<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar/7854254935194819848?origin\x3dhttp://shaizharkltower.blogspot.com', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>
Monday, August 20, 2007
Bulan Bermadah : Revolusi 5 - " 5 Hari 4 Malam, Kisah Di Kampung"


13 Ogos,Isnin

Petang itu, Abang shai di Sijangkang SMS tanya nak ikut dia tak balik kampung hujung minggu ini (cuti sekolah bermula pada 18/08).shai katakan "tidak".

Sekitar 9.30 malam,Ayah telefon dari Kampung.Katanya Mak sakit yang serius selepas keluar dari Hospital petang tadi."Mak hang teruk nie, orang kg dah datang baca yasin" balik la...

Beberapa minit kemudian..Abg shai di Sijangkang call bagi tahu dia nak balik kampung malam ini sebab Ayah juga turut telefon dia.shai katakan kena bagi tahu 'bos' iaitu superior dulu my AM ,Assistant Manager.Mula - mula minta cuti emergency selama 2 hari.Lepas tue call balik abg shai minta dia ambik kat rumah.Ayah call lagi pesan kat shai supaya kasi tahu kat Abg shai agar tak memandu laju/tergesa2.Sessi kemas mengemas kain baju/pakaian bermula.Hampir nak pukul 12am baru dia sampai.Bertolak menuju ke kg.Melalui jalan lama menuju ke Rawang dan masuk ke Tol Rawang terus ke destinasinya iaitu di utara tanahair.

Berhampiran susur keluar Tol Tapah, Kereta yang dipandu Abg shai telah ditahan bapa polisi yang membuat sekatan jalan raya kerana memandu melebihi had laju lebuhraya 124 KM/Sejam. Erm... selepas menyatakan tujuan perjalanan dan berbual seperti mesra dan dengan ramah tamah.Bapa polisi yang baik hati telah melepaskan "kami" dari disaman.Bapa polisi sempat bergurau senda dan berpesan kepada Abg shai agar memandu pada kadar yang telah ditetapkan dan mematuhi peraturan jalan raya.Melalui "Pusara Lebuh Raya" yg mengorbankan lebih 20 nyawa di Bukit Gantang akibat kemalangan bas ekpress amat "menakutkan".

14 Ogos, Selasa
Sekitar 4am kami tiba di Penang.Singgah sebentar di rumah Mak mertua Abang shai di permatang pauh.Merehatkan diri untuk sejam dan kemudian meneruskan perjalanan ke Alor Star dan selamat tiba di rumah "Chu"/ Mak Usu pada sekitar 6am.Mak shai tak balik duduk rumah kami sendiri sebab jauh dari saudara mara dan "susah".Mak shai terlantar sakit di bilik depan ruang tamu rumah "Chu".Pertama kali bersua kembali selepas pertemuan terakhir hampir 2 bulan lalu di Hospital Penang.Ternyata banyak perubahan ketara pada fizikal Mak shai bukan sahaja susuk tubuhnya yang semakin mengecil tetapi juga.... (tidak dapat meneruskan dengan kata - kata).

Air mata mengalir melihat sekujur tubuh terbaring di subuh nan hening.Tiada apa yang dapat dikatakan melainkan menjadi pendengar yang setia dan jari jemari mula mengurut anggota badan Mak.Satu demi satu "wasiat" dikatakan.Sungguh "ngeri" tapi itulah hakikatnya.Bila orang yang sedang sakit..apa yang dikatakannya bukan sekadar igauan.Dari satu keluhan kepada satu luahan perasaan yang terpendam.Namun shai lebih dahulu mengetahuinya sejak beberapa minggu yang lalu.Kali ini Abang shai mendengar sendiri dari mulut Mak.Kisahnya perkaitan dengan Kakak shai.Usah ditulis dan diceritakan dengan panjang lebar.Apa yang boleh dikatakan Mak shai "makan hati" dengan sikap Kakak shai.

Sepanjang hari shai cuba sedaya upaya berada disisi Mak.Kesukaran Mak bernafas memerlukan ada seseorang disisinya untuk mengurut hampir seluruh anggota badannya.Seksanya buang air kecil memang jelas kelihatan.Apa bila mendegar Mak "mengerang" kesakitan menahan kepedihan dan kesengsaraan.Inilah kesan Chemo.Penyakit Kansel Pangkal Rahim sejak lebih 10 tahun lalu membuatkan Mak shai keluar masuk Hospital dan yang terbaru Hospital Sultanah Bahiyah (Hospital Baru di Alor Star) menjadi "rumah" baru Mak.Kesan dari Chemo itulah yang menyebabkan Mak shai menjadi sebegini.

Saudara Mara , Jiran tertangga tidak putus - putus menziarah dari pagi ke petang hingga ke malam.shai pulak menggalami migrain/ sakit kepala yang melampau dan sakit - sakit badan serta bau2 demam sudah mula menyerang.Malam itu shai tidur kepenatan dan ayah setia berada disisi Mak pada malam hari (Ayah shai kerja siang minggu ini).

15 Ogos,Rabu
Seawal 6am sudah menjadi rutin harian shai untuk hari ke2 berada disisi Mak.Selepas ayah selesai solat subuh,dia akan bersiap pulang ke rumah untuk pergi kerja.Lebih 1 jam berada disisi Mak dan untuk seketika waktu Mak akan terlelap walaupun untuk beberapa minit.Selera makan Mak sudah mulai baik untuk hari ini.Beberapa suap makanan telah masuk kedalam perut Mak.Berbanding hari - hari sebelumnya Mak sudah boleh makan dan mempunyai sedikita selera.Namun setiap yang masuk dalam badan akan kembali keluar dari mulut Mak.

