<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar/7854254935194819848?origin\x3dhttp://shaizharkltower.blogspot.com', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>
Thursday, May 31, 2007
Berita Dari Meja Msjbox.com




Khas untuk semua warga Msjbox, kita telah dijemput oleh Geng Jurnal untuk menjoinkan diri ke aktiviti diaorang. Bagi sesiapa yang nak join aktiviti nih boleh la letak nama korang kat Msjbox. Nanti JUNAIDIX akan update kat Msjbox


Aktiviti mencarik harta karun merangkap explorace ni kalau korang nak join kena ada team. Satu team 3 orang. so aku nak setup seberapa banyak team yang boleh untuk menghebohkan suasana. Menang atau kalah tak penting.Yang penting korang boleh feeling sendiri macam mana nak explorace sekitar KL :)


Team Msjbox A: (1) JUNAIDIX (2) Carneyz (3) Shai
Team Msjbox B: (1) She_da (2) Jebat (3) Retna
Team Msjbox C: (1) Kiki (2) Meera (3) Sodep
Team Msjbox D: (1) Mr.Azlie.JR (2) Member azlie (3) Epull (Kwn Kiki)
Team Msjbox E: (1) ..... (2) ....... (3) .......
Team Msjbox F: (1) ..... (2) ....... (3) .......


Untuk team yang tak der transport, korang boleh guna public transport untuk bergerak dari satu zon ke satu zon. Tapi kalo ader motor lagik bagus! Tak sangkut dalam jem beb! :p

Untuk sesiapa yang tak nak join program pegi carik harta tu, korang boleh gak join sebelah petang untuk aktiviti santai merangkap piknik. Makanan bawak sendirik yer.. hehe..


Senarai hadir piknik:
1) Yatt
2) Ducks
3) .....
4) .....
5) .....
6) .....
7) .....
8) .....
9) .....
10) .....


So diharap korang semua dapat mengenjoykan diri pada hari kejadian sesambil berkenanlan dengan Geng Jurnal.


Berita dari Msjbox.com (copy&paste +edit sikit)



FAQ TREASURE HUNT
  • Apakah nama program ini?

Treasure Hunt 'Elarti' yang dianjurkan sempena sambutan hari weblog sedunia
  • Mengapa Treasure Hunt 'Elarti'?

'Elarti' adalah bunyi sebutan yang dieja kembali untuk LRT (Light Rapid Transit). Treasure hunt kali ini menggunakan konsep bersektor, dimana setiap sektor berada dikawasan stesen LRT. Dengan erti kata yang lain, pengangkutan untuk bergerak ke setiap sektor boleh menggunakan LRT.


  • Apa itu treasure hunt?

Satu bentuk permainan pencarian perkataan yang mengabungkan beberapa teknik dan strategi untuk penyelesaian


  • Saya tidak ada pengalaman, bolehkah saya turut serta?

Boleh. Jadikan program ini pengalaman pertama anda


  • Saya tidak mahu menyertai treasure hunt, bolehkah saya menyertai sambutan hari weblog ini?

Boleh. Anda masih boleh menyertai program santai di sebelah petang tetapi anda akan terlepas pengalaman berharga dan tidak merasai keseronokan berganda ketika treasure hunt


  • Treasure hunt kali ini konsep apa?

Konsep Town Walk-Hunt, jenis pencarian bersektor


  • Berapa orang dalam satu pasukan?

3 orang ( mandatori ). Gabungan tidak mengira usia, jantina atau status


  • Berapakah bayaran yang dikenakan?

RM21 setiap kumpulan. Dengan kata lain, setiap ahli kumpulan RM7


  • Apakah perlu meletakkan nama kumpulan?

Perlu. Untuk memberikan identiti tersendiri kepada kumpulan anda dan memudahkan urusan penandaan kertas jawapan


  • Pakaian apa yang perlu saya pakai?

Anda perlu berpakaian, jika tidak mahu berpakaian seragam sewaktu lahir. Disarankan memakai pakaian yang menunjukkan anda dalam satu kumpulan yang sama. ( cth : kumpulan Pink Platun – memakai swimming suit dan bersayap berwarna merah muda, misalnya )


  • Dimanakah program ini bermula?

Dataran Merdeka – tempat letak kereta Perpustakaan Kuala Lumpur & Muzium Kuala Lumpur


  • Dimanakah program ini berakhir?

Taman Tasik Titiwangsa – tempat letak kereta bersebelahan Stadium Titiwangsa
  • Tentatif acara?

Pendaftaran - 0930

Sessi Penerangan - 1000

Flag-Off - 1030

Penalti - 1400

Tamat - 1430

Tempoh Maksimum - 4 jam


  • Saya tidak mahu datang awal, masih bolehkah saya menyertainya?

Boleh. Tetapi mestilah datang sebelum Flag-Off bermula pada jam 1030 pagi. Tetapi anda akan terlepas sessi penerangan.


  • Saya datang lewat selepas Flag-Off, masih bolehkah saya menyertainya?

Maaf. Sila hadir di Taman Tasik Titiwangsa bermula jam 1400 petang untuk pendaftaran program santai.


  • Perlu bawa apa?

Disarankan untuk membawa kamus, thesaurus, pemadam, cecair pemadam, pen, pensel, pembaris, clipboard dan yang difikirkan perlu seperti lipstik, compact powder dan sunblock, barangkali.


  • Apa yang saya akan dapat?

Hadiah dan gelaran kemenangan ( jika menang ), goodies bag, pengalaman, persefahaman, kenalan baru dan kenangan manis yang tidak ada dijual di 7-eleven.

Pengesahan penyertaan terakhir adalah pada 13 JUN 2007 ( RABU ) sebelum 5.00 petang untuk memudahkan urusan teknikal.
Emailkan kembali senarai nama peserta dan kumpulan kepada attokz@gmail.com .

Labels:


0 Kata-Kata Ditinggalkan

shaiMENULIS
@8:04 AM







Inilah S.H.A.I

"Izinkan aku sendiri & menyepi untuk terus mencari ketenangan hati..Aku Yg Kecewa (Shai..14/11)"


Kotak Masa



Kalendar Shai




Kira Jumlah Pengunjung

Free Web Counters

Kotak Mesej

online
Dengan rasminya blog ini di TUTUP (Shaizhar 3/12) Telah berpindah ke SINI,










Credit

DON'T TOUCH>:
Designer: Vanessa, th-emohug
BaseCode: BENDAN
Other[s] : X O X O X


<body>