama kehilangan seorang bernama ayah/abah/daddy atau baba,papa dan yang sewaktu dengannya.

Kehilangan atuk/nenek dan saudara terdekat.Bagaimana perasaan ketika menerima berita "kehilangan" ini? Macam mana pula perasaan kalau kehilangan ini berlaku depan mata. Kehilangan yang hadir tanpa dipinta.Datang tanpa diundang.Tidak menentu waktu dan ketika.

Bersediakah aku menerima kehilangan seorang bernama mak atau mungkin ayah? Atau ke duanya.Apa pula perasaan orang yang menyanyangi aku sekiranya aku pergi dulu sebelum mereka?

Sesungguhnya redha lah dengan apa jua yang sedang,akan dan telah berlaku.Semoga aku menjadi insan yang lebih tabah dalam menghadapi satu detik "kehilangan".

Bicara shai :-

"Semoga roh mereka - mereka yang pergi dahulu menyahut seruan illahi dicucuri rahmat dan ditempatkan di dalam kalangan orang - orang yang beriman Insya-Allah" Al - Fatihah.

Takziah utk yatt yang kehilangan abangnya semalam.

Labels:


0 Kata-Kata Ditinggalkan

shaiMENULIS
@8:11 AM





Monday, June 25, 2007
Aku & Perasaan Episod 19 "Kembali dengan Kekuatan Baru"


Alhamdullillah, aku selamat tiba di Kuala Lumpur sekitar 3.35 pagi tadi di Pudu Raya.Seperti lazimnya aku akan menapak ke Pejabat.Masa yang diambil dalam 15-20 minit.Aku terpaksa berhenti sebanyak 3 kali pagi ini kerana kepenatan membawa beg di bahu dan satu plastik beg di tangan sebelah lagi.Beratnya...

Imbas kembali cerita sebelumnya.Percutian di Pulau Pinang yang akan tetap menjadi Kenangan Terindah.

Kisah di sebalik gambar :-

Aku telah berada di Bukit Bendera pada 23/06/2007.

Kata mak, aku penah dibawaknya ke sana masa kecik dulu (aku tak ingat pun!)



Bukti aku telah berada di atas Puncak Bukit Bendera.

Msjbox punya baju juga telah berjaya "mendaki" puncak Bukit Bendara.

Kalau sishoney pakai baju "sedondon" kat best. boleh dijadikan "Persandingan di Puncak" :p

Merepek kejap. yup! memang cantik viewnya.Nampak pulau2, tanah besar, jambatan Pulau Pinang dan lain - lain.


Bersama si cute yonna Aik! pest time naik Bukit Bendera katanya.Nampaknya aku bukan kali pertama naik.Mungkin kali pertama naik ke puncak ketika dewasa.

Saat - saat manis untuk diingati dan akan menjadi kenangan terindah kami ber3.
Siapa kata ber2 lebih baik? Ber3 pun okie what?
Ya! sepanjang perjalananan yonna x boleh berpisah ngan h/phonenya sms memanjang. Ada je "peminat" call. siapa tue?



Cerita tambahan
:-

Walaupun aku akui kepenatan sebab terpaksa menunggu lebih 2 jam di Hentian Bas di Butterworth dan berada di dalam perut bas selama lebih 4 jam,tetapi aku rasai satu kekuatan baru selepas 3 hari bersama mak aku di Penang + saat - saat manis ber3.Terima Kasih atas segalanya untuk dia orang ber2 tue.

Yup! aku mengaku mak aku adalah kekuatan aku.Semoga pengorbanan yang aku lakukan sepanjang berada disisi mak dapat meringankan sedikit beban kesakitan yang ditanggung. Mungkinkah akan ada perjalanan kembali ke Penang, Julai ini?

Hanya takdir yang menentukan segalanya.Hari - hari berikutnya akan akui lalui seperti biasa berjauhan dengan seorang insan bernama mak yang masih terlantar di Hospital Pulau Pinang.

Labels: ,


0 Kata-Kata Ditinggalkan

shaiMENULIS
@7:42 AM





Saturday, June 23, 2007
Aku & Perasaan Episod 18 "Menujuk Puncak"


Bangun seawal pagi menuju ke stesen bas di Komtar.Sekitar 9.30 pagi aku ke Pejabat Pos,niatnya nak merompak duit sendiri.Alahai ASB hari biasa je.Singgah May Bank pun sama.Menyesal pulak semalam keluarkan ASB sikit.Duit tunai pun tinggal syiling je.Akhirnya terpaksa mencuba nasib di ATM.Berjaya!! hahaha..mendapat RM20

Lebih 30 minit bagaikan penunggu setia.Akhirnya sis yang dinanti muncul didepan mata.Tepat 10.30am dengan gaya cute dan comelnya datanglah si adik yonna.Cute le awak, nak cubit boleh? aku berkata didalam hati.

Kami memulakan perjalanan ke destinasi itu dengan menaiki bas.Akhirnya destinasinya berada didepan mata.Namun terpaksa menapak untuk menujuk puncak.Tiket dibeli berharga RM4.Sebelum itu,membeli minuman untuk menghilangkan dahaga.Tiket dibeli pada 11.30am dan trip kita org pada jam 12.30pm.Fuyo!! satu jam lagi.Sessi fotogerapi dan berposing seperti supermodel pun bermula.Thanks pada 2 juru kamera yang tak berapa profesional.

Kami teruja bila perjalanan menuju puncak bermula.Fu yoo!! pestime si Penangrian naik Bukit Bendera.Yup! aku memang suka pada permandangan dan ini adalah anugerah terhebat dari pencipta kepada makhluknya.Wooo! indahnya Pulau Pinang,betul tak sis (x sabar nak tunggu gambar nie..yonna..cepat kirimkan yo!)

1/2 jam diambil untuk menuju puncak Bukit Bendera (kalau tak silap).Di pertengahan perjalanan terpaksa bertukar tren.Akhirnya Pulau Pinang kita berada didepan mata dan kami telah tiba di puncaknya.Berjaya!!!

Macam biasa sessi berposing sana dan sini berterusan (Yoooooooona..sambil jerit)
Satu hari yang indah untuk dikenang (kalau ada gambar baru best!)

Akhirnya,kami menuruni Bukit Bendera dengan satu kepuasan & memori indah (betul tak sis & yonna?)

Terima Kasih pada sis.. juga pada yonna yang sudi luangkan masa untuk joint kita orang.Minta maaf kalau ada terkasar bahasa & kata serta perlakuan.Hari yang enjoy.

