<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar/7854254935194819848?origin\x3dhttp://shaizharkltower.blogspot.com', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>
Monday, July 23, 2007
Bicara Shai - Versi 11 " Coretan Setahun Yang Lalu"


Shai berperang dengan perasaan lagi.

Dengarlah bisikan oh! hatiku.. Dengarlah rintihan ku yang sayu..cry

Shai merasai tekanan yang amat sejak kebelakangan ini.Sebelum ini Shai penah luahkan perasaan disini.Shai ingin "berhijrah" tapi bersediakah Shai melaluinya? Kuatkah Shai menghadapinya? Sukar untuk Shai ucapkan dengan kata - kata. Sukar lagi untuk meluahkan dengan nyata.Apa pendirian Shai yang sebenarnya.

Melangkah pergi dari sini.. atau terus setia disini.Walaupun tekanan dan bebanannya tak mampu Shai pikul lagi.Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul.Semua ini terjadi 4 bulan lalu.Shai "ditinggalkan" keseorangan sedangkan pengurus Shai Mr MH dan 3 lagi rakan sekerja dalam satu unit telah dipindahkan ke jabatan lain.Shai terkapai-kapai.Shai hilang arah dan Shai seperti "dibuang".Mungkin itu perasaan Shai .Benar juga Shai seorang yang berkerja mengikut arahan.Bila Shai menerima pengurus baru dengan cara kerja, sikap dan tingkah lakunya yang berbeza dari sebelum ini,Shai rasa tak selesa dan Shai rasa "tension/stress/tertekan".Mungkin Shai tak dapat pikul beban kerja yang diberikan pada Shai Kenapa ianya terjadi?? Shai rasa jiwa Shai bukan lagi disini.

Apa harus Shai lakukan?? Sebagai permulaan Shai akan cuba mencari peluang kerja lain.Walaupun berat rasa hati untuk melangkah pergi Shai harus nekad.Pilihan terakhir yang Shai ada ialah pulang kembali ke desa tercinta. Walaupun sukar tapi itu sahaja yang Shai ada.Mungkin Kuala Lumpur bukan lagi dunia Shai sekiranya inilah pilihan yang Shai buat.

Masa tercari-cari jawapan yang pasti.Namun untuk ketika ini Shai akan terus berada disini selagi Shai termampu.Shai rasa setiap yang bermula pasti akan berakhir. Kesudahan cerita perjalanan Shai selama lebih 8 tahun disini perlu juga ada penamatnya.Sama ada penamat yang baik atau sebaliknya.

Shai mengharapkan bantuan dari rakan-rakan,sekiranya ada kerja yang sesuai untuk Shai.Inilah cabaran dalam kehidupan.Membuat keputusan demi merubah masa depan.Shai harus kuat dan cekal dalam menghadapi semua ini.Shai bermohon pada yang Masa Esa,semoga Shai diberi pertunjuk yang terbaik dalam memilih yang terbaik bagi perjalanan kehidupan seorang bernama Shai selepas ini.

Kebelakangan ini juga Shai tidak lagi berkesempatan berada di pejabat.Tak mampu online YM.Melayari internet seperti selalu.Apatah lagi berkunjung dari satu blog ke satu blog seperti kelazimannya.Maaf Shai ungkapkan buat semua rakan-rakan dan pembaca blog ini.Shai menerima tugasan baru dalam kerja Shai yang memerlukan Shai tidak berada dipejabat sepanjang hari.Inilah juga antara bebanan yang perlu Shai pikul.Ntahlah..kenapa Shai rasa perjalanan hidup kebelakangan ini terlalu perit.Shai cuba menghiburkan hati.Shai cuba untuk menenangkan diri.Tapi ternyata Shai sering berperang dengan perasaan.Tidur malam Shai tidak lagi indah.Makin di fikir makin jiwa ini memberontak.Shai apa pilihan kau?? Shai apa keputusan kau??

Perjalanan hidup seorang insan bernama...Shai akan diteruskan walaupun sukar dan payah.Kepadamu Tuhan aku bermohon.. berilah pertunjuk kepadaku.

Kisah selepas 1 tahun dalam entry Bicara Shai Versi 12 "Kisah Selepas 1 tahun berlalu"

Labels:


2 Kata-Kata Ditinggalkan

shaiMENULIS
@8:23 AM







Inilah S.H.A.I

"Izinkan aku sendiri & menyepi untuk terus mencari ketenangan hati..Aku Yg Kecewa (Shai..14/11)"


Kotak Masa



Kalendar Shai




Kira Jumlah Pengunjung

Free Web Counters

Kotak Mesej

online
Dengan rasminya blog ini di TUTUP (Shaizhar 3/12) Telah berpindah ke SINI,










Credit

DON'T TOUCH>:
Designer: Vanessa, th-emohug
BaseCode: BENDAN
Other[s] : X O X O X


<body>