<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar/7854254935194819848?origin\x3dhttp://shaizharkltower.blogspot.com', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>
Tuesday, July 24, 2007
Bicara Shai - Versi 12 " Kisah Selepas 1 Tahun Berlalu"


shai tidak berperang dengan perasaan lagi selepas kisah 1 tahun telah berlalu dalam hidup shai .

shai tidak lagi merasai tekanan dalam kerja sejak kebelakangan ini. shai rasa happy dengan kerja sekarang dan shai rasa ianya sesuai dengan jiwa dan perasaan shai dan sudah mulai sebati. Sedar tak sedar sudah lebih 7 bulan masa berlalu begitu pantas sekali.Satu jangka masa yang agak sederhana dalam penghijrahan baru untuk satu kerjaya baru.Masih banyak yang perlu shai belajar dan tahu.

Hr & Admin @HCA (Human Capital & Admin nama jabatan shai sekarang) itulah jabatan baru shai sejak 7 bulan yang lalu. shai diberi peluang dan kesempatan untuk dipindahkan ke jabatan HCA kembali menemui Mr MH yang telah hampir 1 tahun berpindah ke HCA terlebih dahulu dari shai .(mcm mengikut lak.. mungkin dah ditakdirkan).Mr MH ialah Pengurus Admin dan shai dibawah selian Isteri ke2 iaitu Puan W.Yup! 14 April lalu Mr MH telah selamat berkahwin untuk kali ke2.Mereka ber2 dipisahkan oleh shai di Pejabat.Khabar berita mengatakan Mr MH akan dipindah ke satu unit baru masih samar - samar biarpun selepas 3 bulan berkahwin dengan staff satu jabatan (erm...jodoh ditangan tuhan..semoga mereka2 berbahagia A-Min).

Akhirnya pagi ini Mr MH telah menerima surat cinta dari Ketua Jabatan HCA dan beliau akan dipindahkan satu unit baru mulai 1 Ogos 2007 dan terus report kepada CEO.

Setahun yang lalu berbagai macam peluang kerja shai cuba.Hantar resume sana dan sini.Ada beberapa syarikat memanggil untuk sessi temuduga tetapi memang berat rasa hati untuk pergi dan berbagai halangan dan dugaan telah diharungi.Antaranya Interview di Muzium Kesenian Islam (masa tue out station di PD) interview di 7 Eleven kemudian jawatan sebagai kerani disebuah syarikat pengeluar pakaian terkenal.Memamg susah untuk mendapat tawaran kerja di Jabatan Kerajaan (kalau ada "orang dalam" mesti senang".Ternyata ada hikmah disebalik semua itu.Penantian shai tidak sia - sia dan akhirnya pada 18 Disember 2006 shai dipindah ke jabatan HCA kerana kerani sedia ada ketika itu Cik A akan ditukarkan bekerja di Menara Alor Star.Alhamdullilah akhirnya doa shai dimakbulkan A-Min.Kesyukuran yang tak terhingga dipanjatkan atas rahmat dan kurnian dari illahi.

Lebih 9 tahun shai di Menara KL.Insya-Allah 17 Feb 2008 adalah ulangtahun ke 10 di sini. Semoga shai akan berpeluang melalui hari tersebut dan bermakna satu dekad akan ditempuhi dan diharungi selepas melalui 1001 macam suka & duka.

shai kini memberi peluang kepada rakan - rakan yang mencari pekerjaan.Kalau ada kerja kosong shai akan maklumkan dari masa ke semasa manalah tahu kalau rezeki mereka di Menara KL.Kekadang peluang yang shai berikan tak sesuai dengan kerja yang dicari.shai minta maaf,hanya itu yang mampu shai tolong.Insya-Allah dimana ada kemahuan disitu ada jalan.

Usaha tangga kejayaan.Untuk berjaya kita mestilah berani mengambil risiko dalam membuat keputusan.Walaupun sukar untuk dilaksanakan kekuatan

Beza kerja dulu dan sekarang ialah kalau dulu shai kerap outstation dan overtime tapi kini sebaliknya.Hampir 98% di pejabat lagi 2% sekiranya ada tranning,meeting atau urusan luar pejabat yang jarang - jarang sekali.Overtime pun tak ada.Memang susah nak dapat duit tambahan melainkan kalau ada overtime yang datangnya dari jabatan lain.Apa pun yang terjadi pasti ada rahmat disebalik semua itu.Aku tetap bersyukur dan redha dengan ketentuan dari illahi.

Labels:


0 Kata-Kata Ditinggalkan

shaiMENULIS
@8:29 AM







Inilah S.H.A.I

"Izinkan aku sendiri & menyepi untuk terus mencari ketenangan hati..Aku Yg Kecewa (Shai..14/11)"


Kotak Masa



Kalendar Shai




Kira Jumlah Pengunjung

Free Web Counters

Kotak Mesej

online
Dengan rasminya blog ini di TUTUP (Shaizhar 3/12) Telah berpindah ke SINI,










Credit

DON'T TOUCH>:
Designer: Vanessa, th-emohug
BaseCode: BENDAN
Other[s] : X O X O X


<body>