<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d7854254935194819848\x26blogName\x3dInilah+s.h.a.i\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttps://shaizharkltower.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3den_US\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://shaizharkltower.blogspot.com/\x26vt\x3d5882558668597419839', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>
Thursday, May 31, 2007
Berita Dari Meja Msjbox.com




Khas untuk semua warga Msjbox, kita telah dijemput oleh Geng Jurnal untuk menjoinkan diri ke aktiviti diaorang. Bagi sesiapa yang nak join aktiviti nih boleh la letak nama korang kat Msjbox. Nanti JUNAIDIX akan update kat Msjbox


Aktiviti mencarik harta karun merangkap explorace ni kalau korang nak join kena ada team. Satu team 3 orang. so aku nak setup seberapa banyak team yang boleh untuk menghebohkan suasana. Menang atau kalah tak penting.Yang penting korang boleh feeling sendiri macam mana nak explorace sekitar KL :)


Team Msjbox A: (1) JUNAIDIX (2) Carneyz (3) Shai
Team Msjbox B: (1) She_da (2) Jebat (3) Retna
Team Msjbox C: (1) Kiki (2) Meera (3) Sodep
Team Msjbox D: (1) Mr.Azlie.JR (2) Member azlie (3) Epull (Kwn Kiki)
Team Msjbox E: (1) ..... (2) ....... (3) .......
Team Msjbox F: (1) ..... (2) ....... (3) .......


Untuk team yang tak der transport, korang boleh guna public transport untuk bergerak dari satu zon ke satu zon. Tapi kalo ader motor lagik bagus! Tak sangkut dalam jem beb! :p

Untuk sesiapa yang tak nak join program pegi carik harta tu, korang boleh gak join sebelah petang untuk aktiviti santai merangkap piknik. Makanan bawak sendirik yer.. hehe..


Senarai hadir piknik:
1) Yatt
2) Ducks
3) .....
4) .....
5) .....
6) .....
7) .....
8) .....
9) .....
10) .....


So diharap korang semua dapat mengenjoykan diri pada hari kejadian sesambil berkenanlan dengan Geng Jurnal.


Berita dari Msjbox.com (copy&paste +edit sikit)



FAQ TREASURE HUNT
  • Apakah nama program ini?

Treasure Hunt 'Elarti' yang dianjurkan sempena sambutan hari weblog sedunia
  • Mengapa Treasure Hunt 'Elarti'?

'Elarti' adalah bunyi sebutan yang dieja kembali untuk LRT (Light Rapid Transit). Treasure hunt kali ini menggunakan konsep bersektor, dimana setiap sektor berada dikawasan stesen LRT. Dengan erti kata yang lain, pengangkutan untuk bergerak ke setiap sektor boleh menggunakan LRT.


  • Apa itu treasure hunt?

Satu bentuk permainan pencarian perkataan yang mengabungkan beberapa teknik dan strategi untuk penyelesaian


  • Saya tidak ada pengalaman, bolehkah saya turut serta?

Boleh. Jadikan program ini pengalaman pertama anda


  • Saya tidak mahu menyertai treasure hunt, bolehkah saya menyertai sambutan hari weblog ini?

Boleh. Anda masih boleh menyertai program santai di sebelah petang tetapi anda akan terlepas pengalaman berharga dan tidak merasai keseronokan berganda ketika treasure hunt


  • Treasure hunt kali ini konsep apa?

Konsep Town Walk-Hunt, jenis pencarian bersektor


  • Berapa orang dalam satu pasukan?

3 orang ( mandatori ). Gabungan tidak mengira usia, jantina atau status


  • Berapakah bayaran yang dikenakan?

RM21 setiap kumpulan. Dengan kata lain, setiap ahli kumpulan RM7


  • Apakah perlu meletakkan nama kumpulan?

Perlu. Untuk memberikan identiti tersendiri kepada kumpulan anda dan memudahkan urusan penandaan kertas jawapan


  • Pakaian apa yang perlu saya pakai?

Anda perlu berpakaian, jika tidak mahu berpakaian seragam sewaktu lahir. Disarankan memakai pakaian yang menunjukkan anda dalam satu kumpulan yang sama. ( cth : kumpulan Pink Platun – memakai swimming suit dan bersayap berwarna merah muda, misalnya )


  • Dimanakah program ini bermula?

Dataran Merdeka – tempat letak kereta Perpustakaan Kuala Lumpur & Muzium Kuala Lumpur


  • Dimanakah program ini berakhir?

Taman Tasik Titiwangsa – tempat letak kereta bersebelahan Stadium Titiwangsa
  • Tentatif acara?

Pendaftaran - 0930

Sessi Penerangan - 1000

Flag-Off - 1030

Penalti - 1400

Tamat - 1430

Tempoh Maksimum - 4 jam


  • Saya tidak mahu datang awal, masih bolehkah saya menyertainya?

Boleh. Tetapi mestilah datang sebelum Flag-Off bermula pada jam 1030 pagi. Tetapi anda akan terlepas sessi penerangan.


  • Saya datang lewat selepas Flag-Off, masih bolehkah saya menyertainya?

Maaf. Sila hadir di Taman Tasik Titiwangsa bermula jam 1400 petang untuk pendaftaran program santai.


  • Perlu bawa apa?

Disarankan untuk membawa kamus, thesaurus, pemadam, cecair pemadam, pen, pensel, pembaris, clipboard dan yang difikirkan perlu seperti lipstik, compact powder dan sunblock, barangkali.


  • Apa yang saya akan dapat?

Hadiah dan gelaran kemenangan ( jika menang ), goodies bag, pengalaman, persefahaman, kenalan baru dan kenangan manis yang tidak ada dijual di 7-eleven.

Pengesahan penyertaan terakhir adalah pada 13 JUN 2007 ( RABU ) sebelum 5.00 petang untuk memudahkan urusan teknikal.
Emailkan kembali senarai nama peserta dan kumpulan kepada attokz@gmail.com .

Labels:


0 Kata-Kata Ditinggalkan

shaiMENULIS
@8:04 AM





Wednesday, May 30, 2007
Akan Datang 16.06.2007



SAMBUTAN HARI WEBLOG SEDUNIA MALAYSIA 2007
(Di anjurkan oleh Majlis Tertinggi Geng Jurnal)
Tarikh : 16 Jun 2007 (Sabtu)
Masa : 9.30 Pagi - 5.30 Petang
Lokasi : Dataran Merdeka & Taman Tasik Titiwangsa

Acara yang diadakan :

0930 - 1430 : Treasure Hunt
1400 - 1500 : Makan-minum (Pot Luck)
1500 - 1515 : Kata-kata aluan oleh Tuan Presiden Geng Jurnal
1515 - 1545 : Ice-Breaking
1545 - 1645 : Permainan
1645 - 1700 : Penerangan
1700 - 1730 : Penyampaian hadiah & penghargaan utk pihak luar yang hadir atau cabutan bertuah (jika ada sponsor)
1730 : Bergambar & Bersurai.