Cerita Tambahan :-

Sebelum 4.00pm aku sudah tiba di Hospital Pulau Pinang.Untuk kali ke 2nya, melawat mak aku.Erm..pada jam 4.30pm baru waktu melawat bermula.Bila aku tiba di sisi mak.Dia sedang tidur (aku malas nak kejutkan) aku beredar menuju ke Jendela (tingkap le) beberapa minit kemudian aku dapati mak sedang betulkan kedudukan badannya diatas katil bernombor 29 itu. (sah,mak tak tidur) aku menuju ke sisinya kembali dan memberi salam.Akhirnya lebih 2 jam aku menghabiskan masa disamping mak.Apa yang terdaya aku lakukan,aku telah laksanakan.Abg aku di Lumut, Shafirol & wifenya telefon tanya khabar mak.Beberapa minit kemudian abg aku di klang, Shafendi & wifenya pula telefon bertanya khabar dan berbual dengan mak.Yup! aku sedari dan dapat saksikan air mata seorang ibu menitis bila berbual dengan anaknya yang bernama Shafendi.Begitu kuat auranya sehingga mampu membuatkan air mata ibu menitis perlahan.Hanya abang aku yang bernama Shafendi itu tidak berkesempatan menziarahi mak di hospital.Tapi seperti biasa, mak cuba mengambil hati anak-anaknya dengan berpesan & berkata, "tak yah risau lak mak tak apa - apa".

Insya-Allah esok merupakan hari terakhir aku di Penang dan aku akan habiskan masa bersama mak.

Terima Kasih pada rakan - rakan yang bertanya khabar,ambil berat pasal shai dan mak shai.Salam-salam dari semua dah shai sampaikan.Doakan mak shai dah keluar hospital cepat.Kembali hidup seperti biasa walaupun tidak sekuat dulu. A- min

Labels: ,


2 Kata-Kata Ditinggalkan

shaiMENULIS
@8:47 PM





Friday, June 22, 2007
Aku & Perasaan Episod 17 "P.U.L.A.U"


Syukur alhamdullilah perjalanan aku dari KL selamat tiba ke Butterworth pada jam 4.00am tadi. Inilah kali pertama aku ke Butterworth seorang diri.Hampir 2 jam melepak di bangku dengan melihat manusia yang berbagai ragam membuatkan aku tertanya - tanya.Kenapa? Mengapa?Bagaimana?Siapa? dan sebagainya.

Setengah jam sebelum feri dijadualkan berlepas ke Pulau.Aku sudah melangkah kaki ke Jetty.Aku ke kaunter,ingatkan adalah tiket @ kad ke mcm nak naik tren lrt (1st time naik feri sebagai dibahagian penumpang) oh! rupanya kena tukar syiling Rm 1.20 dewasa dan masukkan dlm mesin dan kemudian tolak.Erm..semudah itu.Menanti feri tiba,rasanya seperti menanti bulan jatuh ke riba.

Akhirnya sekitar 6.20am aku selamat tiba di Pulau itu.Yup! betul-betul dibahagian pulau.Aku hanya mengikut arah dan tujuan orang ramai.Aku pasti mereka semua berjalan menuju ke bas.

Aku menaiki bas dengan harga Rm 0.90 ke Komtar.Rasanya aku dah tahu no bas ke Hospital.

Aku membuat keputusan mencari hotel.Sejarah berulang lagi.Di waktu pagi dalam kedinginan hari aku "sesat" aku tak tahu jalan mana yang aku tuju.Namun akhirnya aku berjumpa juga dengan destinasi tujuan aku.

Hotel itu dengan harga RM60 semalam dan ber air cond.Kira menepati citasa aku.Cukuplah sebagai tempat untuk merehatkan diri,mandi,menyalin pakaian dan menidurkan diri di malam hari.2 Malam aku akan menginap disana.

Insya-Allah aku akan ke Hospital petang ini,pastinya mak aku akan tergejut.Adakah mak aku akan menagis kegembiraan? atau mak aku kan rasa sebab & hiba menerima kejutan dari aku.
Ya! kehadiran aku dirahsiakan tiada seorang pun ahli keluarga aku yang tahu mengenai perjalanan aku ke Pulau ini.

Sekali lagi Inilah S.H.A.I yang penuh misteri. (kisah ini di update pada sessi pagi)

Cerita tambahan

Aku bertolak ke Hospital Besar Penang dari Komtar pada jam 4.00 petang. Setibanya aku disana.Aku tercari - cari Block C dan wad 20.Oh! aku tersalah. Peluh telah membasahi diri,untuk cepat aku terpaksa menuruni tangga. Akhirnya aku berjaya.Tapi malangnya tak kala aku tiba di wad itu.Mak aku tiada? kemana? erm..rupanya mak aku belum pulang dari terapi.

Mak aku kelihatan tergejut bila melihat kehadiran aku seorang diri selepas lebih 20 minit aku menantinya.Syukur alhamdullilah hajat aku tercapai juga.Aku memeluknya penuh erat.Mencium pipinya setelah sekian lama aku tidak melakukannya.

Banyak yang kami bualkan sehingga lah kehadiran "dia" ish.. kenapa dtg terus. oops!! siapa dia? Kenapa dia berada disitu? Jawapannya 'kena rahsia ke?'

Menjelang senja yang hampir tiba,aku bersama sis honey berada di peringin mall.Dia menemankan aku membeli kasut baru (Yahoo!!! merasalah pakai kasut naik Bukit itu) erm.. perancangan telah diatur.Tunggu masa dan ketikanya.Sempat dinner MCD dengan sis.Akhirnya sis terpaksa pulang kerumahnya dan aku terus melangkah kaki menuju ke hotel penginapan aku.

Namun dalam perjalanan aku singgah ke Night Market.Membeli beberapa "brg".Di sebabkan siaran tv di bilik hotel aku kurang jelas.Aku kebosanan dan kaki aku terus melangkah ke cc.
Menikmati malam di Pulau Pinang dengan berjalan - jalan tambah arah tujuan.

Labels:


6 Kata-Kata Ditinggalkan

shaiMENULIS
@10:31 AM





Thursday, June 21, 2007
Aku & Perasaan Episod 16 "Panggilan Pulau .. Antara Bercuti & Gembirakan Hati"


Panggilan Pulau? Apa kisahnya.. Kenapa & Mengapa ke sana?

Akhirnya hari ini dengan terang,jelas dan nyata aku menyatakan kebenaran sebuah cerita.

Bukan niat dihati untuk bercuti & bergembira.Jauh sekali menghabiskan wang ringgit dengan sesuatu yang difikirkan tidak memberi kesan.

Namun selepas hampir 18 hari mak aku di Hospital Pulau Pinang,inilah masa yang sesuai aku habiskan sedikit masa untuk menziarahi,melawat dan mengunjunginya.

Semoga 3 hari ini memberi 1001 makna untuk aku dan dapat mengembirakan mak aku walaupun untuk seketika.

Sedar tak sedar dah hampir 3 bulan aku tak bersua muka dengan mak aku.Satu jangka masa yang lama.Walaupun baru beberapa hari yang lalu aku bertanya khabarnya melalui telefon.Aku berjanji dengannya akan ke Pulau Pinang pada hujung bulan ini.

