
Semalam aku bermimpi.Mimpi dikatakan mainan tidur.Tapi mimpi aku kali ini agak bermaksud.
Aku bermimpi menaiki sebuah sampan mendayung dipersisir pantai.Menyusuri satu kawasan yang asing bagi aku.Destinasinya tiada berpenghujung.Aku terjaga dari tidur.Walaupun 017 aku di silentkan aku menerima sms dari seseorg pada jam 5.30am (lebih kurang).Aku mengerti janjinya masih belum ditepati.Janji tetap janji.Jangan biarkan aku hilang kepercayaan kerana janji yang diharapkan tak tertunai.
Aku terfikir,apakah destinasi aku dalam kehidupan ini?Apa arah tujuannya.Apa yang aku mahukan dan apa yang orang mahukan dari aku.Akhirnya aku telah putuskan untuk berdiam seketika.Berdiam lebih baik? Harap - harap aku betul.Mungkin berdiam lebih baik untuk ketika dan saat ini.
Aku tahu sepanjang hampir 27 tahun usia aku.Banyak orang berkecil hati dengan sikap aku. Terlalu ramai yang tak mengerti tentang aku.Tersangatlah kerap kali orang tersalah faham dengan aku.Kenapa?Mengapa? Adakah kerana sikap aku lebih banyak yang buruk dari baik.
Aku sesungguhnya tidak pernah mencari musuh apa lagi untuk bermusuh.Aku juga tak ingin bersengketa jauh sekali memutuskan sesuatu ikatan persahabatan.
Bagi aku ikatan persahabatan umpama membina sebuah jambatan.Sekiranya jambatan yang dibina runtuh.Maka tiadalah lagi jalan untuk ke sana,berhubung dan terus berkongsi segalanya.
Jika bagi orang lain persahabatan begitu mudah untuk dirobohkan.Terpulang pada individu. Sesungguhnya nilai persahabatan lebih dari emas dan permata.Persahabatan juga tidak boleh dijual beli.Kalau ianya dijual beli ,agaknya berapa harganya.
Izinkan aku pergi seketika..mencari ketenangan diri.Berapa lama? Aku sendiri tak pasti.. mungkin sejam,barangkali 24 jam, 2 hari , 5 hari , 1 minggu , 3 minggu , sebulan atau mungkin setahun dan bertahun - tahun lamanya.Insya -Allah , dengan izin Allah S.W.T aku pasti akan kembali.Bukan merajuk hati,jauh sekali membenci.Aku lakukan untuk kebaikan.Bukan sahaja untuk diri sendiri tapi untuk semua orang.
Semangat aku telah hilang tiba - tiba.Kekuatan aku untuk meneruskan bicara terhenti tiba - tiba.Populariti bukanlah yang dicari.Glamour bukanlah yang aku pinta.Aku hanyalah seorang insan yang cuba menjadi diri aku sendiri.Aku tak ingin menjadi diri orang lain.Aku telah dilahirkan begini aku sedaya mungkin ingin menjadi lebih baik dari semalam dan berusaha memperbaiki diri.
'Adakah menangis dikatakan sebagai perempuan' masih lagi menjadi ingatan dikotak fikiran aku. Aku tertanya - tanya apa dosa aku menangis? salahkah lelaki menangis?Dimana letaknya harga air mata seorang lelaki?Kenapa aku terus seperti terasa bagaikan "dihina" sedar atau tidak manusia tidak boleh lari dari perasaan "terasa".Hakikatnya aku terasa hati bila mana diri aku diibaratkan seperti mana yang orang lain fikirkan.Aku tak minta lahir sebegini.Aku sudah melalui begitu banyak cemuhan,penghinaan,cacian di masa kecil dan remajaku hanya kerana aku dilahirkan "lelaki lembut" Ya Allah Ya Tuhanku apakah aku ini hina disisimu? Sesungguhnya aku bersyukur dapat melihat keindahan duniaMu, menikmati keagunganMu.Aku cuba menjadi manusia yang bersyukur.
Open minded? Berfikiran terbuka..semahu mungkin aku ingin jadi sebegitu.Tapi ternyata dalam sesetengah perkara sikap keterbukaan tak dapat aku tunjukan.Aku rasa orang lain juga sebegitu. Tak apalah,kalau itulah yang terjadi aku tidak dapat berkata apa - apa.Manusia tak semuanya berfikiran terbuka.
Salam faham sering terjadi dan ianya akan terus berlaku.Oleh itu aku putuskan untuk tidak terus buat orang salah faham dengan aku.Jadinya kalau tak terus timbul salah faham pastinya perkara - perkara yang aku hadapi tidak akan terjadi.Apa perkara itu? Sukar untuk aku bicarakan ketika ini.
Kemaafan?Aku sedaya mungkin juga memaafkan orang lain."sedangkan nabi ampunkan umat". Kita bukan nabi,kita hanyalah manusia yang tak boleh lari dari melakukan kesilapan.Sekiranya kita melakukan kesalahan atau kesilapan berusahalah untuk memohon kemaafan.Namun sekiranya kemaafan itu begitu berat bagi seseorang memaafkan berserahlah kepada tuhan semoga akan terbuka pintu hatinya untuk memaafkan dosa - dosa kita.
Kerana nila setitik rosak susu sebelanga? Wah! begitu berat untuk aku ulaskan ungkapan perumpamaan ini.Mungkin ada kebenarannya,kerana satu kesilapan seluruh kebaikan kita dianggap keburukkan dan semua kenangan bersama padam bagaikan musnahnya sebuah kota yang bercahaya kini malap menjadi destinasi gelap gelita.
Jiwang? aku jiwang? kata - kata aku jiwang? sedaya upaya aku cuba untuk menulis,membicara atau menyatakan sesuatu dengan ayat yang lembut mempunyai ciri - ciri kesopanan agar tidak menguris hati sesiapa.Inilah aku,seorang insan bernama shai.Aku tak ingin terus sakitkan hati sesiapa dan akhirnya diri sendiri yang terasa kesakitan.
Terimalah shai seadanya.Itulah yang sering aku katakan.Sekiranya tidak,anggap sahaja shai ini seperti bayang - bayang yang tak perlu hadir dalam kamus hidup mereka - mereka yang tidak sedia menerima diri aku seadanya.
"Hanya yang mengerti akan memahami" coretan Bicara Shai - Versi 5 'Izinku pergi..seketika" tidak menyebut nama sesiapa.Tidak ditujukan untuk menyakitkan hati sesiapa dan untuk merosakkan hubungan atau membuat orang terus terasa hati dengan bicara shai.Terimalah bicara ini sebagai mana anda menerima shai sebagai seorang insan atas nama Sahabat.
Akhir bicara "Izinkan ku membawa diri..bayu sampaikan salam perpisahan oh! dariku"
"Mengalah bukan bererti Kalah".