<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d7854254935194819848\x26blogName\x3dInilah+s.h.a.i\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttps://shaizharkltower.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3den_US\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://shaizharkltower.blogspot.com/\x26vt\x3d5882558668597419839', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>
Thursday, September 27, 2007
Dairi Ramadhan 6 " Ibu Permata Hatiku"


Masa berlalu begitu pantas sekali.Sedar tak sedar 11 Nov (Hari lahir shai ke 27 akan menjelma.. semoga ianya akan berlaku :p ada unsur2 promosi tak?..pastinya tahun ini banyak bezanya)

Pertamanya,tiada lagi ucapan & ungkapan "selamat hari jadi" dari mulut seorang bernama ibu/mak.

Keduanya,Tiada lagi sambutan meraikan majlis tersebut + Open House Aidil Fitri di Kediaman
shai selepas 3 tahun berturut2 shai membuka rumah shai untuk dikunjungi (Harap maaf rumahku ditutup tahun ini)

Ketiganya,Sambutan Aidil Fitri kali ini (tiada ungkapan dapat di ucapkan)

Keempatnya,tiada lagi masakan mak..erm..(semalam
shai terbaca di blog seseorg yg dia suka masakan mak).shai pun begitu juga dan kali terakhir shai merasai air tangan seorang insan bernama mak ialah pada bulan mac yang lalu.

Kelimanya,tiada lagi dapat makan bihun goreng yg mak masak (
shai kalau mak masak bihun goreng boleh habis sebungkus seorang.pagi sarapan bihun..tgh hari bihun..petang bihun sampai ke malam bihun)kemudian x dapat lagi minta mak buat cendol kegemaran...huhuhuhu

Sebenarnya kisah kali ini ingin
shai coretkan ialah mengenai apa jua perasaan shai , isi hati shai dan cerita selepas genapnya pemergian Arwah Mak shai kerahmatullah 30 hari yang lalu pada 28 Ogos 2007 di pagi 15 Syaaban 1428 Hijrah.Sebuah karya nukilan shai untuk seorang ibu yang bagi shai "Ibu Permata Hatiku".

Ibu Permata Hatiku, nukilan
shai :-

Sinar permata hidupku
Malap pergi selamanya
Namun sentiasa bercahaya dihati
Kenangan bersama kekal abadi

Ibu Permata Hatiku
Sengsara hidupmu ke hujung nyawa
Bila nafasmu pun terhenti
Dirimu akhir dijemput illahi

15 Syaaban dipagi yang hening
Aku bungkam menerima perkhabaran
Terkelu lidah untuk mengungkap kata
Akhirnya ku terima dengan redha

Perjalanan yang jauh berliku - liku
Untuk menatap wajahmu ibu
Buat terakhir kali itu
tercapai jua biarpun hanya jasadmu

Rintik hujan membasahi bumi
Tanda mengerti kesedihan dihati
Kau pergi meninggalkan kami
Selamat bersemadi dipusara ini

Kini hidupku sudah berubah
Kekuatanku hilang seketika waktu
Airmataku tak akan berhenti
Mengenang ibu yang telah pergi

27 Tahun lahirku disini
hanya ibu mengerti perasaan dihati
terlalu banyak telah ditempuhi
Semua kini menjadi memori

Kehidupan harus diteruskan
Biarpun tanpa ibu disisi
Namun ianya tetap dihati
Sentiasa diingatan setiap hari

Kata - kata menjadi azimat
Doa dipanjat siang dan malam
Moga roh ibuku tenang disana
Anakmu kan sentiasa merindu

Ibu Permata hatiku...

shai mungkin terasa hati dengan penulisan sesiapa sahaja tentang ibu.Tetapi shai maafkan kerana bagi shai mereka berhak menulis dan shai juga berhak menulis.Ini blog shai "suka hati shai lah nak tulis apa sahaja pun"dan lagi satu sekiranya entry di blog ini panjang lebar.Usah ditanya kenapa? mengapa?Sekiranya anda sudi membaca silalah membaca sekiranya sebaliknya tiada unsur paksaan buat sesiapa pun.

Al kisahnya,Sebagai anak bongsu,
shai akui shai paling rapat dengan arwah mak.shai paling manja dengan arwah. Apatah lagi shai sahaja lagi anak bujang arwah mak yang belum berkongsi hampir keseluruhan hidup shai dengan arwah.

