<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d7854254935194819848\x26blogName\x3dInilah+s.h.a.i\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttps://shaizharkltower.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3den_US\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://shaizharkltower.blogspot.com/\x26vt\x3d5882558668597419839', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>
Wednesday, October 31, 2007
10 : "Berakhir Sebuah Penantian"


Akhirnya... "Berakhir sebuah Penantian"


Penantian berakhir sudah...alhamdulilah. Walaupun x dapat tengok teater budus tu tapi kami dapat juga duet kami balik. Yeeehaaaa.... !!!

Tengkiu buat sheda, azkam & shai sbb sanggup menunggu dengan sabar tuk dapatkan duet kowang balik. SO, lepas ni kita kena lebih berhati2 dalam melaburkan duet kat satu2 company.

Sheda, bak cini no account cimb ko, ako bank in je nanti.

Azkam , nnt akak bank-in lam account maybank awak k..

Shai , akak bg ms kita kat umah JUN sabtu nanti k...

Nota Jemari: Belajar dari kesilapan..."cilok entry dari blog
AKO."

Ringkasan ceritanya, Shai ada menulis di comment blog Datin Tiara
October 24, 2007 7:25 PM

Dear...
Datin Tiara,

it's me shaizhar one of those who came on the 19th october, and had our seats taken by berjaya group.

check my blogspot@
http://shaizharkltower.blogspot.com

Thanks
SHAIZHAR

Antara maklum balas yang diterima ialah :-

tiara jacquelina said...

dear shaizhar

sorry to hear about the awful experience you and your friends had. thats not what we as the creative ppl behind this project expected at all! unfortunately something must have gone very wrong with the ticketing system,i apologize on their behalf cos its my show, but pls leave me a contact number if you are still interested to catch the show..

October 29, 2007 10:39 AM

Juga mesej dari :-

October 30, 2007 8:32 AM,chedd.eddie.yusoff said…

malu saya membacanya. kami sendiri tak tahu masaalah begini terjadi. tau tau kluar paper... malu.

tiket yang diperuntukkan untuk public memang sold out. tiket foc yg dijanjikan adalah dari tiket corporate/sponsor. itu yang saya faham. selalunya bila dicakap SOLD OUT adalah tiket jualan umum/public.

Kata2 Shai : Syukur kehadrat illahi kerana duit itu telah selamat diperolehi.Insya-Allah duit itu akan digunakan,kenduri/Jamuan untuk Msjbox OpenHouse Hari Raya 2007.

Labels:


4 Kata-Kata Ditinggalkan

shaiMENULIS
@7:44 AM





Tuesday, October 30, 2007
9 : "Msjbox Open House 2007"


Sukacita adalah dijemput untuk menghadirkan diri di Msjbox OpenHouse Hari Raya 2007. Matlamat majlis ini adalah untuk menyatukan bersama-sama geng2 Msjbox yang jauh dan dekat dalam satu majlis.

Msjbox OpenHouse Hari Raya 2007 adalah majlis makan - makan yang santai biarpun bukan ditepi pantai dan merupakan pertama kali diadakan atas permintaan ramai.

Msjbox OpenHouse Hari Raya 2007 akan diadakan :-

Tarikh : 3 Nov 2007 bersamaan 22 Syawal 1428 Hijrah

Hari : Sabtu

Masa : 2.00 petang – 6.00 petang

Alamat : 3-14, Pangsapuri Kenanga, Jalan GP2, Tmn Gombak Permai, 68100 Batu Caves, Selangor, Malaysia (Rumah Junaidix)

Labels:


2 Kata-Kata Ditinggalkan

shaiMENULIS
@7:48 AM





Monday, October 29, 2007
8: " Lagi - Lagi Open House"



Shai bersyukur kehadrat Illahi kerana tahun ini dapat banyak sekali jemputan Open House. Terima Kasih kepada mereka - mereka yang jemput.Pada yang belum, tak reti - reti nak jemput.

Perasaan juga bertambah happy bila pada 16 Syawal Shai telah selamat menyempurnakan puasa 6.Jadi semalam beraya untuk kali ke2.Punyalah tahan perut,dari makan pagi kerana ada 2 rumah hendak diserbu.

Awal2 pagi ahad 28 Okt 2007 dah kacau orang dengan sms tanya itu dan ini paling tak diduga bila sms dari tuan umah minta tolong (baru cadang nak pergi lambat, alih2 kena datang cepat) tak pe.. tak pe..Destinasi pertamanya ialah Restoren Satay Kajang Hj.Samuri di Taman Melati.Mula2 masuk tengok kat pintu ditampal "Maaf tak menerima tempahan" Hati Shai kecewa, dan pasti juga tuan umah yang minta tolong akan berperasaan begitu."Tak kan nak kena pie beli kat kajang kot?". Shai melangkah kaki keluar keluar dan 1 minit kemudian Shai masuk semula dan baru bertanya.Alhamdulillah tempahan masih diterima,notis tadi ditampal sebab mereka telah kehabisan kuah satay (Woow!! kaya lah orang jual satay musim2 raya ini). Kenalah tunggu dalam 15 minit gitu.Fuh! berpeluh juga menunggu.Sampaikan make up pun cair. ooops!!..

Destinasi ke2 sebelum sampai ke rumah pertama yang nak diserbu,Shai singgah di Kedai Lemang Pak Ali kat AU3.Beli 2 batang lemang serta rendang daging buat tuan umah.Akhirnya perjalanan dari Jalan Ulu Kelang ke Taman Harmoni pun bermula.Memang tak sesat sebab dah tahu jalan.Macam mana boleh tahu jalan.Biarlah rahsia.

Selamat tiba di rumah kak Sheda dalam basah rintik - rintik hujan.Ketika itu telah berada di dalam rumah ialah suaminya Abang Tuah, AKO dan Bondanya,Umie serta 2 anak cute mereka dan bibik.Beberapa minit kemudian kak Sheda sampai di perkarangan rumah dengan kereta kuningnya bersama Ryzal.

