<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar/7854254935194819848?origin\x3dhttp://shaizharkltower.blogspot.com', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>
Tuesday, September 25, 2007
Dairi Ramadhan 5 : "Al - Kisah Msjbox Fast Break 2007 - 6 Oktober 2007"


(Kredit untuk gambar2 ini dari website kunang2)

Semalam shai ke kunang2 hajat di hati nak booking untuk Msjbox FastBreak 29.9 tetapi dah penuh.Itulah suasana di kunang2 seperti dalam slide yang dipaparkan.

Rasanya
Msjbox FastBreak kali ini paling banyak dugaan & halangan yang telah, terpaksa dan akan ditempuhi.(Ya Allah Ya Tuhanku..Semoga niat murniku diberkatimu A-Min)

Sebagai penganjur Msjbox FastBreak sejak pertama kalinya pada tahun 2005 sehingga kini rasanya lokasi yang lebih sesuai ialah di Food Court tetapi apa salah kiranya kita sendiri menentukan pilihan kita.Oleh yang demikian sistem undian telah diadakan.Bukan sahaja dari segi lokasi tetapi juga tempatnya.Maka undiannya adalah dikalangan mojoriti.

Malang seribu kali malang pada 29 Oktober itu kunang2 telah penuh ditempah.Oleh yang demikian tindakan pertama diambil ialah maklumkan pada jun selepas beberapa minit selpas itu dia pun call bertanya itu dan ini.

Tanya juga pendapat dari retna dan kak shida serta maklumkan kepada yang lelain (dlm list kecuali fazamania sebab tak ada no tel dia..ish3..x reti2 nak kasi no tel ke? hehe..nak kena mintalah pulak)

Cerita suasana berbuka
shai semalam di kunang2 .Tiba seawal 6pm (sempat singgah Carrefour Wangsa Maju lagi.. Jalan2 cuci mata).Pada awalnya memang tak ramai.Tetapi selepas 6.30pm manusia - manusia mula memenuhi setiap ruang di kunang2 sehingga pada waktu berbuka masih ada lagi yang datang berbuka disana.Kurma turut disediakan tapi rasanya gred D.Haha3 mungkinkah ini kurma pijak?

Harga makanan yang murah ialah Nasi lemak (sila lihat diatas) RM 3.50.Masakan berkuah juga turut ada dalam ala -carte list.Harganya antara RM 6 - RM 8 (okie lah kot).

Menu pilihan
shai semalam ialah Seafood Fried Rice berharga RM 8.90 + Minuman Limau Asam Boi RM 2.00 + 5% Gov dengan jumlah RM 11.45 (Kenyang sampai ke malam) Nasi goreng memang banyak (kalau sapa perut "kecik" memang x akan habis la)

Minuman juga banyak pilihan.Ada panas & sejuk juga Fresh Fruits.Harga yang goreng2 ini antara RM 8 - RM 11 tengok kepada jenis menu.Kalau westeren lebih mahal lah.. Antara RM 14 hingga ke RM20 (lebih) lor...Ada ke orang berbuka makan western?

Keadaan disana x terlalu bising dan udara nya pun nyaman (sah2 duduk bawah kipas) yang menjadi kerisauan ketika itu bila ada sepasang couple dengan kamera canggih duduk ambik gambar.Sah2 gambar
shai pun masuk dalam itu aksi (budak blog kot?) malas nak tegur sebab time tue dah lapar bebenar..hehehehe...Nanti kena search kat cari "Kunang-kunang" mana tau jumpa blog dia org x pun mungkin photopages kot!.

Itulah cerita di
kunang2. Bagaimana cabaran menjelang acara tersebut kita tunggu dan lihat. "Kita hanya merancang Tuhan Yang Menentukan'.Harapnya tak yahlah tukar2 tempat.Dah letih nak fikir macam - macam perkara (cuba fikir perkara lain supaya tak terlalu fikir pasal arwah mak)

Labels:


2 Kata-Kata Ditinggalkan

shaiMENULIS
@8:42 AM







Inilah S.H.A.I

"Izinkan aku sendiri & menyepi untuk terus mencari ketenangan hati..Aku Yg Kecewa (Shai..14/11)"


Kotak Masa



Kalendar Shai




Kira Jumlah Pengunjung

Free Web Counters

Kotak Mesej

online
Dengan rasminya blog ini di TUTUP (Shaizhar 3/12) Telah berpindah ke SINI,










Credit

DON'T TOUCH>:
Designer: Vanessa, th-emohug
BaseCode: BENDAN
Other[s] : X O X O X


<body>