<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d7854254935194819848\x26blogName\x3dInilah+s.h.a.i\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttps://shaizharkltower.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3den_US\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://shaizharkltower.blogspot.com/\x26vt\x3d5882558668597419839', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>
Sunday, November 11, 2007
16 : 27 Tahun Usiaku


5.20 pagi,11 Nov 1980 di kampung bernama Selarong Lalang yang telah di sebelah kiri.Lahirnya seorang bayi lelaki diberi nama Shaizhar Abu Bakar.

Hari ini,27 tahun lelaki itu hidup didunia.Dibumi ini dan dinegara bernama Malaysia.Berada bandaraya bernama kuala lumpur dan tinggal menetap di Ukay Perdana dalam negeri Selangor Darul Ehsan.

Syukur alhamdulillah walaupun tidak banyak sms @ ucapan "Happy Birthday" diterima tahun ini tapi cukuplah beberapa hari percutian telah memberikan kembali kekuatan untuk diriku.

Tahun ini "tiada ucapan hari lahir & doa dari seorang bernama ibu"..(sedih sangat2). Tahun ini tiada sambutan hari lahir seperti tahun2 yang lalu & rumah juga "tertutup" dari majlis rumah terbuka.

Terima Kasih atas doa,ucapan,mesej/sms dan segala - galanya daripada sesiapa sahaja.Kepada yang terlupa/tak ingat atau sebaliknya.Shai terima semuanya dengan redha.Hidup harus diteruskan biarpun sendirian.

Dalam usia 27 tahun terlalu banyak yang telah shai lalui & alami.Yang akan dihadapi dan dirintangi.Mungkin ini entry terakhir untuk blog ini.Mungkin ada kesinambungan dalam penulisan @ mungkin penulisan & coretan ini akan terus kekal bersemi disini.

Terima Kasih untuk semuanya.Ikhlas dari Shaizhar Abu Bakar.

Labels:


29 Kata-Kata Ditinggalkan

shaiMENULIS
@2:32 PM





Tuesday, November 6, 2007
15 : Aku Pergi Seketika


Setelah sekian lama berkorban jiwa raga untuk setiap sesuatu perkara yang perlu dilakukan Shai rasa inilah waktu yang sesuai untuk Shai pergi seketika.Menghilangkan diri dari dunia blog & rakan2 blog tanpa gangguan dan 1001 pertanyaan.Kenapa? mengapa? sebab apa? siapa? apa? dan macam2 lagi.

Shai telah merancang bercuti di luar kl (bukan juga di selangor) untuk beberapa hari mulai 7/11 sehingga 11/11.Tapi kita hanya merancang tuhan juga yang menentukan.Shai tak pasti berapa hari yang Shai perlukan untuk "membawa diri".Terlalu banyak masalah sedang bergolak dalam diri. Hanya beberapa orang menjadi tempat Shai meluahkan salah satu dari masalah itu.

Bukan bertujuan untuk lari dari masalah tetapi memerlukan masa & ruang untuk diri sendiri berfikir apa? mengapa ? kenapa? dan seterusnya perlu dilakukan untuk perjalanan hari - hari mendatang.

Bukan merajuk,jauh sekali ingin melarikan diri.Tetapi semua itu telah dirancang sejak lebih seminggu yang lalu.Akhirnya beberapa perancangan awal terpaksa diubah dan diolah dan akhirnya masa yang singkat ini akan digunakan untuk diri sendiri dan bukan untuk orang lain.

Shai cuba menjadi yang terbaik untuk sahabat2nya.Kalau ada yang merajuk,ini bukanlah masa yang sesuai untuk dipujuk.Fikirlah,manusia diberi akal & fikiran jadi berfikirlah sebelum melakukan sesuatu tindakan jangan hanya mengikut kata hati.Cubalah menjadi manusia yang mengerti dan memahami manusia yang lain.Jadilah insan yang peka kepada persekitaraan terutama kawan2 (mesej ini untuk siapa? biarlah ianya menjadi mesej untuk semua).

Alhamdulillah Shai dah dapat lupakan segala "kepahitan" di atas keterlanjuran entry beberapa bulan lalu sehingga membuatkan seseorang "tawar hati" dan mungkin menjauhkan diri.Itu yang terbaik untuk perhubungan antara kami ber2.Biarpun sudah jauh dan akan semakin jauh.Shai sentiasa redha dan mendoakan yang terbaik untuk kehidupannya.