Sessi makan - makan pun bermula.Ada buah-buahan kalerpull,makan sedikit laksa, 2 potong lemang bersama rendang daging kemudian beberapa cucuk satay dan penutupnya gula2. Macam biasa Shai duduk asyik layan si baby dengan arnabnya bernama Mina kemudian usik2 manja dengan Kakaknya.Sambil2 layan Tv (Impak Maksima x best, Fantastic 4 Okie!!) Ingat nak layan budak2 ber2 tue main congkak tup! tup kawan dia org datang pulak.

Faizzah & Kanda juga antara yang terawal sampai, dia terpaksa balik cepat sebab nak ke destinasi lain.Begitu juga dengan AKO dan Bondanya kerana ada "panggilan maut" Takziah dari Shai.

Akhirnya beberapa minit sebelum 4pm,Shai pulak terpaksa meninggalkan diri dalam majlis itu untuk menuju destinasi berikutnya di Setiawangsa.Alhamdulillah sepanjang perjalanan tak kena walau setitik hujan pun.

Rumah terbuka seterusnya ialah rumah X-bos, M dah 2 kali bekerja di bawah M tapi asal kerja bawa dia mesti M kena transfer.Sementara wifenya AM (Assistant Manager) Shai sekarang merupakan cawangan ke2 yang baru dinikahi april yang lalu.Memang duduk serumah dengan 1st wife dengan 4 orang anak.AM merupakan orang yang menemuduga Shai hampir 10 tahun lalu dan kini dah lebih 11 bulan Shai bekerja di bawah seliaannya.

Banyak sekali menu di rumah my bos ini.Ada Meehoon sup/Soto,Tauhu Bakar dan pecal.Tapi tak makan semua.Hanya menikmati Meehoon sup ditambah 2 ketul nasi impit,1 tauhu bakar serta 2 keping Kek.Sehiris kek pisang dan kek cokelat.Shai dipaksa makan setiap hidangan yang ada.Tapi pepandai le "ngelat" he3.Dessert yang best tentulah ice cream with banana.Banana tue dibungkus dalam kulit popia dan digoreng sederhana masak.Sedap gak.My AM yang buat tue. Kenalah rasa.Hampri nak pukul 6pm Shai terpaksa melarikan diri sendiri sebab semua tetamu lain dah beransur pulang.Khabarnya majlis mereka sehingga ke malam.

Akhir kata terima kasih pada kak Sheda & En.Tuah serta My Bos M & AM kerana jemput ke open house mereka.Lepas ini menanti jemputan dari AKO dan Bondanya.Umie ada jemput Shai ke majlisnya 4/11 ini?.Insya-Allah 3/11 Msjbox OpenHouse

Note to kak Sheda : shaira tak dapat datang open house umah akak sebab ada persiapan untuk final exam. topek tak dapat hadir sebab bekerja ,kalau tak silap.Kurzz (yang tak ada blog) punya hal dan xtvt sendiri begitu juga fazamania yang asyik berdating di hujung minggu (ooops!!) lagi siapa yek? Oh!! Kak Ila yang awalnya kata tak tahu jalan dan akhirnya buat keputusan tidak dapat hadir di tempat kejadian. Ada nama sesiapa tertinggal lagi ke?

Labels:


2 Kata-Kata Ditinggalkan

shaiMENULIS
@7:39 AM





Friday, October 26, 2007
7 : "Jemputan Open House - Kak Sheda"


Di wakilkan oleh Kak Sheda (Sebagai "PA"..25% Pls)

Dengan segala rasminya (cewah!) Kak Sheda nak jemput semua kengkawan especially warga2 msjbox dan blogger yg mengenali Kak Sheda dan blog Kak Sheda ke teratak buruk itu (ye ke?) pada ujung minggu bersamaan 28hb. OCTOBER 2007. Kak Sheda akan meng OPENkan HOUSE itu bersama2 ngan atapnya skali utk korang dtg meraikn AIDILFITRI sesambil meramas mesra sesama kita.. ERK! (ntah apa Sheda merepek ntah..!) ..:p makan kerepek lagi sedap kak Sheda oooi...Jgn lupa bwk duit raya skali eh.. nak masuk kena byr TOL dulu k.. (har3!) [Pesanan dari kak Sheda ]

Agenda seperti berikut :

Tarikh : 28/10/2007 bersamaan 16 SYAWAL 1428
Masa : 1230pm-1800pm
Alamat rmh : No. 20 Jln Harmoni 2,
Tmn Harmoni, Bkt Belimbing
43300 Balakong Selangor

INSYAALLAH Kak Sheda akan g ke blog korang sorang persorang secara langsung atau x langsung utk menjemput secara rasmi serasmi rasminya.. sbb kang ada lak yg x pasan.. dah sia2 kata Kak Sheda x ajak.. nyampah tau! hehehe.. kalu Kak Sheda sibuk nanti Kak Sheda suruh PA yang x bergaji iaitu En. Shai utk jemput korang k (Dah Jemput pun).

Nak g rmh Kak Sheda senang je.. Korang carik MINES SHOPPING FAIR or MINES RESORT & GOLF CLUB, kt area2 tu lah rmh Kak Shedau. Atau nak senang lg.. korang tunggu kt mines tu je nnt Kak Sheda g jemput. Rmh Kak Sheda ngan MINES tu jarak perjalanan dlm 3 minit setengah jer.. x jauh mana k.

Labels:


0 Kata-Kata Ditinggalkan

shaiMENULIS
@9:23 AM





Thursday, October 25, 2007
6 :" Biarkan Video Bercerita!"


Labels:


2 Kata-Kata Ditinggalkan

shaiMENULIS
@8:21 AM





Wednesday, October 24, 2007
5 : " Teater H.A.M.P.E.H"


Masing - masing teruja itulah yang dapat digambar sebelum melangkah masuk ke dalam Panggung Sari, Istana Budaya.Banyak produk "P.Ramlee The Musical" dijual ,tetapi harganya mak aiiii mahalnya.Sampaikan songkok style Arwahyarham Tan Sri P.Ramlee di jual pada harga RM70 sedangkan harga sebenar @ di beli di kedai yang sama baru sekitar RM55. (cekik darah sungguh).

