<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar/7854254935194819848?origin\x3dhttp://shaizharkltower.blogspot.com', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>
Thursday, June 21, 2007
Aku & Perasaan Episod 16 "Panggilan Pulau .. Antara Bercuti & Gembirakan Hati"


Panggilan Pulau? Apa kisahnya.. Kenapa & Mengapa ke sana?

Akhirnya hari ini dengan terang,jelas dan nyata aku menyatakan kebenaran sebuah cerita.

Bukan niat dihati untuk bercuti & bergembira.Jauh sekali menghabiskan wang ringgit dengan sesuatu yang difikirkan tidak memberi kesan.

Namun selepas hampir 18 hari mak aku di Hospital Pulau Pinang,inilah masa yang sesuai aku habiskan sedikit masa untuk menziarahi,melawat dan mengunjunginya.

Semoga 3 hari ini memberi 1001 makna untuk aku dan dapat mengembirakan mak aku walaupun untuk seketika.

Sedar tak sedar dah hampir 3 bulan aku tak bersua muka dengan mak aku.Satu jangka masa yang lama.Walaupun baru beberapa hari yang lalu aku bertanya khabarnya melalui telefon.Aku berjanji dengannya akan ke Pulau Pinang pada hujung bulan ini.

Ternyata kehadiranku nanti pastilah lebih awal dari apa yang dijangkakan.

Memang sudah menjadi sikap aku.Tak ingin menyusahkan sesiapa.Aku jenis tak suka menanti dan membazirkan masa hanya kerana sesuatu yang tidak releven difikirkan.

Oleh itu,biarkan kaki aku melangkah sendiri.Mencari arah tujuan sendiri dan terus hidup berdikari diatas kaki sendiri dan berusaha untuk mengecapi apa jua yang diidamkan.

Perjalanan 3 hari 2 malam dengan satu harapan "Mengembirakan Hati" Hati siapa? Jawapannya,Hati sesiapa sahaja.Termasuk juga hati sendiri,hati insan yang dikasihi iaitu mak dan mungkin insan - insan yang bernama teman,sahabat & kawan.

Semoga apa yang aku inginkan, mampu aku kecapi dalam waktu yang terbatas ini.Semoga perjalanan ini memberi 1001 kemanisan buat diri aku dalam menempuhi hari - hari mendatang.

"Izinkan ku membawa diri, bayu sampaikan salam perpisahan oh! dariku".

Makluman dan Pemberitahuan :

Sesungguhnya aku bukanlah lahir di Johor & bukannya "Jawa" + Aku juga bukanlah anak jati Pulau Mutiara.Jawapannya : Aku anak pak tani dari negeri jelapang padi.I'm Kedahan okie!

Cerita Tambahan:

Pagi ini aku bangun tidur,selepas bersiap aku ke dapur dan dapati sinki penuh dengan pinggan, mangkuk,sudu dan cawan - cawan tak berbasuh.Lebih menyakitkan hati tong sampah tunggang langgang.Periuk nasi tak dibasuh.Sisa - sisa nasi dlm tong sampah dah macam kucing mengelongkar je! Dah tue periuk nasi sampai 2 periuk dibiarkan macam tue je.Kalau dulu aku boleh bersabar, hari ini aku tulis notis besar - besar sebab tahap kesabaran aku dah sampai ke penghujungnya.Suka hati akulah rumah aku.Aku telah mencampakkan semua benda - benda yang menyakitkan mata ke dalam tong sampah.hahahaha.. padan muka!

Antara kata kata dalam notis aku pagi ini. "Kalau rasa tak nak basuh, beli bungkus sahaja" kahkahkahkah...

Kemudian satu lagi manusia yang telah 3 bulan menyusahkan hidup aku juga mendapat notis aku (sebabkan kes geram berulang - ulang, jadi hari ini isunya berdouble).Aku kasi notis kalau rasa nak tinggal lama menyewa silalah bayar sewa yang tertunggak selama 3 bulan berjumlah RM 360.Bayangkan lah, banyak benda aku boleh buat dengan duit sebanyak itu.Cuma aku tak sampai hati nak tulis perkataan kasar seperti "Ingat ini rumah kebajikan ke? atau Kalau rasa ada hati & perasaan tolonglah bayar sewa kalau tak berambus je" kahkahkahkah untuk kali ke 2

Sekali lagi diulang.Suka hati aku lah ini rumah aku.Kalau tak bayar hujung bulan ini merasalah engkau kena halau dengan aku.Seperti mana aku penah buat dengan penyewa sebelum ini.Ada kepatut 3 bulan sewa tak bayar suruh aku halalkan je.Elo! Elo! hutang tetap hutang okie!

Walaupun kau ada kereta "Proton Saga" Jangan ingat kau Hebat.Muahahahaha... Kalau aku jahat dah lama pancit ke - empat tayar kereta itu.

Yes! aku akan bertindak kejam jika orang mengambil kesempatan diatas setiap kebaikan yang aku lakukan.Soory yek! Inilah S.H.A.I jangan ingat aku berdiam kau orang boleh pijak kepala aku.Nak naik minyak budak-budak ini.Ingat aku nie Pembantu rumah dia orang ke apa, nak kemas itu dan ini setiap hari.Merasalah kau orang dengan tindakan lebih kejam dari aku selepas ini.

Akhirnya salah satu cerita yang aku pendamkan sekian lama aku bongkarkan juga.Aku tak nak otak berserabut selepas 3 hari aku tak balik rumah.Kalau aku bergaji besar,berjawatan tinggi aku lebih rela tinggal seorang diri tapi apakan daya itu hanyalah mimpi sahaja.

Labels:


5 Kata-Kata Ditinggalkan

shaiMENULIS
@7:46 AM







Inilah S.H.A.I

"Izinkan aku sendiri & menyepi untuk terus mencari ketenangan hati..Aku Yg Kecewa (Shai..14/11)"


Kotak Masa



Kalendar Shai




Kira Jumlah Pengunjung

Free Web Counters

Kotak Mesej

online
Dengan rasminya blog ini di TUTUP (Shaizhar 3/12) Telah berpindah ke SINI,










Credit

DON'T TOUCH>:
Designer: Vanessa, th-emohug
BaseCode: BENDAN
Other[s] : X O X O X


<body>