Perjalanan harus diteruskan dan noktah terakhir buat entry Shai sampai ke sini.Insya-Allah Shai akan menulis kembali sedikit waktu lagi.Muncul mencoretkan cerita dan kisah kehidupan seorang insan bernama Shai dalam satu waktu yang belum pasti.Shai pergi untuk seketika.........

Labels:


2 Kata-Kata Ditinggalkan

shaiMENULIS
@7:40 AM





Monday, November 5, 2007
14 : "Sana Sini Open House"


Sana sini ada jemputan open house.Terima Kasih pada yang menjemput.Kat atas tue gambar yang lebih banyak sewaktu Msjbox OpenHouse Hari Raya 2007 yang telah berlangsung dengan jayanya pada 03/11/2007 yang lalu.Terima kasih pada yang hadir.Pada yang tak dapat hadir,layan jelah gambar2 kenangan itu.

Dari Taman Gombak Permai,merempitkan diri ke Bandar Kinrara Puchong,rumah ofismate yang bernama Roszita.Wah! lawa umah dia.Sampai sana dalam 8.10pm dalam rintik2 hujan.Sempat melawat hingga ke dapur.RM2 ribu yek kabinet tue. he3.Menu yg tinggal ialah laksa, pulut kuning dan rendang serta kuah lontong.Satay dah habis (hu3 x de rezeki).Makan sikit je sebab lepas tue ada open house lagi.

Destinasi seterusnya ialah dirumah my best friend.Kat tingkat berapa ntah lupa nak kira sebab naik lift.Memang ramai tetamu yang datang ketika itu dah nak pukul 9.30pm lebih kurang. Menunya memang lah banyak.Ada nasi beriyani (betul kan?) ada rendang ayam, ayam masak merah,ada roti jala,ada apa lagi yek?? popia pun ada , buahan-buahan dan macam2 lagi la.Tak dapat nak berlama-lama sebab keadaan tak mengizinkan lagi pun tetamu ramai "gile" sampai keluar2 umah.Ada juga yang duduk makan kat depan pintu bilik.Thank my best friend.Soory yek, umah aku closed tahun ini.Tahun depan insya-allah.Nanti aku belanja kau satay yek! :p

Dari situ menuju ke satu destinasi rahsia.jeng..jeng.. kisahnya juga biarlah menjadi rahsia.Sampai rumah dah pukul 12.02pm, kemudian "alarm clock" pun berbunyi.Alamak.. lupa.. wish birthday kat somebody."Happy Birthday Fazamani" :p dah belated pun.Aku org ke 6. Tak pe kita tunggu nanti kau org yg ke berapa wish birthday aku pulak.

04 Nov 2007,Ahad dan ini kisahnya...

Keluar rumah seawal 8.00am menuju ke pejabat dan punch card pukul 10.0am (baru start kerja) sempat juga update blog (entry sementera) with pic Msjbox OpenHouse Hari Raya 2007 yang sempat di cilok dari picasa kak shida.

Buat persiapan terakhir sebelum MenaraKL OpenHouse Hari Raya 2007 yang bermula 12.00pm nanti.Kelam kabut jugalah nak bersiap.Tetiba terlupa pulak bawa butang baju melayu. Aduh! tanya orang itu dan orang ini.Akhirnya "cilok" si firdaus punya.Dia pakai 3 butang aku pakai 2.Ha3.Belasah jelah labu.Pukul 11.30am dah kena stand by kat kaunter pendaftaran. Alih2 dapat tugas2 khas lak, masukkan duit raya dalam sampul.Mula2 buat sorg lepas tue si Mar datang membantu.Pukul 12.oopm tetamu datang tak putus2.Mula2 kena jaga bahagian media untuk sementara dan kemudian baru membantu di kaunter pendaftaran guest pulak. Tetamu datang tak putus2 sampailah ke pukul 4pm.Lepas pukul 4pm pun ada lagi yang datang.