Shai pertama kali nak tengok Teater ini.Seriusly sebelum ini tak penah nak tengok @ tergerak hati nak tengok permentasan teater.Kali ini masa ramadhan lagi/puasa dah kumpul duit & bayar semasa Msjbox FastBreak 2007.Apa pun terima kasih pada AKO sebab bersusah payah untuk projet ini.

Copy story pasal "Hampeh punyer Teater" dari blog AKO (Terima Kasih atas keizinan)

"kceli mlm tadi kitrg (ako, shida, azkam, shai & kwn azkam) mmg dah plan nak tgk teater P Ramlee tu. Maka tiket pun awal2 dah dibeli. Masa sampai kat Istana Budaya (IB), takde apa2 yg luar biasa berlaku. Tapi bak kata owang malang tak berbau. Masa kitrg nak masuk ke dalam IB tu, alih2 penjaga pintu cakap tiket yg kitrg beli ada problem. What??? At pes kitrg tak pikir pape la. Then, kitrg diarahkan tuk jumpa someone pasal masalah tiket tu. Dipendekkan citer, ghope nyer si penaja teater "Co. Berjaya Group" ni konon2 nya nak swap tiket ngan kitrg. Si penaja ni konon2 dah tempah tiket tuk 'tetamu2' dia yg berharga RM200 d mana tempat duduk tu jauh sket dr pentas. Bila check2 tiket kitrg, hanya satu tiket je yg boleh pakai, yg lagi 4 tu dia nak sumbat kitrg kat tempat lain. Apa lagi memasing dah pakat nak amuk je kat situ. Apa kes nak kena tukar tempat plak kan... port yg ako booking tu mmg dekat ngan pentas. iskk.... nak tak nak si pengurus terpaksa 'cool' kan 'bonzer' kitrg si azkam.. [muehehehee..... ampun kam... ahaksss].
~muka ceria b4 nak masuk lam IB~

Bukan kitrg berlima je yg kena, malah ramai lagi yg senasib ngan kitrg. Yg sedih tu, pelancong2 dari luar negeri pun senasib ngan kitrg. Tak ke malu nama MALAYSIA?!!!! iskk..... yg pelancong 'apek' [erkk dari mana ek apek tu?? ehehe lupa lak] siap dah marah2... yg ako igt ayat dia "I'm so embarrass..".. aiyo klu pelancong dah ckp mcm tu, mana nak letak muka owang msia ni lagi weiii??? Lagi satu pasangan omputih, si suami dah hilang sabar dok kena tgu kat luar cam owang bodo.. terpaksa la si isteri tenangkan laki dier. iskk show dah start tapi kitrg x dapat masuk pun. ermm.... Apa nak jadi ngan owang melayu nih?? Camne nak tolong bangsa sendiri klu ghope ini arr ghaye layanan derang?! ermm..... I malu u... i malu.. sob sob sedih last2 kitrg minta refund je tiket tu balik. Dah setgh jam show, takkan tgh jalan br terhegeh2 nak tgk kan!
~bukti pembelian tiket~
SO, pasni ari2 ako kena make sure ctc mamat india yg keje kat IB tu tanya pasal reund kitrg tu. Giler RM123 tu beb ... klu 5 org dah RM600++ Kalau beli tiket wayang, dapat le tgk 12 kali filem yg berlainan.. iskkk.... ahkak frust betul. Dah dah pasni kena make sure penaja teater bkn dr berjaya group. Klu idak, haram kitrg nak tabur duet kat company tu lagi.. huh.....

~macam bagus je.... hampagas tul!!~

Last2, memasing dah frust sangat, kitrg pakat lepak kat kg baru sampai le pukul 1.30 pagi. ermm...."

Copy story pasal "Teter Bodos" dari blog Sheda (Mendapat kebenaran)

"Nari aku tergerak nak bercerita pasal teter bodos yg konon2 hebat skang ni kan. Teter P. Ramlee. Aku nak melepaskn amarah tu pun pasal aku sakit ati bila bukak paper, nampak lak muka si tiara konon x sangka tiket SOLD OUT. Bangga eh?? Meh aku story meh.. sbb dorang yg len xnak citer so biar aku bukak pekung di dada!

Ni pun sbb aku geram. Geram sgt2 coz dat 'keling' 2 xnak angkat kol aku. Ntah2 bkn aku je yg carik dia kn. Kot2 ramai lg. Nak jadi cerita korang pun tahu kn camne kitorang xcited nak g tgk teter P. Ramlee tu kn. Sebelum tiket kuar lg kitorang dah discuss nak buk tiket tu. Konon menabung sehari senggit. Punyalah xcited nak support teter melayu.. so setelah berpenat lelah, especially puteri la kot coz dia yg dok buk 'online' pehtu g collect tiket kt Istana Budaya lg kn.. XCITED giler beb!!

Aku, puteri, azkam, shai n kwn kam shahril (replace tmpt si tuah) pun berdoyon2 ar g istana siap kuar awal konon takut jem. Maklum maklim tgh coti raya kn.. Ret siang2 dah sms aku bg tahu parking penuh. So kitorang parking jelah mana ada sbb mmg FULL ngan keta jalar menjalarkn. (sib aku x calarkn!)

Time nak masuk kitorang kena tahan kt dpn pintu. Org tu kata "tiket ada problem ckit". Huh!? Hati dah x sedap. Nak2 bila tgk kaunter dah ada gak org berlonggok. Itu ini kitorang diberitahu no. seat kat tiket tu kena tukar ke seat lain coz kononnya salah satu dr sponsor dorang iaitu BERJAYA GROUP dah "swap" kn tiket kitorang ke seat dorang! Bangang x bangang!?? Sesenang ati korang je ye??? Mmg panas giler ar keadaan masa tu. Siap ada yg maki bagai. Pelbagai bahasa ar yg korang leh dgr masa tu. Mmg kitorang pun turut kena tempias malu. Yelah bkn setakat dr m'sia je tau.. ada 1 group dr spore, ada mcm chinese ckit tp aku x tahu dr mana tp mmg foreigner ar. Pehtu sedara mara si P. Ramlee celup tu pun ada. Mat saleh lak tu. Siap mencangkung sbb FRUST! Show dah start 15 mins. kitorang kt luar lg. Apa dia ingt tgk wayang ke pe??? 1st 15 mins iklan?? Semua xnak "swap" tiket! Sape nak??? Dok blakang.. Skang bkn masalah tiket tu mahal ke x tp sbb kitorang nak duduk kt tempat kt tempt yg kitorang dah buk kn. Memula srh tunggu konon nak suruh balik "dat berjaya group" bgn balik coz we all semua refused nak swap kn dat tiket. Aku rasa yg xnak swap adalah dlm 30-50 org kot??? Tp until the end mmg problem x settle. Last2 derang bg 2 pilihan.

