<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar/7854254935194819848?origin\x3dhttp://shaizharkltower.blogspot.com', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>
Monday, November 5, 2007
14 : "Sana Sini Open House"


Sana sini ada jemputan open house.Terima Kasih pada yang menjemput.Kat atas tue gambar yang lebih banyak sewaktu Msjbox OpenHouse Hari Raya 2007 yang telah berlangsung dengan jayanya pada 03/11/2007 yang lalu.Terima kasih pada yang hadir.Pada yang tak dapat hadir,layan jelah gambar2 kenangan itu.

Dari Taman Gombak Permai,merempitkan diri ke Bandar Kinrara Puchong,rumah ofismate yang bernama Roszita.Wah! lawa umah dia.Sampai sana dalam 8.10pm dalam rintik2 hujan.Sempat melawat hingga ke dapur.RM2 ribu yek kabinet tue. he3.Menu yg tinggal ialah laksa, pulut kuning dan rendang serta kuah lontong.Satay dah habis (hu3 x de rezeki).Makan sikit je sebab lepas tue ada open house lagi.

Destinasi seterusnya ialah dirumah my best friend.Kat tingkat berapa ntah lupa nak kira sebab naik lift.Memang ramai tetamu yang datang ketika itu dah nak pukul 9.30pm lebih kurang. Menunya memang lah banyak.Ada nasi beriyani (betul kan?) ada rendang ayam, ayam masak merah,ada roti jala,ada apa lagi yek?? popia pun ada , buahan-buahan dan macam2 lagi la.Tak dapat nak berlama-lama sebab keadaan tak mengizinkan lagi pun tetamu ramai "gile" sampai keluar2 umah.Ada juga yang duduk makan kat depan pintu bilik.Thank my best friend.Soory yek, umah aku closed tahun ini.Tahun depan insya-allah.Nanti aku belanja kau satay yek! :p

Dari situ menuju ke satu destinasi rahsia.jeng..jeng.. kisahnya juga biarlah menjadi rahsia.Sampai rumah dah pukul 12.02pm, kemudian "alarm clock" pun berbunyi.Alamak.. lupa.. wish birthday kat somebody."Happy Birthday Fazamani" :p dah belated pun.Aku org ke 6. Tak pe kita tunggu nanti kau org yg ke berapa wish birthday aku pulak.

04 Nov 2007,Ahad dan ini kisahnya...

Keluar rumah seawal 8.00am menuju ke pejabat dan punch card pukul 10.0am (baru start kerja) sempat juga update blog (entry sementera) with pic Msjbox OpenHouse Hari Raya 2007 yang sempat di cilok dari picasa kak shida.

Buat persiapan terakhir sebelum MenaraKL OpenHouse Hari Raya 2007 yang bermula 12.00pm nanti.Kelam kabut jugalah nak bersiap.Tetiba terlupa pulak bawa butang baju melayu. Aduh! tanya orang itu dan orang ini.Akhirnya "cilok" si firdaus punya.Dia pakai 3 butang aku pakai 2.Ha3.Belasah jelah labu.Pukul 11.30am dah kena stand by kat kaunter pendaftaran. Alih2 dapat tugas2 khas lak, masukkan duit raya dalam sampul.Mula2 buat sorg lepas tue si Mar datang membantu.Pukul 12.oopm tetamu datang tak putus2.Mula2 kena jaga bahagian media untuk sementara dan kemudian baru membantu di kaunter pendaftaran guest pulak. Tetamu datang tak putus2 sampailah ke pukul 4pm.Lepas pukul 4pm pun ada lagi yang datang.

Happy sangat bila x-staff datang.Thanks utk zulhaida,rohana,rohaya,zie,yan,shahril,julia , tinie, ashrul,zul,rubiah lagi siapa yek? oh! si bakal pengantin perempuan yg kecoh iaitu akma dtg bawa kad kawin 2/12 ni dengan soffree budak labuan yg juga x-staff.Kecoh2 suasana mcm reunion lah pulak.Best..best..x-bos pun ada dtg mcm x-ceo Puan Shahidah,En.Nasir dan juga my x-bos tuan hj yasim.Minta maaflah semua x sempat nak bual2 panjang.(Alah mcmlah dia org baca blog ini)

Hampir pukul 5.00pm (kalau tak silap) merempitkan diri menuju ke Bandar Tasik Kesuma, Semenyih Selangor.Fuh! jauh gila rumahnya.X-opismate Kak Suzie.Alhamdulillah selamat juga tiba walaupun membawa hujan bersama.He3.Hujan lebat sampai ke malam.Makan2 dan minum2 sampai kembung.Bual2 dan kembali membuka cerita lama sambil2 mengenang2 saat2 suka duka dulu.Erm..dah hampir setahun x jumpa Kak Suzie nie dan sebelum tue dekat 7thn lost contact.Akhirnya tahun lepas berjumpa juga kita orang.Bezanya sekarang bukan lagi single tapi dan ber4.Bersuami dan sepasang anak yg comel.He3.Dia org mesti akan remember "abg" nie sebab layan dia org main.Teringat kat anak2 buah.Oh! lupa..menu disediakan ialah Mee Kari with kerang (i tak makan kerang hu3).Speegeti, buah tembikai (i like), kek dan penutup teh "o" panas.Sekitar 8.30pm aku terpaksa memohon diri untuk pulang "ke sarang" selepas lebih 2 jam bertapa di rumah Kak Suzie.Rumah baru tue.Sempat gak tanya berapa harga kabinet dapur. RM 1,900.00 je.Sempat gak kenal2 ngan tukang membuat kabinet itu.Pulang dengan penuh senyuman biarpun diiringin titisan hujan sepanjang jalan.

Hampir 10pm,selamat sampai di rumah (sebelum tue singgah tapau "Fast Food"..cuba teka apa?) Layan2 tv kejap kemudiaanya merehatkan diri selepas 2 hari berpenat lelah.

Labels:


0 Kata-Kata Ditinggalkan

shaiMENULIS
@12:24 PM







Inilah S.H.A.I

"Izinkan aku sendiri & menyepi untuk terus mencari ketenangan hati..Aku Yg Kecewa (Shai..14/11)"


Kotak Masa



Kalendar Shai




Kira Jumlah Pengunjung

Free Web Counters

Kotak Mesej

online
Dengan rasminya blog ini di TUTUP (Shaizhar 3/12) Telah berpindah ke SINI,










Credit

DON'T TOUCH>:
Designer: Vanessa, th-emohug
BaseCode: BENDAN
Other[s] : X O X O X


<body>