<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar/7854254935194819848?origin\x3dhttp://shaizharkltower.blogspot.com', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>
Tuesday, June 5, 2007
Aku & Perasaan "Di sini Bicara Bermula"


Kebelakangan ini banyak sekali perkara yang berlaku dalam hidupan aku. Diuji dengan perbagai dugaan.Sesekali aku terfikir, kenapa aku harus terus diuji? mengapa dan apa sebabnya?

Mungkin aku mampu mengukirkan senyuman, tapi ikhlaskah senyuman itu?Kekadang aku moody x bertempat dan bermuka masam sepanjang hari.Namun dalam hati aku cuba untuk senyum.Ternyata aku sering kali tewas dan tidak mampu menipu diri sendiri.

Musim duka yang berlalu berakhir dengan satu tanda tanya? Adakah dia masih kawan aku dan adakah aku masih menjadi kawan dia.Jawapan aku biarlah masa menentukannya.

Kebelakangan ini aku tak banyak bercakap.H/Phone yang berbunyi
juga jarang dijawab terutama hotlink itu.Aku tak nak diganggu dan dikacau.

Aku selalu silentkannya agar tidak memekak.Teman SMS merupakan tempat aku berkomunikasi walaupun masih ada perasaan yang aku pendamkan cukuplah kalau
dia tahu sedikit cerita kesedihan tentang aku.

Namun kebelakangan ini aku cuba menjauhkan diri dari salah
seorang dari mereka.

Kenapa? Tiada kata dapatku ucapkan melainkan perasaan
cemburu yang bersarang dihati.Akanku biarkan ianya berlalu
pergi tapi masih berparut dihati.Kenapa aku begini?

Ya! aku menyimpan kesedihan yang berlalu 10 tahun ini dan ianya
juga membuatkan perasaan aku tidak tenteram.

Kisah apa? Cukuplah aku katakan ianya mengenai "Mak".

Namun aku terasa hati sedikit hari ini,bila mana aku rasa seperti
dipinggirkan.Salah kah aku? terukkan aku? tak pentingkah aku?
atau mereka sudah lupakan aku.

Akhirnya setelah berfikir semasaknya.Aku percaya aku bukan
terbaik untuk mereka.Siapalah aku yang mengharapkan sesuatu itu.
Kalau aku diingati pasti aku tetap dihati.Tapi kalau aku dipinggirkan
biarlah aku menjadi seperti pemerhati dari kejauhan.

Sayu rasa hati, pedih datang sekali.Aku harus tenang menghadapi
dan tanpa memikirnya lagi.Perlukah aku meninggalkan dunia
blog ini? seperti mana aku nekad meninggalkan dunia YM dengan
rakan - rakan yang berbagai macam ragam.Oh! aku sedar, aku tak
mampu hidup sendiri.Mungkin panggung wayang hanya mampu
menjadi temanku untuk satu masa yang singkat namun mampukah
teman yang sudi menemaniku setiap waktu?

Terlalu banyak tanda tanya untuk aku leraikan.Apa pun, aku
harap walaupun aku jauh dari Mak,aku akan tetap sentiasa
dekat dan berada didalam hatinya.Aku akan cuba berada disisinya
sedikit masa nanti.

Alangkah indahnya kalau aku dapat sentiasa melihatMak didepan mata.
Sekiranya ianya pergi, pasti aku akan menyesal!(hatiku sedang menangis)

Labels:


0 Kata-Kata Ditinggalkan

shaiMENULIS
@10:04 AM







Inilah S.H.A.I

"Izinkan aku sendiri & menyepi untuk terus mencari ketenangan hati..Aku Yg Kecewa (Shai..14/11)"


Kotak Masa



Kalendar Shai




Kira Jumlah Pengunjung

Free Web Counters

Kotak Mesej

online
Dengan rasminya blog ini di TUTUP (Shaizhar 3/12) Telah berpindah ke SINI,










Credit

DON'T TOUCH>:
Designer: Vanessa, th-emohug
BaseCode: BENDAN
Other[s] : X O X O X


<body>