<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar/7854254935194819848?origin\x3dhttp://shaizharkltower.blogspot.com', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>
Thursday, September 27, 2007
Dairi Ramadhan 6 " Ibu Permata Hatiku"


Masa berlalu begitu pantas sekali.Sedar tak sedar 11 Nov (Hari lahir shai ke 27 akan menjelma.. semoga ianya akan berlaku :p ada unsur2 promosi tak?..pastinya tahun ini banyak bezanya)

Pertamanya,tiada lagi ucapan & ungkapan "selamat hari jadi" dari mulut seorang bernama ibu/mak.

Keduanya,Tiada lagi sambutan meraikan majlis tersebut + Open House Aidil Fitri di Kediaman
shai selepas 3 tahun berturut2 shai membuka rumah shai untuk dikunjungi (Harap maaf rumahku ditutup tahun ini)

Ketiganya,Sambutan Aidil Fitri kali ini (tiada ungkapan dapat di ucapkan)

Keempatnya,tiada lagi masakan mak..erm..(semalam
shai terbaca di blog seseorg yg dia suka masakan mak).shai pun begitu juga dan kali terakhir shai merasai air tangan seorang insan bernama mak ialah pada bulan mac yang lalu.

Kelimanya,tiada lagi dapat makan bihun goreng yg mak masak (
shai kalau mak masak bihun goreng boleh habis sebungkus seorang.pagi sarapan bihun..tgh hari bihun..petang bihun sampai ke malam bihun)kemudian x dapat lagi minta mak buat cendol kegemaran...huhuhuhu

Sebenarnya kisah kali ini ingin
shai coretkan ialah mengenai apa jua perasaan shai , isi hati shai dan cerita selepas genapnya pemergian Arwah Mak shai kerahmatullah 30 hari yang lalu pada 28 Ogos 2007 di pagi 15 Syaaban 1428 Hijrah.Sebuah karya nukilan shai untuk seorang ibu yang bagi shai "Ibu Permata Hatiku".

Ibu Permata Hatiku, nukilan
shai :-

Sinar permata hidupku
Malap pergi selamanya
Namun sentiasa bercahaya dihati
Kenangan bersama kekal abadi

Ibu Permata Hatiku
Sengsara hidupmu ke hujung nyawa
Bila nafasmu pun terhenti
Dirimu akhir dijemput illahi

15 Syaaban dipagi yang hening
Aku bungkam menerima perkhabaran
Terkelu lidah untuk mengungkap kata
Akhirnya ku terima dengan redha

Perjalanan yang jauh berliku - liku
Untuk menatap wajahmu ibu
Buat terakhir kali itu
tercapai jua biarpun hanya jasadmu

Rintik hujan membasahi bumi
Tanda mengerti kesedihan dihati
Kau pergi meninggalkan kami
Selamat bersemadi dipusara ini

Kini hidupku sudah berubah
Kekuatanku hilang seketika waktu
Airmataku tak akan berhenti
Mengenang ibu yang telah pergi

27 Tahun lahirku disini
hanya ibu mengerti perasaan dihati
terlalu banyak telah ditempuhi
Semua kini menjadi memori

Kehidupan harus diteruskan
Biarpun tanpa ibu disisi
Namun ianya tetap dihati
Sentiasa diingatan setiap hari

Kata - kata menjadi azimat
Doa dipanjat siang dan malam
Moga roh ibuku tenang disana
Anakmu kan sentiasa merindu

Ibu Permata hatiku...

shai mungkin terasa hati dengan penulisan sesiapa sahaja tentang ibu.Tetapi shai maafkan kerana bagi shai mereka berhak menulis dan shai juga berhak menulis.Ini blog shai "suka hati shai lah nak tulis apa sahaja pun"dan lagi satu sekiranya entry di blog ini panjang lebar.Usah ditanya kenapa? mengapa?Sekiranya anda sudi membaca silalah membaca sekiranya sebaliknya tiada unsur paksaan buat sesiapa pun.

Al kisahnya,Sebagai anak bongsu,
shai akui shai paling rapat dengan arwah mak.shai paling manja dengan arwah. Apatah lagi shai sahaja lagi anak bujang arwah mak yang belum berkongsi hampir keseluruhan hidup shai dengan arwah.

Alhamdullilah arwah tidak terseksa "lama"sehingga akhir hayatnya selepas 2 minggu Chimmotherapy (utk persakit kanser) arwah mak juga sebenarnya pengidap penyakit keturunan iaitu kecing manis & darah tinggi.(Terlalu banyak nak diceritakan..kena ringkaskan cerita yang tak habis itu).

Dulu siapa yg akan cabut rambut putih arwah mak kalau bukan
shai tetapi kini tidak lagi.Pada 1997 sewaktu SPM lagi arwah mak dah sering keluar masuk Hospital.Dari Hospital lama di alor star sehingga Kedah Medical Center (Hospital swasta yg boleh tahan harganya) hinggalah ke Klinik Kerajaan seterusnya membawa sampai ke Hospital Penang & yang terakhir Hospital Sultanah Bahiyah (Hospital baru).

Kali terakhir cabut uban arwah mak ialah semasa
shai menghabiskan masa 3 hari 2 malam di Pulau Pinang.

Akhirnya
shai sedar airmata seorang lelaki terus menitis bukan sahaja ketika menaip entry tentang arwah mak tetapi takkala memikirkan kenangan - kenang 27 tahun bersama.

shai akan redha dan tabah menghadapi semua ini tetapi percayalah "hanya yang mengerti akan memahami" di hari ke 30 pemergian arwah mak shai Hj Sa'adah Hj Ismail.Sedekahkan lah Al - Fatihah utk arwah... Al-Fatihah...

Labels: ,


8 Kata-Kata Ditinggalkan

shaiMENULIS
@7:59 AM







Inilah S.H.A.I

"Izinkan aku sendiri & menyepi untuk terus mencari ketenangan hati..Aku Yg Kecewa (Shai..14/11)"


Kotak Masa



Kalendar Shai




Kira Jumlah Pengunjung

Free Web Counters

Kotak Mesej

online
Dengan rasminya blog ini di TUTUP (Shaizhar 3/12) Telah berpindah ke SINI,










Credit

DON'T TOUCH>:
Designer: Vanessa, th-emohug
BaseCode: BENDAN
Other[s] : X O X O X


<body>