Ternyata kehadiranku nanti pastilah lebih awal dari apa yang dijangkakan.

Memang sudah menjadi sikap aku.Tak ingin menyusahkan sesiapa.Aku jenis tak suka menanti dan membazirkan masa hanya kerana sesuatu yang tidak releven difikirkan.

Oleh itu,biarkan kaki aku melangkah sendiri.Mencari arah tujuan sendiri dan terus hidup berdikari diatas kaki sendiri dan berusaha untuk mengecapi apa jua yang diidamkan.

Perjalanan 3 hari 2 malam dengan satu harapan "Mengembirakan Hati" Hati siapa? Jawapannya,Hati sesiapa sahaja.Termasuk juga hati sendiri,hati insan yang dikasihi iaitu mak dan mungkin insan - insan yang bernama teman,sahabat & kawan.

Semoga apa yang aku inginkan, mampu aku kecapi dalam waktu yang terbatas ini.Semoga perjalanan ini memberi 1001 kemanisan buat diri aku dalam menempuhi hari - hari mendatang.

"Izinkan ku membawa diri, bayu sampaikan salam perpisahan oh! dariku".

Makluman dan Pemberitahuan :

Sesungguhnya aku bukanlah lahir di Johor & bukannya "Jawa" + Aku juga bukanlah anak jati Pulau Mutiara.Jawapannya : Aku anak pak tani dari negeri jelapang padi.I'm Kedahan okie!

Cerita Tambahan:

Pagi ini aku bangun tidur,selepas bersiap aku ke dapur dan dapati sinki penuh dengan pinggan, mangkuk,sudu dan cawan - cawan tak berbasuh.Lebih menyakitkan hati tong sampah tunggang langgang.Periuk nasi tak dibasuh.Sisa - sisa nasi dlm tong sampah dah macam kucing mengelongkar je! Dah tue periuk nasi sampai 2 periuk dibiarkan macam tue je.Kalau dulu aku boleh bersabar, hari ini aku tulis notis besar - besar sebab tahap kesabaran aku dah sampai ke penghujungnya.Suka hati akulah rumah aku.Aku telah mencampakkan semua benda - benda yang menyakitkan mata ke dalam tong sampah.hahahaha.. padan muka!

Antara kata kata dalam notis aku pagi ini. "Kalau rasa tak nak basuh, beli bungkus sahaja" kahkahkahkah...

Kemudian satu lagi manusia yang telah 3 bulan menyusahkan hidup aku juga mendapat notis aku (sebabkan kes geram berulang - ulang, jadi hari ini isunya berdouble).Aku kasi notis kalau rasa nak tinggal lama menyewa silalah bayar sewa yang tertunggak selama 3 bulan berjumlah RM 360.Bayangkan lah, banyak benda aku boleh buat dengan duit sebanyak itu.Cuma aku tak sampai hati nak tulis perkataan kasar seperti "Ingat ini rumah kebajikan ke? atau Kalau rasa ada hati & perasaan tolonglah bayar sewa kalau tak berambus je" kahkahkahkah untuk kali ke 2

Sekali lagi diulang.Suka hati aku lah ini rumah aku.Kalau tak bayar hujung bulan ini merasalah engkau kena halau dengan aku.Seperti mana aku penah buat dengan penyewa sebelum ini.Ada kepatut 3 bulan sewa tak bayar suruh aku halalkan je.Elo! Elo! hutang tetap hutang okie!

Walaupun kau ada kereta "Proton Saga" Jangan ingat kau Hebat.Muahahahaha... Kalau aku jahat dah lama pancit ke - empat tayar kereta itu.

Yes! aku akan bertindak kejam jika orang mengambil kesempatan diatas setiap kebaikan yang aku lakukan.Soory yek! Inilah S.H.A.I jangan ingat aku berdiam kau orang boleh pijak kepala aku.Nak naik minyak budak-budak ini.Ingat aku nie Pembantu rumah dia orang ke apa, nak kemas itu dan ini setiap hari.Merasalah kau orang dengan tindakan lebih kejam dari aku selepas ini.

Akhirnya salah satu cerita yang aku pendamkan sekian lama aku bongkarkan juga.Aku tak nak otak berserabut selepas 3 hari aku tak balik rumah.Kalau aku bergaji besar,berjawatan tinggi aku lebih rela tinggal seorang diri tapi apakan daya itu hanyalah mimpi sahaja.

Labels:


5 Kata-Kata Ditinggalkan

shaiMENULIS
@7:46 AM





Wednesday, June 20, 2007
Aku & Perasaan Episod 15 "Akan Datang...Julai & Ogos" ini


(1) Kelab Menara KL akan menganjurkan TM Merdeka Amazing Race seperti maklumat berikut :-

Date : 14 Julai 2007 (Sabtu)
Masa : 7.00 pagi
Laluan : TM - Menara KL - TM
Jumlah Ahli : Min 3 orang & Max 4 Orang sekumpulan
Bayaran : RM 60 (bukan ahli)
untuk Msjbox team RM 15 seorang, 4 org satu kumpulan
Hadiah: Juara RM 500, Naib Juara RM 300 & Tempat Ketiga RM 200

(2) Msjbox
@ Genting Highlands pada 04/08/2007 (bayaran antara RM 30 - RM 40 seorang)

(3)
Msjbox Picnic @ Tasek (With tasek?,akan dimaklumkan kemudian) <- Penghujung Ogos.

(4)
Msjbox Buka Puasa. Penganjuran untuk tahun ke 3.Pada bulan September nanti.

Sila komen dan beri maklum balas.Sekadar cadangan.Sekiranya menjadi kenyataan.Bolehlah turut serta.

Labels:


2 Kata-Kata Ditinggalkan

shaiMENULIS
@8:13 AM





Tuesday, June 19, 2007
Aku & Perasaan Episod 14 "Novel & Love is Cinta"


Dalam masa 4 hari aku dapat menghabiskan masa membaca 2 novel yang setebal lebih 500 muka setiap satu dengan sempurna.Walaupun masa seharian adalah terhad namun berkat minat membaca novel akhirnya aku gagahkan juga.Hanya novel keluaran alaf 21 berjaya menawan hatiku.Walaupun minat membaca novel aku nie boleh dikatakan bermusim,namun aku tahu.Di kala aku sedang asyik melayan novel pasti ada sebabnya.Salah satu sebabnya adakah kerana aku sedang dilamun cinta?

Love is cinta dan Cinta adalah Love.Cinta terlalu universel.Bukan sekadar sesama manusia tetapi juga yang utama kepada Pencintanya.Cinta pada ke2 ibu bapanya,kepada guru,kepada alam sekitar dan sebagainya.

"Cinta lahir dalam hati dan bukan dalam bicara.Maknannya cinta tak perlu diucapkan".

"Cinta itu adalah satu anugerah terindah bagi setiap insan".