i) duk je dulu kt memana mlm tu, den dorang akn arrange date br utk kitorang tgk lg skali - FOC.
ii) refund back the money

Aku tanya gak, kalu dia nak arrange date lain, bila datenya tu? Lg satu kn ke tiket dah SOLD OUT so kt mana dia nak campak kn kitorang kn?? Dia jwb "date x tahu bila tp derang mmg ada reserved tmpt utk apantah aku x sure" tp bkn seat yg kitorang buk tu lah. Sape nak?? Kita ttp nak kn seat tu gak. Walau tiket RM120 aku puas hati duk kt tmpt tu dr tiket RM200 duk kt blakang konon VIP?? Apakejadahnya kn?? SO kitorang mintak refund je. Ok dia agree. Kita pun malas nak panjang citer wat sakit ati je kn. Tp yg paling best bkn refund mlm tu gak tp "x tahu bila lg, mayb ambik masa". Tulah jwpn dia! Mcm hanjing kan!???

Ok fine! Kitorang balik. Lepak kt kg baru. Mkn minum sesambil ngumpat pasal artis itu ini especially *TUT*. . Kul 130am br gerak balik rmh memasing. Dgn harapan duit kami dipulangkn semula. Penat kumpul tu bang oooi! Bkn sikit2 tau! Leh tgk wayang 12 kali beb!

AND hari ni selepas 4 hari peristiwa tu berlalu, mamat keling yg konon2 janji nak wat refund tu, yg siap ambik no. fon puteri tu, xnak angkat2 hp dia! Aku and puteri dah berkali2 tipun dia mmg dia x angkat. pehtu sekali dua masuk voice mail. Bleh gitu??? Aku x kira, pasni kalu dia still x angkat aku nak wat press conference! Wah gituuuu! Biar glamour satu m'sia ngan muka kitorang. Siap lah ko! Aku tipun nash ahmad srh wat TERJAH! Xpun aku tipun je si JOE lee wat hot story kt srt khabar dia. Bleh gitu?? JOE dah interested dah srh aku kol dia tu. No. hp pun dah ada ni.. hah!! geram ni! geram!"

Labels:


3 Kata-Kata Ditinggalkan

shaiMENULIS
@8:53 AM





Tuesday, October 23, 2007
4 : "Hari Raya Di KL & Selangor Episod 2"


Gambar ini adalah hasil "cilok" dari picasa AKO & Sheda (Terima Kasih yek!)

Agaknya rumah siapa nak serbu lepas ini? Ingat nak plan buat Ziarah ke rumah somebody.Tapi kena tunggu bos Msjbox Junaidix & Carneyz akan fly balik ke Semenanjung Malaysia dulu.

Malam sabtu ini ingat nak serbu bos Msjbox he3(siap sedia le).Harap2 kesihataan akan bertambah baik la dalam masa terdekat ini (rasa mcm bersalah pada tekak sendiri sebab banyak minum air batu sepanjang 2 hari beraya sakan hujung minggu lalu)

Harap dapat lagi plan raya sakan bersama2 rakan2 Msjbox ke destinasi yang lain pulak. Insya-Allah

Labels:


0 Kata-Kata Ditinggalkan

shaiMENULIS
@9:00 AM





Monday, October 22, 2007
3 : "Hari Raya Di KL & Selangor Episod 1"


Syukur alhamdullilah syawal kali lebih bermakna sebab lepas balik KLkerama baru rasa lebih happy sebab berpeluang beraya bersama kawan2 Msjbox yang turut serta.Mereka yang joint "rombongan beraya sakan" 2 hari pada 8 syawal & 9 syawal bersamaan 20 Okt (Sabtu) dan 21 Okt (Ahad).Thanks untuk Azkam bersama kawannya (20hb bersama Shahril & 21hb bawa Ash),AKO (semalam bersama "bonda"), Sheda + 2 Anaknya, Umie & Kiki.

Coretan cerita beraya :-

Sabtu,20 Oktober bersamaan 8 Syawal rumah 1 ialah di Ukay Perdana.Umah sendiri. Menu ialah Kuih raya (5 balang je) + Satay Kajang Haji Samuri (AKO satay kecut sebab berkali2 di panggang oleh microwave..hehehe).

Rumah ke2,Azkam di Desa Pandan.Teruja gak masuk umah Azkam yang berada di Tingkat 16. Woow! canteknya permandangan.Menu utama Bihun soto dengan sambal pedas..nyum3..

Rumah ke3, area ampang iaitu di Kampung Tasek Tambahan (betul kan?) kesesakan jalan raya memang dijangka.Terima Kasih pasangan tunangan ber2.
Faizzah & Kanda.Nak tumpang "hajat kecik" tapi air x de.hu3.Aida pun sampai beberapa minit kemudian. Nyum2 menunya Meehon goreng (agak spicy).

Rumah ke4,dekat je rupanya (berjiran dia org nie) ialah umah tukang jahit Aida masuk2 je umh Aida terus tumpang "hajat kecik" he3.Menunya Meehong goreng juga tapi x spicy dan sesuai dimakan kanak2 bawah 12tahun.

Rumah ke5 & terakhir malam ini ialah rumah Chik,Kak Ayudan Yatt Menu utamanya ialah Mee Goreng mamak siap dapat tapau lagi.Thanks

Ahad 21 Oktober 2007,9 Syawal Rumah ke6 ialah di Sijangkang (Taman Perwira) Rumah abang Shai,Shafendi.Minta maaflah yek! terpaksa duduk kat dapur (Ada tetamu lak time tue) Al-maklumlah rumah sewa sempit sikit.

