<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar/7854254935194819848?origin\x3dhttp://shaizharkltower.blogspot.com', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>
Monday, June 11, 2007
Aku & Perasaan Episod 7 (M.o.o.d.y) + Episod 6 "Gembira dlm Duka"


Isnin ialah hari Monday Blues, tambahan pula selepas 10hb, meja aku diofis memang penuh dengan Overtime Staff yang perlu disemak,di tanda tangan dan disahkan oleh aku.

Selain 6 jabatan, terpaksa juga menyemak dua lagi organisasi dalam syarikat ini.Fuh! time macam nie le yang buatkan Mood aku dipagi - pagi hari telah hilang.Dengan siapa pun aku malas nak cakap.Kalau boleh telefon macam nak cabut je.muahahahaha...

Tapi nak atau tidak kerja tetap kerja.Lepas dah siap kena key in pulak.Nasiblah pusingan pertama siap dalam jam 1.15 petang.So leh lah break makan jap.

Ingatkan petang boleh relax sikit,tapi satu lagi beban datang bertimbun atas meja.Bukan sekadar overtime ada juga bersama claim-claim, medical, cuti, mc staff.Yang utama aku dahulukan dulu.Yang cuti ngan mc tue aku campak tepi dulu.Dah lah sekarang nak kena key in cuti & mc dalam system SAP.(bukan Saja Ambik Periksa)

Dalam dok semak menyemak overtime staff shift ni, ada pulak tugas harus disegerakan. Satu benda yang aku tak belajar atau pergi tranning.Hanya tengok manual sahaja.Nielah dia system, punyalah canggih sampai menyusahkan orang.Godek punya godek tahulah sikit macam mana nak buka dan akhirnya hilang punca gak.Minta tolong PA yang busy itu.Sian dia busy sangat hari ini.Last2 Manager procument datang my desk, so minta dia ajar. Fu lamak!! kacang je..

Petang ni dok busy chat mcm biasa ngan anak murid aku.Ajar dia tukar templates tapi dia mcm blurr je.Dah pandai dah tue!! cuma x reti nak bawa masuk msjbox + shoutbox pindah ke blog je. x pe nanti cikgu ajarkan.Petang nie juga aku chat ngan chik "ya ampun, aku gurau2 senda je ngan kau.Macam la kau x kenal aku" lepas tue shay pun online YM macam2 benda kita org cerita. Terima Kasih atas tip's yang diberikan.Ish.. tips nak cepat dapat jodoh tak de ke???


Aku & Perasaan Episod 6 "Gembira dlm Duka"

Sabtu berlalu dengan satu peristiwa menghadiri majlis jamuan makan di rumah kak retna.

Peristiwa sebelum pergi majlis tue tak payah dicerita.Dalam sekitar 2.30pm dah berada di depan rumah Chik untuk ambik Kek.Tetiba ternampak kak ayu didepan pintu rumah.Time baru nak bergosip ngan kak ayu ada pulak call masuk.(malas nak terus bercerita) Terima Kasih pada yatt (secara tak langsung) dan Chik yang membuat Blueberry Cheese Cake untuk dihadiahkan di majlis kak retna (penaja bersama)

Macam mana aku boleh terlajak? Bila dah nak dekat Giant Batu Caves baru perasaan aku sudah terlajak jalan.Ini lah padahnya kalau merempit sambil berangan.Terpaksa conner baring depan Giant tue.Akhirnya sampailah juga rumah kak retna untuk kali ke 2.Ish mula2 nak conner sebelah kiri nampak macam meriah je.Rupanya ada kenduri kawin dah!

Aku macam biasa "memalukan diri" dan duduk tersipu malu (tak makan apa2 sebenarnya sejak pagi, so perut sudah masuk angin) Dengan muka tak malu sessi makan memakan bermula. Sedap satay ayam, bakar sendiri ke kak retna?

Dah puas didalam rumah melarikan diri ke luar rumah lak (ambik angin) sambil borak2 kosong. Time nie lah makan 2 jenis kek (my peberet tue).Dalam masa tue juga masih tertanya - tanya dimana Jun & wifenya.Lamanya bersiap? Bila je mak kak retna tak de, dan pesan "buat macam rumah sendiri" kita org mengenjoykan diri le.(Tetap bersopan santun) ada yang tumpang buang hajat besar dan kecil.Ish3 anak sapalah yang tumpahkan air itu? Sambil jeling2 kak shida.Paling kesian anak2 buah kak meera yang dah bosan tahap gaban.Aku malas nak tegur dan berborak kan dikata "gatal".

Sessi makan untuk kali ke 2 pun bermula.Sambil menonton astro dan "mengalerkan diri".

Sessi melihat T-shirt oren dan T-shirt black & white pun bermula.Ish.. sapa yang test pakai baju tue? Nampak slim je..ish..umie dah kurus le.hehehehe

Bincang nama kumpulan sikit punya lama.Last2 nama ini lah yang berjaya dicipta dan dipersetujui bersama.
1) Team Msjbox A : "Kaler Magic"
2) Team Msjbox B : "Kaler Ayer"
3) Team Msjbox C : "Kaler Pensel"
4) Team Msjbox D : "Kaler Krayon"

Unik! kan.. hanya kami dan keluarga kami je yang tahu maksudnya.Muahahahahaha.

Tapi idea sodep menerusi sms nya paling kelakar! mcm boleh buat lirik lagu tema kumpulan dah!

Sessi dalam rumah berakhir diluar umah lak.Bincang membincang tak habis2 juga (kena buat perjumpaan khas le) Mak kak retna pun dah balik, lepas tue ada tetamu lak. Kita orang mengeluarkan diri le dan bergambar2 di luar rumah lak (ingatkan rombongan merisik! ooops.. nasib baik ber2 je..lalalala)

Akhirnya sebelum senja melabuhkan tirainya,kami semua beransur meninggalkan rumah kak retna.Terima Kasih kak retna.

Walaupun perasaan aku seakan gembira namun kedukaannya aku pendamkan.Mungkin sukar mengukir senyuman namun siapa tahu penderitaan yang aku alami.Sesungguhnya kenapa susah untuk seseorang memahami setiap apa yang aku katakan? Aku manusia yang tetap dengan pendirian.Aku selalu merancang perjalanan dan jenis yang tak suka membazirkan masa. Harap mereka yang bernama kawan sedar bertapa pentingnya masa bagi diri aku.Mungkin orang lain suka membazirkan masa tetapi tidak aku yang bernama shai.Kepada yang terasa dengan sikap dingin aku kebelakangan ini, hanya dapat ku pinta.Ternyata rajuk aku padamu wahai cik zura..sudah berakhir.Semoga kita akan kembali seperti sedia kala walaupun ditakdirkan menjadi teman bicara selamanya.

Labels:


0 Kata-Kata Ditinggalkan

shaiMENULIS
@2:01 PM







Inilah S.H.A.I

"Izinkan aku sendiri & menyepi untuk terus mencari ketenangan hati..Aku Yg Kecewa (Shai..14/11)"


Kotak Masa



Kalendar Shai




Kira Jumlah Pengunjung

Free Web Counters

Kotak Mesej

online
Dengan rasminya blog ini di TUTUP (Shaizhar 3/12) Telah berpindah ke SINI,










Credit

DON'T TOUCH>:
Designer: Vanessa, th-emohug
BaseCode: BENDAN
Other[s] : X O X O X


<body>