<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar/7854254935194819848?origin\x3dhttp://shaizharkltower.blogspot.com', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>
Thursday, October 18, 2007
1 : "Sebelum..Semasa & Selepas"


Selepas 2 syawal sehingga ke 5 syawal.Inilah coretannya,

Shai bertolak dari Alor Star, Kedah Darul Aman pada 17 Oktober jam 2.30pm menaiki bas Transnasional.Tiket di beli 31 hari sebelum tarikh perjalanan.7 jam berada di dlm "perut" bas dan dengan 2 kali berhenti.Bas bergerak agak perlahan dan kadang2 berhenti kerana bermacam - macam sebab.Antaranya, kesesakan di plaza tol, kemalangan sebelum masuk ke tol jelapang dan juga sebab ada laluan ditutup utk kerja2 pembaikan lebuhraya.

Shai menziarahi pusara arwah mak sebelum meninggalkan desa tercinta.Air mata kesedihan mengiringi perjalanan meninggalkan pusara itu."Rindu sangat dgn mak".

Kisah malam 4 syawal.
2 jam itulah masa yang diambil utk satu mesyuarat keluarga.Shahida,Shafendi, Shafirol & Shaizhar mengadap ayahanda meluahkan perasaan masing - masing.Mengeluarkan segala isi hati dan mencerita berbagai macam kisah dan membetulkan apa yang perlu dan saling menasihatkan antara satu sama lain.Shahida, menerima tempias yang agak "keras" dari adik2nya termasuk kata - kata dari seorang ayah + suaminya turut bersama dalam mesyuarat itu.Shafendi, anak lelaki sulung dalam keluarga yang cukup matang dan kaya dengan pengalaman hidup antara yang paling lantang bersuara dan bercerita sementara Shafirol juga "byk cakap" dalam sessi itu.Sedangkan Shai sebagai anak bongsu lebih banyak mendengar dari berkata - kata @ membidas setiap apa yang dikatakan.Uh!!! malam itu Shai banyak menerima teguran dan nasihat dari adik - beradik.Insya-Allah Shai berubah mengikut apa yang di katakan.Isu paling panas..tentulah pasal "Ayah ku kawin lagi".

Kisah 3 Syawal...
Mak su mengadakan kenduri doa selamat di rumahnya. Shai datang beberapa minit sebelum majlis bermula.Tolong apa yang patut dan balik awal ke rumah disebabkan petang tersebut nak pergi beraya di Changlun.Rumah sepupu, anak kakak tiri arwah mak.Bila 2 keluarga berkumpul memang meriah.Seperti biasa Shai seorang yang pendiam terus menjadi pendengar setia dan bercakap bila di soal dan dikala perlu sahaja.(Itulah sikap Shai).

1 Syawal 1428 Hijrah.
Hari kemenangan umat islam seluruh dunia selepas 1 bulan berpuasa.Alhamdulillah, dengan sepersalinan "Hitam" lambang kesayuan di hati bila mana kali pertama seumur hidup tak menyambut 1 syawal bersama seorang bernama ibu disisi yang telah pergi mengadap illahi.

Di pagi syawal selalunya ayah Shai orang yang awal ke surau.Tak sempat beraya & bermaafan dengannya.Sessi bersalam - salaman & beraya hanyalah dengan abang Shafendi dan isterinya serta Kakak Ipar yang balik beraya bersama anak-anaknya kerana suaminya Shafirol seorang Navy di Lumut terpaksa bertugas pada hari raya ini.Kakak sulung pulak beraya di rumah mertuanya.

Sembahyang raya di surau berhampiran rumah.Kali pertama juga solat hari raya di adakan di tingkat bawah surau tersebut.Sebelum ini diadakan di tingkat atas.Lebih memudahkan terutama utk "warga emas" yg uzur dan tidak sihat.

Bersama abang Shafendi & anak sulungnya yang juga merupakan cucu sulung dalam keluarga mengunjungi pusara arwah mak & juga pusara arwah tok (nenek) & wan serta ahli keluarga yang lain.Kesedihan..diiringi air mata tidak dapat diungkapan dengan kata - kata bertapa kerinduaan sentiasa ada."Hanya yang mengerti akan memahami".

Raya kali ini tak ramai saudara mara berkunjung kerumah.Mungkin juga mereka turut sama merasai kesedihan kami sekeluarga yang baru kehilangan "arwah mak".'Spicy meehon yang digoreng" juga tidak habis seperti kebiasaanya.

Berkunjung ke rumah saudara mara menjadi amalan setiap tahun.Kali ini Shai tak banyak makan.Tapi masih banyak minum"hauslah..." Menjadi ayah angkat kepada anak buah ke 10 Shazanis najwa yang pertama kalinya tidak beraya bersama abahnya.(tolong collect duit raya untuk anak buah)Sebelah pagi/tghari beraya di rumah saudara mara sebelah arwah mak di Kampung Selarong Lalang & sebelah petangnya beraya umah saudara mara sebelah ayah pulak + umah mertua kakak Shai iaitu Shahida.

Sebelum 1 Syawal.
Ahli keluarga berkumpul sejak petang khamis.Ayah buat hal "x balik berbuka pada 28 Ramadhan" lewat malam baru balik & Kakak pulak balik rumah mertua tanpa bagi tahu kami yang baru tiba dari jauh.Memang Shai "terasa hati" begitu juga abang sulung Shai Shafendi dan kakak2 ipar serta anak2 buah yang lain.

Pertama kali sampai dirumah di Kg memang rasa lain."Sunyi..sepi..dan rasa berbeza sekali" tambah pulak tak ada sesiapa dirumah & berkunci.Kenapa semua ini terjadi???

Khamis 11 Oktober, seawal 8.30 am bertolak dengan Avanza dari Lumut menuju ke Utara tanahair.Rintik2 hujan mengiringi perjalanan kami.Ayah memandu membawa Shai menantunya (isteri shafirol) dan anak - anaknya seramai 4 orang + adik kakak ipar Shai.

Rabu 10 Oktober, sebelum 6.00 am Shai dah bangun dan bersiap untuk memulakan perjalanan meninggalkan Ukay Perdana.Menaiki Rapid KL dengan tambang RM1 ke Wangsa Maju. Berpusing2 juga lah bas tue melalui laluan yang ditetapkan untuknya.Di Wangsa Maju menaiki Metro Bas pulak dengan tambang RM 1.50 menuju ke Kotaraya.Kesesakan seperti biasa di Jalan Genting Klang.Berjalan menuju ke Pudu raya menaiki Bas perantara disana untuk ke hentian duta, RM2 dikenankan "lebih mahal dari biasa".Akhirnya sampai ke Hentian Duta dan menunggu bas ke Lumut yang akan bertolak pada 10.45am.

Alhamdulillah selamat tiba di Lumut pada jam 2.30pm.Dapat merasai angin laut,melihat keindahan alam serta kedamaian dan ketenangan di Lumut.

Labels: , ,


3 Kata-Kata Ditinggalkan

shaiMENULIS
@8:43 AM







Inilah S.H.A.I

"Izinkan aku sendiri & menyepi untuk terus mencari ketenangan hati..Aku Yg Kecewa (Shai..14/11)"


Kotak Masa



Kalendar Shai




Kira Jumlah Pengunjung

Free Web Counters

Kotak Mesej

online
Dengan rasminya blog ini di TUTUP (Shaizhar 3/12) Telah berpindah ke SINI,










Credit

DON'T TOUCH>:
Designer: Vanessa, th-emohug
BaseCode: BENDAN
Other[s] : X O X O X


<body>