"Ramai orang pandai mengucapkan dan menghayati cinta,tapi tidak ada sesiapa yang pandai menilai cinta kerana cinta bukannya objek yang boleh dilihat dengan mata kasar,sebaliknya cinta hanya boleh ditilik melalui hati dan perasaan".

"Cinta memang indah,tapi apabila cinta disertai dengan dusta dan pembohongan,maka keindahan cinta itu akan hilang".

"Cinta tidak boleh dipaksa.Nantikan kehadirannya dengan sabar... cinta datang pada ssat yang tak terduga.Jangan lari dari cinta kerana cinta itu indah".

"Cinta tak harus dimiliki".

"Cinta sangat misteri.Punya kekuatan yang sangat luar biasa.Bukan untuk difahami,tapi dirasa.Cinta adalah mencintai dan dicintai oleh insan yang ditakdirkan untuk kita.Hanya saat kita merasakan cinta,kita akan tahu apa itu cinta".

"Cinta bukan dari kata - kata,tapi dari segumpal keinginan yang diberi kepada hati yang memerlukan".

Adakah aku sedang bercinta?Inikah dinamakan cinta? Siapa insan yang aku cintai itu? Bisakah dia menjadi permaisuri hatiku? Jawapannya ........

Labels:


0 Kata-Kata Ditinggalkan

shaiMENULIS
@7:51 AM





Monday, June 18, 2007
Aku & Perasaan Episod 13 "Biarkan Gambar Berbicara"





Kenangan Terindah dalam kebasahan "ayer" hujan pada petang 16 June 2007 & Keputusannya :-

1) Team Msjbox "Kaler Magic"
(Junaidix , Shai , Carneyz )
2) Team Msjbox "Kaler Ayer"
( Sheda , Retna , Jebat )
3) Team Msjbox "Kaler Pensel"
( Meera , Sodep , Kiki )
5) Team Msjbox "Kaler Krayon"( Azlie , Ryan , Epull )





Dalam Keriangan.. Ada Kepenatan
Namun kegembiraan dirasai bila Kemenangan di Kecapi!! Kejayaan Kami untuk semua pasti.
Msjbox JUARA












Saat bermain hujan!! Ada yg berbaju hujan
Ada yang tidak. Namun inilah hari kita.
Msjbox Punyer!!!




Labels:


0 Kata-Kata Ditinggalkan

shaiMENULIS
@8:38 AM





Sunday, June 17, 2007
Aku & Perasaan Episod 12 'Keriangan,Kejayaan,Kemenangan & ..."


Seawal pagi sabtu 16 June telah menyiapkan diri turun ke KL Town.SMS masuk dari budak opis report pasal satu "masalah" dan akhirnya "masalah" itu belum dapat diselesaikan.Tunggu jelah hari isnin.

Aku selamat tiba di Ampang Park sekitar 9 pagi.Bagaikan telah rancang aku terserempak dgn sodep di depan lrt ampang park (ish..mcm mana aku boleh tahu, meeting point kau org).Ahaks. Sodep kata ada Kak Retna dgn Kiki je (tengah salin baju) serta kawan Kiki, Epull, Kawan ke?

Rupanya ada juga Kak Meera & Kak Shida sekali.Aku terpaksa naik bas nak beli tiket sepadu tue RM7,Driver bas tue siapa tanya "Aik, Kenapa turun pulak" muahahaha.. sian driver bas tue, dia tertipu!

Kami akhirnya menaiki Putra LRT menuju Masjid Jamek & berjalan kaki ke Dataran Merdeka.Dari kejauhan, ternampak seseorang jejaka terhangit dipasaran berbaju putih sedang menanti kami.Orang yang dimaksudkan bukan Hang Tuah, tapi si Jebat.

Macam biasa kalau dah nama geng Msjbox mesti suka ambik gambar,berposing sambil main kaler2.Ish.. bos & wifenya belum sampai.Sampai dah nak habis sessi brefing baru nampak muka.

Zon pertama di Central Market.Si Jun & wifenya Treasure Hunt naik motor.Soalan Kat CM agak mudah.Ish. cepat pulak Si Jun & Wifenya sampai Avenue K.Terpaksa kasi soalan menerusi SMS. Kita orang berhenti cari Harta Karun dulu.Itu pasal terlewat keretapi.

Pertama kali menjejakkan kaki ke Avenue K.Macam jakun sekejap.Zon ke 3 dan terakhir ialah Ampang Park.(sempat lagi beli Novel.. ahaks yg pasti dari Alaf 21) ada juga beberapa soalan yang mengelirukan di zon ini.Tapi akhirnya kata sepakat diputuskan.Itulah jawapan yang terbaik dapat kami berikan.

Dalam 1.30pm kita orang dah bergerak ke Tasik Titiwangsa.Aku menaiki motor kapchai menuju ke sana (disebabkan takut sesat,kena tunggu kete Kuning & Gen.2 putih) Alieh-alie kancel comel yang sampai dulu & aku follow je dari belakang.Akhirya sebelum 2.00pm kita orang menghantarkan jawapannya (berserahlah pada takdir).Terima Kasih pada chii yang turun dari Melaka untuk joint event ni.

Sessi bersantai di bawah pokok memang best,bersama hamparan tikar- tikar kita orang mengembirakan diri bersama - sama.Namun ku sangkakan panas hingga ke petang, rupanya hujan rintik mula membasahi bumi.Kami yang tadinya duduk agak jauh dari Teratak yang kesemuanya dipenuhi geng jurnal.Akhirnya akur dan berpindah ke sisi Teratak a.k.a Wakaf.

Dalam dok sibuk-sibuk tue aku sebenarnya tengah asyik bersms dengan shaira.Yup! akhirnya impian bertemu dengannya menjadi kenyataan.Terima Kasih sebab joint kita orang.

Sessi makan - makan bermula, Terima Kasih atas "Sambal telur" dari kak retna kalau x silap, Sardin yang dibawa Kak Shida, ayam (oleh siapa yek!), Puding jagung oleh Kak Meera, Buah Melaka yang "digentel" Jun.. oooops!! bersama wifenya carnyez.Tapi minta maaf sebab tak dapat makan nasi yang dibawa umi (Aku dah masuk 6 minggu tak makan nasi)

Sessi berkenalan pun bermula, masing - masing memperkenalkan diri.Macam biasa ratu "mengelak" cik Kiki terus dengan kepintarannya "menyembuyikan diri".Akhirnya hujan lebat turun membasahi bumi.Masing masing berteduh di bawah teratak itu.Sambil - sambil meneruskan makan - makan.

Sessi memberi tahu jawapan soalan Treasure Hunt membuatkan kami teruja.Cayooo!! Cayoo!! banyak jug betul tue.Akhirnya inilah keputusannya. No.1,2,3 & 5 milik msjbox.com Tahniah!! u all memang roooooooock!!!

