<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar/7854254935194819848?origin\x3dhttp://shaizharkltower.blogspot.com', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>
Tuesday, August 21, 2007
Bulan Bermadah : Revolusi 6 - " Akhirnya Bersatu & Cerita Aku Kembali Kesakitan"


19 Ogos,Ahad

Setelah sekian lama meninggalkan rumah (5 hari je) pagi ini shai mengemas rumah, sapu sampah, mengemop lantai, cuci baju/pakaian sehinggalah membersihkan bilik air.

Sekitar 12pm meninggalkan rumah menuju ke satu majlis perkahwinan.Terima Kasih atas jemputan itu.Singgah sebentar ke Kedai Cenderamata.Sessi belek membelek bermula.2 Hadiah yang agak "murah" dibeli dan disatukan dengan 2 tiket Menara KL yang telah dijanjikan.

Memilih pembalut yang sesuai.shai suka dengan cara balutannya (di balut oleh pekerja kedai) Kira memenuhi citarasa shai lah.Cadangannya nak ke Jusco membeli hadiah namun akhirnya disebabkan langit mulai gelap terpaksa membatalkan rancangan asal dan hanya membeli hadiah itu di sekitar Taman Melawati.Sekitar 12.30pm shai meninggalkan Taman Melawati dan menuju ke destinasinya iaitu Rawang atau dengan lebih tepat Bandar Tasik Puteri.

Melalui jalan lama menuju ke Rawang begitu memudahkan shai kerana kebetulan pada malam shai emergency balik kampung Abang shai memilih jalan ini untuk menuju ke Tol Plus. Agak jauh juga dan melalui kawasan berbukit.Namun sepanjang perjalanan shai sedaya upaya merempit dengan bersopan santun.Jalan baru diturap dan ada juga jalan yang masih dalam pembinaan.

Tiba di pekan Rawang, pertunjuk arah ke rumah pengantin dilekat/digantung di kebanyakkan lampu isyarat dan tempat strategik.Perjalanan menjadi semakin mudah.Namun setibanya di pintu masuk utama Bandar Tasik Puteri kejauhan yang amat mulai terasa dan meter minyak dan tangki Modenas semakin berkurangan dan kerisauan dalam diri mula melanda.Agak2 dalam hutan2 nie ada tak gamaknya stesen minyak? Memang jauh rasanya 3 kali jauhnya, nak masuk Ukay Perdana jika dibandingkan dengan nak masuk Bandar Tasik Puteri.

Dari jauh kelihatan masjid.(Ingatkan masjid yang dah siap dibina) terpaksa membuat pusingan sehingga tersesat untuk seketika waktu.(malas nak mengaku tersesat sebenarnya). Jam hampir menunjukan 1.30pm setibanya di hadapan apartment itu.Dengan berbaju biru (mengikut tema) beberapa minit kemudian barulah shai melangkah kaki menaiki anak tangga menuju ke tingkat 3.Hajat dihati nak bertemu pengantin untuk seketika (khabarnya bersanding pukul 2pm) tapi lain yang terjadi.Pasangan pengantin sedondon biru telah duduk dipelaminan di luar rumah pengantin perempuan.Wah! bestnya pelamin kat luar koridor rumah siap hantaran2 depan pelamin.Pengantin berposing sakan mengikut arahan jurukamera profesional (sebab nampak kameranya paling canggih) Hampir 5 minit juga berdiri di tepi dinding agak terlindung melihat aksi demi aksi di pelaminan itu (nasib baik bukan pelamin anganku musnah) uhuk..uhuk.. Rombongan pengantin lelaki yang datang jauh nun dari pantai timur turut juga bergambar dengan pengantin.shai bergambar juga ke? hahahah..malas dan memang tak berminat nak bergambar2 ini melainkan terpaksa/dipaksa.Kamera pun memang tak bawa.Akhirnya bila aksi posing memosing hampir sampai ke penghujungnya.Soalan pertama shai pada pengantin perempuan."Kenal tak siapa nie" si pengantin seperti blur...muahahaha.. nasib baik dia kenal. shai menghulurkan hadiah kepadanya dan bersalam dengan suaminya.Tahniah!! tahniah!!

Akhirnya dengan Izin Allah s.w.t dan ketentuan dari Nya shai bertemu dengan seorang blogger yang selama ini hanya menjadi kawan di alam cyber/maya.Dia seorang pendengar yang baik. Sering memberi nasihat, pandangan dan berkongsi cerita suka duka tentang kehidupan, keluarga dan sebagainya.Di sebabkan itulah shai berbesar hati dengan jemputannya dan merancang untuk menghadiri majlis perkahwinannya biarpun beribu batu terpaksa dilalui.

shay itulah pengantinnya.Pasangan itu kelihatan sangat "biiiiru".Bunga Telur Love kaler biru turut diberikan shay kepada shai.Suka... & tersangat suka.Harap hadiah tak seberapa dia hari perkahwinannya akan menjadi kenang - kenangan buat selama - lamanya (apa lagi ajaklah suamimu makan angin di KL Tower).