Rumah ke7 dan ke2 utk hari ke2 ialah di Teluk Panglima Garang.Rumah Kak Ila Menunya banyak tak terkata.Ada nasi beriyani, dgn ayam masak kurma, Mee kari & roti jala.Lemang ada, nasi impit, ayam goreng, buah-buahan.sampai tak termakan.Thanks Kak Ila atas jemputan. Suprise tak? he3..Kat sana berjanji dengan budak baik bernama Acai nak gie raya umah dia pulak.

Rumah ke 8 (ke3 hari ke2) ialah teratak Acai amboooi..lajunya dia bawa kereta.Dah lah pemandu Myvi yang Shai tumpang masih lagi "Amatur" tapi nasib baik x tertinggal jauh@ sesat.Wah! memasing terpegun melihat laman umh Acai yang luas dan rumah yang besar.Terima Kasih ajak kita orang gie rumah kamu.Walaupun x de pasang khemah2 dan masak mcm2. Kita org happy juga.Menu western di umah Acai ialah Nudget dan kentang goreng + ada dodol di kacau sendiri oleh Acai patut lah "manis".

Rumah ke 9 dan terakhir dan sessi beraya sakan ini ialah di Puncak Alam.Mula2 perjalanannya berjalan lancar tapi Myvi telah tersesat jalan dan diikuti oleh si kunen sementara Gen2 putih telah mengikut laluan yang betul.Berpusing2 dan beberapa kali salah masuk simpang.Tapi alhamdullilah sampai juga walaupun tanpa kehadiran Gen2 putih (soory kak retna) :( Rumah terakhir ialah kediamaan Encik Izali. Minta maaf tuan rumah sebab menyusahkan berkali2 sms dan call.Ha3.Last datang area Puncak Alam masa awal Sept tapi lalu je masa tue dari Batang Berjuntai.(Maaflah x tahu jalan kat kawasan ini). Menu utama ialah Mee goreng bersama Keropok Lekor dari Nganu eh! terengganu serta keropok yang di goreng + sos original dari sana.Apa pun kat sana jumpa baby cute nama Hafiz.

Akhir kata terima kasih untuk semua ahli rombongan.Minta maaf kalau ada kekurangan, kesilapan atau menguriskan hati sesiapa termasuk ucapan jutaan terima kasih kepada tuan- tuan umah dan tuan - tuan tanah yang kami kunjungi.Jangan serik2 jemput kita orang lagi.Next!!! umah siapa kita nak serbu? Jangan lupa hantar undangan & jemputan

pst ... soory Shay sebab tak datang open house kat rumah Shay + x dapat beraya umah kawan Shai kat Kuang.(dia tak de umah) kezutan x menjadi.Ha3

Labels:


0 Kata-Kata Ditinggalkan

shaiMENULIS
@8:34 AM





Friday, October 19, 2007
2 : "P.Ramlee The Musical"


Kategori : Teater
Tarikh : 18 Okt 07 - 03 Nov 07 (Pergi 19/10/2007)
Masa : 3.00 PETANG, 8.30 MALAM (Jumaat)

Sebuah muzikal yang akan mengangkat kisah kehidupan Seniman Agung P. Ramlee. Zaman awalnya di Pulau Pinang, sehingga membawa ke zaman gemilangnya di Jalan Ampas. Muzikal ini akan menampilkan suka duka, pahit maung, dan tawa ria P. Ramlee sebagai seniman yang sentiasa segar di hati peminatnya.

Tempat
Panggung Sari, Istana Budaya

Masa
3.00 Petang, 8.30 Malam

Persembahan Mattinee (3.00 Petang) pada 20 & 27 Oktober 2007

Tiket
RM30, RM50, RM80, RM120, RM150, RM180 & RM200

Potongan harga 20% untuk Pelajar, Warga Emas dan Orang Kurang Upaya.

Maklumat lanjut, hubungi: BOX OFFICE, Istana Budaya Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur Tel. : 03-4026 5558 Faks : 03-4026 5552 Emel : boxoffice@istanabudaya.gov.my Laman Web : www.istanabudaya.gov.my

Pembelian Tiket Menerusi Telefon (Kad Kredit)
Telefon : 03- 4149 8600 (Ticket2u.biz)

Pembelian Tiket Secara Online
www.ticket2u.biz

Labels:


2 Kata-Kata Ditinggalkan

shaiMENULIS
@7:43 AM





Thursday, October 18, 2007
1 : "Sebelum..Semasa & Selepas"


Selepas 2 syawal sehingga ke 5 syawal.Inilah coretannya,

Shai bertolak dari Alor Star, Kedah Darul Aman pada 17 Oktober jam 2.30pm menaiki bas Transnasional.Tiket di beli 31 hari sebelum tarikh perjalanan.7 jam berada di dlm "perut" bas dan dengan 2 kali berhenti.Bas bergerak agak perlahan dan kadang2 berhenti kerana bermacam - macam sebab.Antaranya, kesesakan di plaza tol, kemalangan sebelum masuk ke tol jelapang dan juga sebab ada laluan ditutup utk kerja2 pembaikan lebuhraya.

Shai menziarahi pusara arwah mak sebelum meninggalkan desa tercinta.Air mata kesedihan mengiringi perjalanan meninggalkan pusara itu."Rindu sangat dgn mak".

Kisah malam 4 syawal.
2 jam itulah masa yang diambil utk satu mesyuarat keluarga.Shahida,Shafendi, Shafirol & Shaizhar mengadap ayahanda meluahkan perasaan masing - masing.Mengeluarkan segala isi hati dan mencerita berbagai macam kisah dan membetulkan apa yang perlu dan saling menasihatkan antara satu sama lain.Shahida, menerima tempias yang agak "keras" dari adik2nya termasuk kata - kata dari seorang ayah + suaminya turut bersama dalam mesyuarat itu.Shafendi, anak lelaki sulung dalam keluarga yang cukup matang dan kaya dengan pengalaman hidup antara yang paling lantang bersuara dan bercerita sementara Shafirol juga "byk cakap" dalam sessi itu.Sedangkan Shai sebagai anak bongsu lebih banyak mendengar dari berkata - kata @ membidas setiap apa yang dikatakan.Uh!!! malam itu Shai banyak menerima teguran dan nasihat dari adik - beradik.Insya-Allah Shai berubah mengikut apa yang di katakan.Isu paling panas..tentulah pasal "Ayah ku kawin lagi".