Alamak..cuba teka apa hadiah aku dapat? muahaha.. selain botol ayer kaler biru (akhirnya tukar suka sama suka & botol itu menjadi kuning) ada novel tajaan alaf21 (thanks) dan 2 tiket ke Menara KL ..hahahaha.. sendiri taja sendiri menang. kahkahkah.Aku dah booking tiket tue utk shay :p jgn lupa hantar kad kawin yek!

Sessi cabutan bertuah pun memang best!Rata - rata dapat hadiah termasuk yang joint pot luck (tapi kena bayar RM5 kan! berbaloooi lah tue).Aku mcm biasalah, menang gak.. Menang apa? Alamak.. novel lagi ke? Erm.. terima kasih Alaf 21.Akhirnya Grand Prize seponser by aku iaitu Toaster Pensonic dimenangi oleh si kecil anak kepada salah seorang ahli geng jurnal.

Ada acara Raja BOTOL.7,14 dan gandaan 7 serta no yang ada 7 mcm 27,37,47.. fu yooo!! dari berbelas aku terkantoi di no 6..silap sebut.. patut lepas 27 (botol) dan 28 pun (botol) aku gie sebut 28.Hu3.. kalau x merasalah aku jadi top 3 ke? muahahaha..

Apa pun yang penting semua happy kan? Terima Kasih pada Kanda & Adindanya serta semua kekawan geng jurnal (soory tak sempat bual2..hari hujan,tempat sempit,x selesa kan?) Untuk semua geng Msjbox. Jun, Carneyz,Kak Retna,Kak Meera,Kak Shida,Sodep,Jebat,Kiki,Epull, Azlie & Ryan u all memang best!! Kita semua dapat berhappy bersama - sama kan. Tengok ajalah gambar sebagai bukti.Pada yang tak joint jangan jeles okie! Next time "turun" le xtvt msjbox.

"Kejayaan KAMI kebanggaan Anda,Kemengan penuh bergaya,Untuk Msjbox Punyer!!!"

Labels:


0 Kata-Kata Ditinggalkan

shaiMENULIS
@4:31 PM





Friday, June 15, 2007
Aku & Perasaan Episod 11 (Mencari Harta Karun)


Kisah 9 tahun di KL lagi..

Dari tahun 1999 - 2002 kalau tak silap aku, KL Tower telah mengadakan beberapa siri Treasure Hunt yang dikenali sebagai Tower Hunt.Dalam tempoh tue aku hanya menjadi committe untuk sessi pendaftaran.Jadi bermakna aku langsung tak berpeluang merasai nikmat sebenar sebuat pencarian harta karun.

Antara Tower Hunt yang boleh dikenang ialah perjalanan KL - Melaka , KL - Lumut dan KL - Alor Star.Dalam banyak - banyak tue.KL ke Lumut paling mendapat sambutan.Acara ini dahulunya di kendalikan oleh syarikat berpengalaman iaitu Time Out Solution,sebagai event management. Yup! Treasure Hunt nie memang mengunakan Tulip dan berkereta.Selalunya sessi penerangan diadakan sehari sebelum hari Flagg Off.Hadiah yang lumayan menyebabkan ramai orang berminat joint Treasure Hunt yang dianjurkan.

Antara aku dan pengalaman dalam Treasure Hunt :-

(1) Treasure Hunt untuk budak sekolah, pembayang diberikan dan pelajar perlu mencari serpihan logo KL Tower yang telah di pisah2kan.Dia orang kena cari berdasarkan pembayang yang dicari untuk melengkapkan satu logo yang sempurna.

Selain itu,Harta karun juga perlu dicari.Ianya selalunya berbentuk pantun,pembayang dan biasanya berkaitan dengan sesuatu tempat.Soalan untuk Treasure Hunt bagi pelajar sekolah memang senang dan "kacang" je.

(2) Treasure Hunt@ KL Tower, tak ingat pada tahun bila, soalan dibuat berdasarkan tempat - tempat di KL Tower (untuk staff shj) setiap kumpulan dibahagikan kepada 2 sekumpulan. Semua jawapan harus dicari di Pelantar Pemandangan KL Tower.Jawapannya ialah mengenai bangunan2 yang dapat di lihat dari atas KL Tower.Nampak mcm senang, tapi sebenarnya terdapat macam2 jenis soalan juga.Ada soalan yang mengelirukan dan soalan yang melibatkan angka,sejarah dan lain - lain faktor.

(3) Treasure Hunt berkereta 4 sekumpulan, sempena Staff Conference 2003, dari KL - Cherating, melalui jalan lama selepas Karak.Memang mencabar terutama yang mengunakan tulips.Di perhentian rehat, terdapat juga soalan disana.Berkaitan dengan nama - nama kedai. Melalui jalan lama juga, boleh menyebabkan pemandu terutamanya, dan kumpulan akan sesat sekiranya tidak tahu melihat tanda arah,membaca peta dan juga tidak biasa dengan sesuatu tempat.Ada satu kumpulan telah sesat, dan tiba lewat di Cherating kerana sesat jalan.Hadiah khas diberikan kapada kumpulan ini kerana semangat mereka kuat meneruskan perjalanan sehingga ke garisan penamat walaupun sesat beberapa kali.

Jawapan soalan Treasure Hunt bukan sahaja mengenai nama bangunan,tapi juga kadang kala boleh melibatkan papan tanda,sign board dan sebagainya bergantung kepada kreativiti pembuat soalan.

(4) Treasure Hunt sempena Family Day, KL - Bukit Merah.Perjalanan melalui Highway utara selatan.Soalannya cukup mudah.Dibahagikan kepada beberapa section.3 Hentian rehat merupakan lokasi perhentian setiap kumpulan.Kali ini ianya dibahagikan kepada kumpulan berpasangan,bertiga @ berempat dan berkeluarga.

Soalan di Hentian tapah berkonsepkan teka silang kata.Jawapannya berdasarkan apa sahaja yang terdapat dihentian itu.No tel juga boleh menjadi soalan dan jawapannya boleh didapati sekirangnya kita menelefon no tersebut (oh! rupanya jawapannya.. nama syarikat utk perkhidmatan menarik kenderaan)

Di hentian Sungai Perak pulak, bentuk soalannya lebih kepada mencari jawapan jenis - jenis makanan yang dijual di hentian tersebut.Jawapan boleh didapati dari lampiran yang diberikan. Terdapat banyak jawapan tersembunyi dan kita perlu membulatkan jawapan yang tepat.

Sementara itu dihentian terakhir (tak ingat lak!) jawapannya lebih mudah.Soalan isi tempat kosong.Jawapan berasarkan nama kedai-kedai makan yang terdapat disitu.

Ye! untuk menyertai Treasure Hunt, keseronokan lebih diutamakan.Jangan stress kan diri (seperti pesanan kak retna).

(5) KL Walk Hunt, satu pencarian mengunakan kenderaan awam Putra Lrt,Bas & Monorail selain berjalan kaki.Pada tahun 2003, sempena projek History of KL acara ini diadakan untuk memberi pengalaman kepada Kakitangan KL Tower.Lokasinya ialah tempat - tempat bersejarah,bangunan serta tempat tarikan pelancongan.