Happy sangat bila x-staff datang.Thanks utk zulhaida,rohana,rohaya,zie,yan,shahril,julia , tinie, ashrul,zul,rubiah lagi siapa yek? oh! si bakal pengantin perempuan yg kecoh iaitu akma dtg bawa kad kawin 2/12 ni dengan soffree budak labuan yg juga x-staff.Kecoh2 suasana mcm reunion lah pulak.Best..best..x-bos pun ada dtg mcm x-ceo Puan Shahidah,En.Nasir dan juga my x-bos tuan hj yasim.Minta maaflah semua x sempat nak bual2 panjang.(Alah mcmlah dia org baca blog ini)

Hampir pukul 5.00pm (kalau tak silap) merempitkan diri menuju ke Bandar Tasik Kesuma, Semenyih Selangor.Fuh! jauh gila rumahnya.X-opismate Kak Suzie.Alhamdulillah selamat juga tiba walaupun membawa hujan bersama.He3.Hujan lebat sampai ke malam.Makan2 dan minum2 sampai kembung.Bual2 dan kembali membuka cerita lama sambil2 mengenang2 saat2 suka duka dulu.Erm..dah hampir setahun x jumpa Kak Suzie nie dan sebelum tue dekat 7thn lost contact.Akhirnya tahun lepas berjumpa juga kita orang.Bezanya sekarang bukan lagi single tapi dan ber4.Bersuami dan sepasang anak yg comel.He3.Dia org mesti akan remember "abg" nie sebab layan dia org main.Teringat kat anak2 buah.Oh! lupa..menu disediakan ialah Mee Kari with kerang (i tak makan kerang hu3).Speegeti, buah tembikai (i like), kek dan penutup teh "o" panas.Sekitar 8.30pm aku terpaksa memohon diri untuk pulang "ke sarang" selepas lebih 2 jam bertapa di rumah Kak Suzie.Rumah baru tue.Sempat gak tanya berapa harga kabinet dapur. RM 1,900.00 je.Sempat gak kenal2 ngan tukang membuat kabinet itu.Pulang dengan penuh senyuman biarpun diiringin titisan hujan sepanjang jalan.

Hampir 10pm,selamat sampai di rumah (sebelum tue singgah tapau "Fast Food"..cuba teka apa?) Layan2 tv kejap kemudiaanya merehatkan diri selepas 2 hari berpenat lelah.

Labels:


0 Kata-Kata Ditinggalkan

shaiMENULIS
@12:24 PM





Sunday, November 4, 2007
13 : 'Kisah Msjbox OpenHouse Hari Raya 2007"


07.30am - 12.00pm : sibuk di dapur potong memotong2,main kacau mengacau dan main kaler2 di dapur yang sempit itu + kemas umah,sapu sampah mop lantai.Sempat juga gosok baju dan rehat2 beberapa minit dan kemudian dekat nak pukul 11.30pm baru masak meehoon goreng.

12.30pm: Bertolak ke Restoran Kajang Haji Samuri,Taman Melati ambik satay kajang yang telah ditempah semalam.Kena tunggu 5 minit sebelum pekerja disitu berjaya mencari dimana kedudukan satay2 itu berada.

Destinasi seterusnya ialah menuju ke Rumah Bos Msjbox di Taman Gombak Permai.Pangsapuri kenanga.

Sampai je tolong mana yg patut dan lepak2 sampailah tetamu pertama datang dengan baju merahnya iaitu azkam.Hadir bersama sepupunya yang agak "pendiam".

Menu ketika itu : Laksa Sarawak,Satay (ayam & daging),Nasi impit,Kuah Kacang, Meehon Goreng.Lemang & Rendang.Kuih2 raya

Seterusnya sessi mengisi perut dengan makan2.Laksa Sarawak menjadi pilihan pertama lepas tue barulah beberapa cucuk satay.( :p agak2 siapa yg makan satay paling banyak?)
03.00pm (lebih kurang) : Kak Sheda datang sorang (alamak..apasal x bawa kakak & baby) hu3. Frust menonggeng si Azkam.He3.Kak Sheda tidak datang tanggan kosong.Bersamanya ialah hasil tanaman yang telah dipetik di tepi jalan.Tembikai dan buah mata kucing.Thanks Kak Sheda.

Kak Retna,Aida/Cd dan "abie"(Thanks atas agar2 cendul (bukan pudingkan..siapa buat tue?), Yatt's & Chik juga hadir bersama Cupcakes mereka yang sedap,warna - warni.(Thanks sebab susah2 buat muffin sampai tak tidur2).Kejutan berlaku bila romzi & isterinya hadir ke majlis ini.Terima Kasih dtg yek! Kemudiannya umie muncul dan tetamu terakhir ialah Honey & "abg misainya". Terima Kasih semua yang datang.Terima Kasih pada yang bawa makanan & Jutaan terima kasih kepada "Penaja Misteri Yg Pemalu" serta untuk semua pengguna/bloggers Msjbox yang hanya melihat dari jauh.