Tentatif Treasure Hunt

Tempat Mula : Dataran Merdeka (tempat letak kereta Perpustakaan KL)
Tempat Tamat : Taman Tasik Titiwangsa (tempat letak kereta bersebelahan Stadium)

930 - 1000 : Pendaftaran
1000 - 1030 : Penerangan Treasure Hunt
1030 : Flag Off
1400 : Penalti
1430 : Tamat

Tempoh maksimum : 4 jam.

Lokasi : Sektor Alpha : LRT Pasar Seni & Sekitar CM
Sektor Bravo : LRT KLCC & Avenue K
Sektor Charlie : LRT Ampang Park & Ampang Park Arcade

Struktur soalan : Lokasi 60 (4 markah/soalan)
Harta karun 30 (5 markah/soalan)
Bonus 10 (2 markah/soalan)

3 peserta/pasukan

Jemputan : Kelab Peminat Alaf21
Msj Box!
Karangkraf
Media

Hadiah : Pertama, kedua, ketiga & penghargaan (utk jemputan)

Labels:


0 Kata-Kata Ditinggalkan

shaiMENULIS
@9:06 AM





Saturday, May 26, 2007
Semalam dan Hari Ini




ImageChef.com - Create custom images

Hari ini

Seawal 9 pagi dah mengeluarkan diri dari rumah itu.Menuju ke Shell, memberi Kriss itam ini minum minyak untuk sarapannya.Tuannya pun x bersarapan lagi nie.

Selamat sampai ke The Mines pada jam sebelum jam 10 pagi. Ke TGV, tengok list wayang menarik.Movie pertama yang Tak akan aku tengok ialah Sumolah.Ingat nak tengok spiderman 3, shownya pukul 11.30am le. kira2 1 1/2 jam .Hu3.Akhirnya aku memilih cerita lanun. Ya!
Pirates Of Caribean 3 menjadi pilihan.RM7 sahaja.Berbaloi le! Sarapan dan Lunch hari ini ialah Popcorn & Soft Drink.

Fuyooo!!! "beku" gila dok dalam tue.Sejuk bangat! lebih dua jam dok tengok cerita lanun berperang tue.Best gak le juga. Kira dapat 3 1/2 bintang dari 5 le.Dalam dok sejuk2 sempat gak bersms.Ha3.Dengan siapa biarlah rahsia.

Lepas mewayangkan diri, aku melalakan diri pulak di bilik kecik dengan 10 lagu.Melayang beberapa puluh RM lagi.Tapi puas, dapat menghilangkan segala tekanan dan mengeluarkan segala air liur dan senaman anak tekak.Apa pun i miss Red Box @ sogo so much!!!

Selepas itu,segmen jalan - jalan cuci mata.X beli apa - apa pun.Dalam 3 pm aku meneruskan perjalanan untuk balik rumah tapi singgah kat carrefour Wangsa Maju beli "brg" eh! bukan barangan wanita tapi barangan yang dah habis stoknya iaitu. Jel gamat.

Sempat singgah CC update blog.Serta melawat beberapa blog.Sedih sebab x de kawan - kawna online YM dipetang - petang hari hujung minggu ini.Lepas ni singgah Pasar Malam.

Kisah Semalam.

Balik kerja, singgah makan Chicken Chop muahahaha.. itulah menu kegemaran terbaru aku. Selepas hampir 21 hari aku tidak menyentuh nasi.Eh! macam mana rupa nasi yek. Hahahaha

Labels:


1 Kata-Kata Ditinggalkan

shaiMENULIS
@5:37 PM





Friday, May 25, 2007
Best Friend???


ImageChef.com - Create custom images



Setiap orang pasti ada Best Friend?
Setiap orang suka bercerita pasal Best Friend mereka.
Kenapa? (suka hati merekalah)
Ada jenis Best Friend yang boleh sama - sama melalui suka duka bersama - sama, tapi ada juga yang sebaliknya.Hanya hadir pada saat gembira tetapi hilang pada saat kita berduka
terutama takkala kita memerlukan seseorang bernama Best Friend.

Siapa Best Friend shai?
Jawapannya Tiada.Pelik tapi benar.Sejak melewati sekolah menengah hingga ke hari ini.Shai tidak kenal apa makna Best Friend.Adakah kerana shai seorang yang cerewet dalam berkawan? Jawapannya Ia,kerana bagi shai Best Friend sukar dicari tak boleh dibeli dan kalau kawan kita boleh dapat dan ianya akan datang dan pergi.

Kenapa tiada Best Friend? Pastinya shai seorang yang jenis suka mempercayai orang lain dan ianya mengambil masa untuk proses itu dan shai juga lebih suka menjadikan kenalan - kenalan shai sebagai kawan biasa.

Kenapa kawan biasa? Adalah menjadi kawan dari menjadi lawan.Kawan bagi shai ialah seseorang yang boleh menerima diri shai seadanya."Kawan yang ingin berkawan bukannya kawan yang ingin berlawan"

Perlukah memiliki Best Friend? bagi shai, lain orang lain pandangan.Sejak bertahun lamanya shai selesa dengan keadaan sekarang.Hidup tak terkongkong dan boleh jalani apa jua aktiviti walaupun bersedirian.

Amatlah jarang - jarang sekali shai keluar bergembira dan bersuka ria dengan kawan - kawan.Kalau dulu mungkin ia, bercuti bersama - sama kawan sepejabat membawa shai ke tempat - tempat yang shai belum penah pergi.Setiap saat - saat bersama mereka yang bergelar kawan sepejabat itu akan tetap menjadi kenangan terindah.

Menanti atau mencari? shai sendiri pun tak pasti.Apa pun biarlah Best Friend shai itu adalah seorang wanita yang hadir menjadi permaisuri hidup ini dan hidup bersama sehingga ke hujung nyawa.Insya-Allah.

Buat kawan - kawan yang berduka dan melalui cabaran ketika ini, "harungilah kehidupan dengan penuh ketabahan, manusia sering diuji dan diduga dengan berbagai macam cara".


Labels:


0 Kata-Kata Ditinggalkan

shaiMENULIS
@7:39 AM





Wednesday, May 23, 2007
Alah Emak Kawin Kan Aku


Diam tak diam umurku akan memasuki 27 tahun.Cepat sungguh masa berlalu. Rasanya macam baru semalam sahaja dilahirkan.

18 Tahun tinggal di sebuah kampung bernama "Kg Selarong Lalang" patutlah pertama kali dengar lagu "Cinta Dilautan Lalang" dari Heliza AF5 aku jatuh cinta seperti mana aku tertarik pertama kali mendengar lagu "Tangisan Dalam Kerinduaan" nyanyian Farah AF2.Adakah aku dilahirkan sebagai seorang yg berjiwa sentimental? Oh! mungkin itulah jiwaku.

Tetapi selepas lebih 9 tahun di Kuala Lumpur aku masih mencari makna sebenar sebuah percintaan.Kegagalan demi kegagalan dalam bercinta dan putus cinta mengajar aku erti sebenar sebuah perhubungan.

