Shai bersyukur kehadrat Illahi kerana tahun ini dapat banyak sekali jemputan Open House. Terima Kasih kepada mereka - mereka yang jemput.Pada yang belum, tak reti - reti nak jemput.
Perasaan juga bertambah happy bila pada 16 Syawal
Shai telah selamat menyempurnakan puasa 6.Jadi semalam beraya untuk kali ke2.Punyalah tahan perut,dari makan pagi kerana ada 2 rumah hendak diserbu.
Awal2 pagi ahad 28 Okt 2007 dah kacau orang dengan sms tanya itu dan ini paling tak diduga bila sms dari tuan umah minta tolong (baru cadang nak pergi lambat, alih2 kena datang cepat) tak pe.. tak pe..Destinasi pertamanya ialah Restoren Satay Kajang Hj.Samuri di Taman Melati.Mula2 masuk tengok kat pintu ditampal "Maaf tak menerima tempahan" Hati
Shai kecewa, dan pasti juga tuan umah yang minta tolong akan berperasaan begitu."Tak kan nak kena pie beli kat kajang kot?".
Shai melangkah kaki keluar keluar dan 1 minit kemudian
Shai masuk semula dan baru bertanya.Alhamdulillah tempahan masih diterima,notis tadi ditampal sebab mereka telah kehabisan kuah satay (Woow!! kaya lah orang jual satay musim2 raya ini). Kenalah tunggu dalam 15 minit gitu.Fuh! berpeluh juga menunggu.Sampaikan make up pun cair. ooops!!..
Destinasi ke2 sebelum sampai ke rumah pertama yang nak diserbu,
Shai singgah di Kedai Lemang Pak Ali kat AU3.Beli 2 batang lemang serta rendang daging buat tuan umah.Akhirnya perjalanan dari Jalan Ulu Kelang ke Taman Harmoni pun bermula.Memang tak sesat sebab dah tahu jalan.Macam mana boleh tahu jalan.Biarlah rahsia.
Selamat tiba di rumah kak
Sheda dalam basah rintik - rintik hujan.Ketika itu telah berada di dalam rumah ialah suaminya Abang Tuah,
AKO dan Bondanya,
Umie serta 2 anak cute mereka dan bibik.Beberapa minit kemudian kak
Sheda sampai di perkarangan rumah dengan kereta kuningnya bersama
Ryzal.Sessi makan - makan pun bermula.Ada buah-buahan kalerpull,makan sedikit laksa, 2 potong lemang bersama rendang daging kemudian beberapa cucuk satay dan penutupnya gula2. Macam biasa
Shai duduk asyik layan si baby dengan arnabnya bernama Mina kemudian usik2 manja dengan Kakaknya.Sambil2 layan Tv (Impak Maksima x best, Fantastic 4 Okie!!) Ingat nak layan budak2 ber2 tue main congkak tup! tup kawan dia org datang pulak.
Faizzah & Kanda juga antara yang terawal sampai, dia terpaksa balik cepat sebab nak ke destinasi lain.Begitu juga dengan
AKO dan Bondanya kerana ada "panggilan maut" Takziah dari
Shai.
Akhirnya beberapa minit sebelum 4pm,
Shai pulak terpaksa meninggalkan diri dalam majlis itu untuk menuju destinasi berikutnya di Setiawangsa.Alhamdulillah sepanjang perjalanan tak kena walau setitik hujan pun.
Rumah terbuka seterusnya ialah rumah X-bos, M dah 2 kali bekerja di bawah M tapi asal kerja bawa dia mesti M kena transfer.Sementara wifenya AM (Assistant Manager)
Shai sekarang merupakan cawangan ke2 yang baru dinikahi april yang lalu.Memang duduk serumah dengan 1st wife dengan 4 orang anak.AM merupakan orang yang menemuduga
Shai hampir 10 tahun lalu dan kini dah lebih 11 bulan
Shai bekerja di bawah seliaannya.
Banyak sekali menu di rumah my bos ini.Ada Meehoon sup/Soto,Tauhu Bakar dan pecal.Tapi tak makan semua.Hanya menikmati Meehoon sup ditambah 2 ketul nasi impit,1 tauhu bakar serta 2 keping Kek.Sehiris kek pisang dan kek cokelat.
Shai dipaksa makan setiap hidangan yang ada.Tapi pepandai le "ngelat" he3.Dessert yang best tentulah ice cream with banana.Banana tue dibungkus dalam kulit popia dan digoreng sederhana masak.Sedap gak.My AM yang buat tue. Kenalah rasa.Hampri nak pukul 6pm
Shai terpaksa melarikan diri sendiri sebab semua tetamu lain dah beransur pulang.Khabarnya majlis mereka sehingga ke malam.
Akhir kata terima kasih pada kak
Sheda & En.Tuah serta My Bos M & AM kerana jemput ke open house mereka.Lepas ini menanti jemputan dari
AKO dan Bondanya.
Umie ada jemput
Shai ke majlisnya 4/11 ini?.Insya-Allah 3/11
Msjbox OpenHouseNote to kak
Sheda :
shaira tak dapat datang open house umah akak sebab ada persiapan untuk final exam.
topek tak dapat hadir sebab bekerja ,kalau tak silap.Kurzz (yang tak ada blog) punya hal dan xtvt sendiri begitu juga
fazamania yang asyik berdating di hujung minggu (ooops!!) lagi siapa yek? Oh!!
Kak Ila yang awalnya kata tak tahu jalan dan akhirnya buat keputusan tidak dapat hadir di tempat kejadian. Ada nama sesiapa tertinggal lagi ke?
dear shaizhar
sorry to hear about the awful experience you and your friends had. thats not what we as the creative ppl behind this project expected at all! unfortunately something must have gone very wrong with the ticketing system,i apologize on their behalf cos its my show, but pls leave me a contact number if you are still interested to catch the show..
October 29, 2007 10:39 AM