Kisah 3 Syawal...
Mak su mengadakan kenduri doa selamat di rumahnya. Shai datang beberapa minit sebelum majlis bermula.Tolong apa yang patut dan balik awal ke rumah disebabkan petang tersebut nak pergi beraya di Changlun.Rumah sepupu, anak kakak tiri arwah mak.Bila 2 keluarga berkumpul memang meriah.Seperti biasa Shai seorang yang pendiam terus menjadi pendengar setia dan bercakap bila di soal dan dikala perlu sahaja.(Itulah sikap Shai).

1 Syawal 1428 Hijrah.
Hari kemenangan umat islam seluruh dunia selepas 1 bulan berpuasa.Alhamdulillah, dengan sepersalinan "Hitam" lambang kesayuan di hati bila mana kali pertama seumur hidup tak menyambut 1 syawal bersama seorang bernama ibu disisi yang telah pergi mengadap illahi.

Di pagi syawal selalunya ayah Shai orang yang awal ke surau.Tak sempat beraya & bermaafan dengannya.Sessi bersalam - salaman & beraya hanyalah dengan abang Shafendi dan isterinya serta Kakak Ipar yang balik beraya bersama anak-anaknya kerana suaminya Shafirol seorang Navy di Lumut terpaksa bertugas pada hari raya ini.Kakak sulung pulak beraya di rumah mertuanya.

Sembahyang raya di surau berhampiran rumah.Kali pertama juga solat hari raya di adakan di tingkat bawah surau tersebut.Sebelum ini diadakan di tingkat atas.Lebih memudahkan terutama utk "warga emas" yg uzur dan tidak sihat.

Bersama abang Shafendi & anak sulungnya yang juga merupakan cucu sulung dalam keluarga mengunjungi pusara arwah mak & juga pusara arwah tok (nenek) & wan serta ahli keluarga yang lain.Kesedihan..diiringi air mata tidak dapat diungkapan dengan kata - kata bertapa kerinduaan sentiasa ada."Hanya yang mengerti akan memahami".

Raya kali ini tak ramai saudara mara berkunjung kerumah.Mungkin juga mereka turut sama merasai kesedihan kami sekeluarga yang baru kehilangan "arwah mak".'Spicy meehon yang digoreng" juga tidak habis seperti kebiasaanya.

Berkunjung ke rumah saudara mara menjadi amalan setiap tahun.Kali ini Shai tak banyak makan.Tapi masih banyak minum"hauslah..." Menjadi ayah angkat kepada anak buah ke 10 Shazanis najwa yang pertama kalinya tidak beraya bersama abahnya.(tolong collect duit raya untuk anak buah)Sebelah pagi/tghari beraya di rumah saudara mara sebelah arwah mak di Kampung Selarong Lalang & sebelah petangnya beraya umah saudara mara sebelah ayah pulak + umah mertua kakak Shai iaitu Shahida.

Sebelum 1 Syawal.
Ahli keluarga berkumpul sejak petang khamis.Ayah buat hal "x balik berbuka pada 28 Ramadhan" lewat malam baru balik & Kakak pulak balik rumah mertua tanpa bagi tahu kami yang baru tiba dari jauh.Memang Shai "terasa hati" begitu juga abang sulung Shai Shafendi dan kakak2 ipar serta anak2 buah yang lain.

Pertama kali sampai dirumah di Kg memang rasa lain."Sunyi..sepi..dan rasa berbeza sekali" tambah pulak tak ada sesiapa dirumah & berkunci.Kenapa semua ini terjadi???

Khamis 11 Oktober, seawal 8.30 am bertolak dengan Avanza dari Lumut menuju ke Utara tanahair.Rintik2 hujan mengiringi perjalanan kami.Ayah memandu membawa Shai menantunya (isteri shafirol) dan anak - anaknya seramai 4 orang + adik kakak ipar Shai.

Rabu 10 Oktober, sebelum 6.00 am Shai dah bangun dan bersiap untuk memulakan perjalanan meninggalkan Ukay Perdana.Menaiki Rapid KL dengan tambang RM1 ke Wangsa Maju. Berpusing2 juga lah bas tue melalui laluan yang ditetapkan untuknya.Di Wangsa Maju menaiki Metro Bas pulak dengan tambang RM 1.50 menuju ke Kotaraya.Kesesakan seperti biasa di Jalan Genting Klang.Berjalan menuju ke Pudu raya menaiki Bas perantara disana untuk ke hentian duta, RM2 dikenankan "lebih mahal dari biasa".Akhirnya sampai ke Hentian Duta dan menunggu bas ke Lumut yang akan bertolak pada 10.45am.

Alhamdulillah selamat tiba di Lumut pada jam 2.30pm.Dapat merasai angin laut,melihat keindahan alam serta kedamaian dan ketenangan di Lumut.

Labels: , ,


3 Kata-Kata Ditinggalkan

shaiMENULIS
@8:43 AM





Tuesday, October 9, 2007
Dairi Ramadhan 10 : "Salam Aidil Fitri"



Syawal Kali ini... Nukilan shai

Syawalkan menjelma
Masa untuk bergembira
Meraikan selepas sebulan berpuasa
Tanda Kemenangan umat manusia

Syawal kali ini
pasti lain sekali
Tanpa ibu disisi
Kesedihan ku rasai

Tangisan dalam kerinduaan
Membayangkan saat - saat bersama
Detik - detik abadi dan terindah
Terpahat didalam memori

Syawal yang kan menjelma
Kan kunjungi pusara ibu
Tak dapat menatap wajahmu
Di pagi raya itu

Apa makna raya ini
Sekiranya jiwa gundah gulana
Memikirkan berbagai perkara
"Hanya yang mengerti akan memahami"

Syawal yang kan datang
Ku akan kuatkan hati
Menerima ketentuan illahi
Redha dengan takdir ini

Labels:


3 Kata-Kata Ditinggalkan

shaiMENULIS
@7:42 AM





Monday, October 8, 2007
Dairi Ramadhan 9 : "Kisah di Sebalik Msjbox Fast Break 2007"



Msjbox FastBreak 2007 akhirnya berakhir jua.Walaupun berbagai dugaan dan rintang terpaksa diharungi sehingga ke saat terakhir majlis tersebut berlangsung.