Ego kah aku? Keegoan setiap manusia pasti ada kerana kita bukanlah manusia sempurna. Manusia juga tidak boleh lari dari melakukan kesilapan.Sekiranya ada melakukan kesalahan atau kesilapan,sama - samalah bermaafan."Buang yang keruh ambil yang jernih".

Begitu juga dalam persahabatan.Kenapa begitu mudah manusia memutuskan persahabatan?
"Kawan shai ialah orang yang boleh menerima shai seadanya dan boleh menjadi kawan kepada shai"

Tapi, apa ada pada cinta? Apakah cinta memerlukan pengorbanan? Siapakah yang "diciptakan untuk kita"?

Agaknya sekiranya 9 tahun lalu aku tidak berhijrah dari desa itu, pastikah aku sudah berkahwin sekarang? memiliki seorang bernama isteri? memiliki cahaya mata?

Takdir penentu segalanya.Sekiranya dulu angan - anganku menaiki pelaminan pada usia 25 tahun masih tidak menjadi kenyataan.Begitu juga dengan sasaran ke 2, ternyata 070707 terpaksa ku ucapkan selamat tinggal.

Adakah tahun hadapan? tahun 2009, 2010?? Hanya takdir penentu segalanya. Cari punya cari , masih belum bertemu dengan "gadis idaman".Adakah dengan melepaskan orang yang kita sayang pergi kita akan mendapat yang lebih baik? Ternyata penantian itu satu episod yang panjang.

Alah emak kawin kan aku? .. perlukah aku bagi tahu emak kesayanganku ,supaya mencari mana - mana calon yang sesuai.Pilihan keluarga, adakah itu pilihan terakhir buatku?

Adakah aku perlu minta kakakku merisik mana - mana gadis kampung yang memenuhi kreteria pilihanku? Adakah aku terlalu memilih? Atau tak laku???

Episod entry ini tidak ditujukan kepada sesiapa.Ianya adalah cerita tentang seorang insan bernama shai dlm mencari seorang wanita untuk menjadi permaisuri hidupku.

Kisah cinta lalu usah dikenang ,menanti episod cinta baru.Wahai! kakak -kakakku. bisakah kau membantu adikmu ini?

Ish..ish.. macam terdesak je bunyinya. Adakah 11.11.11 tarikh keramat untukku.

Labels:


1 Kata-Kata Ditinggalkan

shaiMENULIS
@12:13 PM





Tuesday, May 22, 2007
Sepi Seorang Teman & Tak Ingin Kehilanganmu


Sepi seorang bernama teman
Menyepikan diri untuk menjernihkan keadaan
Namun sebaliknya yang terjadi
Desakan demi desakan
Menikam kalbu dan diri

Perlu kah aku disalahkan?
Perlu kah aku mengungkit segala kebaikan?
Haruskah aku mengatakan , 'dia' tidak kenang budi?
Haruskah aku teruskan , menyatakan kebenarannya disini?

Itu bukan aku
Aku bukan jenis yang suka mengungkit
Apatah lagi membangkitkan sesuatu perkara
Yang berlalu biarkan berlalu
Hari - hari mendatang harus ditempuhi

Sepi seorang teman
bernama shai dari terus mencetuskan "peperangan"
Akhirnya kesepiaanku disalah tafsirkan
Aku redha dan pasrah dengan ketentuan.

@atau

Tak inginku kehilangan Seorang bernama kawan
Kawan tidak boleh dibeli dengan harta kekayaan
Kawan tidak boleh diniali dengan wang ringgit
Kawan tidak boleh dicari di tepi jalanan
& dan
Kawan

Terimalah diriku seadanya

Labels:


0 Kata-Kata Ditinggalkan

shaiMENULIS
@8:01 AM





Monday, May 21, 2007
Cinta Dilautan Lalang "Aku Kelahiran Selarong Lalang"


Tajuk: Cinta Di Lautan Lalang
Artis: Heliza
Lagu: Aidit Alfian (Indah Karya Publishing Sdn Bhd)
Lirik: Loloq (Luncai Emas Publishing Sdn Bhd)







Bayangkanlah
Kudup yang sepi
Sendiri di lautan lalang

Bayangkanlah sengsara
Digalas tatkala
Kelopaknya sedang mekar

Datang musim
Bersemarak harum
Sampai waktu
Peragakan hias

Hari bahagia hanyalah angan
Yang tak kesampaian
Mengundang tangis
Keluhan

*Begitulah diriku
Dapat kau umpamakan kekasih
Yang menangis tak terhenti
Didalam-oh

Begitulah diriku
Tiada gerangan siapa
Tempat nak ku mengadukan
Nasibku

Bayu berlagu
Berkumandang rintihan
Mungkinkah
Engkau ku nantikan
Mungkinkah kau
Pembawa sinaran

Labels:


0 Kata-Kata Ditinggalkan

shaiMENULIS
@2:08 PM





Kisah Suka,Duka 'N' Lara - "Perpisahan Ini"


Sabtu bermula dengan satu keindahan dalam melalui sebuah perjalanan
kehidupan.Seawal pagi , sekitar 11 pagi lagi aku sudah berada di
CC(Cyber Cafe)bayangkan selama 2 jam aku disana.Selain online YM dan
berchatting aku juga sempat update entry mengenai AF.

Syukur alhamdulillah sepanjang online,aku mengenali seorang
sahabat baru.Jangan tertipu dengan no "24" walaupun pada
akhirnya aku terperangkapdengan keadaan.Berbagai perkara
kami bincangkan dan aku sempat meluahkan sedikit perasaan yang
terpendam dilubuk hatiku kepadanya.

Ternyata dia adalah ibu kepada 3 cahaya mata.Isteri kepada seorang
suami.hahaha..Kak ieza memang best le! nice to know u. Peace!!

Selepas keluar dari CC aku menuju ke Bukit Jalil.Adakah aku menjadi fanatik "AF 5" oh! tidak.walaupun sejak hari sebelum konsert ke 9 lagi, aku telah ditanya mengenai minatku untuk menonton live konsert akhir AF5.Aku menidakkan je.Bagi aku lebih puas menonton seorang diri di bilik "biruku" dari menyaksikan siaran langsung di stadium dan terpaksa bersesak-sesak dan yang boleh nampak hanyalah sebesar "semut" dah lah aku nie rabun jauh.Apa pun thanks yek! kak elly.

Tiba di stadium bukit jalil sekitar 2.30pm.Dengan siapa? dengan apa? biarlah rahsia. Dari jauh terdengar sayup lagu tak ada logika? Eh! Macam suara Noni. Ya! memang suara noni.Namun aku x sempat menatap wajahnya .Hanya dapat suara shj.Dalam pada itu, 017 ku aktif bersms.Sms siapa? untuk apa? "biarlah jadi tanda tanya".

