<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar/7854254935194819848?origin\x3dhttp://shaizharkltower.blogspot.com', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>
Friday, June 15, 2007
Aku & Perasaan Episod 11 (Mencari Harta Karun)


Kisah 9 tahun di KL lagi..

Dari tahun 1999 - 2002 kalau tak silap aku, KL Tower telah mengadakan beberapa siri Treasure Hunt yang dikenali sebagai Tower Hunt.Dalam tempoh tue aku hanya menjadi committe untuk sessi pendaftaran.Jadi bermakna aku langsung tak berpeluang merasai nikmat sebenar sebuat pencarian harta karun.

Antara Tower Hunt yang boleh dikenang ialah perjalanan KL - Melaka , KL - Lumut dan KL - Alor Star.Dalam banyak - banyak tue.KL ke Lumut paling mendapat sambutan.Acara ini dahulunya di kendalikan oleh syarikat berpengalaman iaitu Time Out Solution,sebagai event management. Yup! Treasure Hunt nie memang mengunakan Tulip dan berkereta.Selalunya sessi penerangan diadakan sehari sebelum hari Flagg Off.Hadiah yang lumayan menyebabkan ramai orang berminat joint Treasure Hunt yang dianjurkan.

Antara aku dan pengalaman dalam Treasure Hunt :-

(1) Treasure Hunt untuk budak sekolah, pembayang diberikan dan pelajar perlu mencari serpihan logo KL Tower yang telah di pisah2kan.Dia orang kena cari berdasarkan pembayang yang dicari untuk melengkapkan satu logo yang sempurna.

Selain itu,Harta karun juga perlu dicari.Ianya selalunya berbentuk pantun,pembayang dan biasanya berkaitan dengan sesuatu tempat.Soalan untuk Treasure Hunt bagi pelajar sekolah memang senang dan "kacang" je.

(2) Treasure Hunt@ KL Tower, tak ingat pada tahun bila, soalan dibuat berdasarkan tempat - tempat di KL Tower (untuk staff shj) setiap kumpulan dibahagikan kepada 2 sekumpulan. Semua jawapan harus dicari di Pelantar Pemandangan KL Tower.Jawapannya ialah mengenai bangunan2 yang dapat di lihat dari atas KL Tower.Nampak mcm senang, tapi sebenarnya terdapat macam2 jenis soalan juga.Ada soalan yang mengelirukan dan soalan yang melibatkan angka,sejarah dan lain - lain faktor.

(3) Treasure Hunt berkereta 4 sekumpulan, sempena Staff Conference 2003, dari KL - Cherating, melalui jalan lama selepas Karak.Memang mencabar terutama yang mengunakan tulips.Di perhentian rehat, terdapat juga soalan disana.Berkaitan dengan nama - nama kedai. Melalui jalan lama juga, boleh menyebabkan pemandu terutamanya, dan kumpulan akan sesat sekiranya tidak tahu melihat tanda arah,membaca peta dan juga tidak biasa dengan sesuatu tempat.Ada satu kumpulan telah sesat, dan tiba lewat di Cherating kerana sesat jalan.Hadiah khas diberikan kapada kumpulan ini kerana semangat mereka kuat meneruskan perjalanan sehingga ke garisan penamat walaupun sesat beberapa kali.

Jawapan soalan Treasure Hunt bukan sahaja mengenai nama bangunan,tapi juga kadang kala boleh melibatkan papan tanda,sign board dan sebagainya bergantung kepada kreativiti pembuat soalan.

(4) Treasure Hunt sempena Family Day, KL - Bukit Merah.Perjalanan melalui Highway utara selatan.Soalannya cukup mudah.Dibahagikan kepada beberapa section.3 Hentian rehat merupakan lokasi perhentian setiap kumpulan.Kali ini ianya dibahagikan kepada kumpulan berpasangan,bertiga @ berempat dan berkeluarga.