Terima Kasih pada yang hadir.Pada yang tidak hadir,insya-allah berjumpa di lain masa dan ketika.

Ini adalah laporan dari penganjur dan gambar diatas di *curik* dengan izin di blog AKO
Yang hadir :-

1) Junaidix & Carneyz
2) Sheda + 2 Anaknya.
3) Shai
4) AKO
5) Ryzal
6) Umie
7) Azkam + Kurzz (yang tak ada blog)

Total : 9 Dewasa & 2 Kanak - Kanak.

Yang Tidak dapat hadir :-

7) Azalia ada hal mustahak!
8) Fazamania keja syif petang!
9) Acuk77 (2 dewasa+ 2 kanak)
10) Shaira
11) Yatt
12) Chik

Shai tiba sekitar 5.40pm dan kala itu Junaidix & Carneyz sudah sampai berada di perut kancil mereka.Oh! Junaidix yang demam ingatkan Carneyz .Seperti biasa sessi bersms & bertanyakan kat mana yang lain - lain pun bermula.Tetiba seseorang lelaki seperti dikenali muncul membawa sesuatu untuk dikirimkan kepada seseorang dan beberapa orang yang lain.Ehem3.. sambil jeling2 itu orang.. i tak terlibat dlm ini cerita.

AKO datang bersama kurma disisi dan kameranya.Azkam pula muncul beberapa minit kemudian seorang diri.Alamak...x dapat tengok "proposal".Posing sekejap dan kemudiannya terus ke tempat duduk yang telah dibooking.

Sheda + 2 Anaknya,Ryzal serta Umie datang together2 sessi jalan - jalan ambik makanan pun bermula.Shai ambik buah - buahan dan kuih muih dulu lepas tue air.Dalam 6.50pm orang tak berapa ramai nak ambik nasi & lauk tapi tunggu Q "berjanggut juga" slow mcm kura2.Ada yg ambik makan mcm "bercinta".Ada juga yang ambik berpinggan2 untuk yang lain2.

Azan berkumandang tapi masih beratur nak ambik lauk.Nasi & lauk di ambil ikut selera sendiri je.Nasi diambil sesenduk bersama bihun goreng.Bila sampai di meja terus tegur si baju hijau Kurzz yang tak ada blog tapi suka singgah blog orang lain.Selalu nampak nama dia kat blog Azkam tak penah nak singgah blog Shai.

Sessi makan & minum pun bermula sehinggalah satu waktu terpaksa berehat seketika dan pergi menunaikan solat.Tempat solat dah lah kecil.Nak ambil wudhuk pun dalam gelap (malas ambik belakang tempat solat tue...ramai orang) Selesai je maghrib sambung lagi makan.Ada lagi menu baru.Makan jangan tak makan.+ Terima Kasih pada yang belanja Ice Cream.

Agenda mengutip "tol" pun bermula.Nasib baik anak2 kak Sheda tak dikira.Dah lah dia org makan sikit je.Kalau kena bayar.Memang tak berbaloi.Kepada yang nak komen pasal makanan & Service kat kunang2 sila lah email ke info@kunangkunang.com.my

Semoga panjang umur kita akan berjumpa di
Msjbox FastBreak 4

Labels:


2 Kata-Kata Ditinggalkan

shaiMENULIS
@1:22 PM





Friday, October 5, 2007
Dairi Ramadhan 8 : "Msjbox Fast Break 2007 - 6 Oktober"






M
sjbox FastBreak 2007. Matlamat majlis ini adalah untuk berinteraksi bersama-sama geng2 Msjbox yang menghadirkan diri di tempat kejadian.

Msjbox FastBreak adalah majlis berbuka puasa bersama yang sebelum ini juga pernah diadakan dengan matlamat yang sama.

FastBreak 2005: Maju Junction, Kuala Lumpur
FastBreak 2006: Food Court, Sogo, Kuala Lumpur
FastBreak 2007: Restoran Kunang-kunang, Jalan MRR2, Gombak

Lokasi FastBreak 2007 :-
Restoran Kunang-kunang, Ala-Carte (Own budget)

Pada :-
Sabtu, 6 Oktober 2007 (Booked!)

Masa :-
6.00 pm

Bayaran :-
Mengikut menu yang di pilih + 5% Govt Tax (Sila sediakan wang kecil)

Senarai yang nak join:-
1) Junaidix & Carneyz
2) Sheda + Kawan
3) Shai
4) AKO
5) Umie
6) Azkam + Kawan
7) Azalia ada hal mustahak!
8) Fazamania keja syif petang!
9) Acuk77 (2 dewasa+ 2 kanak)
10) Shaira
11) Yatt
12) Chik

Jumlah: 12 orang + 2 kanak

Labels:


0 Kata-Kata Ditinggalkan

shaiMENULIS
@8:06 AM





Monday, October 1, 2007
Dairi Ramadhan 7: Program Sepanjang Minggu


shai tidak berbuka puasa di rumah sepanjang minggu ini.Antara aktiviti yang shai telah lalui dan akan lalui ialah seperti cerita berikut :-

2 Oktober 2007,
shai akan berbuka puasa dengan rakan sekerja di pejabat untuk kali pertamanya bagi ramadhan tahun ini.(Ada org buat majlis berbuka puasa dengan anak2 yatim tapi x "dijemput")

1 Oktober 2007,
shai bertugas di Kaunter Pendaftaran dari 6pm sehingga 7.30 untuk Majlis Berbuka Puasa Menara KL bersama anak2 yatim & rakan niaga juga sempena Sambutan Ulang Tahun ke 11 serta Perasmian Internet Cafe + Acara membuat bubur lambuk juga Perasmian Setem Menara KL (Ada 4 Koleksi).Bertugas pada waktu berbuka dah menjadi kebiasaan.Hanya sebotol air 100 Plus menjadi penghilang dahaga.