Seorang demi seorang bekas pelajar af5, tampil di pentas yang berada diluar stadium Bukit Jalil.Afiq muncul menyanyikan lagu nogori sembilan "bisa bonar".Kemudian Diya yang berbaju tidak berlengan menyanyi lagu "aku masih setia" my peberet tue. Pada mulanya aku berjalan dari khemah ke khemah melihat apa yang ada. Ada khemah Astro.Mestro dan khemah - khemah FC bintang AF5. Kesian Mila, FC nya kecik je berkongsi lak ngan AF Aizad & Shawal.Tapi tak apa "kecil-kecil cili pada, tapi berapi".FC2 Yang menyerlah semestinya FC Ebi yang "kuning" ASWAD yang "merah" dan Heliza.Tetapi dalam banyak2 tue FC Dafi paling mendapat perhatian.Adakah kerana dafi di"gilai"??

Aku mulai dekat dengan pentas bila Diya menyanyikan lagu peberetku itu.Ringkaskan cerita yang panjang, Fatin menyanyi lagu dangdutya "angkat kaki", Dekna muncul dengan lagu "cinta", Rizal dengan lagu orang putih itu serta Aizad dengan lagu sepanyolnya.Farha dengan lagu rocknya serta dafi bersama lagu pencinta wanitanya.Shawal tampil bersama lagu "Kenangan mengusik jiwa".Rata - rata persembahan dia orang memang best! siap bergoyang dangdut dan menari dengan happynya.

Tetiba hujan turun membasahi bumi.Siapa nyanyi panggil hujan nie? hahahahaha.Aku menumpang berteduh di both astro dan sempat lah skodeng moderator @15 rata2nya memakai baju astro tetapi tidak bernama.Hanya beberapa orang je yang aku dapat pastikan tuan empunya diri.

Di khemah Mestro yang menjual CD,VCD,Kaset bintang2 mereka.Cikgu shafi pun ada.Tapi aku tak berminat.Majalah aksi AF5 juga dijual.Aku juga tidak minat membeli. Selain itu ada juga khemah - khemah penaja AF seperti Power Root,BSN,Adabi dan lain - lain.

Aku meninggalkan Bukit jalil dalam jam 4 petang (kalau tak silap) dalam berjalan - jalan SMS demi SMS terus menemani hari - hari. Ada juga SMS tak "dilayan" kerana ?
"biarlah menjadi tanda tanya".Memang sikap aku tak akan melayan kerenah yang pelik - pelik dan sesuatu yang diluar kemahuanku.

Malam menjelang, namun perjalanan bersuka ria dan bergembira di siang hari bertukar menjadi duka & lara di kegelapan malam itu. Thanks "zura" kerana sudi mendengar rintihan hatiku.Inilah dia bicara hati yang lara yang aku nukilkan buat pengganti kata - kata.

Perpisahan Ini - Karya Asal : Shaizhar,Sabtu 19 Mei 2007 [Nukilan S.H.A.I]

Labels: , ,


0 Kata-Kata Ditinggalkan

shaiMENULIS
@8:23 AM





Saturday, May 19, 2007
'Jari Jadi Juara' Adakah Demam Ini akan Berakhir?


Akademi Fantasia 5 akan melabuhkan tirainya.
Siapa Juara? Biarlah "Jari Jadi Juri" & penentunya ialah
Peminat Setia AF5 di mana - mana sahaja berada.

Jangan jadikan faktor jantina sebagai pilihan dan sikap
kenegerian sebagai satu kepastian dalam menabalkan seorang
lagi JUARA.

Dari mengutuk di @15 apa kata teruskan mengundi @ Afundi
calon juara AF5.Tak kira siapa bakal jadi juara AF5 terimalah
dengan redha dan hati terbuka.

Tapi biarlah Juara AF5 ialah pelajar perempuan. 3 lawan 2. Adakah
tahun ini masih milik pelajar lelaki.Ebi @ Aswad?

Kalau pelajar perempuan adakah milik Mila? @ candy.Kenapa tidak Heliza
Juara pertama wanita dan "bertudung".

Adakah shai fanatik af?
Ceritanya bermula disini :-

Di af1 shai tidak mengenal apa itu akademi fantasia.Hanya tahu
vince juaranya dan menonton vcd konsert final itu punya hanya selepas
musim demam af1 berakhir

Di musim af2, shai mulai kenal apa itu AF dan mengikuti menerusi vcd2
dan hanya menonton konsert final af2 bersama rakan - rakan dan ketika
dan saat itu merupakan memori yang tak akan dilupakan.Pertama kali dengar
lagu "Tangisan Dlm Kerinduan & Cinta Seorg Teman" hati ini terus jatuh cinta.

Musim af3 lebih hebat penangannya.Aura mawi x dapat dipertikaikan lagi.
Musimini shai hanya menumpang menonton di rumah seorang kawan saban minggu.
Namun beberapa kali juga tak dapat menonton kerana sering bertugas luar kawasan ketika itu. Saat paling manis menonton konsert final af3 live di stadium melawati yang menyaksikan mawi menang berganda.

Pada tahun 2006,rumah juga sudah dipasang astro.Setiap hari menonton dairi af dan menyaksikan konsert mingguan.Hanya menjadi penonton.

Namun di musim kali ini, shai hanya mengundi pada konsert ke 8 dan 9 selepas
melihat kesungguhan seorang pelajar.Adakah dia mampu menjadi juara? Sukar untuk diramalkan. Dan hanya mampu berdoa agar dia dapat memberi persembahan terbaik
dan berada di top 3.

Adakah AF akan sepi selepas aznil mengucapkan selamat tinggal akademi fantasia?

Siapa pun juara af5 terima dengan redha.Walaupun dlm hati berat untuk terima sekiranya aswad juara pilihan ramai? lebih elok Ebi sebagai pilihan utama.

Sekiranya perempuan Mila paling berpotensi namun candy mampu mencabar dan heliza harus memberi magic.

Labels:


0 Kata-Kata Ditinggalkan

shaiMENULIS
@1:13 PM





Friday, May 18, 2007
Dekorasi dari "Casa Impian"


Semalam bermulalah sessi dekorasi oleh pakar "casa impian"
siapa? kena bagi tahu ke?
aku panggil"cekgu"je.Terima Kasih cekgu sebab sudi menghias rumah
anak muridmu ini.

Walaupun masih belum siap sepenuhnya tapi memang memenuhi citarasa. I love red. Kenapa? ntah lah..kebanyakaan t-shirt @ baju kat rumah warna merah (selain putih,hitam dan biru)

Sessi menghias rumah ini @ make over, bukan ober tau! bermula awal pagi semalam.
Mula - mula aku memang x reti macam mana nak mengecat.Cekgu pun bantulah aku dengan meminta aku memilih mana satu yang aku sukai.Akhirnya aku memilih seperti yang ada dirumah aku ini sekarang.