Soalan di Hentian tapah berkonsepkan teka silang kata.Jawapannya berdasarkan apa sahaja yang terdapat dihentian itu.No tel juga boleh menjadi soalan dan jawapannya boleh didapati sekirangnya kita menelefon no tersebut (oh! rupanya jawapannya.. nama syarikat utk perkhidmatan menarik kenderaan)

Di hentian Sungai Perak pulak, bentuk soalannya lebih kepada mencari jawapan jenis - jenis makanan yang dijual di hentian tersebut.Jawapan boleh didapati dari lampiran yang diberikan. Terdapat banyak jawapan tersembunyi dan kita perlu membulatkan jawapan yang tepat.

Sementara itu dihentian terakhir (tak ingat lak!) jawapannya lebih mudah.Soalan isi tempat kosong.Jawapan berasarkan nama kedai-kedai makan yang terdapat disitu.

Ye! untuk menyertai Treasure Hunt, keseronokan lebih diutamakan.Jangan stress kan diri (seperti pesanan kak retna).

(5) KL Walk Hunt, satu pencarian mengunakan kenderaan awam Putra Lrt,Bas & Monorail selain berjalan kaki.Pada tahun 2003, sempena projek History of KL acara ini diadakan untuk memberi pengalaman kepada Kakitangan KL Tower.Lokasinya ialah tempat - tempat bersejarah,bangunan serta tempat tarikan pelancongan.

Berjalan kaki dari KL Tower menyusuri jalan sultan ismail dan menaiki Putra LRT ke Masjid Jamek.Lokasi soalannya terdapat sepanjang jalan yang telah diberikan.Antaranya contoh soalan di Dataran Merdeka.Berapa ketinggian Tiang Bendera disitu.Kemudian pencarian diteruskan di bangunan KTMB.Paling mencabar disini ada sessi explorace,terpaksa membuka kotak2 tempat letak barang untuk mendapatkan soalan seterusnya.Pencarian membawa ke Central Market, harta karun yang dicari boleh didapati di situ.Cthnya dodol yang dijual disitu serta poskad menjadi harta karun yang perlu dibeli.Kembara ke Petaling Street dan kemudiannya terpaksa menaiki Bas ke Pudu Jail.Mencari jawapan disekitar situ dan kemudian menaiki Monorail ke Chow Kit.Soalan juga boleh diberikan ketika kita berada dalam satu kenderaan.Cthnya : sepanjang laluan monorail dari Bukit Bintang ke Chow Kit.

(6) Night Hunt, pencarian diwaktu malam dalam kegelapan malam.Paling best dan menyeronokkan.Masing - masing dimaklumkan jenis-jenis buah yang perlu dicari.Setiap kumpulan tidak tahu markah untuk setiap buah tersebutr.Cthnya rambutan 1 = 1 markah. buah pai 1 = 10 markah dan lain - lain buah ada markah-markahnya sendiri.Bayangkan dalam malam - malam mencari buah-buahan tersebut dan terpaksa bersaing dengan kumpulan lawan.Yang menariknya kumpulan lawan boleh mencuri buah yang dikumpul di kem pasukan lawan dengan syarat ianya tidak berada di Zon pengumpulan.Menarik kan! dalam gelap - gelap malam.Ada yang terlanggar tembok,terjatuh longkang, terluka jari dan macam - macam lagi.Semuanya dengan satu Misi iaitu untuk memang.

Esok Treasure Hunt ajuran Geng Jurnal, tapi pasti bentuk soalannya.Adakah mencabar @ Kacang? erm.. harap2 soalan untuk mendapatkan harta karun tue senang - senang le. Semoga geng msjbox bergembira esok.Kalah menang adat bertanding.Yang penting "Kita Enjoy Dulu"

Labels:


1 Kata-Kata Ditinggalkan

shaiMENULIS
@7:59 AM







Inilah S.H.A.I

"Izinkan aku sendiri & menyepi untuk terus mencari ketenangan hati..Aku Yg Kecewa (Shai..14/11)"


Kotak Masa



Kalendar Shai




Kira Jumlah Pengunjung

Free Web Counters

Kotak Mesej

online
Dengan rasminya blog ini di TUTUP (Shaizhar 3/12) Telah berpindah ke SINI,










Credit

DON'T TOUCH>:
Designer: Vanessa, th-emohug
BaseCode: BENDAN
Other[s] : X O X O X


<body>