Berjalan kaki dari KL Tower menyusuri jalan sultan ismail dan menaiki Putra LRT ke Masjid Jamek.Lokasi soalannya terdapat sepanjang jalan yang telah diberikan.Antaranya contoh soalan di Dataran Merdeka.Berapa ketinggian Tiang Bendera disitu.Kemudian pencarian diteruskan di bangunan KTMB.Paling mencabar disini ada sessi explorace,terpaksa membuka kotak2 tempat letak barang untuk mendapatkan soalan seterusnya.Pencarian membawa ke Central Market, harta karun yang dicari boleh didapati di situ.Cthnya dodol yang dijual disitu serta poskad menjadi harta karun yang perlu dibeli.Kembara ke Petaling Street dan kemudiannya terpaksa menaiki Bas ke Pudu Jail.Mencari jawapan disekitar situ dan kemudian menaiki Monorail ke Chow Kit.Soalan juga boleh diberikan ketika kita berada dalam satu kenderaan.Cthnya : sepanjang laluan monorail dari Bukit Bintang ke Chow Kit.

(6) Night Hunt, pencarian diwaktu malam dalam kegelapan malam.Paling best dan menyeronokkan.Masing - masing dimaklumkan jenis-jenis buah yang perlu dicari.Setiap kumpulan tidak tahu markah untuk setiap buah tersebutr.Cthnya rambutan 1 = 1 markah. buah pai 1 = 10 markah dan lain - lain buah ada markah-markahnya sendiri.Bayangkan dalam malam - malam mencari buah-buahan tersebut dan terpaksa bersaing dengan kumpulan lawan.Yang menariknya kumpulan lawan boleh mencuri buah yang dikumpul di kem pasukan lawan dengan syarat ianya tidak berada di Zon pengumpulan.Menarik kan! dalam gelap - gelap malam.Ada yang terlanggar tembok,terjatuh longkang, terluka jari dan macam - macam lagi.Semuanya dengan satu Misi iaitu untuk memang.

Esok Treasure Hunt ajuran Geng Jurnal, tapi pasti bentuk soalannya.Adakah mencabar @ Kacang? erm.. harap2 soalan untuk mendapatkan harta karun tue senang - senang le. Semoga geng msjbox bergembira esok.Kalah menang adat bertanding.Yang penting "Kita Enjoy Dulu"

Labels:


1 Kata-Kata Ditinggalkan

shaiMENULIS
@7:59 AM





Thursday, June 14, 2007
Aku & Perasaan Episod 10 (Aku & Artis)


Banyak orang banyak ragam,Begitu juga dengan artis.Kalau dalam drama nampak berlakon semua watak sopan santun,berbudi bahasa "pijak semut pun x mati" tapi kat luar dalam dunia yang nyata mereka "jauh panggang dari api" tapi tak semua.Ada juga yang baik.

Aku & Artis menceritakan apa yang telah aku lalui sejak lebih 9 tahun di KL.

Antara artis yang penah aku jumpa dan tak akan lupa sampai bila - bila ialah mereka :-

(1) Ziana Zain,jumpa face to face pada awal tahun 2001 dia dijemput menjadi artis jemputan untuk Majlis Jamuan Aidil Fitri dan aku merupakan antara jawatankuasa dan mereka yang memutuskan mengambilnya sebagai artis.Ingat lagi masa tue cuti raya terpaksa dipendekkan kerana beban tugas untuk menganjurkan majlis tersebut.Pada hari kejadian, takkala akak Ziana menyanyikan lagu Joget popularnya "Kalau Mencari Teman" aku dengan suka relanya menjadi penari latar.Satu hari indah untuk dikenang.

Aku juga penah menyaksikan 2 konsert besar Ziana Zain di PWTC termasuk Konsert Ziana Zain Live in Park.Beberapa hari sebelum konsert itu,ada sessi bertemu peminat dan aku sempat bersua dengannya lagi + dapat hadiah cap free dari skuad perodua era (cap ziana zain). Cap itu juga masih ada t/tangan akak Ziana.(Ish... fanatiknya aku!)

2006,pada bulan may (dah lebih setahun dah) untuk sekian kalinya aku berkongsi pentas dengan artis kesukaan aku itu.Kali ini berduet menyanyikan lagu sandarkan pada kenangan pada MATTA Dinner bertempat di Hotel Istana.Ish..aku tak hafal lah lagu tue.Siap menyanyi satu lagu penuh lagi.+ bersadar dgn akak Ziana pada part "kita sandarkan pada kenangan".

Pendapat aku mengenai akak Ziana: Okielah! tak adalah teruk seperti yang orang lain fikirkan. Semua lagu Ziana Zain adalah lagu yang sesuai untuk jiwa aku.

(2) Nurul.. alah.. x wife ajai.Mula-mula masa sekolah, aku suka-suka je dengar lagu popularnya iaitu Kerana Terluka dan Cinta Azali,menyusuk kalbu tue.1st time jumpa dia masa Mini Konsert di KL Tower dan beberapa kali jumpa juga ditempat yang sama.Masa dia tengah hit's lagu duet dgn x nya si Ajai "Aku cinta Aku Rindu" erm.. aku berpeluang berduet dengannya di satu show di Bukit Jalil.Ingat lagi,time tue tengah sakit mata kerana nak jumpa Nurul sanggup berembun ditengah malam.

Pendapat aku mengenai Nurul : Walaupun dah kembali "single" tapi aku tetap suka dengan suaranya.Adakah kerana suaranya mirip2 Ziana Zain??

(3) Dato'Siti Nurhaliza.Pertama jumpa bertentang mata masa CT mengadakan sessi fotografi di KL Tower untuk majalah Wanita.Time tue nampak dia mcm tercari-cari something.Aku dengan selamba bertanya "Ye! CT, Cari apa" Dia menjawab "Ladies kat mana?" muahahaha.. itu je lah kisah aku ngan CT.

Pendapat aku mengenai CT:Biarpun apa yang telah terjadi pada CT,yang dilaluinya, sedang berlaku dalam hidupnya dan akan terjadi, aku tetap meminati muzik CT yang kini telah mengalami satu revolusi yang berbeza dengan penampilan awalnya.

(4) Farah Diana Anuar, Bintang AF2 Akademi Fantasia.Walaupun no4, tapi Farah buktikan dia hebat dan mampu bersaing dgn senior2 dalam bidang muzik.Pertama kali dengar lagu Tangisan Dalam Kerinduaan, aku sudah mula "jatuh cinta".

Selain menyanyi aku rasa Farah sesuai jadi pengacara le dan rancangan kanak-kanak adalah serasi dengannya.Ewaaaah... sesuka hati kasi cadangan.Yup! aku adalah ahli Farah FC, Kenapa aku joint? Ish..rasa mcm best je.1st time joint dan beli 1st album Farah..dapat CD with autograf dan Kad membership.

