<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar/7854254935194819848?origin\x3dhttp://shaizharkltower.blogspot.com', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>
Friday, June 29, 2007
Aku & Perasaan Episod 22 "Akhirnya & Kisah Sepi Seorang Teman"


Akhirnya..hanya selepas sekeping nota bertulis tangan ditampal di pintu bilik ke 4. Kesudahannya penyewa yang "malas + liat" nak membayar telah menjelaskan hutangnya sebanyak RM360 pada jam hampir 7.00 malam 28/6/07 (dah dapat gaji lah tue).

Apa perasaan kau orang kalau ianya berlaku pada diri engkau orang? Manusia oh! manusia. hutang adalah hutang sila jelaskan sekiranya anda rasa berhutang dengan sesiapa.Hutang budi macam mana pulak? Adakah hutang budi dibawa mati?Kalau dah mati hutang budi apa nilainya?

Sekeping notis pada 21/06/2007 bertulis

" Assalamualaikum .. Minta jasa baik utk bayar sewa bilik yang TERTUNGGAK selama 3 bulan berjumlah RM360 sebelum @ pada hujung bulan June ini.

Sekiranya tidak dijelaskan sila kosongkan bilik ini.

Kerjasama amat dihargai".

Nampaknya celik juga hati penyewa ini.Aku memang spesis malas nak cakap banyak.Aku lebih suka dengan kehidupan "privacy" dalam dunia aku sendiri.Aku tak suka mencari pasal dengan orang dan tak suka buat pasal.

Syukur alhamdullilah dengan wang itu aku terpaksa jelaskan bermacam jenis hutang tertunggak. Adakah bekerja ini untuk bayar hutang atau berhutang dahulu baru bayar. Kekadang ada sebab kenapa kita harus berhutang.Aku juga penah menulis wasiat pada tahun 2005 ketika kursus perkasa diri.Satu kursus islamic yang menyedarkan aku tentang banyak benda.Berbalik kepada cerita asal segalanya dah kembali sedia kala.Rumah aku juga tak lagi tunggang langgang seperti minggu lepas.Kalau ada kamera memang akan aku ambik gambar dan tunjukkan kat kau orang buktinya.Namun ternyata hanya kata - kata dan luahan bicara mampu aku coretkan di ruang - ruang ini.

Cerita Tambahan :-

"Kisah Sepi Seorang Teman".........

Mungkin dia belum kenal siapa sebenarnya shai dan tahu segalanya tentang shai.(perlukah aku menyatakan berulang kali siapa shai).

Dia kata,shai dulu dah dan shai sekarang dah tak sama.Yup! aku adalah shai yang baru.Hakikat yang benarnya shai yang lalu dah hilang.Shai yang lalu dah mulai jauh dalam hidup dia.

Siapa pulak dia ni?Dia ialah seorang yang aku kenali lebih 3 bulan lalu.Wow! dalam 3 bulan terlalu banyak yang telah dilalui dan berlaku.

Aku tak nak mengungkit jauh sekali membangkitkan apa yang telah aku lakukan pada dia juga tak nak ceritakan segala keburukan yang aku nilai tentang dia.Aku juga sudah lupakan kisah-kisah pahit bersama dia.Aku juga akan padamkan segala perasaan yang penah muncul dalam diri aku kerana dia.Aku telah dan sedang meninggalkan segala - gala memori yang tidak perlu dikenang lagi dan aku juga tak mungkin melupakan saat - saat dimana dia cuba memutuskan perhubungan persahabatan dengan aku.

Siapa shai? di ulang sekali lagi.Dengan seringkasnya.Aku dikatakan agak "keterlaluan dalam bicara di msjbox @ di mesej2 diblog rakan - rakan.Kalau itulah yang kau orang nak.Inilah shai baru yang akan wujud.Aku akan cuba hapuskan segala penilaian engkau orang tentang kebenaran siapa shai.

Ya! shai seorang yang merancang perjalanan hidupnya sebaik mungkin.Seorang yang pendiam bila berjumpa (terutama pada kali pertama)Anak yang pendiam tak banyak cakap.Adik yang pendiam dan suka mengasingkan diri.Seorang insan yang tidak suka menyusahkan hidup orang lain.Cuba berdikari diatas kaki sendiri.Tak suka pada manusia ego dan cakap besar serta lebih sudu dari kuah.Begitu tidak gemar kepada "penantian".Maksudnya manusia yang tak menepati masa dan sering membuat orang lain menanti adalah manusia yang cuba menyusahkan hidup aku.Shai juga adalah seorang yang tidak suka membuang masa dengan sesuatu yang tiada berfaedah pada pemikirannya.

Shai juga manusia biasa yang tak mampu dari melakukan kesilapan.Andai ada yang berkecil hati dengan shai yang anda kenali sebelum ini.Hanya MAAF yang mampu dipinta.Semoga kehadiran shai yang baru akan memberi lebih kepuasaan pada anda semua.

Dan akhirnya.."Berdiam lebih baik dari" namun kalau ada yang berpendapat berdiam itu boleh menyakitkan.Terpulang la.Aku berdiam untuk tidak mencetuskan peperangan.Aku berdiam agar tidak timbul perbalahan dan aku berdiam untuk kebaikan.Usah disimbah api yang sudah mulai padam.Jangan ditambah bara pada api yang tidak lagi merebak.Jadilah air dan biarlah segala sengketa berakhir dan bila ianya sudah mula reda ,biarkan sahaja.Usah berulang untuk kali ke dua.

"Hanya Yang Mengerti akan memahami"

Labels:


4 Kata-Kata Ditinggalkan

shaiMENULIS
@7:49 AM







Inilah S.H.A.I

"Izinkan aku sendiri & menyepi untuk terus mencari ketenangan hati..Aku Yg Kecewa (Shai..14/11)"


Kotak Masa



Kalendar Shai




Kira Jumlah Pengunjung

Free Web Counters

Kotak Mesej

online
Dengan rasminya blog ini di TUTUP (Shaizhar 3/12) Telah berpindah ke SINI,










Credit

DON'T TOUCH>:
Designer: Vanessa, th-emohug
BaseCode: BENDAN
Other[s] : X O X O X


<body>