shai melangkah turun dari apartment itu dan berada dibawah khemah untuk menikmati makan tengahari.Hanya makan ala kadar (nasi di taruk banyak sangat) Namun kesedapan air warna purple, kaler kegemaran shay memang membuatkan shai bertambah sehingga 3 kali (mungkin juga sebab cuaca yang panas) Dalam duduk makan ini terpandang seorang lelaki berbaju biru bersama isteri dan anaknya.Sekali pandang macam penah tengok tapi tak tahu di mana.Takut juga nak tegur mana tahu pelanduk 2 serupa,risau juga kalau salah orang.Rasanya macam orang "sekampung" atau mungkin seseorang yang mukanya seperti pernah shai lihat tapi tak tahu dimana.Dalam duduk sibuk makan/minum sempat berSMS dengan matju di sebabkan dia berada di Kajang shai berat hati nak mengajaknya sekali (mana tahu kot! ada urusan keluarga ke) tak pelah tak de rezeki dia nak makan nasi minyak kakak shay nya.Hanya salam sahaja dikirimkan buat pengantin. (ish3.. tak patut memang tak patut)

Kelihatan pengantin kehulu kehilir (hairan juga pengantin ini tiada pengapit) atau pengapit mereka telah lari??? kemana destinasi pengantin itu.Beberapa minit selepas sudah makan shai duduk menunggu pasangan pengantin.Akhirnya shay telah kelihatan dan shai berbual2 seketika dengannya."Pengantin lario" itu yang shai sebutkan.kahkahkah.Tak sempat juga nak berbual2 dengan suaminya.Cuma bersalam untuk kali ke2 sebelum meninggalkan majlis perkahwinan shay & ajis.

Meninggalkan Bandar Tasik Puteri dan menuju ke Shell.Kriss itu yang telah kekeringan memerlukan tenaga untuk kembali bergerak di jalan raya.Alang-alang sudah masuk waktu zuhur shai menunaikan solat disitu.Suraunya agak bersih dan air paipnya agak panas.

Perjalanan diteruskan dan persinggahan seterusnya ialah dia NZ Trade City.Di situ dijual macam - macam barang (seperti pasaraya/supermarket dan untuk pemborong le) membeli beberapa jenis barang termasuk 100 plus sebanyak 2 tin pada harga RM 1.15 sen.Sepanjang perjalanan pulang tercari2 ditepi jalan kalau ada yang menjual cendul tetapi hampa.hu3 banyak orang jual buahan-buahan je.Selamat tiba di rumah sekitar jam 4.00pm

20 Ogos,Isnin

Hari pertama masuk ofis selepas 4 hari emergency Leave dicampur pulak dengan sabtu & ahad. Di atas meja bertimbun claim,medical,mc dan cuti staff.Paling benggang bila nampak kotak2 A4 yang diorder minggu lepas berada diluar store.Hu3.tension2.. sekitar 8am telah memunggah lebih 20 kotak A4 yang begitu berat ke dalam store dan diletakkan di tempat yang sepatutnya.
Inilah kisahnya kalau dah bercuti yang lain - lain tak boleh harap (hanya mampu bersuara dalam hati)

Mengasingkan document dalam file2 yang berasingan untuk memudahkan kerja.Mc perlu di key in dan update seterusnya difiling pada File yang sepatutnya dan begitu juga dengan yang lain - lain.Pagi ini tugas besar yang terbengkalai perlu disiapkan dan disemak ialah Overtime staff. Sessi menyemak bermula dan didapati 99% tiada kesalahan.Kerja berjalan lancar dan document diemail ke AM untuk urusan gaji yang dijadualkan pada 24 Ogos 2007 iaitu jumaat ini.

Sepanjang hari internet dan server mengalami masalah yang sukar dijangka.Begitu slow kelajuannya dan kekadang hidup dan ada masanya mati.Sessi update blog beberapa kali terbengkalai.

Menjelang petang, kepala shai berdenyut2 seluruh urat saraf berpusing - pusing dan menjadi kepeningan.oh tidak... migrain datang balik.Hanya panadol menjadi penawar ketika itu setelah didapati uphamol telah kehabisan dalam petii pertolongan cemas "Fist Aid Kit".

Malam itu, 1 Panadol dan 1 Uphamol menjadi ubat merawati kesakitan yang shai tanggung. Masih ada selsema dan hidung teramat tidak selesa dengan hingusan demi hingusan yang mengalir.

Labels:


5 Kata-Kata Ditinggalkan

shaiMENULIS
@1:33 PM







Inilah S.H.A.I

"Izinkan aku sendiri & menyepi untuk terus mencari ketenangan hati..Aku Yg Kecewa (Shai..14/11)"


Kotak Masa



Kalendar Shai




Kira Jumlah Pengunjung

Free Web Counters

Kotak Mesej

online
Dengan rasminya blog ini di TUTUP (Shaizhar 3/12) Telah berpindah ke SINI,










Credit

DON'T TOUCH>:
Designer: Vanessa, th-emohug
BaseCode: BENDAN
Other[s] : X O X O X


<body>