<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar/7854254935194819848?origin\x3dhttp://shaizharkltower.blogspot.com', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>
Friday, June 22, 2007
Aku & Perasaan Episod 17 "P.U.L.A.U"


Syukur alhamdullilah perjalanan aku dari KL selamat tiba ke Butterworth pada jam 4.00am tadi. Inilah kali pertama aku ke Butterworth seorang diri.Hampir 2 jam melepak di bangku dengan melihat manusia yang berbagai ragam membuatkan aku tertanya - tanya.Kenapa? Mengapa?Bagaimana?Siapa? dan sebagainya.

Setengah jam sebelum feri dijadualkan berlepas ke Pulau.Aku sudah melangkah kaki ke Jetty.Aku ke kaunter,ingatkan adalah tiket @ kad ke mcm nak naik tren lrt (1st time naik feri sebagai dibahagian penumpang) oh! rupanya kena tukar syiling Rm 1.20 dewasa dan masukkan dlm mesin dan kemudian tolak.Erm..semudah itu.Menanti feri tiba,rasanya seperti menanti bulan jatuh ke riba.

Akhirnya sekitar 6.20am aku selamat tiba di Pulau itu.Yup! betul-betul dibahagian pulau.Aku hanya mengikut arah dan tujuan orang ramai.Aku pasti mereka semua berjalan menuju ke bas.

Aku menaiki bas dengan harga Rm 0.90 ke Komtar.Rasanya aku dah tahu no bas ke Hospital.

Aku membuat keputusan mencari hotel.Sejarah berulang lagi.Di waktu pagi dalam kedinginan hari aku "sesat" aku tak tahu jalan mana yang aku tuju.Namun akhirnya aku berjumpa juga dengan destinasi tujuan aku.

Hotel itu dengan harga RM60 semalam dan ber air cond.Kira menepati citasa aku.Cukuplah sebagai tempat untuk merehatkan diri,mandi,menyalin pakaian dan menidurkan diri di malam hari.2 Malam aku akan menginap disana.

Insya-Allah aku akan ke Hospital petang ini,pastinya mak aku akan tergejut.Adakah mak aku akan menagis kegembiraan? atau mak aku kan rasa sebab & hiba menerima kejutan dari aku.
Ya! kehadiran aku dirahsiakan tiada seorang pun ahli keluarga aku yang tahu mengenai perjalanan aku ke Pulau ini.

Sekali lagi Inilah S.H.A.I yang penuh misteri. (kisah ini di update pada sessi pagi)

Cerita tambahan

Aku bertolak ke Hospital Besar Penang dari Komtar pada jam 4.00 petang. Setibanya aku disana.Aku tercari - cari Block C dan wad 20.Oh! aku tersalah. Peluh telah membasahi diri,untuk cepat aku terpaksa menuruni tangga. Akhirnya aku berjaya.Tapi malangnya tak kala aku tiba di wad itu.Mak aku tiada? kemana? erm..rupanya mak aku belum pulang dari terapi.

Mak aku kelihatan tergejut bila melihat kehadiran aku seorang diri selepas lebih 20 minit aku menantinya.Syukur alhamdullilah hajat aku tercapai juga.Aku memeluknya penuh erat.Mencium pipinya setelah sekian lama aku tidak melakukannya.

Banyak yang kami bualkan sehingga lah kehadiran "dia" ish.. kenapa dtg terus. oops!! siapa dia? Kenapa dia berada disitu? Jawapannya 'kena rahsia ke?'

Menjelang senja yang hampir tiba,aku bersama sis honey berada di peringin mall.Dia menemankan aku membeli kasut baru (Yahoo!!! merasalah pakai kasut naik Bukit itu) erm.. perancangan telah diatur.Tunggu masa dan ketikanya.Sempat dinner MCD dengan sis.Akhirnya sis terpaksa pulang kerumahnya dan aku terus melangkah kaki menuju ke hotel penginapan aku.

Namun dalam perjalanan aku singgah ke Night Market.Membeli beberapa "brg".Di sebabkan siaran tv di bilik hotel aku kurang jelas.Aku kebosanan dan kaki aku terus melangkah ke cc.
Menikmati malam di Pulau Pinang dengan berjalan - jalan tambah arah tujuan.

Labels:


6 Kata-Kata Ditinggalkan

shaiMENULIS
@10:31 AM







Inilah S.H.A.I

"Izinkan aku sendiri & menyepi untuk terus mencari ketenangan hati..Aku Yg Kecewa (Shai..14/11)"


Kotak Masa



Kalendar Shai




Kira Jumlah Pengunjung

Free Web Counters

Kotak Mesej

online
Dengan rasminya blog ini di TUTUP (Shaizhar 3/12) Telah berpindah ke SINI,










Credit

DON'T TOUCH>:
Designer: Vanessa, th-emohug
BaseCode: BENDAN
Other[s] : X O X O X


<body>