Kenapa spiderman? Ntahlah seriously, memang aku x minat sepenuh spiderman.Sehari sebelumnya aku memilih latar laut sebagai hiasan rumah ini.Ada ikan - ikan warna warni didalam laut.Tapi cekgu komen macam budak2.Akhirnya aku akur dengan citarasa sebenar yang aku inginkan mestilah mengambarkan diriku.

Spiderman, mewakili seorang lelaki yang digelar "super hero" mungkin aku bukan superhero yang dimaksudkan tapi aku ingin menjadi seperti itu.Menjadi seorang yang baik hati, membantu orang yang dalam kesusahan dan menjadi kebanggaan.Mengharapkan agar akan hadirnya seorang "permaisuri" sebagai peneman hidup ini.

Dekorasi dari cekgu bermula selepas tema dipilih dan aku berpuas hati dengan hasil kerjanya.Akhirnya msjbox dimasukkan sebagai petanda rumah ini mempunyai peti surat agar pengunjung dapat meninggalkan pesanan.

Daripada itulah aku mulai belajar sedikit demi sedikit.Akhirnya selepas kerja membuat bahagian asasnya siap.Aku memasukkan perabot2 lama ke rumah ini.Namun sebelum itu cekguku ada memasukkan beberapa perabot yang dibelinya sendiri namun pada pandanganku ianya kurang sesuai dengan citarasaku.Akhirnya siap juga dekorasi ini walaupun hanya pada bahagian atas,depan dan ruang tamu rumah.

Masih ada bilik - bilik dan ruang - ruang lain yang perlu didekorasikan.Cekgu? bila kerja - kerja seterusnya akan kita jalankan.

Sesungguhnya aku berterima kasih kepada cekgu yang mengajar aku dalam mendekorasi ini.Kesabarannya dan keperihatinan amat ku hargai.'Terima Kasih cekgu, nanti dah siap dekorasi ini anak muridmu akan mengirimkan pulut kuning ,rendang daging ke rumahmu'
Terima Kasih cekgu shida


Bicara shai : "Tidak ada hadiah dapat diberikan kepada seorang kakak yang bergelar ibu,selain daripada menjadi penaja kepada msjboxnya.Thanks kak noamie for every thing"

Labels:


0 Kata-Kata Ditinggalkan

shaiMENULIS
@8:09 AM





Thursday, May 17, 2007
Kisah Semalam di Hotel Istana


Tempat : Hotel Istana
Masa : 8 Malam - 11 Malam
Tujuan : "The Re-Introduction of Hotel Istana"
Menu :

Deep fried wrapped duck salad with egg pancake
Peppered rare lamb fillet.rocket leaf
Parsley and beetroot relish
Bay scallop on julienne japanese cucumber
Marinated prawn on melon salad with orange jellies

braised "paw chee" and
Dried scallop in double boiled superior broth
with salmon roe

Homemade "daun kesum" sherbet on carved ice sockle

Roasted chicken roulade,grape compote and
due mushrrom gravy &

Baked crispy skin salmon fillet "percik" top with
spicy grated coccnut
Kerabu pegaga
Sauted green asparagus,honey glazed turned carrot
herb mashed potatoes

Fresh berry tart,honey chiku pavlova
with orange candid and mascarpone tiramisu

Artis : Noryn Aziz
(Okielah persembahannya, walaupun banyak menyanyi lagu english tapi bila lagu melayu seperti "getaran jiwa & mencintaimu by krisdayanti" di nyanyikan memang best)

Nota : Terima kasih kepada yang menjemput iaitu Elly & Fina.

Labels:


1 Kata-Kata Ditinggalkan

shaiMENULIS
@8:07 AM





Wednesday, May 16, 2007
Guru Lilin Hatiku


Guru
Kau pemberi ilmu
Kau sebarkan pengetahuan
Kau pendidik
Kau penjaga
Kau lilin pembakar diri
Menerangi hatiku

Guru
Biarpun siapa kamu
Dimana kamu berada
Dan apa yang kamu lakukan
Kau tetap berjasa
Kau tetap dikenang
Kau tetap diingati

Guru
Selagi hayat dikandung badan
Setiap nafas dan nadi berdenyut
Kau amat berharga dan bermakna

Guru
Pengorbanmu
Perhatianmu
Terlalu tinggi nilainya

Guru
Kau permata hatiku

"Selamat Hari Guru untuk semua guru-guru" sama ada dia pendidik disekolah,tadika atau pun guru yang mengajar sepanjang kita menjalani pekerjaan.Guru yang mengajar diriku membina blog dan yang sewaktu dengannya"

Labels:


0 Kata-Kata Ditinggalkan

shaiMENULIS
@10:28 AM





Untukmu Ibu


Untukmu Ibu
tiada kata seindah bahasa
Dapatku ungkapkan
Setiap hari bagiku
Adalah hari untuk meraikanmu

Oh! ibu
walaupun kita jauh
tetapi kau tetap dihati
jasa dan pengorbananmu membesarkanku
tak ternilai dengan harta benda

Oh! ibu
apa lagi yang mampu ku berikan
selain kasih sayang
dan kemewahan yang tak seberapa

Oh! ibu
Ratu hatiku
Kau segalanya untukku
akan ku bagaikanmu
dengan melihat diriku dipersandingan itu

Oh! ibu
jika tidak esok @ lusa
mungkin hari mendatang
akan pasti tiba untukku
meraikan hari bahagia itu

Oh! ibu
satu ketika dulu
kita terpisah terlalu jauh
kerinduaan padamu begitu membara
sehingga kau hadir dalam mimpiku

Oh! ibu
ku akan ingat setiap kata-katamu
nasihat dan amanahmu
akanku tunaikan selagi termampu

Oh! ibu
kaulah segalanya untuku

Labels:


0 Kata-Kata Ditinggalkan

shaiMENULIS
@10:13 AM





Monday, May 14, 2007
Episod 2 : Kenapa Gemux? & "buang" Lemak?


Penyebab Gemux???

1) Faktor Genetik
Di warisi
2) Faktor persekitaran
Pengambilan makanan yang berlebihan,mengandungi kandungan lemak yang tinggi, kurang mengambil buah-buahan dan sayur-sayuran dalam diet serta kurang melakukan aktiviti fizikal.
3) Faktor psikologi
Perasaan emosi seperti kemarahan,kemurungan dan kesedihan boleh mempengaruhi cara pemakanan seseorang
4) Faktor - faktor lain
pengambilan ubat - ubatan seperti steroid dan anti kemurungan juga boleh menjadi penyebab

Bagaimana mengurangkan pengambilan lemak didalam badan?:
1)Kurangkan makanan bergoreng
* tidak lebih daripada dua kali seminggu
* menghadkan makanan segera-ayam goreng,kentang goreng dan burger
* hadkan snek berlemak - kerepek,kek,biskut,kacang
* pilih daging kurang lemak,ikan dan ayam tanpa kulit

2)Semasa penyediaan makanan
* buang kulit dan lemak pada daging/ayam sebelum masak
* gunakan minyak sayuran
* elakkan mengunakan minyak kelapa
* tukar mayonis dengan jus limau nipis

3)Semasa memasak
* rebus,panggang,bakar dan kukus
* gunakan susu tanpa lemak,susu skim,yogurt atau santan cair bagi menggantikan santan pekat
* buang lemak berlebihan daripada sup/masakan
* gunakan rempah -ratus sebagai perasa
* goreng tanpa minyak/kuali tidak melakat/ketuhar gelombang mikro

4)Mengurangkan pengambilan kolestrol
* pemilihan makanan yang rendah kolestrol dan rendah lemak akan membantu merendahkan paras kolestrol dalam darah
* Makan lebih banyak bijiran,buahan dan sayuran

5)Senaman
* Lakukan secara berterusan setiap hari dalam tempoh 20 hingga 30 minit
* Amalkan selama 15 minit setiap hari berbanding 2 jam seminggu sekali.
* berjogging ,berbasikal,aerobik,bersukan,berenang dan selang - selikan latihan kardiovaskular dengan latihan bebanan.

