<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar/7854254935194819848?origin\x3dhttp://shaizharkltower.blogspot.com', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>
Thursday, June 14, 2007
Aku & Perasaan Episod 10 (Aku & Artis)


Banyak orang banyak ragam,Begitu juga dengan artis.Kalau dalam drama nampak berlakon semua watak sopan santun,berbudi bahasa "pijak semut pun x mati" tapi kat luar dalam dunia yang nyata mereka "jauh panggang dari api" tapi tak semua.Ada juga yang baik.

Aku & Artis menceritakan apa yang telah aku lalui sejak lebih 9 tahun di KL.

Antara artis yang penah aku jumpa dan tak akan lupa sampai bila - bila ialah mereka :-

(1) Ziana Zain,jumpa face to face pada awal tahun 2001 dia dijemput menjadi artis jemputan untuk Majlis Jamuan Aidil Fitri dan aku merupakan antara jawatankuasa dan mereka yang memutuskan mengambilnya sebagai artis.Ingat lagi masa tue cuti raya terpaksa dipendekkan kerana beban tugas untuk menganjurkan majlis tersebut.Pada hari kejadian, takkala akak Ziana menyanyikan lagu Joget popularnya "Kalau Mencari Teman" aku dengan suka relanya menjadi penari latar.Satu hari indah untuk dikenang.

Aku juga penah menyaksikan 2 konsert besar Ziana Zain di PWTC termasuk Konsert Ziana Zain Live in Park.Beberapa hari sebelum konsert itu,ada sessi bertemu peminat dan aku sempat bersua dengannya lagi + dapat hadiah cap free dari skuad perodua era (cap ziana zain). Cap itu juga masih ada t/tangan akak Ziana.(Ish... fanatiknya aku!)

2006,pada bulan may (dah lebih setahun dah) untuk sekian kalinya aku berkongsi pentas dengan artis kesukaan aku itu.Kali ini berduet menyanyikan lagu sandarkan pada kenangan pada MATTA Dinner bertempat di Hotel Istana.Ish..aku tak hafal lah lagu tue.Siap menyanyi satu lagu penuh lagi.+ bersadar dgn akak Ziana pada part "kita sandarkan pada kenangan".

Pendapat aku mengenai akak Ziana: Okielah! tak adalah teruk seperti yang orang lain fikirkan. Semua lagu Ziana Zain adalah lagu yang sesuai untuk jiwa aku.

(2) Nurul.. alah.. x wife ajai.Mula-mula masa sekolah, aku suka-suka je dengar lagu popularnya iaitu Kerana Terluka dan Cinta Azali,menyusuk kalbu tue.1st time jumpa dia masa Mini Konsert di KL Tower dan beberapa kali jumpa juga ditempat yang sama.Masa dia tengah hit's lagu duet dgn x nya si Ajai "Aku cinta Aku Rindu" erm.. aku berpeluang berduet dengannya di satu show di Bukit Jalil.Ingat lagi,time tue tengah sakit mata kerana nak jumpa Nurul sanggup berembun ditengah malam.

Pendapat aku mengenai Nurul : Walaupun dah kembali "single" tapi aku tetap suka dengan suaranya.Adakah kerana suaranya mirip2 Ziana Zain??

(3) Dato'Siti Nurhaliza.Pertama jumpa bertentang mata masa CT mengadakan sessi fotografi di KL Tower untuk majalah Wanita.Time tue nampak dia mcm tercari-cari something.Aku dengan selamba bertanya "Ye! CT, Cari apa" Dia menjawab "Ladies kat mana?" muahahaha.. itu je lah kisah aku ngan CT.

Pendapat aku mengenai CT:Biarpun apa yang telah terjadi pada CT,yang dilaluinya, sedang berlaku dalam hidupnya dan akan terjadi, aku tetap meminati muzik CT yang kini telah mengalami satu revolusi yang berbeza dengan penampilan awalnya.

(4) Farah Diana Anuar, Bintang AF2 Akademi Fantasia.Walaupun no4, tapi Farah buktikan dia hebat dan mampu bersaing dgn senior2 dalam bidang muzik.Pertama kali dengar lagu Tangisan Dalam Kerinduaan, aku sudah mula "jatuh cinta".

Selain menyanyi aku rasa Farah sesuai jadi pengacara le dan rancangan kanak-kanak adalah serasi dengannya.Ewaaaah... sesuka hati kasi cadangan.Yup! aku adalah ahli Farah FC, Kenapa aku joint? Ish..rasa mcm best je.1st time joint dan beli 1st album Farah..dapat CD with autograf dan Kad membership.

1st time jumpa Farah masa pelancaran album evo-04 di KL Tower dan sempat bergambar bersama.Kali ke2 berjumpa masa Majlis berbuka puasa anjuran Farah FC di Dewan Felda.Seronok hampir beberapa jam beramah mesra dgn Farah serta peminat2nya masa tue (siap masuk majalah okie!).Baru - baru ini ada jumpa Farah sebab ada rakaman Trek Selebriti.Tapi aku macam biasa,malu-malu kucing.meeoooow (sambil menyorok)

Pendapat aku tentang Farah:Boleh pergi lebih jauh dalam dunia hiburan ini.Insya-Allah.Tak sabar nak tunggu 2nd Album dari Farah.

Lain artis dah jumpa Misha Omar (gambar masuk mangga.. muahahaha), Dayang Nurfaizah, Erra Fazira (gambar masuk Majalah H.A.I... lalalala) Anuar Zain dan ramai lagi lah.

Artis yang aku rasa 1st time jumpa macam tak best dan berlagak ialah "pelakon utama Laila Isabila.. + Datin Dairies yg tgh hot's skrg tue" sombong bangat!!! (pengakuan ikhlas)

Artis lain semua jumpa gitu2 je mcm Ella,Syafinaz,Juliana Banos,Raja Azura,Bintang AF2,AF3 terutamanya Mawi (bekas duta KL Tower) + banyak lagi artis yang x mampu disebutkan namanya disini (buat menyemak blog aku je).

Ish..entry nie harap - harap tak ada unsur - unsur riak lah kan.muahahahaha.. Sekadar berkongsi cerita dan kenangan terindah.(Kenangan tak indah sebut sikit je)

Labels:


3 Kata-Kata Ditinggalkan

shaiMENULIS
@12:11 PM







Inilah S.H.A.I

"Izinkan aku sendiri & menyepi untuk terus mencari ketenangan hati..Aku Yg Kecewa (Shai..14/11)"


Kotak Masa



Kalendar Shai




Kira Jumlah Pengunjung

Free Web Counters

Kotak Mesej

online
Dengan rasminya blog ini di TUTUP (Shaizhar 3/12) Telah berpindah ke SINI,










Credit

DON'T TOUCH>:
Designer: Vanessa, th-emohug
BaseCode: BENDAN
Other[s] : X O X O X


<body>