Kak Retna terima kasih sebab bagi duit raya sampai rm12o.he3..jgn jeles..
Junaidix & Carneyz thanks banyak2 sebab sudi jadikan rumah kau org sebagai destinasi pertama Msjbox OpenHouse Hari Raya kali ini.Next ye.. umah siapa lak?

Labels:


0 Kata-Kata Ditinggalkan

shaiMENULIS
@9:00 AM





Friday, November 2, 2007
12 : " Menjelang..Msjbox Open House 3/11 "


Msjbox OpenHouse Hari Raya 2007 akan diadakan :-

Tarikh : 3 Nov 2007 bersamaan 22 Syawal 1428 Hijrah

Hari : Sabtu

Masa : 2.00 petang – 6.00 petang

Alamat : 3-14, Pangsapuri Kenanga, Jalan GP2, Tmn Gombak Permai, 68100 Batu Caves, Selangor, Malaysia (Rumah Junaidix)

Kehadiran: Semua pengunjung dan geng2 Msjbox adalah dijemput.

Para seponser yang nak seponser makan amat di alu-alukan:
1) Laksa Serawak/Kek Lapis - Junaidix & Carneyz
2) Satay/Mee hoon/Agar2 - Shai
3) Lemang / Rendang - AKO
4) Candy / gula2 - Sheda
5) RMXX - penaja misteri :p 'yg pemalu' (Thanks b'coz sudi jadi penaja).

Nota *PA* = Penganjur Acara :-

Shai akan cuba hadir awal membantu Tuan/Puan Umah Junaidix & Carneyz.Insya-Allah
Seperti biasa nama2/muka2 geng2 Msjbox Aktif seperti AKO,Sheda & Umie antara yang akan hadir + Azkam(Insya-Allah):p Kurzz yang tak ada blog tu pun mungkin akan hadir.Turut akan hadir ialah Chik & Yatt diharap juga mereka akan bawa bersama kak Ayu.Menanti juga kehadiran Kak Jie singgah kiranya berkesempatan. (Hari tue tak sempat jumpa akak).Wajah yang dI tunggu - tunggu kemunculannya ialah Kriesz.(Datanglah..Datanglah..mcm lagu Faizal AF4).Siapa lagi yek? Oh! Ada juga yg mengalami "mimpi ngeri" dan 50/50 sama ada dtg atau tidak iaitu Aida/Cd.Termasuk dalam wish list (harap2 dapat dtg) ialah Honey :p datang bawa "abg misai" lah pulak.Bukan bawa "alang" ke? hu3.Aku kecewa..kecewa.(berlakon jap).

Yang tak dapat hadir dan telah maklumkan ialah :-

shaira ada temujanji (dengan siapa?). Mat Ju tak dapat hadir sebab ada program kat Unisel.Sodep dan Kak Meera juga x dapat hadir :( Faizzah/Kaseh & Kanda sebab dia ada kursus :p ntah apa kursus dia org nak gie pun tak tahu le.he3.Ibu mengandung + kerja hari sabtu = Shay.Sian 7 malam baru habis kerja.erm.x dapat nak nolong.Izali juga inform x dapat hadir :(.Lagi sapa lagi yek? ada nama yang tertinggal ke?

Labels:


0 Kata-Kata Ditinggalkan

shaiMENULIS
@7:07 AM





Thursday, November 1, 2007
11 : "Teristimewa Untukmu"


Shai muncul dengan kebiruan biarpun bukan kaler2 seperti Msjbox .Shai rasa ini yang paling sesuai selepas sekian lama mencari dan tercari - cari sesuatu yang menepati citarasa diri.

Dengan siapa Shai selalu minta pendapat ,kalau nak tukar template baru? orang itu ialah Shay boleh dikatakan setiap hari dari isnin - jumaat kami akan berbual dan bercerita (bergosip kadangkala) bertukar pendapat serta berkongsi suka & duka di YM (Shai pakai Meeboo je).