Episod 3: Makanan Berkhasiat dan...

Labels:


2 Kata-Kata Ditinggalkan

shaiMENULIS
@1:02 PM





Episod 1 : Diet?


Diet seimbang ialah sajian makanan yang mengandungi semua nutrien yang diperlukan oleh tubuh dengan kadar yang betul.Tubuh yang seimbang menerima nutrien yang mencukupi dan tidak akan menghadapi penyakit.

Tabiat makanan yang sihat
1) Amalkan tabiat makanan seimbang.
2) Mempelbagaikan makanan yangh dimakan dan tidak memilih makanan yang digemari sahaja.
3) Makan mengikut waktu,bukan kerap makan atau membiarkan perut terlalu kosong.
4) Displin diri dalam pengambilan makanan dengan aktibiti sihat agar berat badan dapat dikawal.
5)Mengamalkan pengambilan makanan yang terjaga kebersihannya.
6)Minum air masak secukupnya keran 3/4 tubuh badan manusia terdiri daripada air.
7) Jangan mudah dipengaruhi iklan makanan yang manis,tinggi kandungan garam,terlalu berlemak dan berminyak.

Maksud diet yang sehat? Diet yang sihat adalah diet seimbang yang memastikan kesempurnaan semua zat berfungsi dan tepat pada keperluannya.Ambil makanan yang tepat dan yang disarakan melalui panduan piramid makanan.Dengan mengikuti panduan tersebut,secara automatik pemilihan diet yang menjamin karbohidrat,protein,vitamin,
mineral dan lemak yang secukupnya untuk tubuh badan.

Makan Lima kali sehari ? Untuk mengurangkan lemak, mesti makan lebih kerap.Makanlah setiap tiga jam , 7.00 pagi,10.00 pagi, 1.00 tengah hari dan 4.00 petang dan akhiri dengan makan malam sekitar 7 malam.

Makan mengikut sukatan keperluan kalori.Ia akan membantu tubuh memanfaatkan semua kalori makanan selaras dengan aktiviti tanpa membiarkannya menjadi lemak.Secara tidak langsung,metabolisme badan turut meningkat.

Diet yang sihat?
1) Kurangkan pengambilan hasil tenusu dan daging serta mengelakkan makanan ringan
2) Makan lebih sayur-sayuran dan buah - buahan segar untuk membatu menyingkirkan toksin secara semula jadi.
3) Minum lebih cecair, terutama air kosong dan jus buah-buahan segar
4) Mandian stim,sauna dan pengurutan membantu menyingkirkan toksin dalam sel lemak
5) Kawal tekanan dengan baik
6) Bersenam selalu untuk meningkatkan peredaran darah dan limpa bagi menyingkirkan toksin melalui kulit dan paru - paru

Tanda diet yang salah?
1) Berasa mual,pening dan sesak nafas
2) Mudah letih,lesu dan tidak bermaya
3) Sering membuang air kecil dan besar

Enam kesalahan diet?
1) Tidak bersarapan
2) Mengikut kata hati
3) Makan atas dasar kawan - kawan
4) Tidak menimbang berat badan
5) Terlalu berharap agar berat turun mendadak

Kesalahan umum program diet?
1) Berhenti bersarapan
2) Makan makanan bebas lemak
3) Hanya makan "salad"
4) Memilih jus berbanding buah segar

Ulasan seterusnya akan bersambung pada Episod ke 2.

Labels:


0 Kata-Kata Ditinggalkan

shaiMENULIS
@9:28 AM





Saturday, May 12, 2007
Kisah Yang Berlaku Di Hari Ini & Semalam


Hari ini memulakan perjalanan makan "free" lagi. (Jangan marah yek! shai pun terima jemputan dari kawan je nie.Thanks Elly.

11.30pagi dah selamat tiba di Restoren Seri Melayu, Jalan Conlay.Kena daftar dulu di kaunter diluang restoren.Ambil goodies dan no lukcy draw "497" bertuah tak?

Sampai sahaja ada 3 orang "sedar" kak elly dah menunggu.Kemudiannya Sofia & Mak angkatnya pun sampai.Kak Elly,Ella dan ibu serta anak comelnya tiba beberapa minit kemudian.

Makan "brunch" dimulakan dengan menikmati buah-buahan.Antaranya yang menjadi kegemaranku iaitu tembikai merah.Ambik juga tembikai kuning serta buah ciku.Dah lama tak makan ciku.Sewaktu ambik tue berjalan - jalan melihat menu hidang lebih 100 jenis makanan dan kuih muih.

Persembahan artis bakat jemputan dari universiti Multimedia bernama "Putri" memang mengkagumkan.Suara pun sedap, orangnya pun lawa bertudung lagi.Antara makanan yang dimakan tengahari ini ialah sup cendawan dengan 2 keping roti.Selepas itu merasa udang beberapa ekor,sotong masak kicap,"salad".

Artis membuat persembahan dipentas seterusnya ialah Aziz Satar.Selain dengan aksi jenaka sepontannya turut dihiburkan dengan alunan suara "emas".Acara diselang seli dengan cabutan bertuah.Macam biasa ratu cabutan bertuah sofia menang lucky.Meja kami yang dikategorikan VVIP didepan kanan pentas riuh rendah dengan suara kegembiraan.Selagi lagi suara itu bergema bila no kak elly pula menjadi no yang bertuah.Hadiahnya? Alah! biasa-biasa aja.

Persembahan artis utama acara sempena sambutan hari ibu & bapa di restoren seri melayu tahun 2007 diserikan dengan kehadiran Nash.(Isterinya pun datang juga).Persembahannya memang best dan menghiburkan.Menu terakhir aku makan hari ini ialah ABC dan kuih muih.+ ada buah-buahan di tengah meja.Tak payah bangun pergi jauh - jauh.Petik je kat situ.Kesian safina.Jeles ngan kita org.Jangan lupa ole - ole dari Penang okie!

Ternyata 497 no yang tidak bertuah untuk aku hari ini.Tak apalah semalam pun dah dapat kan.Ini pulak kisah semalam.