Alhamdullilah arwah tidak terseksa "lama"sehingga akhir hayatnya selepas 2 minggu Chimmotherapy (utk persakit kanser) arwah mak juga sebenarnya pengidap penyakit keturunan iaitu kecing manis & darah tinggi.(Terlalu banyak nak diceritakan..kena ringkaskan cerita yang tak habis itu).

Dulu siapa yg akan cabut rambut putih arwah mak kalau bukan
shai tetapi kini tidak lagi.Pada 1997 sewaktu SPM lagi arwah mak dah sering keluar masuk Hospital.Dari Hospital lama di alor star sehingga Kedah Medical Center (Hospital swasta yg boleh tahan harganya) hinggalah ke Klinik Kerajaan seterusnya membawa sampai ke Hospital Penang & yang terakhir Hospital Sultanah Bahiyah (Hospital baru).

Kali terakhir cabut uban arwah mak ialah semasa
shai menghabiskan masa 3 hari 2 malam di Pulau Pinang.

Akhirnya
shai sedar airmata seorang lelaki terus menitis bukan sahaja ketika menaip entry tentang arwah mak tetapi takkala memikirkan kenangan - kenang 27 tahun bersama.

shai akan redha dan tabah menghadapi semua ini tetapi percayalah "hanya yang mengerti akan memahami" di hari ke 30 pemergian arwah mak shai Hj Sa'adah Hj Ismail.Sedekahkan lah Al - Fatihah utk arwah... Al-Fatihah...

Labels: ,


8 Kata-Kata Ditinggalkan

shaiMENULIS
@7:59 AM





Tuesday, September 25, 2007
Dairi Ramadhan 5 : "Al - Kisah Msjbox Fast Break 2007 - 6 Oktober 2007"


(Kredit untuk gambar2 ini dari website kunang2)

Semalam shai ke kunang2 hajat di hati nak booking untuk Msjbox FastBreak 29.9 tetapi dah penuh.Itulah suasana di kunang2 seperti dalam slide yang dipaparkan.

Rasanya
Msjbox FastBreak kali ini paling banyak dugaan & halangan yang telah, terpaksa dan akan ditempuhi.(Ya Allah Ya Tuhanku..Semoga niat murniku diberkatimu A-Min)

Sebagai penganjur Msjbox FastBreak sejak pertama kalinya pada tahun 2005 sehingga kini rasanya lokasi yang lebih sesuai ialah di Food Court tetapi apa salah kiranya kita sendiri menentukan pilihan kita.Oleh yang demikian sistem undian telah diadakan.Bukan sahaja dari segi lokasi tetapi juga tempatnya.Maka undiannya adalah dikalangan mojoriti.

Malang seribu kali malang pada 29 Oktober itu kunang2 telah penuh ditempah.Oleh yang demikian tindakan pertama diambil ialah maklumkan pada jun selepas beberapa minit selpas itu dia pun call bertanya itu dan ini.

Tanya juga pendapat dari retna dan kak shida serta maklumkan kepada yang lelain (dlm list kecuali fazamania sebab tak ada no tel dia..ish3..x reti2 nak kasi no tel ke? hehe..nak kena mintalah pulak)

Cerita suasana berbuka
shai semalam di kunang2 .Tiba seawal 6pm (sempat singgah Carrefour Wangsa Maju lagi.. Jalan2 cuci mata).Pada awalnya memang tak ramai.Tetapi selepas 6.30pm manusia - manusia mula memenuhi setiap ruang di kunang2 sehingga pada waktu berbuka masih ada lagi yang datang berbuka disana.Kurma turut disediakan tapi rasanya gred D.Haha3 mungkinkah ini kurma pijak?

Harga makanan yang murah ialah Nasi lemak (sila lihat diatas) RM 3.50.Masakan berkuah juga turut ada dalam ala -carte list.Harganya antara RM 6 - RM 8 (okie lah kot).

Menu pilihan
shai semalam ialah Seafood Fried Rice berharga RM 8.90 + Minuman Limau Asam Boi RM 2.00 + 5% Gov dengan jumlah RM 11.45 (Kenyang sampai ke malam) Nasi goreng memang banyak (kalau sapa perut "kecik" memang x akan habis la)

Minuman juga banyak pilihan.Ada panas & sejuk juga Fresh Fruits.Harga yang goreng2 ini antara RM 8 - RM 11 tengok kepada jenis menu.Kalau westeren lebih mahal lah.. Antara RM 14 hingga ke RM20 (lebih) lor...Ada ke orang berbuka makan western?

