<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar/7854254935194819848?origin\x3dhttp://shaizharkltower.blogspot.com', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>
Wednesday, May 23, 2007
Alah Emak Kawin Kan Aku


Diam tak diam umurku akan memasuki 27 tahun.Cepat sungguh masa berlalu. Rasanya macam baru semalam sahaja dilahirkan.

18 Tahun tinggal di sebuah kampung bernama "Kg Selarong Lalang" patutlah pertama kali dengar lagu "Cinta Dilautan Lalang" dari Heliza AF5 aku jatuh cinta seperti mana aku tertarik pertama kali mendengar lagu "Tangisan Dalam Kerinduaan" nyanyian Farah AF2.Adakah aku dilahirkan sebagai seorang yg berjiwa sentimental? Oh! mungkin itulah jiwaku.

Tetapi selepas lebih 9 tahun di Kuala Lumpur aku masih mencari makna sebenar sebuah percintaan.Kegagalan demi kegagalan dalam bercinta dan putus cinta mengajar aku erti sebenar sebuah perhubungan.

Ego kah aku? Keegoan setiap manusia pasti ada kerana kita bukanlah manusia sempurna. Manusia juga tidak boleh lari dari melakukan kesilapan.Sekiranya ada melakukan kesalahan atau kesilapan,sama - samalah bermaafan."Buang yang keruh ambil yang jernih".

Begitu juga dalam persahabatan.Kenapa begitu mudah manusia memutuskan persahabatan?
"Kawan shai ialah orang yang boleh menerima shai seadanya dan boleh menjadi kawan kepada shai"

Tapi, apa ada pada cinta? Apakah cinta memerlukan pengorbanan? Siapakah yang "diciptakan untuk kita"?

Agaknya sekiranya 9 tahun lalu aku tidak berhijrah dari desa itu, pastikah aku sudah berkahwin sekarang? memiliki seorang bernama isteri? memiliki cahaya mata?

Takdir penentu segalanya.Sekiranya dulu angan - anganku menaiki pelaminan pada usia 25 tahun masih tidak menjadi kenyataan.Begitu juga dengan sasaran ke 2, ternyata 070707 terpaksa ku ucapkan selamat tinggal.

Adakah tahun hadapan? tahun 2009, 2010?? Hanya takdir penentu segalanya. Cari punya cari , masih belum bertemu dengan "gadis idaman".Adakah dengan melepaskan orang yang kita sayang pergi kita akan mendapat yang lebih baik? Ternyata penantian itu satu episod yang panjang.

Alah emak kawin kan aku? .. perlukah aku bagi tahu emak kesayanganku ,supaya mencari mana - mana calon yang sesuai.Pilihan keluarga, adakah itu pilihan terakhir buatku?

Adakah aku perlu minta kakakku merisik mana - mana gadis kampung yang memenuhi kreteria pilihanku? Adakah aku terlalu memilih? Atau tak laku???

Episod entry ini tidak ditujukan kepada sesiapa.Ianya adalah cerita tentang seorang insan bernama shai dlm mencari seorang wanita untuk menjadi permaisuri hidupku.

Kisah cinta lalu usah dikenang ,menanti episod cinta baru.Wahai! kakak -kakakku. bisakah kau membantu adikmu ini?

Ish..ish.. macam terdesak je bunyinya. Adakah 11.11.11 tarikh keramat untukku.

Labels:


1 Kata-Kata Ditinggalkan

shaiMENULIS
@12:13 PM







Inilah S.H.A.I

"Izinkan aku sendiri & menyepi untuk terus mencari ketenangan hati..Aku Yg Kecewa (Shai..14/11)"


Kotak Masa



Kalendar Shai




Kira Jumlah Pengunjung

Free Web Counters

Kotak Mesej

online
Dengan rasminya blog ini di TUTUP (Shaizhar 3/12) Telah berpindah ke SINI,










Credit

DON'T TOUCH>:
Designer: Vanessa, th-emohug
BaseCode: BENDAN
Other[s] : X O X O X


<body>