1st time jumpa Farah masa pelancaran album evo-04 di KL Tower dan sempat bergambar bersama.Kali ke2 berjumpa masa Majlis berbuka puasa anjuran Farah FC di Dewan Felda.Seronok hampir beberapa jam beramah mesra dgn Farah serta peminat2nya masa tue (siap masuk majalah okie!).Baru - baru ini ada jumpa Farah sebab ada rakaman Trek Selebriti.Tapi aku macam biasa,malu-malu kucing.meeoooow (sambil menyorok)

Pendapat aku tentang Farah:Boleh pergi lebih jauh dalam dunia hiburan ini.Insya-Allah.Tak sabar nak tunggu 2nd Album dari Farah.

Lain artis dah jumpa Misha Omar (gambar masuk mangga.. muahahaha), Dayang Nurfaizah, Erra Fazira (gambar masuk Majalah H.A.I... lalalala) Anuar Zain dan ramai lagi lah.

Artis yang aku rasa 1st time jumpa macam tak best dan berlagak ialah "pelakon utama Laila Isabila.. + Datin Dairies yg tgh hot's skrg tue" sombong bangat!!! (pengakuan ikhlas)

Artis lain semua jumpa gitu2 je mcm Ella,Syafinaz,Juliana Banos,Raja Azura,Bintang AF2,AF3 terutamanya Mawi (bekas duta KL Tower) + banyak lagi artis yang x mampu disebutkan namanya disini (buat menyemak blog aku je).

Ish..entry nie harap - harap tak ada unsur - unsur riak lah kan.muahahahaha.. Sekadar berkongsi cerita dan kenangan terindah.(Kenangan tak indah sebut sikit je)

Labels:


3 Kata-Kata Ditinggalkan

shaiMENULIS
@12:11 PM





Wednesday, June 13, 2007
Aku & Perasaan Episod 9 [Sepohon Kayu]


"Sepohon kayu daunnya rimbun
Lebat bunganya serta buahnya
Walaupun hidup seribu tahun
Kalau tak sembahyang apa gunanya
Walaupun hidup seribu tahun
Kalau tak sembahyang apa gunanya

Kami berkerja sehari-hari
Untuk belanja rumah sendiri
Supaya Allah menjadi sayang
Kami berkerja hatilah riang
Supaya Allah menjadi sayang
Kami berkerja hatilah riang"


**********************************************************************************
Assalamualaikum pembuka bicara, Salam Sejahtera untuk semua.

Akhirnya aku memilih untuk menjadi sepohon pokok yang mengharapkan agar ada sinar cahaya yang lebih indah dari hidupku.Gunung - ganang menjadi saksi bertapa sebenarnya aku sudah mulai menerima hakikat kesedihan harus dirawat dengan keceriaan.Aku begitu percaya solat 5 waktu adalah tiang agama.Aku akan pastikan aku melaksanakan ke lima - lima waktu tersebut.

Aku telah temui sedikit kecerian dalam kehidupan walaupun pada hakikatnya aku masih memendam segala perasaan didalam lubuk hatiku dari memberitahu sesiapa pun.

Episod Aku & perasaan banyak mengajar tentang bagaimana insan - insan disekeliling aku memberi pandangan,pendapat,cadangan,teguran serta kata - kata semangat untuk aku terus menjadi manusia yang kuat,bersabar dalam mengharungi apa jua dugaan yang dan serta ceria dalam hari - hari yang dilalui.

Terima Kasih buat semua yang bernama sahabat,teman & Kawan. Sama ada yang penah aku temui atau belum aku temui dan akan temui.

Pohon ini,ibarat diri aku yang berada nun jauh disatu sudut
Pohon ini,umpama diri aku yang sendiri dan ingin menyendiri
Pohon ini,mengambarkan diri aku yang ingin pergi jauh dari sini

Andainya pohon itu boleh berbicara, pasti ia akan berkata....

"bangunlah shai, bangkitlah.. jangan kau. dan janganlah engkau menjadi insan yang lemah.
Wahai! insan bernama shai..ingatlah Allah,Kenanglah jasa kedua orang tuamu,
guru-gurumu dan sekelian manusia yang menyayangimu"

Aku akui aku mudah mengalirkan air mata,Aku seorang yang sensitip.Namun disebalik semua itu aku adalah seorang yang berpegang pada janji.Seorang yang cuba menepati masa.Menjalani hari - hari dengan perancangan dan bukannya jenis yang suka berpeleseran tanpa arah tujuan.

Semoga sepohon kayu, serta apa yang aku pilih dan akan lalui selepas ini akan dirahmati Allah.

Ingat 5 Perkara sebelum 5 perkara...
Sihat sebelum sakit..
Muda sebelum tua..
Kaya sebelum miskin..
Lapang sebelum sempit..
Hidup sebelum mati..

Labels:


4 Kata-Kata Ditinggalkan

shaiMENULIS
@11:40 AM





Tuesday, June 12, 2007
Aku & Perasaan - Episod 8 (Tuesday P.O.P)


Seawal pagi, lagu berdua lebih baik, sampai membuka mata,my heart menjadi halua telinga.

Sambil menyiapkan kerja - kerja yang terbengkalai semalam.

Terlalu Cinta,Aku Bukan Untukmu, terus menjadi teman pagi hari ini.Tetiba terlayan lagu tema baru kat blog Kak Shida.Sekali dengar macam kureeeeng je.Berkali- kali dengar "not bad".

Sempat juga melayan "AC Di Sini Bersama Ziana Zain kat You Tube" rasa macam tak penah tengok, tapi bila fikir-fikir balik. A'a ada tengoklah.Nie kes ingat - ingat lupa lah ni.

Sepanjang pagi ini juga, lagu - lagu P.O.P terus menjadi pilihan.Ternyata hari ini merupakan Tuesday P.O.P untuk diri aku.

Menjelang Tengahari lagu Kau Pergi Jua versi Dayang Nurfaizah menjadi pilihan, wah! sensitip le lagu2 sedih menyedih nie.Sekarang tengah dok melayan lagu Dingin dari Ziana Zain "Lagu Baru tapi Album tak keluar - keluar"So untuk panatik Akak Ziana Zain. Layan je le Video Lagu baru ini.Ish.. bila album nak keluar nie Akak Ziana Zain oooooiii...

Labels:


1 Kata-Kata Ditinggalkan

shaiMENULIS
@2:36 PM





Monday, June 11, 2007
Aku & Perasaan Episod 7 (M.o.o.d.y) + Episod 6 "Gembira dlm Duka"


Isnin ialah hari Monday Blues, tambahan pula selepas 10hb, meja aku diofis memang penuh dengan Overtime Staff yang perlu disemak,di tanda tangan dan disahkan oleh aku.

