Wednesday, August 1, 2007
Bulan Bermadah : Revolusi 1 - "Imej & Kandungannya"
shai kembali mencoretkan sesuatu di bulan yang baru.Ogos 2007 sudah masuk harinya yang pertama.Pada 9 tahun yang lalu radio ERA bersiaran dan kini ianya menjadi stesen radio no 1 Malaysia.ERA tetap menjadi pilihan telinga shai setiap pagi dari 6 pagi - 7 pagi dan setiap malam menemani tidur shai.
Sedar tak sedar lagi 30 hari bersamaan sebulan @ sepurnama seluruh rakyat Malaysia akan menyambut ulangtahun Kemerdekaan negara yang ke 50 tahun.Tanya pada diri sendiri apa yang telah kita lakukan pada negara bukan bertanya apa yang telah negera berikan pada kita.
Berbalik pada tajuk asal. Revolusi bermakna perubahan dan shai cuba untuk tonjolkan bukan sahaja dalam blog tapi juga dalam kehidupan seharian shai.
Ada yang terus memberi nasihat kepada shai agar "makan nasi" shai faham dan mengerti dan sebenarnya shai adalah hantu nasi.Kalau lauk sedap dan menyelerakan tiga pinggan nasi pun shai mampu habiskan Apa lagi kalau dapat menikmati nasi lemak setiap hari.Nasi dagang, nasi kerabu & nasi minyak..nyum..nyum...
Kembali ke cerita di bulan bermadah, ianya dipilih kerana sesuai dengan bulan ogos sebagai bulan kemerdekaan.Rasanya bermadah bukan sahaja dari segi ayat & kata - kata tetapi sebaliknya dari diri kita sendiri.Meluahkan apa yang kita rasa dan menyatakan segala isi hati.
Bulan menjadi saksi sebuah persahabatan.Bulan yang terang mengambarkan betapa persahabatan adalah penting dalam kehidupan seorang insan bernama shai.
Awan memberi maksud dalam kehidupan tak selalunya cerah.Awan gelap memberi tanda bahawa berbagai macam dugaan dan cabaran terpaksa diharungi dalam menjalani hari - hari kehidupan seorang insan.Awan terang memberi gambaran ketenangan dan kebahagian dalam mengharungi hidup dan awan mendung/malap menyatakan bahawa
Imej & Kandungan blog INILAH shai pada bulan ogos mempunyai 3 kolum.Paling tengah ialah entry dan merupakan tajuk setiap cerita.Selalunya ianya berkaitan perjalanan hidup shai suka duka.Berkaitan cerita topik semasa ataupun luahan perasaan dan apa juga yang shai gemari dan sukai semua dicoretkan di entry kebanyakkannya dari hari isnin - jumaat.5 kali seminggu.
Kolum paling kanan menempatkan Masa & Kotak Mesej. Msjbox menjadi pilihan sejak lebih 2 tahun yang lalu.12.07.2005 itulah tarikh bermulanya kisah seorang insan di dalam dunia blog.
Selain itu tersenarai rakan blog yang shai dah jumpa sejak lebih 2 tahun berblog.Dah yang paling lama shai kenal dalam list itu ialah asri a.k.a sodep.shai listkan juga rakan - rakan blog msjbox serta rakan - rakan cyber yang belum jumpa serta lain - lain rakan - rakan di alam maya.Selain itu jumlah pengunjung juga dikira (sahaja suka - suka) kalau ikutkan dah lebih 30,000 kali blog shai dibuka sejak blog lama di blogdrive.
Kolum paling kiri pula digantung dengan berita - berita mengenai KL Tower (tempat kerja). Apa sahaja aktiviti yang berlaku diceritakan di Event @ KL Tower dan paling atas ditempatkan ruangan untuk si pencari kerja dilabelkan sebagai Job's @ KL Tower sekiranya ada kekosongan jawatan di KL Tower bolehlah lihat disini.
Selain itu Dairi shai akan menulis tentang aktiviti harian shai dan cuti - cuti Malaysia sebagai Kalendar untuk aktiviti shai dan sepanjang bulan ini begitu banyak sekali aktiviti sedang disusun dan dirancang.Selain cuti - cuti dalam negara, shai bercadang nak masukkan satu ruangan untuk menyenaraikan jemputan perkahwinan yang shai terima sepanjang bulan ogos ini.Adakah "musim mengawan sudah kembali..hehehe..yelah cuti sekolah di bulan ogos ini rupanya".
Di tampalkan juga video pilihan shai.Buat masa ini lagu Hilang dari Diddy begitu menyentuh kalbu.Ya! kehilangan yg cukup terasa.Kenapa?Mengapa?Usahlah ditanya.Turut disertakan bersama lirik lagunya.Nak tahu apa pilihan lirik & video.Kenalah baca dari masa ke semasa. Labels: cerita