Keadaan disana x terlalu bising dan udara nya pun nyaman (sah2 duduk bawah kipas) yang menjadi kerisauan ketika itu bila ada sepasang couple dengan kamera canggih duduk ambik gambar.Sah2 gambar
shai pun masuk dalam itu aksi (budak blog kot?) malas nak tegur sebab time tue dah lapar bebenar..hehehehe...Nanti kena search kat cari "Kunang-kunang" mana tau jumpa blog dia org x pun mungkin photopages kot!.

Itulah cerita di
kunang2. Bagaimana cabaran menjelang acara tersebut kita tunggu dan lihat. "Kita hanya merancang Tuhan Yang Menentukan'.Harapnya tak yahlah tukar2 tempat.Dah letih nak fikir macam - macam perkara (cuba fikir perkara lain supaya tak terlalu fikir pasal arwah mak)

Labels:


2 Kata-Kata Ditinggalkan

shaiMENULIS
@8:42 AM





Monday, September 24, 2007
Dairi Ramadhan 4 : " Berbuka di Rumah Kak Retna & Virus Tag Kembali"



22 Sept menghadiri Majlis Berbuka Puasa di Rumah Kak Retna.Terima Kasih atas jemputan tersebut.Inilah gambar yg dicurik dari Kak Shida.

Virus menyerang kembali.Ini Tag dari Elly

S: Sejak bila anda mula berpuasa penuh??
J:
shai rasa secara seriusnya (full/penuh) time darjah 4.Masa darjah 1 sampai 3 setengah hari je dan banyaknya main2 je.

S: Pernahkah anda ponteng puasa dan apakah alasannya??
J: Tipu la kalau kata tak pernah.*bersikap jujur*

S: Adakah anda pernah bermain bunga api dan mercun??
J: Mestilah pernah..

S: Juadah apakah menjadi kegemaran anda sewaktu berbuka??
J: Makan nasi + 2 jenis lauk dah cukup.Dulu memang suka murtabak.Tapi sekarang kalau ada kurma dah okie sebagai pembuka.Kekadang beli "buah melaka" tak ketinggalan popia

S: Lagu raya manakah yang anda suka?
J: Halaman Asmara..tak kisah sangat janji sedap didengar di "telinga"

S: Tahun ini anda beraya di mana??
J: Sebelum raya rancangnya nak ke Lumut dan beberapa hari balik kampung di Alor Star.(Kampung Selarong Lalang)

S: Pernahkah anda bertugas di hari raya??
J: Pernah.Pada tahun 1999 sewaktu menjadi Pembantu Khidmat Pelanggan di Menara KL (kerja shift kenalah bergilir - gilir bercuti)

S: Apakah kenangan paling manis di hari raya??

J:Ramadhan terakhir bersama arwah mak & Aidil Fitri terakhir tahun lalu
(Agaknya bagaimana suasana pagi 1 syawal kali ini)

pst: Tak sanggup rasa hati nak dengar lagu "balik kampung juga lagu airmata syawal dari datuk ct" ...

Labels: ,


1 Kata-Kata Ditinggalkan

shaiMENULIS
@7:39 AM





Thursday, September 20, 2007
Dairi Ramadhan 3 : Pertandingan Puisi " Ramadhan Datang Lagi"


shai menyiapkan 1 karya untuk ,Pertandingan puisi blog nisa shah alam.. Jom ramai-ramai kita menulis untuk Cinta Ramadhan.. Inilah hasilnya :-

Ramadhan Datang Lagi

Ramadhan datang ke seluruh alam
Menyambut dengan penuh keberkatan
Umat merasai dengan keriangan
Bulan Kemulian hadir ke pangkuan

Sebulan kita akan berpuasa
Menahan diri dari lapar juga dahaga
Melawan nafsu dan hasutan syaitan
Menjadi insan yang lebih bertakwa

Berterawikh dan bertadarus
Bersujud kepada Mu Tuhanku
Berzikir juga berdoa
Menyebut nama Mu ..ALLAH..

Jangan dilupa zakat fitrah
Menyempurnakan satu kewajipan
Mensucikan jiwan dan raga
Melahirkan hamba yang mulia

Ramadhan datang lagi
Andai ini yang terakhir kali
Aku menyusun sepuluh jari
Memohon kemaafan Zahir & Batin

Nukilan : shai 20 September 2007, 7.49 am,Khamis

Labels:


2 Kata-Kata Ditinggalkan

shaiMENULIS
@7:49 AM





Tuesday, September 18, 2007
Dairi Ramadhan 2 : "Antara Ceria..Sedih..Pedih & Kemaafan"


shai menulis beberapa entry sejak 2 minggu lalu.Namun satu pun x mampu dipublish (oooh... Kenapa? mengapa? ..biarlah menjadi tanda tanya)

Antara Ceria..Sedih..Pedih & Kemaafan itulah tajuknya.