Di Dewan Felda, Jalan Semarak.Menu yang dihidangkan.

" Malaysian Kerabu Seaford
Crispy Fried Moneybags
Fried Rainbow Rolls
+
Deep Fried Mango Chicken
Steamed Red Snapper Fish with Nyonya Sauce
Buttered Oat Prawns
Mixed Vegatables with assorted mushroom
Oriental Fried Rice with shrimps
+
Chilled Longan with sea coconut
Hot Chininese Pancake with lotus paste fiillings
+
Chinise Tea

Semalam..Aku berjaya menang hadiah "pembakar roti"
Alhamdullilah bertuah juga (Bertuah pada waktu malam je kot!.. ahaks)

Labels: ,


0 Kata-Kata Ditinggalkan

shaiMENULIS
@5:55 PM





Friday, May 11, 2007
Jemputan "Maut"


Jumaat 11 Mei 2007
Tempat : Dewan Felda
Acara : Sambutan Hari Muzium Kebangsaan 2007
Tema : Batik
Masa : 8 malam


Sabtu 12 Mei 2007
Tempat : Restoren Seri Melayu
Acara : Sambutan hari ibu & bapa 2007
Tema : Pink & Blue
Masa : 12 tengahari

Alhamdulillah terima kasih kepada yang sudi menjemput aku makan - makan secara percuma.Walaupun aku sudah mulai mengamalkan diet sejak 2 minggu lalu.

Labels: ,


0 Kata-Kata Ditinggalkan

shaiMENULIS
@8:11 AM





Thursday, May 10, 2007
Aku Tak Mau Sendiri




Tajuk : Aku Tak Mau Sendiri
Penyanyi : Bunga Citra Lestari

Sejak ia pergi dari hidupku
Kumerasa sepi
Dia tinggalkan ku sendiri disini
Tanpa satu yang pasti

Aku tak tahu harus bagaimana
Aku merasa tiada berkawan
Selain dirimu
Selain cintamu

Chorus:
Kirim aku malaikatmu
Biar jadi kawan hidupku
Dan tunjukkan jalan yang memang
Kau pilihkan untukku
Kirim aku malaikatmu
Karena ku sepi berada disini
Dan didunia ini aku tak mau sendiri

Tanpa terasa kuteteskan air mata
Yang tiada berhenti mengiringi
Kisah dihati

Aku tak tahu harus bagaimana
Aku merasa tiada berkawan
Selain dirimu
Selain cintamu

Chorus 2x

Labels:


0 Kata-Kata Ditinggalkan

shaiMENULIS
@8:20 AM





Tuesday, May 8, 2007
Bilakah Mimpi Akan Menjadi Nyata


" Perjalanan bermula dari Kuala Lumpur menuju ke Utara Malaysia.Menyusuri Lebuh Raya Utara Selatan.Melalui beberapa negeri,daerah dan sempadan antara negeri.Menyaksikan keindahan alam ciptaan tuhan.Kehijuaan tumbuh - tumbuhan.Kedamaian suasana dan ketenangan untuk selamat tiba ke destinasi tujuan.

Biar tiada kesesakkan dipinda.Semoga tiada halangan sepanjang jalanan.Biar lambat asal selamat dan pemanduan berhekmat harus diutamakan.

Negeri Kedah Darul Aman , jolokan Jelapang Padi negara.Punya keistimewaan tersendiri yang harus "digali".Destinasinya bandaraya Alor Setar,Desa tercinta dan kampung halaman yang sudah lama ditinggalkan.Sedar tidak sedar lebih 9 tahun desa itu ku tinggalkan.

Memiliki "hijau kuning" sawah padi takkala bila musim menuaikan tiba.Mempunyai menara yang tinggi seperti menara yang kini sisi.Tidak dapat ditinggalkan"panggilan pulau" Langkawi, Pulau Lagenda.. kisah mahsuri.

Di pulau yang indah bukan sekadar untuk membeli - belah, menaiki "cable car" itulah impian.Menyaksikan keindahan alam panorama menakjubkan ciptaan Yang Maha Esa.

Kembali menziarah Makan Mahsuri menjadi harapan.Bersiar - siar ditepian pantai dan menghirup udara kesegaran dari hembusan angin bayu Selat Melaka menjadi pilihan.Bukan pilihan terakhir namun biarlah pilihan utama.

Andai kata tidak bisa berlama - lama disana.Cukuplah destinasi yang disebutkan dapat dituju.Semoga tidak menjadi sekadar angan - angan.

Kembali ke daratan.. destinasi kunjungan mestilah Menara Alor Star, alangkah baiknya kalau dapat menikmati pemandangan bandaraya sambil menjamu selera di restoren berputar diatas "angkasa".Harganya memang berpatutan dan lebih murah dari di Kuala Lumpur.

Pekan Rabu, bukan sekadar nama tapi setiap hari ianya pasti ada.Terdapat berbagai macam disana untuk "buah tangan" buat insan - insan tersayang.Tidak sekadar makanan, pakaian juga ada beraneka pilihan barangan kraftangan dan segala aneka produk tempatan.

Jika ingin lebih keindahan, gunung jerai pasti pilihan tepat.Namun mampukah impian kesana akan tercapai.Sudah berbelas tahun tidak menjejakkan kaki kesana, apatah lagi merealisasikannya nampak begitu sukar.

Panggilan pulau Pinang!!! Menaiki feri untuk menuju ke pulau itu satu pilihan.Namun kesesakan tidak mampu dijangka terutama di waktu puncak atau dikala cuti dan hujung minggu.Bukit bendera, batu Feringghi , padang kota antara destinasi yang harus dikunjungi.Sesungguhnya andaikata dapat menjejakkan kaki ke Bukit Bendera semoga ianya bukan pertama dan terakhir.

Menikmati kelazatan dan kenikmatan makanan Pulau Pinang menjadi kemestian.Nasi Kandar , Pasembor, Char Koteow dan lain - lain harus ada batasnya. Membeli -beli terutamanya "buah pala" pasti akan menjadi manisan buat si penerima.

Sehari di Pulau Pinang pastinya tidak cukup.Alangkah indahnya kalau dapat menikmati kesegaran buah-buahan tempatan.Limau bali di tambun? Durian.. ah! dah musim dah nie. atau mungkin rambutan yang dijual di tepi - tepi jalan.Alangkah bagusnya kalau dapat menikmati kesedapannya dengan semaksima mungkin.

Perjalanan ke Lumut pastinya akan mengambit kenangan.Andainya bisa seberang menuju ke Pulau Pangkor pastinya lebih mengembirakan.Pusing - pusing pulau itu dan melihat tempat-tempat sejarah serta membeli - belah terutama hasil laut yang segar.

Lebih bermakna sekiranya dapat singgah ke rumah "abgku" di dalam pengkalan TLDM. Bertemu dengan anak - anak buah yang seramai 4 orang.Mendengar gelak ketawa dan bermesra pastinya itulah detik bermakna.

