<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar/7854254935194819848?origin\x3dhttp://shaizharkltower.blogspot.com', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>
Monday, July 30, 2007
Bicara Shai - Versi 16 " Fakta,Angka & Cerita"


11 Nov 1980,shai dilahirkan.Kini berteduh di rumah bernombor 11 bukan tingkat 11.Di tingkat 3 sahaja.Di jalan Ukay Perdana 3.Lebih 3 tahun tinggal di rumah sendiri.Sejak 29 Mac 2004.Cepat sungguh berlalu.Dengan RM 602 sebulan BCB merupakan pemberi pinjaman perumahan.Kini dikenali sebagai CIMB Bank @ cimbeng.

Sedar tak sedar dah nak masuk 10 tahun meninggalkan alam persekolahan dan terfikir juga nak memulakan fasa baru dalam kehidupan dengan menjadi pelajar.Masih berfikir-fikir dan belum membuat keputusan muktamad.Kena minta pendapat dan buah fikiran abang2 dan kakak2 dahulu.Takut nanti kalau kegawatan kewangan ditengah perjalanan boleh minta tolong mereka. Siapa lagi yang kita harapkan kalau bukan ahli keluarga sendiri.

Untuk tujuan murni dan mulia bagi mendalami ilmu,khamis lepas dengan sukarela telah singgah ke KWSP berhampiran pejabat untuk menyemak penyata akaun.Jumlahnya Akaun satu RM20k + dan Akaun dua RM belas2+.Syukur alhamdullilah selepas lebih 9 tahun 5 bulan 13 hari bergelar pekerja walaupun dengan tabungan ASB yang semakin susut masih ada lagi tabungan hari tua.uhuk3.Lebih kurang 28 tahun beberapa bulan untuk sampai ke usia 55 tahun dan nampaknya dah hampir 1/2 perjalanan hidup.Semoga usia shai akan dipanjangkan A-Min.

Lagi 3 bulan 12 hari akan menjangkau usia 27 tahun.Begitu laju masa berlalu.Kekadang rasa ketinggalan dan tercicir dari berbagai cerita dan perkara.Rasanya tahun ini rumah terpaksa ditutup sepanjang syawal dan pada tarikh 11112007.Kalau ada "durian runtuh" insya-alalh mungkin rumah terbuka akan berlaku lagi.

Dalam usia hampir ke 27 tahun shai telah mempunyai 11 anak buah.8 Lelaki dan 3 perempuan.

Anak sendiri? uhuk..uhuk..sensitip2.Insya Allah 11112011.Tengah kumpul hantaran 11,111.11 siapalah yang bertuah itu?Kalau ada jodoh tak kemana.Cepat @ lambat je.Mungkin shai spesis mcm my sister yang berkahwin pada usia 28 tahun sedangkan abang2 yang lain berkawin pada usia 21 & 22 tahun.Mungkin juga alaf baru ni dah tak sama macam tahun 1990-an.

Labels:


3 Kata-Kata Ditinggalkan

shaiMENULIS
@8:38 AM







Inilah S.H.A.I

"Izinkan aku sendiri & menyepi untuk terus mencari ketenangan hati..Aku Yg Kecewa (Shai..14/11)"


Kotak Masa



Kalendar Shai




Kira Jumlah Pengunjung

Free Web Counters

Kotak Mesej

online
Dengan rasminya blog ini di TUTUP (Shaizhar 3/12) Telah berpindah ke SINI,










Credit

DON'T TOUCH>:
Designer: Vanessa, th-emohug
BaseCode: BENDAN
Other[s] : X O X O X


<body>