Kenapa manusia tak mampu hidup ceria selepas melalui satu "kehilangan".. memang benar hidup harus diteruskan biarpun telah "kehilangan" Orang yang melahirkan, membesar dan mendidik shai sejak dilahirkan ke muka bumi sehinggalah usia sekarang yang akan mencecah 27 tahun November ini.Begitu banyak kenangan untuk dikenang.Biarlah yang pahit itu pergi dari ingatan.

"Jangan ditanya makna keceriaan" itulah pesanan shai di blog ini sejak kebelakangan ini.Apa makna keceriaan dalam hidup shai? Ceria bermakna perasaan gembira..suka + happy yang membuatkan sepanjang hari shai tersenyum.Mula - mula memang sukar nak tafsirkan makna kecerian itu dalam hidup.Tak kala sendirian (2 minggu pertama "kehilangan") shai akan termenung sendiri.Ketika itu akan kembalilah berbagai macam memori dalam ingatan.Namun syukur alhamdulillah kebelakangan ini shai dah kembali okie sedikit walaupun bukanlah 100% keceriaan itu datang semula dalam hidup shai.

acai berpendapat keceriaan baginya ialah "Ceria bila fikiran dan hati kita tenang dan gembira hadapi segala masalah & dugaan yang mendatang dalam hidup kita".Apa pendapat anda wahai rakan - rakan? silalah kongsi bersama - sama di ruangan ini.

shai meninggalkan persahabatan itu.Selepas hampir 2 purnama berlalu akhirnya detik & ketika ini shai redha dan menyerahkan segalanya kepada Yang Maha Esa. Semoga akan terbuka pintu kemaafan untuk insan - insan tersebut.

Di bulan yang mulia.Ramadhan 1428 Hijrah shai menyusun jari sepuluh memohon maaf andai ada terkasar bahasa, tersalah laku , tersilap bicara lantas menyebabkan ada hati yang terluka.

Buat semua muslimin dan muslimat selamat berpuasa.Semoga ibadah yang kita kerjakan mendapat sepenuh keredhan dari -Nya ...AMIN

Labels:


3 Kata-Kata Ditinggalkan

shaiMENULIS
@7:54 AM





Tuesday, September 4, 2007
Dairi Shai : 1 - "Kehilangan Yang Dirasai"


Dengan lafaz Bismillah Hirahmaniruhhim 'Segala Puji Bagi Allah Tuhan Sekelian Alam'

Pada detik 7.00am, 15 Syaaban 1428 Hijrah bersamaan 28 Ogos 2007 di pagi Selasa.

Kembali kerahmatullah seorang insan bernama ibu,emak & mak kepada shai Hjh Sa'adah Binti Hj Ismail.Anak pertama kepada arwah Hj Che Su Bt Ismail yang telah menghadap illahi 9 tahun yang lalu dan Anak ke dua arwah Hj Ismail Bin Abu yang juga telah menghadap illahi lebih 27 tahun yang lalu.

Arwah mak shai meninggalkan suami Hj Abu Bakar Bin Hamid dan 4 orang anak , 3 menantu serta 11 cucu.

Lafaz terakhir dari bibir arwah mak shai 2 minggu lalu"Kalau panjang umur kita akan jumpa" Apa dapat shai katakan lagi...."air mata mulai mengalir ketika jari jemari menaipkan dairi ini".

Terima Kasih untuk ucapan takziah..salam & panggilan serta SMS yang tak putus - putus dari sesiapa shj juga kata demi kata di kotak msjbox.

Al - Fatihah........

Labels:


14 Kata-Kata Ditinggalkan

shaiMENULIS
@2:03 PM







Inilah S.H.A.I

"Izinkan aku sendiri & menyepi untuk terus mencari ketenangan hati..Aku Yg Kecewa (Shai..14/11)"


Kotak Masa



Kalendar Shai




Kira Jumlah Pengunjung

Free Web Counters

Kotak Mesej

online
Dengan rasminya blog ini di TUTUP (Shaizhar 3/12) Telah berpindah ke SINI,










Credit

DON'T TOUCH>:
Designer: Vanessa, th-emohug
BaseCode: BENDAN
Other[s] : X O X O X


<body>