Sekitar 11am shai meninggalkan Mak seketika ke Bandar.Tiada siapa pun yang tahu tujuan sebenarnya.Apa yang shai katakan hanyalah ke Klinik.Lebih 2 jam shai bukan sekadar ke Klinik tapi juga ke Stesen Bas membeli Tiket untuk pulang ke KL.shai juga singgah menikmati satu makan yang menjadi kegemaran shai.

Tetamu berkunjung tidak putus - putus sehingga ke lewat malam.Waktu itulah baru shai dapat "berehat" seketika.Membersihkan "air kencing" Mak dan membawa ke Tandas untuk "buang air besar" sudah menjadi rutin buat shai. Nampaknya Mak shai dah mulai boleh banggun dan tidak hanya terlantar di tilam itu sahaja.

16 Ogos,Khamis
Seperti biasa shai dan Abang shai dan sesiapa sahaja anggota keluarga kami sedaya upaya nak Mak makan agar dia ada tenaga dan kekuatan untuk mengharungi kesakitan yang dialami.
Dari Rambutan kuning ke Meehon Sup hingga ke Cendol dan Tau Fu Fa hanya sedikit sahaja yang dijamah Mak.Namun ianya sudah cukup untuk mengembirakan kami.

Hari ini shai ke Pekan Khamis di Simpang Empat Kangkung/Tokai.Membeli ayam,udang, sayur serta lain - lain barang bersama Abang & Kakak Ipar shai. Memang dunia ini kecil, shai bertemu dengan seorang yang dikenali disitu.Isa namanya.Dia pulang bercuti di kampung dan datang bersama Maknya.Menikmati Meehon Sup panas - panas memang sedap sehingga ke anak tekak terasa kenikmatannya.shai akan makan ubat sebanyak 3 kali sehari.Kesannya kepala shai dah tak berpusing - pusing.Batuk - batuk pun dah kurang begitu juga dengan tekak dah mulai baik.
Namun masih ada selsema.

17 Ogos,Jumaat
Menunaikan solat Jumaat di Masjid berhampiran kawasan rumah.Lewat petang itu Abang shai yang bekerja sebagai Navy di Lumut pulang ke Kg bersama isteri dan anak-anaknya.Sessi tangisan dalam kerinduaan kembali namun ternyata Abang ke2 shai begitu kuat dan menahan diri dari mengalirkan air mata didepan Mak.

Malam itu shai berada disisi Mak sehingga lewat tengah malam.Kesian melihat ayah yang saban malam berada disi Mak membuatkan shai membuat keputusan untuk menemani Mak untuk malam ini.Namun shai tewas akhirnya selepas kurang 2 jam mengosok seluruh anggota Mak.

shai teringatkan arwah nenek,yang telah pergi 9 tahun yang lalu.Mak saling tak tumpah macam arwah nenek.Perlukan seseorang berada disisinya untuk mengurut badannya (x boleh bernafas) dan tak semua orang tahu teknik mengurut dengan baik.Ada sahaja yang tak kena.shai juga kekadang tak boleh lari darinya.Kekadang tertekan kuatlah.Ada masanya terlalu perlahan lah. Apa yang mampu shai buat hanya lah mampu bersabar dengan kerenah orang "sakit"

Malam itu juga shai bagi tahu Mak yang shai balik KL esok (tak nyatakan waktunya dengan tepat)

18 Ogos, Sabtu
Riuh rendah rumah Chu dengan suara 11 anak buah berkumpul bermain, bergelak ketawa dan kekadang suara tangisan bergema.Saat bersama mereka amat shai nantikan terutama dengan si kecil Anis Najwa dan Shazafifi. Sepanjang pagi ini shai membawa anak - anak buah ronda - ronda di Kampung dan "belanja" mereka jajan di Kedai.Walaupun duit melayang "sikit" namun bila tengok anak2 buah happy shai pun akan merasai keseronokkannya juga.

Pagi ini,sedikit masa yang ada cuba shai habiskannya dengan berada disisi Mak.Akhirnya shai terpaksa dengan relanya menyatakan waktu perjalanan shai bertolak kembali ke KL.Saat meninggalkan Mak dan seluruh anggota keluarga merupakan saat yang memilukan.Air mata shai mengalir bila mana kali terakhir (utk ketika itu) shai disisi Mak dan mengusap tubuh Mak. Berlinangan air mata shai kerana terpaksa meninggalkan Mak.Ternyata Mak memahaminya dan kata - kata darinya sepanjang 5 hari 4 malam akan terus shai ingati.Namun ungkapan "Kalau panjang umur,kita akan jumpa lagi".Walaupun Mak mengerang kesakitan sedaya upaya shai meminta Mak agar tak lupa menggintakan tuhan,mengucap 2 kalimah syahadah serta banyakkan bersabar.Sebak meninggalkan Mak, Adik beradik, Anak2 buah serta Chu sekeluarga. Pesan shai pada Chu agar tolong tengok2kan Mak membuatkan air mata shai mengalir sekali lagi.

Akhirnya bumi jelapang padi shai tinggalkan dengan berbagai macam cerita dan perasaan serta emosi juga kisah yang tidak dapat dicoretkan semuanya.

Labels:


2 Kata-Kata Ditinggalkan

shaiMENULIS
@4:40 PM







Inilah S.H.A.I

"Izinkan aku sendiri & menyepi untuk terus mencari ketenangan hati..Aku Yg Kecewa (Shai..14/11)"


Kotak Masa



Kalendar Shai




Kira Jumlah Pengunjung

Free Web Counters

Kotak Mesej

online
Dengan rasminya blog ini di TUTUP (Shaizhar 3/12) Telah berpindah ke SINI,










Credit

DON'T TOUCH>:
Designer: Vanessa, th-emohug
BaseCode: BENDAN
Other[s] : X O X O X


<body>