Selain 6 jabatan, terpaksa juga menyemak dua lagi organisasi dalam syarikat ini.Fuh! time macam nie le yang buatkan Mood aku dipagi - pagi hari telah hilang.Dengan siapa pun aku malas nak cakap.Kalau boleh telefon macam nak cabut je.muahahahaha...

Tapi nak atau tidak kerja tetap kerja.Lepas dah siap kena key in pulak.Nasiblah pusingan pertama siap dalam jam 1.15 petang.So leh lah break makan jap.

Ingatkan petang boleh relax sikit,tapi satu lagi beban datang bertimbun atas meja.Bukan sekadar overtime ada juga bersama claim-claim, medical, cuti, mc staff.Yang utama aku dahulukan dulu.Yang cuti ngan mc tue aku campak tepi dulu.Dah lah sekarang nak kena key in cuti & mc dalam system SAP.(bukan Saja Ambik Periksa)

Dalam dok semak menyemak overtime staff shift ni, ada pulak tugas harus disegerakan. Satu benda yang aku tak belajar atau pergi tranning.Hanya tengok manual sahaja.Nielah dia system, punyalah canggih sampai menyusahkan orang.Godek punya godek tahulah sikit macam mana nak buka dan akhirnya hilang punca gak.Minta tolong PA yang busy itu.Sian dia busy sangat hari ini.Last2 Manager procument datang my desk, so minta dia ajar. Fu lamak!! kacang je..

Petang ni dok busy chat mcm biasa ngan anak murid aku.Ajar dia tukar templates tapi dia mcm blurr je.Dah pandai dah tue!! cuma x reti nak bawa masuk msjbox + shoutbox pindah ke blog je. x pe nanti cikgu ajarkan.Petang nie juga aku chat ngan chik "ya ampun, aku gurau2 senda je ngan kau.Macam la kau x kenal aku" lepas tue shay pun online YM macam2 benda kita org cerita. Terima Kasih atas tip's yang diberikan.Ish.. tips nak cepat dapat jodoh tak de ke???


Aku & Perasaan Episod 6 "Gembira dlm Duka"

Sabtu berlalu dengan satu peristiwa menghadiri majlis jamuan makan di rumah kak retna.

Peristiwa sebelum pergi majlis tue tak payah dicerita.Dalam sekitar 2.30pm dah berada di depan rumah Chik untuk ambik Kek.Tetiba ternampak kak ayu didepan pintu rumah.Time baru nak bergosip ngan kak ayu ada pulak call masuk.(malas nak terus bercerita) Terima Kasih pada yatt (secara tak langsung) dan Chik yang membuat Blueberry Cheese Cake untuk dihadiahkan di majlis kak retna (penaja bersama)

Macam mana aku boleh terlajak? Bila dah nak dekat Giant Batu Caves baru perasaan aku sudah terlajak jalan.Ini lah padahnya kalau merempit sambil berangan.Terpaksa conner baring depan Giant tue.Akhirnya sampailah juga rumah kak retna untuk kali ke 2.Ish mula2 nak conner sebelah kiri nampak macam meriah je.Rupanya ada kenduri kawin dah!

Aku macam biasa "memalukan diri" dan duduk tersipu malu (tak makan apa2 sebenarnya sejak pagi, so perut sudah masuk angin) Dengan muka tak malu sessi makan memakan bermula. Sedap satay ayam, bakar sendiri ke kak retna?

Dah puas didalam rumah melarikan diri ke luar rumah lak (ambik angin) sambil borak2 kosong. Time nie lah makan 2 jenis kek (my peberet tue).Dalam masa tue juga masih tertanya - tanya dimana Jun & wifenya.Lamanya bersiap? Bila je mak kak retna tak de, dan pesan "buat macam rumah sendiri" kita org mengenjoykan diri le.(Tetap bersopan santun) ada yang tumpang buang hajat besar dan kecil.Ish3 anak sapalah yang tumpahkan air itu? Sambil jeling2 kak shida.Paling kesian anak2 buah kak meera yang dah bosan tahap gaban.Aku malas nak tegur dan berborak kan dikata "gatal".

Sessi makan untuk kali ke 2 pun bermula.Sambil menonton astro dan "mengalerkan diri".

Sessi melihat T-shirt oren dan T-shirt black & white pun bermula.Ish.. sapa yang test pakai baju tue? Nampak slim je..ish..umie dah kurus le.hehehehe

Bincang nama kumpulan sikit punya lama.Last2 nama ini lah yang berjaya dicipta dan dipersetujui bersama.
1) Team Msjbox A : "Kaler Magic"
2) Team Msjbox B : "Kaler Ayer"
3) Team Msjbox C : "Kaler Pensel"
4) Team Msjbox D : "Kaler Krayon"

Unik! kan.. hanya kami dan keluarga kami je yang tahu maksudnya.Muahahahahaha.

Tapi idea sodep menerusi sms nya paling kelakar! mcm boleh buat lirik lagu tema kumpulan dah!

Sessi dalam rumah berakhir diluar umah lak.Bincang membincang tak habis2 juga (kena buat perjumpaan khas le) Mak kak retna pun dah balik, lepas tue ada tetamu lak. Kita orang mengeluarkan diri le dan bergambar2 di luar rumah lak (ingatkan rombongan merisik! ooops.. nasib baik ber2 je..lalalala)

Akhirnya sebelum senja melabuhkan tirainya,kami semua beransur meninggalkan rumah kak retna.Terima Kasih kak retna.

Walaupun perasaan aku seakan gembira namun kedukaannya aku pendamkan.Mungkin sukar mengukir senyuman namun siapa tahu penderitaan yang aku alami.Sesungguhnya kenapa susah untuk seseorang memahami setiap apa yang aku katakan? Aku manusia yang tetap dengan pendirian.Aku selalu merancang perjalanan dan jenis yang tak suka membazirkan masa. Harap mereka yang bernama kawan sedar bertapa pentingnya masa bagi diri aku.Mungkin orang lain suka membazirkan masa tetapi tidak aku yang bernama shai.Kepada yang terasa dengan sikap dingin aku kebelakangan ini, hanya dapat ku pinta.Ternyata rajuk aku padamu wahai cik zura..sudah berakhir.Semoga kita akan kembali seperti sedia kala walaupun ditakdirkan menjadi teman bicara selamanya.

Labels:


0 Kata-Kata Ditinggalkan

shaiMENULIS
@2:01 PM







Inilah S.H.A.I

"Izinkan aku sendiri & menyepi untuk terus mencari ketenangan hati..Aku Yg Kecewa (Shai..14/11)"


Kotak Masa



Kalendar Shai




Kira Jumlah Pengunjung

Free Web Counters

Kotak Mesej

online
Dengan rasminya blog ini di TUTUP (Shaizhar 3/12) Telah berpindah ke SINI,










Credit

DON'T TOUCH>:
Designer: Vanessa, th-emohug
BaseCode: BENDAN
Other[s] : X O X O X


<body>