29 Sept & 30 Sept 2007,
shai berbuka puasa & bersahur di rumah abang shai di Sijangkang.Tak perlu nak fikir nak sahur apa? he3..Bijak2.Kali ini rezeki murah sikit (syukur alhamdulillah) belikan 2 helai baju kat si kecik Shazafifi Anim (nasib baiklah pak ciknya nie pandai membeli..ha3..takut juga x muat) Kemudian beli sehelai baju baru abangnya Shahuzzairie Azim.Disebabkan abahnya belum bergaji (my brotherle) dan anak sulungnya Shahuzzaimie Azizi x ada baju baru shai pun belilah sehelai T-shirt untuknya kat The Store Klang.(Hari ahad memang ramai umat manusia di Klang) Malas nak berlama - lama kat sana sebab pepaham jelah spesis kaum mana yang turun Bandar Klang pada hari tersebut.Ha3.Kemudiannya di sebelah petang kempunan tak dapat rasa masakan dari jiran yang khabarnya bertolak balik ke rumahnya dari Tanjung Karang (Tak pe kita jumpa tahun depan je yek!) Ha3 lagi sekali.Ptgnya keluar ke Teluk Panglima Garang membeli KFC untuk hidang berbuka puasa.Dia orang nie memang peminat KFC.

28 September 2007
Majlis berbuka puasa di Sogo Food Court teristimewa untuk
matju pasti dia pun tak menduga dan menjangka seramai 12 manusia keseluruhannya hadir pada petang itu.Seawal 5.30pm azkam suda tiba di Sogo (ish..awalnya kan dah pesan) dtg pukul 6pm.sodep hadir bebawa 2 kawannya dan salah seorang penah joint event Msjbox sebelum ini.mrazliejr turun dari kampung halamannya ke KL juga hadir bersama seorang kawannya.jun datang seorang? x dapat nak menaip dengan kata2 bagaimana rupa keletihan jun berpuasa ooops!! beberapa minit kemudian barulah carneyz muncul.Akhirnya selepas beberapa minit berbuka barulah nampak muka faizzah bersama kandanya.Apa pun terima kasih semua yang hadir.

Di tengah2 keramaian manusia di Food Court Sogo terjumpa X opismate yang sama2 susah senang suka duka sewaktu bekerja bersama - sama dulu (keciknya dunia) sebelum daripada tue juga 2 orang opismate duduk sibuk shopping (tahulah byk "masyhuk" bulan ni).Akhirnya 2 Dec ini sahabatku itu akan berkahwinan dengan jejaka pilihannya yang juga dulu merupakan rakan sekerja kita orang.Kalau rezeki lebih nak juga terbang ke Labuan rumah pengantin lelaki. Insya-Allah kalau ada rezeki tak kemana.

27 September 2007
Berbuka di Nandos Jusco Maluri.Dengan siapa? semestinya seorang kerana i'm alone dan suka sendiri kerana rasa lebih bebas untuk bergerak dan tidak terikat dengan keadaan dan sesiapa pun.Kisah lucu di sana, "ada juga yg gelojoh berbuka sampaikan tak tengok jam..padahal azan radio negeri mana ntah yg berkumandang" The Moral of story.. Tengok jam dulu beb! jgn was2.Tak kan pakai jam ikut cepat kot! Ternyata Nandos bukanlah seleraku.1st time & mungkin kali terakhir makan disana.(shopping baju kerja & seluar baru sebab dah lama x berganti)

26 September 2007
Menghabiskan sedikit RM untuk sehelai persalinan baju melayu yang akan dipakai pada 1 Oktober nanti (Baju utk pagi raya masih belum terfikir lagi..no idea)Rasa selesa sebelum berbuka membeli belah di The Store Pandan Indah ini.(Dulunya Fajar Supermarket)

Sendirian menikmati KFC kuah satay yg "kureng" di Pandan Indah (rindunya kenangan - kenangan lama disana..ada pahit & manis..suka & duka semuanya dah jadi memori)

Destinasi terakhir ialah UO di Taman Dagang,Ampang ada member's day.Beli 2 helai Kemeja Tangan Pendek yg baru (Alah murah je..RM12 ha3) borang punyalah sakan.Padahal Cashnya ada x sampai RM40 terpaksa cancel beli 2 helai baju itu.Tak pe..x pe..esok boleh beli.. ahaks.

25 September 2007
Majlis berbuka puasa & "Jasamu Dikenang" utk my bos Head HR Tuan Haji Mohd Yasim yang akan berpindah balik ke TM (Telekom) pada 1 Oktober.Majlis berjalan lancar walaupun dihadiri 80% dari jumlah yang dijangkakan iaitu 80 orang (memasing ada hal sendiri & nak berbuka bersama family) Kalau majlis nie untuk sessi keluarga mesti beratus yang datang.

Kata terakhir dari My bos sebelum meninggalkan pejabat pada 26 Okt ialah "Kerja elok2" Insya-allah shai akan ingat kata - kata itu.Sesungguhnya shai berterima kasih kepada beliau kerana membuka pintu untuk shai ke dept sekarang iaitu HR & Admin.

24 September 2007,
Sendirian berbuka di
kunang2 baca lanjut di sini Al Kisahnya

Note shai : Seperti biasa " Kalau nak baca entry ini dipersilakan... kalau x nak, tak ada unsur paksaan.Entry ini panjang lebar @ berjela x ada kena mengena dengan sesiapa.Usah ditanya kenapa & mengapa."Ini Blog aku suka hati aku lah".Sebarang mesej di YM tidak dilayan + SMS serta email.ha3...

Labels:


3 Kata-Kata Ditinggalkan

shaiMENULIS
@2:53 PM







Inilah S.H.A.I

"Izinkan aku sendiri & menyepi untuk terus mencari ketenangan hati..Aku Yg Kecewa (Shai..14/11)"


Kotak Masa



Kalendar Shai




Kira Jumlah Pengunjung

Free Web Counters

Kotak Mesej

online
Dengan rasminya blog ini di TUTUP (Shaizhar 3/12) Telah berpindah ke SINI,










Credit

DON'T TOUCH>:
Designer: Vanessa, th-emohug
BaseCode: BENDAN
Other[s] : X O X O X


<body>