Shay adalah isteri kepada suaminya dan ibu kepada bakal anaknya (nak jadi bapa angkat boleh tak) he3.X tahulah kalau Ayah Shai kawin dan ditakdirkan dapat "anak" hu3 Shai akan dapat adik.Ha3.X kira nama "adik" Shai yang nak kasi.Nak taruk "sha"...erm "shai" aha! "shaizmal" kah3. Kelakar tak? :p proposal utk nama "bakal baby" Shay boleh?

Shay my friend forever.peace! sebab tue Shai sanggup merempit jauh2 untuk sampai ke majlis perkahwinannya yang serba "biru" i still remember okie.Macam2 aksi u all kat atas pelamin. Ahaks..sempat skodeng dari jauh.Yang x dapat dilupakan bila "Pengantin lari meninggalkan suami dan hanya berkaki ayam.Ops... bocor rahsia.

Shay selalu dicari kalau online meeboo/YM.Mcm2 kita org borak.May be ada "keserasian" antara kita org utk jadi sahabat.Dari alam maya hinggalah ke alam nyata.Sejak sebelum Shay berkahwin hinggalah sekarang.Kata2 semangat,nasihat dan info2 yang diberikan amat bermakna buat Shai.Thanks my friend.U always in my heart.

Doa & harapan Shai semoga Shay akan hidup bahagia bersama suaminya dan dapat ramai anak. 11 org boleh? Jaga diri Shay dan baby dlm perut tue :p jgn abaikan kesihatan & permakanan.
Jangan asyik makan & tidur je :p.Take Care!! Peace!!...

Labels:


2 Kata-Kata Ditinggalkan

shaiMENULIS
@7:58 AM





Wednesday, October 31, 2007
10 : "Berakhir Sebuah Penantian"


Akhirnya... "Berakhir sebuah Penantian"


Penantian berakhir sudah...alhamdulilah. Walaupun x dapat tengok teater budus tu tapi kami dapat juga duet kami balik. Yeeehaaaa.... !!!

Tengkiu buat sheda, azkam & shai sbb sanggup menunggu dengan sabar tuk dapatkan duet kowang balik. SO, lepas ni kita kena lebih berhati2 dalam melaburkan duet kat satu2 company.

Sheda, bak cini no account cimb ko, ako bank in je nanti.

Azkam , nnt akak bank-in lam account maybank awak k..

Shai , akak bg ms kita kat umah JUN sabtu nanti k...

Nota Jemari: Belajar dari kesilapan..."cilok entry dari blog
AKO."

Ringkasan ceritanya, Shai ada menulis di comment blog Datin Tiara
October 24, 2007 7:25 PM

Dear...
Datin Tiara,

it's me shaizhar one of those who came on the 19th october, and had our seats taken by berjaya group.

check my blogspot@
http://shaizharkltower.blogspot.com

Thanks
SHAIZHAR

Antara maklum balas yang diterima ialah :-

tiara jacquelina said...

dear shaizhar

sorry to hear about the awful experience you and your friends had. thats not what we as the creative ppl behind this project expected at all! unfortunately something must have gone very wrong with the ticketing system,i apologize on their behalf cos its my show, but pls leave me a contact number if you are still interested to catch the show..

October 29, 2007 10:39 AM

Juga mesej dari :-

October 30, 2007 8:32 AM,chedd.eddie.yusoff said…

malu saya membacanya. kami sendiri tak tahu masaalah begini terjadi. tau tau kluar paper... malu.

tiket yang diperuntukkan untuk public memang sold out. tiket foc yg dijanjikan adalah dari tiket corporate/sponsor. itu yang saya faham. selalunya bila dicakap SOLD OUT adalah tiket jualan umum/public.

Kata2 Shai : Syukur kehadrat illahi kerana duit itu telah selamat diperolehi.Insya-Allah duit itu akan digunakan,kenduri/Jamuan untuk Msjbox OpenHouse Hari Raya 2007.

Labels:


4 Kata-Kata Ditinggalkan

shaiMENULIS
@7:44 AM







Inilah S.H.A.I

"Izinkan aku sendiri & menyepi untuk terus mencari ketenangan hati..Aku Yg Kecewa (Shai..14/11)"


Kotak Masa



Kalendar Shai




Kira Jumlah Pengunjung

Free Web Counters

Kotak Mesej

online
Dengan rasminya blog ini di TUTUP (Shaizhar 3/12) Telah berpindah ke SINI,










Credit

DON'T TOUCH>:
Designer: Vanessa, th-emohug
BaseCode: BENDAN
Other[s] : X O X O X


<body>