Namun bila kembali ke Kuala Lumpur.. terpaksa berhadapan dengan kesesakan lalu lintas, kerja yang bertimbun dan tak akan sudah - sudah.Melalui hidup dengan berhadapan dengan Komputer, Jalan Raya dan Kaca TV.

Tetibaku membuka mata.Alamak!! mimpi rupanya.
(sebenarnya mimpi ini telah dicipta dengan sendirinya.. ha! ha! ramainya yang dah tertipu)

Alangkah indahnya jika mimpi ini menjadi nyata.

Labels:


0 Kata-Kata Ditinggalkan

shaiMENULIS
@11:44 AM





Monday, May 7, 2007
Virus H/Phone dari : Fysal


1. Bilakah anda mula menggunakan handphone dalam sejarah hidup anda??
>> Pertengahan tahun 1998 selepas beberapa bulan bekerja.

2. Apakah Model pertama Handphone yang anda gunakan?
>> Motorola gedabak yg macam batu bata (kalau siapa tengo filem mami jarum. ha! mcm tue le.time mami jarum duk atas feri. kah! kah! kah!

3. Mengapakah anda memilih handphone ini sebagai model pertama anda??
>> Tak pilih pun, kawan yang bawa dan beli TM Touch Center.

4. Adakah model ini yang masih anda gunakan hingga ke hari ini?? jika tidak, berapa kali anda bertukar handphone dalam sejarah hidup anda??
>> TAK! banyak kali lagi. Rasanya dah masuk 4 kali.Model pilihan tetap Nokia.

~antara henpon yg pernah di pakai~ Nokia & Motorola je!

5. Apakah rangkaian talian telekomunikasi pertama yang mula-mula anda gunakan?
>> 013 TM Touch dulu.. Celcom kini..

6. Adakah anda masih mengekalkan nombor talian telekomunikasi anda sehingga ke hari ini?
>> YES!! dan kini menjadi pelanggan MAXIS sebab kawan - kawan.

6. Dalam sepanjang tempoh anda menggunakan handphone, apakah masalah utama yang sering anda hadapi pada handphone anda?
>> Tak banyak masalah bateri.. tapi hairan bin ajaib dengan H/Phone Motorola sekarang.Bila orang call je. x sampai lima saat terus putus. Tension sungguh.Tue yang suka bersms je.Lebih suka pakai Nokia.

7. Jika di beri peluang, apakah model handphone seterusnya yang ingin anda miliki???
>> Nokia terbaru. Modelnya "Biarlah Rahsia".

Labels:


0 Kata-Kata Ditinggalkan

shaiMENULIS
@8:37 AM





Saturday, May 5, 2007
Yang Berlalu Biarkan Berlalu


Label : "National Event"

Kisah Hari ini..

Bangun pagi-pagi..
Terus gosok gigi..
Bersiap serba serbi..
Keluar umah pagi hari..

Arah tujuan di Bukit Jalil
Stadium Putra itu destinasinya
Untuk Perhimpunan Hari Pekerja
Kali pertama seumur hidupku

Kisah semalam ...

Label : Aktiviti-"Melalak"

"Dalam GERIMIS MENGUNDANG bersama
SEPI SEKUNTUM MAWAR MERAH ke LEMBAH ASMARA

Aku TERINGIN memiliki cinta namun TAK
TERCAPAI AKALKU untuk LAGU RINDU MERINDU
kerana GUGURNYA BUNGA CINTA membuatkan
TANGISAN DALAM KERINDUAN.

KAU PERGI JUA kerana AKU BUKAN UNTUKMU"

pantun dihulur tanda diri sudah mengerti
makna bicara dihati:

Mengapa harus rajuk dihati,
Perkara yang lepas biarkanlah,
Marilah menjadi sahabat sejati,
Dunia Akhirat Insya Allah

Labels:


0 Kata-Kata Ditinggalkan

shaiMENULIS
@5:17 PM





Friday, May 4, 2007
April Untuk Dikenang


Label : Aktiviti/Event/Cuti-cuti

Awal bulan April
Ke Kelantan buat kali pertamanya
Di Kota Bahru
Destinasi dituju

Membeli-belah ala kadar
Bertemu seseorang bagaikan ditakdirkan
Pengalaman perjalanan akan dikenang
Menjadi memori dalam kehidupan

Pertengahan April "memenatkan"
Ke Port Dickson di Negeri Sembilan

Bukan bercuti atau berhibur
Tapi menghadiri bengkel yang meletihkan

Dari pagi hingga lewat malam
sungguh menyeksakan

Penghujung April tinggal sejarah
jadi Kenangan yang terindah
Ulangtahun ke 2 diraikan
semoga Msjbox maju jaya

Labels:


0 Kata-Kata Ditinggalkan

shaiMENULIS
@8:14 AM





Thursday, May 3, 2007
Bicara Yang Tersurat


Label : Karya Asal

"Janji yang tinggal janji
tidak ditepati...
Aku Redha"

"Keredhaan menjadi kemestian
Ketentuan illahi
satu kepastian"

"Bicara yang tersurat
Itulah pilihanku
Biarpun bukan pilihanmu"

"Biarkanku berdiam seketika
dari menghubungimu
atau bicara denganku"

"Kedegilanku satu kebenaran
kekecewaan berterusan
Inilah dia kehidupan"

catatan Luahan perasaan. untuk siapa? Kepada siapa?
biarlah menjadi rahsia.
Jawapan yang pasti diberi "Kita hanya kawan"..
dan janganlah hadir "perasaan" itu dalam diriku.

0 Kata-Kata Ditinggalkan

shaiMENULIS
@9:55 AM





Tuesday, May 1, 2007
Jom Membowlingkan diri 13 Mei ini


"Kekecewaan dalam kehidupan
Satu tanda kemuraman

Kekecewaan pada persahabatan
Membuatkan aku lebih peka

Siapa kawan siapa lawan
Siapa benar siapa salah

Menilai tak salah
Mentafsir haruslah tepat

Akan ku pastikan
Ianya menjadi kenyataan"

Berita sana sini :
Acara seterusnya membowlingkan diri kepada rakan - rakan
yang berminat pada 13 Mei di Ampang Point.Masa 3 petang
dengan tema "Play For Fun".Bayaran sendiri - sendiri. Detail
selebihnya akan dimaklumkan kemudian.

0 Kata-Kata Ditinggalkan

shaiMENULIS
@12:22 PM







Inilah S.H.A.I

"Izinkan aku sendiri & menyepi untuk terus mencari ketenangan hati..Aku Yg Kecewa (Shai..14/11)"


Kotak Masa



Kalendar Shai




Kira Jumlah Pengunjung

Free Web Counters

Kotak Mesej

online
Dengan rasminya blog ini di TUTUP (Shaizhar 3/12) Telah berpindah ke SINI,










Credit

DON'T TOUCH>:
Designer: Vanessa, th-emohug
BaseCode: BENDAN
Other[s] : X O X O X


<body>