<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar/7854254935194819848?origin\x3dhttp://shaizharkltower.blogspot.com', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>
Thursday, June 28, 2007
Aku & Perasaan Episod 21 "Majlis Perpisahan & Kisah Sebelumnya"


Cerita Lepas majlis (selepas tengahari & awal petang)

Pertamanya,aku makan dengan agak bersederhana.Tak terlalu banyak & tak kurang.
Makan bihun goreng yang sendiri buat,sandwich paling bravo oleh kak aishah.Tak dapat menikmati kesedapan nasi tomato hanya dapat merasi kelazatan ayam masak merah.

Oh! kerepek ubi pedas yang aku beli pada setiap hari rabu di pasar malam menjadi rebutan. Habis dimakan sehingga tinggal balang.(Boleh bisnes kerepek lah lepas nie..hehehehe).

Makan bersama ikan kering (Fu yoo dah lama x makan).Roti yang sepatutnya dijala telah bertukar menjadi kek (apa dah jadi) apam yang sepatutnya mengebukan mulut telah hilang kerana tukang masaknya tidak sehat.

Mee bandung Sumolah dari kak liza yang cute muit tue memang sedap.Walaupun mee nya dicampur dengan kuah dan menyebabkan ianya menjadi sedikit kembang namun kesedapan perencahnya masih terasa.

Hanya sempat merasai sesudu kuah tomyam.Huhuhu.. lain - lain cerita.

Aku macam biasa berada didapur dan menyediakan minuman sejuk berwarna unggu (kordial) Akhirnya akulah pembikin air untuk rakan - rakanku (dah biasa dah)

Apa pun terjaga objektif majlis ini kesampaian dan orang yang diraikan pun gembira.

Sekarang masa untuk tapua!!! hehehe...


Hari ini punya cerita (sebelah pagi)

5.30am aku sudah bangun (ish....malasnya..gantuknya..siot je kena bangun awal hari ini)

1/2 jam pertama.Sessi potong memotong.Hiris bawang besar (aku tak suka pakai bawang kecik) hiris bawang putih.Potong memotong Fish Cake & juga Kobis dicincang halus.

1/2 jam berikutnya.Waktu memasak bermula.6.00am aku sudah memanaskan minyak didapur.
Memula tumis menumis lah kemudiannya baru masukkan Fish Cake.Kasi gaul sampai mesra lepas tue dimasukkan bihun (sebungkus je).Beberapa minit kemudian dimasukkan Kobis yang telah dicincangan dan dikacau2 sehingga masak & bersatu menjadi satu.

Akhirnya 6.30am Bihun Goreng Dara Suci Dalam Debu pun siap.Macam biasa tukang masak kena merasa hasil karya masakannya.Erm.. okie lah. Resepi mudah,budak sekolah rendah pun reti buat.

Kenapa pepagi hari dah turun dapur memasak? Erm..ini semua gara - gara majlis makan - makan sempena hari - hari terakhir seorang PA bernama Linda yang akan meninggalkan syarikat ini hujung bulan ini setelah mendapat peluang pekerjaan yang lebih baik.

Antara menu merapu tengah hari ini :-

1. SAMBAL SARDIN SELAT MELAKA - FINA
2 . BERAS PADI MAHLINJA - NASI KU DUNIA MU - EIFA
3 . NASI TOMATO BAY OF BENGAL & AYAM LAUT MEDITERRANEAN MERAH - RAZAK @ AS & ZURA
4 . BEE HOON GORENG DARA SUCI DALAM DEBU - SHAIZHAR
5 . ROTI JALA LAUTAN DALAM - FIZA
6. SANDWICH BRAVO - AISHAH
7. SAMBAL TUMIS PETAI SEBERANG JOWO -RADO
8. MASAK LOMAK CILI API NENAS MANJA IKAN TALANG UTARA - NURA
9 . IKAN KERING SENGOL2AN - NURA
10 . PUDING/AGAR2 MADU SETAMAN - WANI
11 . TOMYAM NAK DARA MANIS - ANI
12 . MEE BANDUNG SUMODO - LIZA & ZAH BIDIN
13 . BUAH2AN CHIKITA - ITA
14 . APAM TEMBAM WALAH - AZHAR
15 . AIR PERAHAN MADU FATIMAH & ALI - semua ahli

Kisah Semalam (Hari Selasa) :-

faizzah awal pagi lagi dah sampai opis aku.Untuk apa?Kenapa? Mengapa? sebab?siapa? kenalah tanya faizzah sendiri. "bukalah pintu rahsia".Semalam cuti sehari buat apa faizzah ? Katanya nak balik rumah tidur..ooops!! tapi dekat - dekat nak senja nama & mesej dia kelihatan di beberapa blog. Uiks, hairan bin ajaib.

Lepas habis kerja,aku ke pasar malam.Membeli juadah makan malam + beli bahan memasak untuk esok.Ada apa esok? Akan berlangsung majlis makan - makan & masing - masing kena bawa makan - makan.Aku akhirnya memilih untuk menyediakan makanan kegemaran aku iaitu bihun goreng.Senang & mudah disediakan.

Labels:


0 Kata-Kata Ditinggalkan

shaiMENULIS
@7:58 AM







Inilah S.H.A.I

"Izinkan aku sendiri & menyepi untuk terus mencari ketenangan hati..Aku Yg Kecewa (Shai..14/11)"


Kotak Masa



Kalendar Shai




Kira Jumlah Pengunjung

Free Web Counters

Kotak Mesej

online
Dengan rasminya blog ini di TUTUP (Shaizhar 3/12) Telah berpindah ke SINI,










Credit

DON'T TOUCH>:
Designer: Vanessa, th-emohug
BaseCode: BENDAN
Other[s] : X O X O X


<body>