<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar/7854254935194819848?origin\x3dhttp://shaizharkltower.blogspot.com', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>
Thursday, June 7, 2007
Aku & Perasaan Episod 3 " Sengsara Berpanjangan" Episod 4 - M.A.K


Aku & Perasaan Episod 3 & 4

Episod 4 [M.A.K]

Kembali ke bicara asal.Emosi & perasaan yang terganggu pasti bersebab dan salah satu faktornya ialah mengenai MAK.

Mak yang melahirkan aku, membesarkan aku dan menatang aku bagaikan minyak yang penuh.

Sentiasa cuba untuk menyebelahi aku , walaupun masa aku kecik dulu aku tahu aku bukanlah anak kesayangan utamanya.Namun sebenarnya kasih sayang Mak untuk semua anak - anaknya walaupun pada hakikatnya Mak dan Kakak aku seperti minyak dan air.Aku harap selepas Kakak aku berpindah duduk sekali serumah di kampung dia akan berubah.40thn usianya pasti dia tahu menilai mana baik & buruk serta sedar kasih ibu membawa ke syurga.

Malas nak fikir pasal kakak aku ini, dulu masa aku kecik dia memang faham aku tapi selepas dia dah kawin kami dah tak ada kesefahaman macam dulu.Tapi aku redha je le dengan apa yang telah berlaku.Aku akhirnya dapat hidup berdikari diatas kaki sendiri selepas beberapa tahun menumpang dengannya.

Flashback lah pulak! berbalik pasal Mak yang dah menghidap sakit Kansel sejak 11 tahun lalu, selepas beberapa kali menjalani pembedahan serta sudah masuk berbelas kali keluar masuk wad.Berita Mak yang akan berada di Hospital selama hampir 2 bulan membuatkan emosi aku terganggu kebelakangan ini.Banyak yang bermain difikiran aku.Kalau Hospital di Alor Star aku tak kisah, ayah aku boleh datang melawat setiap hari, kakak dan abang ipar aku pasti ada sedikit masa untuk berada disisi Mak.Saudara mara aku yang lain, sepupu - sepupu dan jiran sekampung pasti boleh tengok - tengokkan Mak.Tapi!!! Mak kini di Hospital Pulau Pinang. Sejak 5 hari lalu.Di sebabkan itu kebelakangan ini aku fobia bila sebut pasal Pulau Pinang.

fuh! di ringkaskan cerita yang panjang ,Mak akan menjalani 25 kali terapi dalam tempoh tersebut.Semalam aku sedikit lega, Sms dari sepupu aku membolehkan aku bercakap dengan Mak, walaupun sekejap namun aku cukup puas dapat mendengar suara Mak aku setelah beberapa hari dia di Hospital.Mak aku sendiri disana. Hanya juru rawat dan doktor serta mereka yang senasib dengan Mak aku setia disana.Mak aku cakap, dia dah kurang 5kg. Mak aku juga bagi tahu dia tak ada selera nak makan.Ketika itu aku terbayang bagaimana muka Mak aku kalau begitu banyak berat badannya yang kurang.Mesti cengkung.Aku tahu bila buat Terapi untuk penyakit kansel pasti rambut - rambut akan berguguran.

Aku juga berpesanan dengan Mak, agar jangan lupa Mak walaupun dia tak berselera.Aku juga ada sebut, macam mana nak sehat kalau tak makan? macam mana nak makan ubat kalau tak jamah apa - apa pun.Aku tahu Mak aku mesti faham yang aku memang ambik berat pasal dia.

Aku tahu dalam hati kecil dia mesti meminta aku berada disisinya.Aku juga telah berjanji untuk kembali berada disisinya sedikit waktu lagi.

Mak, walaupun dimana dikau berada, pasti ada sedikit ruang untukmu.Aku tak dapat bayangkan kalau suatu hari nanti ditakdirkan kau pergi dariku.Aku dapat rasakan sedikit perasaan rakan - rakan ku yang sudah kehilangan Mak & ayah mereka.

Untuk itu aku akan jadikan saat - saat ini sebagai detik terindah dan menjadi kenangan abadi.
Insya-Allah, Aku akan berikan sedikit masa aku untuk menziarah Mak aku di Hospital Pulau Pinang.

Aku harap yang sudi membaca dan menatap setiap coretan ini tahu kenapa Emosi dan perasaan aku terganggu kebelakangan ini.Aku tak minta ianya datang, tapi ianya hadir tanpa dipinta.Aku akan pastikan penawarnya dapat mengubat kelukaan dihati ini.

Semoga ada episod kegembiraan untukku selepas ini.

Episod 3 "Sengasara Berpanjangan"

Bahagia yang ku pinta tapi sengsara yang datang.Dimana kebahagian?
Berapa nilai kebahagian? Boleh ke kebahagian dijual beli?

Ramai yang terus bertanya kenapa aku terlalu emosi kebelakangan ini.Apa agaknya jawapan yg terbaik aku boleh ucapkan?

Mungkin kerana sikapku yang sensitif,mudah tersentuh dan terlalu mengharap pada sesuatu menyebabkan keadaan emosi & perasaan aku tidak stabil sejak kebelakangan ini.Keadaan ini juga dibebankan dengan masalah tentang Mak yang terus menanggung derita.

Ada juga yang berpendapat aku perlu mengubah sikap diriku.Mampukah aku berubah? Berjayakah aku sekiranya aku hanya melakukannya dengan tiada keikhlasan.

Aku lebih selesa dengan diri aku.Orang yang memahami diri aku akan tahu siapa diri aku sebenarnya.Mereka yang tidak faham dan mengerti siapa aku, pasti mereka akan salah mentafsir dan menilai tentang diri aku.Itu pandangan peribadi aku.

Ada yang berkata "Kau penah tak terfikir, orang yang ceria dan sentiasa buat orang lain ceria gak, biasanya lebih popular dari kita - kita yang biasa- biasa nih, perempuan pun lebih tertarik dengan lelaki yang periang,pandai buat lawak dan sentiasa buat dia happy"

Tetiba perasaan aku terasa sesuatu? Aku nie manusia yang ceria ke? Aku nie tak periang ke? Tak perempuan tertarik ngan aku? Pada usia - usia yang sebegini, isu perkahwinan menjadi sebutan dan ianya amat sensitif untuk aku.

Hakikatnya memang aku seorang pendiam, tak suka berlibur, tak suka melepak dan habiskan masa berjam - jam dengan bersembang.Menjadikan Kedai Mamak sebagai rumah ke 2 .

Kenapa aku jadi pendiam? jawapannya di episod akan datang.
(tunggu yek!)

Labels:


0 Kata-Kata Ditinggalkan

shaiMENULIS
@11:25 AM







Inilah S.H.A.I

"Izinkan aku sendiri & menyepi untuk terus mencari ketenangan hati..Aku Yg Kecewa (Shai..14/11)"


Kotak Masa



Kalendar Shai




Kira Jumlah Pengunjung

Free Web Counters

Kotak Mesej

online
Dengan rasminya blog ini di TUTUP (Shaizhar 3/12) Telah berpindah ke SINI,










Credit

DON'T TOUCH>:
Designer: Vanessa, th-emohug
BaseCode: BENDAN
Other[s] : X O X O X


<body>